Tun Mahathir Gagal??

sumber mstar

KUALA LUMPUR: Selepas tiga minggu keluar Umno, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau “nampak gagal” dalam perjuangannya yang terbaru, tetapi tindakan ke atas beliau oleh kepimpinan parti akan membawa kesan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

“Saya nampak gagal tapi saya percaya kesannya dalam pilihan raya akan datang kerana tindakan parti terhadap saya, ramai pengundi akan tolak BN,” kata beliau dalam temu bual bersama mStar Online di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di sini.

Ditanya mengenai peluang beliau berjaya dalam ‘perjuangan’ melawan kepimpinan parti kali ini, Dr. Mahathir berkata: “Mungkin tiada peluang, tapi tak apa.”

“Saya dapat menunjukkan saya menentang. Kalau orang hendak kata saya salah, OK.”

Bekas Presiden Umno itu keluar parti pada 19 Mei lalu. Isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang turut keluar Umno berada di pejabat Dr. Mahathir ketika sesi temu bual dengan mStar Online.

Kedua-dua mereka memegang nombor keahlian Umno 0000001 dan 0000002.

Umno dan BN buat pertama kali telah berhadapan dengan prestasi paling buruk dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

Ketika kepimpinan beliau, BN pernah kehilangan dua negeri iaitu Kelantan pada 1990 dan disusuli Terengganu 1999, yang ditawan semula tahun 2004.

Bagaimanapun dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, lima negeri jatuh ke tangan pembangkang dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikuasai pembangkang manakala majoriti dua pertiga dipegang BN di Dewan Rakyat juga dinafikan.

Sama ada yakin atau tidak akan mencapai kejayaan dalam usaha untuk mengubah kepimpinan Umno, kata Dr. Mahathir, apa yang penting ialah beliau menyuarakan pandangannya apabila tidak setuju dengan kepimpinan parti.

Dr. Mahathir, yang lantang bersuara dalam banyak perkara dan berhadapan dengan pelbagai isu sepanjang kepimpinan 22 tahun sebagai Perdana Menteri pernah dianggap sebagai pemimpin yang makin berpengaruh dan mantap apabila berhadapan isu-isu yang mencabar.

Menjawab soalan itu, beliau hanya berkata, “saya tidak tahu, kamu tengok sahajalah.”

Dr. Mahathir juga mengakui beliau seolah-olah kelihatan seorang diri cuba membawa perubahan dalam Umno sejak keluar parti 19 Mei lalu.

Selain Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah, yang turut keluar secara terbuka ialah anak mereka, Datuk Mokhzani dan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

“Ya, nampak saya seorang diri, tapi ramai yang sokong, mereka tak ambil tindakan, tak berani ambil tindakan,” katanya.

Tambah beliau, sehingga kini tiada pihak yang datang menemui untuk meminta beliau mengubah pendirian dalam soal tersebut.

“Saya duri dalam daging, sekarang sudah dikeluarkan, tak akan nak masuk balik,” kata Dr. Mahathir dan menambah, beliau tidak akan kembali sama sekali ke Umno selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Majlis Tertinggi Umno meskipun menerima keputusan keluar parti tetapi bersedia untuk menerima beliau jika Dr. Mahathir berhasrat untuk kembali semula.

“Dulupun, saya balik ke Umno apabila Tunku (Abdul Rahman Putra Al-Haj) sudah tarik diri (berundur). Inipun saya kata kalau Abdullah tarik diri, keluar daripada parti atau letak jawatan, saya masuk parti.

“Bagi saya, saya tiada pilihan, selagi ada Pak Lah, saya tak (akan) kembali,” katanya.

Selepas tiga minggu keluar Umno, Dr. Mahathir berkata, keadaan tidak banyak berbeza.

“Tiada beza, bila saya ada dalam Umno selepas saya letak jawatan (tahun 2003), saya terus berada dalam Umno.

“Layanan kepada saya seolah-olah saya daripada parti lawan, saya disekat tidak boleh bercakap, tak boleh bertemu dengan orang Umno, menteri tak boleh jumpa saya, saya tak boleh jumpa menteri, kalau saya ada syarahan, ahli Umno tidak boleh hadir, ketua bahagian tidak boleh hadir.

“Jadi sekarang ini saya bukan ahli Umno, (keadaan) sama saja. Keadaan itu tidak berbeza,” katanya.

Dr. Mahathir memberitahu, beliau memang bebas pada masa lalu tetapi orang tidak berani menemui dan masih tidak berani berbuat demikian.

“Sekarang ini pun tak berani datang jumpa, dia (mereka) takut. Hari ini (Selasa lalu) saya bercakap di Bankers Club. Walaupun ada ahli Umno jadi anggota Bankers Club, tetapi tidak hadir,” katanya.

Ekoran itu, tambah beliau, jika situasi tersebut berterusan ramai akan tetap merasa kecewa dengan Umno dan akan menyokong parti lawan sehingga bakal membawa kepada kekalahan BN dalam pilihan raya akan datang.

Dr. Mahathir juga menyentuh mengenai UMNO dan pilihan raya umum ke-12 dalam blognya hari ini.

nota: Jutaan terima kasih penulis kepada ayahanda pembangunan dan pemodenan Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir. Jasanya sangat banyak untuk dikira. Kejayaan demi kejayaan dicipta. Walaubagaimanapun, penulis amat berharap sekiranya Tun dapat terus memberi nasihat kepada kerajaan dan bukannya pendedahan panas kerana ini membawa kehancuran kepada umat melayu khasnya. Diharap Tun dapat membimbing YB Mukhriz supaya beliau mempunyai gaya kepimpinan seperti Tun.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “Tun Mahathir Gagal??

