AMK Keadilan akan anjur ceramah dan demo di 30 lokasi

sumber malaysiakini

Angkatan Muda (AMK) PKR akan mengadakan siri jelajah seluruh negara dalam bentuk ceramah dan demonstrasi kecil bagi membantah kenaikan mendadak harga minyak minggu lalu.

AMK bersama beberapa kumpulan bukan kerajaan termasuk Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) membentuk gabungan baru Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) untuk tujuan tersebut.

Jelajah itu akan berlangsung selama dua minggu, bermula dari 14 Jun di Pahang hingga 29 Jun di Selangor, Johor dan Sabah.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kira-kira 30 lokasi telah dikenal pasti untuk program tersebut.

Dalam sidang media pagi ini, beliau juga berkata isu kenaikan harga minyak akan dibincangkan dalam bentuk ilmiah.

“Ada satu usaha yang sedang dilakukan oleh Geramm juga, bagi mengkaji tentang kenaikan harga minyak secara ilmiah dan fakta kerana kita tidak mahu tindakan kita seolah-olah tidak menggambarkan fakta tentang ekonomi dan kewangan negara,” katanya, yang mempengerusikan gabungan itu.

“Saya percaya perkara ini akan dilakukan dalam bentuk forum yang akademik dan intelektual.”

Dalam siri jelajah tersebut, kata naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin  yang turut hadir sidang media yang sama, menjelaskan pendekatan yang akan diambil oleh Geramm.

“Pendekatan kita, road show yang berbentuk ceramah di seluruh negara, yang kita telah susun dan kita juga akan mengadakan protes-protes kecil di setiap masjid terutama di negeri-negeri dalam radius Lembah Kelang,” katanya.

Siri bantahan itu meliputi Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka, tambahnya.

Geramm juga mengadakan kempen ‘petisyen rakyat’ untuk mendapatkan sejuta tandatangan orang ramai terutama kelompok muda yang begitu terjejas dengan keputusan tiba-tiba kerajaan ini yang dianggap kadar kenaikan petrol dan diesel paling besar serta mengejutkan.

“Petisyen itu juga boleh didapati secara dalam talian di laman web http://www.geramm.org,” kata Shamsul Iskandar.

Beliau juga berkata Geramm akan menyertai kempen dan perhimpunan besar-besaran anjuran Gabungan Anti-Inflasi (Protes) di Kuala Lumpur yang dijadual 5 Julai nanti.

Turut hadir di sidang media Geramm, setiausaha Pemuda PAS Sabki Yusoff.

nota: apakah fungsi sebenar AMK Keadilan yang kononnya mirip Pergerakan Pemuda UMNO? adakah mereka cuba menjadi satu kumpulan penegak kebenaran dan pembela rakyat dengan mengadakan demo jalanan? Apakah ini ciri pemimpin masa depan Malaysia yang kita inginkan? Apakah sumbangan AMK ini di dalam politik tanahair kita. Sehingga hari ini, AMK umpama sebuah kapal tiada nakhoda yang tiada arah tuju yang jelas. Hanya populariti yang dicari oleh pergerakan ini dan bukan pengalaman berpolitik yang dicari.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “AMK Keadilan akan anjur ceramah dan demo di 30 lokasi

  1. Salam

    Betulkah Anwar Agent Amerika ?

    Soalan untuk Anwar-Betulkah terima duit Yahudi?

    Video 7-Siapa godfather Anwar ?

    Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?

    Sumber :
    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

  2. AbangTuah

    Inflasi Global, isu yang hangat diperkatakan hari ini. Inflasi kali ini adalah agak unik sedikit bukan sebagaimana yang berlaku pada tahun 1998 dimana ia disebabkan oleh para speculator atau perdagang mata wang. Kali ini ia disebabkan oleh kenaikan harga minyak secara berterusan dan kenaikan harga barangan makanan utama dunia sehingga ketahap kekurangan bekalan dan berbagai faktor penyumbang. Krisis ini boleh kita ibaratkan sebagai krisis berkembar kerana ia berkait rapat, iaitu kenaikan harga minyak juga satu faktor penyebab kenaikan harga barangan makanan dunia. Negara kita sebagaimana negara-negara lain di dunia tidak terkecuali dari menerima bahana tersebut secara terus.

    Pada kajian saya ini semua berlaku kerana kelemahan ekonomi dunia yang berpunca dari beberapa faktor penyumbang. Salah satunya ialah kerakusan perdagang komoditi dari negara maju mendominasi dan memainkan harga komoditi dipasaran hadapan dunia.Mulanya mereka mempermainkan harga komoditi minyak iaitu bermula dari tahun 2003 sehingga mengakibatkan harga minyak telah naik sehingga 180 % dan sekarang mereka beralih pula kepada pasaran hadapan komoditi barangan makanan utama. Negara-negara OPEC telah berusaha menambah bekalan stok minyak dunia dan negara pengeluar beras dunia juga sedang giat menambah pengeluaran. Akan tetapi yang menghairankan, menurut kajian beberapa pihak, bekalan tersebut sebenarnya telah mencukupi akan tetapi ianya masih juga gagal diatasi.

