Salahuddin dikritik kerana gagal berdebat

sumber malaysiakini

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub hari ini menjadi sasaran kritikan penyokongnya sendiri apabila didakwa “gagal” dalam perdebatannya dengan Datuk Shahrir Samad berhubung isu kenaikan harga minyak.

Perdebatan ahli parlimen Kubang Kerian dengan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna disiarkan secara langsung selama sejam di RTM1 jam 9.30 malam tadi.

Beberapa pembaca mengkritik kelemahan Salahuddin di laman web Tranungkite.net, milik Pemuda PAS Dungun, Terengganu hari ini dan semalam.

salahuddin ayub pas and kl polis memo 220207 explain”Apa yang saya harapkan dari perdebatan … tidak langsung mencapai tujuan, ruang dan peluang yang sepatutnya digunakan terus gagal dimanafaatkan Salehuddin, sungguh mengecewakan,” kata seorang pembaca web itu, ‘Reformis Muda’.

“Saya mencadang selepas ini (ahli parlimen PKR) Saifuddin Nasution (Ismail) ataupun (naib presiden PAS) Husam Musa dihantar mewakili Pakatan Rakyat, kerana Saifuddin lebih bersedia dalam soal fakta dan gaya penyampaian yang sinis. Manakala Husam dilihat lebih berani menyanggah,” katanya.

Sementara seorang lagi penulis yang menyumbang kritikan menyatakan hujah-hujah Salahuddin “banyak terdapat di dalam blog-blog internet” dan menyarankan ahli parlimen itu menjalankan kajian awal sebelum menghadiri program tesebut.

“Saya tidak salahkan penonton-penonton apabila kecewa dengan hujah-hujah daripada Salahuddin… Kebanyakan hujah yang dikemukakan oleh Salahuddin pernah terbaca oleh saya (di internet).

“Pada saya, Salahuddin sepatutnya menggunakan hujah beliau sendiri dan boleh menggunakan fakta internet itu sebagai sokongan sahaja,” kata ‘Ciklee’.

Penulis itu juga menyifatkan Salahuddin gagal “memberikan pukulan KO (kalah terus) kepada Shahrir” yang menyebabkan penonton tidak berpuas hati.

‘Pemuda Sabah’ menyifatkan ahli parlimen itu suka membuat kesilapan fakta.

“Kadangkala Salahuddin cuba untuk menguatkan hujah beliau berpandukan sejarah dan insiden yang pernah berlaku tetapi cukup memalukan apabila fakta sejarah diubah, malahan Shahrir nampak senyum kambing sambil memperbetulkan beberapa fakta yang didakwa oleh Salahuddin,” tulisnya di laman web itu, yang diasaskan sejak 1999.

“Salahuddin sendiri terperangkap dalam data statistik yang disebut oleh beliau apabila kurang memberi perhatian terhadap perbezaan antara ‘keuntungan’ dengan ‘pendapatan’,” tambahnya.

shahrir samad interview 250907 pessimistic Bagaimanapun, katanya lagi, penghujahan wakil PAS itu “agak tercapai” apabila Shahrir kelihatan “tidak mampu memberi satu jawapan konkrit” berhubung isu tersebut.

“Beliau lebih banyak bermain kata-kata dan bercakap tentang teori semata-mata,” tulis ‘Pemuda Sabah’.

Selepas menganggap Salahuddin gagal menggunakan istilah-istilah umum yang difahami semua, ‘Tinta Islam’ pula kecewa kerana wakil PAS itu gagal menimbulkan isu-isu kesusahan orang ramai.

“Namun bagi pihak rakyat, ana (saya) merasa sedikit kecewa kerana Salahuddin tidak dapat membangkitkan hujah-hujah bagi menyuarakan kesusahan dan keperitan hidup rakyat akibat daripada kenaikan harga minyak yang melampau,” tulisnya.

‘Reformis Muda’ bersetuju dengan pandangan ini dan mencadangkan “kita perlu menyampaikan dengan bahasa yang mudah dan senang diterjemah dan dirasai rakyat.”

“Gaya bahasa dan rentak beliau bercakap seperti seorang profesor yang didatangkan dari Universiti Tokyo untuk menyampaikan kuliah sains,” katanya.

‘Reformis Muda’ berkata tidak sesuai Salahuddin membincangkan isu carigali Petronas tetapi seharusnya mengupas “tentang kesannya kepada rakyat.”

‘Topeng Perak’ turut membangkitkan persoalan yang sama.

“Saya kira golongan (berpendapatan rendah) ini amat-amat kecewa dengan Salahuddin kerana beliau juga seolah lupa pada golongan ini. Pada saya kesilapan Salahuddin ialah, terlalu cepat dan gopoh dalam memenangi isu ini,” katanya.

Beliau mencadangkan ahli parlimen itu berbincang dengan semua golongan sebelum bertindak sebagai “duta besar” di program TV itu.

Seorang penulis yang dikenali ‘Matlan75’ menganggap ulasan Salahuddin “terlalu berhati-hati” sehingga “mood penonton hilang apabila mendengar hujahnya.”

“Penonton mahu hujah yang kuat dan boleh membuatkan Shahrir jadi bisu dan terus masuk PAS. Itu yang rakyat mahu,” katanya.

nota: sekiranya dinilai pendebatan semalam wakil PAS dilihat lebih kepada mempromosikan ideologi politik mereka. bagi penulis pendebatan khas seperti ini bukan lah medan untuk berpolitik tetapi medan untuk menguji kebijaksanaan masing-masing untuk berhujah. mungkin ini kerana faktor terdesak PAS untuk menyampaikan ideologi perjuangan parti mereka kepada semua rakyat Malaysia yang menonton rancangna debat khas tersebut.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Salahuddin dikritik kerana gagal berdebat

  1. AbangTuah

    Boleh caya ke kat Sallehudin tu…???
    Dulu harga tiket bas dari KL ke Alor Star dalam lingkungan RM28.00 hingga RM33.00 ringgit. Selepas kenaikan minyak kawan aku naik bas dari KL ke Alor Star kena bayar RM40.00. Yang menghairankan aku YB Sallehuddin pula menaikan harga tiket bas KL ke Alor Star kepada RM65.00…ni belajar dari sapa ni….teryata boooohoooog. Lain kali kes isolated macam tu tak payah di bawa masuk kedalam diskusi yang di saksikan oleh 26 juta rakyat Malaysia.
    PAS yang kau orang hantar orang macam tu buat apa…memalukan PAS aje. Lain kali hantarlah orang yang lagi hebat…mudah-mudahan boleh sumbangkan idea cara bagaimana nak menangani isu golbal ni.

  2. Kuntakinte

    Salam, berlakun je… ilmu sejengkal berlakun macam selaut, cakap tak serupa bikin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s