Hanya 2,000 berarak bantah kenaikan harga minyak

KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 orang menyertai perarakan membantah kenaikan harga minyak di ibu negara yang diadakan selepas solat Jumaat, hari ini.

Bagaimanapun, perarakan yang awalnya dijadual bermula di Masjid Jamek Kampung Baru ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ditukar dan berakhir di Ibu Pejabat Pas Pusat, di Jalan Raja Laut.

Pertukaran itu dipercayai berikutan tindakan polis menghalang dan menutup laluan berkenaan sejal awal pagi tadi.

Perhimpuan itu bagaimanapun menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana penganjur turut mengadakan siri ucapan di situ. Antara yang berucap ialah naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub.’ sumber Bharian

nota: Amat tepat telaan penulis yang mengatakan PAS tidak ikhlas apabila mengatakan mereka duduk semeja dengan kerajaan untuk berbincang mengenai kenaikan harga minyak. Kenyataan tersebut dibuat hanya untuk meraih populariti politik sahaja. Penulis juga ingin juga tahu adakah benar-benar ikhlas niat para peserta demo sebentar tadi untuk solat jumaat di Masjid yang berdekatan. Adakah kusyuk solat tersebut apabila semasa bersembahyang sudah tentu mereka memikirkan apa yang patut dilaungkan ketika berdemo. Penulis sangat hampa apabila diberitahu yang meramaikan demo ini adalah orang Melayu Islam sahaja. Penyertaan bangsa lain amat kurang. Betul kata pemimpin kita satu ketika dahulu, Melayu ini hancur bukan disebabkan oleh bangsa lain tetapi disebabkan oleh bangsa Melayu itu sendiri.

Penulis tidak nafikan ramai orang marah terhadap kenaikan harga minyak termasuklah penulis sendiri. Tetapi adakah ia sesuatu yang dapat dielakkan. Lihat di dada akhbar dan internet, hampir serata dunia merasa kenaikan harga minyak ini. Wahai rakan sebangsaku, sedarlah, jangan lagi mudah tertipu dengan petualang bangsa seperti pemimpin demo jalanan ini yang sememangnya mahu menghancurkan Melayu itu sendiri.

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Hanya 2,000 berarak bantah kenaikan harga minyak

  1. terima kasih Pak Lah di atas “hadiah” yang kamu berikan kepada rakyat

  2. langlang

    Alamak 2000 saja demo bantah minyak naik… alamak 5 negeri saja yang BN kalah dalam pilihanraya. Gertak sana gertak sini… macam mana nak turun. Kalau UMNO tunjuk perasaan, polis bagi laluan senang saja. Maklumlah UMNO yang bayar gaji…. Minta permit tak bagi … kata negara demokrasi.

    Gua turun juga sambut Pak Lah di Kelantan. Pak Lah gembira UMNO Kelantan kuat. Baguslah. Bolehlah berhenti tahun 2020 kerana tak mahu lari dari tanggungjawab.

  3. Conspiracy Theorist

    Bro, saya rasa bukan marah soal naik harga minyak tetapi soal cara menaikkan harga minyak sebanyak 41% yg dirasakan trlalu tinggi dan langkah yg trlalu drastic.. naikkan dulu 20sen ke and try cut cost and monitor situasi…apo nak dikato, heheh..(“,) harga minyak naik tinggi jd darah rakyat naik juga sikit, bukan gajah aje leh naik minyak, heheh…org pun boleh naik minyak gak…gajah naik minyak tak terbakar bro tapi rakyat naik minyak boleh hanguskan kerajaan..heheh..apo nak dikato…(,”)

    “It is not what we do, but also what we do not do, for which we are accountable.”
    ~ Moliere

    “This country, with its institutions, belongs to the people who inhabit it. Whenever they shall grow weary of the existing government, they can exercise their constitutional right of amending it, or exercise their revolutionary right to overthrow it.”
    ~ Abraham Lincoln

    SAY NO TO NWO!!

  4. AbangTuah

    Mr. Conspiracy Theorist

    Kawan setuju juga pendapat you…tapi pendapat kawan kalau ditarik subsidi perlahan-lahan lagi rugi duit rebat subsidi dapat kurang.

    Tentang demo-protest tu kawan berapa setuju fasal kerajaan dah pun menyatakan sebab-sebabnya secara panjang lebar dan logikal mengapa tatacara pengagihan yang baru ini dilaksanakan. Pihak Petronas pun akan mengumunkan penyata kewangan mereka secara kepada umum tak lama lagi. Kawan nampak demo tu macam ada udang sebalik batu. Yang kawan perasan lepas demo mereka berlumba-lumba ke POS Malaysia pula.

    Kebanyakan barangan makanan kawan nampak memang banyak dah naik…kawan rasa kerajaan sekarang telah pun membuat kajian dan pemerhatian kadar kenaikan harga barangan dan menentukan yang mana paling utama untuk dikawal dan disubsidi. Kawan yakin pihak kerajaan akan mula memperuntukan subsidi 4 billion yang sebagaimana yang dijanjikan secepat mungkin.

    Gajah naik minyak…dah dapat tebu..habis semua jinak macam kucing.

  5. 2 kali perarakan BESAR pada jumaat dan sabtu oleh PAS< DAP dan PKR . hari jumaat protes harga minyak lebih kurang 2 ribu orang jer termasuk.. reporter, orang meniaga, yang lalu lalang dan orang yang ada urusan lain.

    yang keduanya lagi besar perhimpunannya oeleh semua bangsa dan yang paling jijik orang PAS,DAP dan PKR adalah orang yang terawal samapai di pejabat POS besar dok ambik subsidi Minyak.. yang kelakornya siap ada yang teman peratikan dah simpan pulak lebai… taman perasan sangat HE HE HE… cakap tak serupa bikin ni yang dok diatas ni yang selalu komplain dan burukkan Pak Lah teman cabar jangan lah Ambik .. boikotlah…

    sekupang dua terpikir juga kononya iman dan warak …tapi pat duit ni .. hilang semuanya

  6. AbangTuah

    Betul kata saudara sekupangduas dan saudara yang lain…kena hati-hati mereka ni ada dua rupa…kawan pun tengok sama, kat Demo mereka pakai lebai kat POS Malaysia pakai songkok. Tergelak betul kawan cepat betul demo berubah-rubah ya. Yang kawan terfikir kalau jumpa kengkawan DAPnya macamana pula rupa mereka ya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s