Saya anggota parti yang setia – Najib

sumber utusan

LONDON 12 Jun – “Saya anggota parti (UMNO) yang setia” dan bukannya anak lelaki yang akan memusnahkan parti, yang bapanya pernah terbabit dalam penubuhan parti itu, hanya demi kepentingan untuk memegang kuasa, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anak sulung perdana menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein berkata beliau “percaya peralihan kuasa (dalam UMNO) perlu dilakukan secara tradisi konvensional dan bukannya dengan mewujudkan puak-puak”. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan mengenai “Malaysia dalam menghadapi cabaran baru global”

di Chatham House, yang menempatkan Royal Institute of International Affairs, pada Rabu.

Syarahan itu dianjurkan bersama oleh institut berkena an dan Forum Perniagaan Asean-United Kingdom (AU BF).

Najib berkata demikian selepas ditanya seorang peserta mengapa beliau tidak mengambilalih tampuk pemerinta han ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dan Umno pada pilihan raya umum Mac lepas. Dalam keputu san pilihan raya ke-12, BN bukan sahaja gagal menawan Kelantan, yang dikuasai PAS, malah tewas di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada parti pembangkang serta gagal memperoleh majoriti dua pertiga.

Najib berkata orang ramai boleh memberi pandangan mereka dan beliau tidak bertindak bukan kerana beliau tidak berani atau pengecut, tetapi kerana “beliau seorang individu yang mempunyai prinsip nilai teras.” “Dan saya percaya apa yang penting, apa jua langkah yang anda ambil, ia mestilah mempunyai prinsip nilai teras peribadi kepada anda.

“Saya datang daripada keluarga di mana ayahanda saya membantu menubuhkan parti (UMNO) dan saya bukan nya anak lelaki yang memusnahkan parti. Saya mahu terus menyambung membangunkan parti ini,” kata beliau.

Najib berkata UMNO pada masa ini berada pada tahap terendahnya dan “jika anda terus bergaduh untuk merebut kuasa kepimpinan, UMNO akan terus menjadi lemah dan tidak berupaya untuk menempuhi cabaran pada pilihan raya umum.” “Apakah yang ada dengan mewarisi kedudu kan apabila anda kalah dalam pilihan raya. Saya tidak mahu memimpin parti untuk kalah?, katanya.

Terdahulu semasa berucap, Najib menyentuh tentang keperluan untuk memulihkan semula hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom yang disifatkannya sebagai “dalam keadaan dipinggirkan secara baik.” Najib berharap seorang perdana menteri British akan mengetuai delegasi peringkat tertinggi melawat Malaysia, sejak kali terakhir lawatan pemimpin utama British dilakukan sema sa pentadbiran Sir John Major pada 1993.

“Terdapat satu keperluan bagi menyatakan isyarat yang kuat dari semasa ke semasa. Ini penting. Kita amat perlu memberi tumpuan hubungan ini pada peringkat tinggi,” katanya.

— BERNAMA.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s