    Ketidaktentuan cuaca dunia, iaitu pemanasan global dan bencana yang melanda beberapa negara di dunia juga faktor penyumbang utama kepada kekurangan bekalan makanan dunia. Sebagai contoh kawasan penanamam gandum di Negara Amerika dan Europe mengalami keadaan kekeringan melampau menjurus kepada kurangnya pengeluaran dan beberapa negara pengeluar beras dunia dilanda bencana alam.

    Kesan peningkatan pemintaan tinggi dari Negara China dan India keatas minyak dan barangan makanan utama tak kurang juga menjadi faktor penting kepada permasalahan ini. Peningkatan ini disebabkan pertambahan penduduk, peningkatan industri perusahaan dan peningkatan jumlah keenderaan di negara tersebut menyebabkan mereka memerlukan lebih banyak bekalan bahan makanan dan minyak. Ianya lebih diburukan lagi apabila negara-negara tersebut terpaksa mengurangkan export barangan makanan bagi menampung kekurangan di dalam negara.

    Penurunan nilai dollar juga menjadi sebahagian faktor yang tidak boleh dinafikan. Negara Amerika mengalami kemelesatan ekonomi yang berpunca dari penglibatan mereka ke atas pencerobohan di Irak dan Afganistan. 3 Trillion dollar telah hangus semasa kempen tersebut tanpa pulangan balik.

    Pemintaan tinggi dari negara maju ke atas jagung dan soya bagi penghasilan biofuel juga mungkin juga boleh menjadi punca.

    Akibat dari krisis inflasi global ini beberapa negara telah mengalami ketidakstabilan dari segi ekonomi dan politik. Rusuhan kaum dan politik telah terjadi di beberapa buah negara seperti Haiti, Argentina dan Mesir sehinggakan Negara-negara Arab dan Brunei yang terkenal dengan kekayaan tidak terlepas dari kenaikan harga barangan yang berganda ini. Beberapa buah negara terpaksa mengeluarkan stok simpanan barangan makanan utama mereka sebagai satu usaha bagi menyerap tekanan dan bebanan tersebut. Negara Malaysia hampir sahaja mengeluarkan stok simpanan beras negara tetapi mujurlah Negara Thailand bersetuju untuk menjual beras mereka dan kerajaan tiada pilihan lain selain bersetuju dengan tawaran harga yang sedikit mahal.

    Pada pandangan saya, Kerajaan Malaysia telah dan sedang mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah ini. Salah satu darinya adalah dengan menambah stok penimbal bahan makanan utama dan membuka lebih banyak kawasan baru bagi penanaman beras. Disamping itu juga kerajaan terpaksa mengambil langkah drastic dengan mencatur semula pengagihan subsidi minyak bagi mendapatkan sedikit lebihan untuk digunakan sebagai subsidi makanan dan lain-lain. Kerajaan juga sedang giat berusaha bagi mengurangkan kesan krisis tersebut kepada rakyat dengan melupuskan hutang-hutang pinjaman pertanian, melaksanakan langkah kawalan harga barangan makanan dengan memberi subsidi kepada pekilang-pekilang, mengagihkan bahan makanan utama kepada rakyat termiskin dan lain-lain lagi. Walaupun begitu, sekiranya dunia masih gagal mencari formula bagi mengawal segera kenaikan harga minyak dan barangan makanan secara berterusan maka lama-kelamaan lebihan wang hasil pengurangan subsidi minyak akan terkakis dan mungkin kerajaan tidak lagi mampu menaggung subsidi bahan makanan dan lain-lain subsidi yang sedang dinikmati.

    Pada pandangan saya, usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi sebagai jalan keluar dari kemelut ini. Rakyat secara keseluruhan sepatutnya membantu pihak kerajaan dengan menyokong tindakan dan saranan kerajaan untuk meningkatkan produktibiti dan berhemah dari segi perbelanjaan juga rakyat harus rela berganding bahu serta berkerjasama dan melupakan perbezaan pendapat dan idelogi politik masing-masing bagi membawa kita semua keluar dari masalah melampau ini.

  3. Berat sama-sama kita junjung,Ringan sama-sama kita berjinjing.Everyone can find fault,few can do better.Great haste makes great waste.He that goes a-borrowing,goes sorrowing.Nothing venture,nothing have.
    Anwar is a great talker and his a great liar.Familiarity breeds contempt.

    p/s:Good writting Tuah…eat to live,but do not live to eat..makan kurang sikit oramg Malaysia!.

  4. AbangTuah

    AMK minyak dah naik ni..
    Polis dan FRU bila-bila sanggup buat overtime nak cari lebih fulus…keh..keh..keh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s