  1. AbangTuah

    Salam…

    Saya amat menghormati Yang Amat Berbahagia Tun. Tun yang saya anggap negarawan yang tiada tolok bandingnya baik di dalam atau luar negara.

    Tindakan Tun menyatakan protesnya saya tak mahu komen kerana itu adalah haknya sebagaimana hak semua rakyat bebas menyatakan pandangan dan komen mereka..

    Yang saya hendak sentuh disini adalah perenggan pertama di dalam artikel terbaru Tun yang bertajuk ‘Snippet’. Tun dengan tegasnya telah menjawab segala tuduhan yang mengaitkan beliau dan kebanyakan menteri kabinet semasa era beliau memiliki akaun di Israeli National Bank of Singapore. Tuduhan tersebut juga menyatakan beliau dan keluarga memiliki simpanan sebanyak S $ 42 juta. Sebenarnya tomahan ini pernah saya pernah jumpa dan baca pada tahun 1999 iaitu semasa berlakunya krisis antara Mantan Tun dan Annuar. Saya tak berapa ambil kisah tentang tomahan terrsebut semasa itu kerana pada saya budak umur 15 tahun pun mampu menaip senarai seperti itu.

    Kebelakangan ini tomahan tersebut timbul kembali dan apa yang apa yang mengkagumkan saya adalah pihak Tun telah menjawab dan mencabar mereka yang membuat tuduhan tersebut agar tampil kedepan untuk dipertanggungjawabkan. Pada saya inilah jawapan yang paling wajar, tegas dan ditunggukan oleh ramai orang selama ini kerana tomahan tersebut seingat saya tidak pernah dijawab oleh pihak Tun sebelumnya.

    Saya amat lega dengan jawapan yang diberikan oleh Tun dan ini sudah tentu dapat membuktikan bahawa semasa di era pemerintahan Tun tiada berlaku kepincangan dan ketirisan wang rakyat sebagaimana yang di tuduh oleh pihak pembangkang. Teryata ini semua adalah fitnah yang direka. Setelah terbukti sikap jahat pihak pembangkang saya percaya segala tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan DSAB juga adalah palsu bagi tujuan mencemar imej kerajaan.

    Saya berpendapat banyak lagi yang Tun perlu jawab terutamanya bagaimana kenyataan Tun berkaitan janggut dimana kenyataan Tun seingat saya telah disunting dan diputarbelitkan.

    Begitu buruk sekali sekali sikap pihak pembangkang dan sekarang telah terbuka semua pekung di dada, dimana mereka yang mengaku pembela Agama Islam sebenarnya adalah Shaitan yang bertopengkan manusia. Saya harap rakyat tidak tertipu dan dapat faham tentang keburukan sikap dan tindaktanduk pihak pembangkang selama ini hanya membuat tuduhan dan tomahan palsu semata-mata bagi tujuan politik mereka.

    Sepatutnya rakyat perlu sedar sekiranya pemerintahan negara beralih tangan ke pihak yang tak bertanggungjawab dan tak bermoral ini apa akan jadi kepada rakyat dinegara ini. Saya berpendapat manuasia yang tiada etika dan melanggar semua prinsip agama dan ketatasusilaan sekiranya memerintah tentu akan menyebabkan kacau-bilau dan seterusnya rakyat juga yang akan menderita. Saya percaya sekiranya ini berlaku rakyat akan menyesal dan akan menaggung akibat dari dari kesilapan tersebut. Saya seru kepada rakyat semua kembalilah kepadalah kepada yang benar, jangan kita tersilap langkah, rugi sebuah kerajaan yang baik musnah disebabkan propanganda jahat pihak pembangkang yang tiada hentinya.

    Wasallam..

  2. Kuntakinte

    Salam, brotuah teman pun bersetuju dgn sdr. dan ramai yang bersikap spt sdr kita menghormati TDM, kuntakinte mengangap dia adalah idola teman malah anak2 teman sendiri, peristiwa yang amat anak2 teman tak boleh lupa apabila bertembung dgn TDM di Langkawi semasa baru saja TDM melepas kan jawatan PM keluarga teman dan TDM sempat berbual dan bergambar bersama.

    Era TDM memang satu era yang cukup panjang dan mencatatkan berbagai2 bentuk sejarah yang cemerlang dan ada juga yang menyedihkan, ketika itu apa saja kemelut yang berlaku spt krisis politik, krisis ekonomi, krisis matawang, krisis minyak, krisis makanan, krisis minda, krisis kebudayaan, krisis agama dan berbagai lagi, rakyat, ahli UMNO dan pemimpin2 negara berdiri teguh di belakang TDM kerana ketika itu kita tidak sanggup membiarkan TDM keseorangan berhadapan dengan krisis dan kita amat menghormati TDM dan akhirnya krisis dapat ditangani tanpa memusnahkan kemakmuran dan keamanan negara.

    Pemimpin datang dan pergi itu lumrah dunia, sekarang ini era kepimpinan Pak Lah, dalam kepimpinan Pak lah keadaan yang sama lebih kurang berulang kembali, dunia berbentuk bulat, seumpama ianya berpusing dan akhirnya pusingan tersebut muncul kembali ketika era Pak Lah. Krisis kepimpinan, krisis kaum, krisis minyak, krisis makanan dsbnya, dalam keadaan ini pemimpin2 negara, ahli UMNO terutama di pihak rakyat berbelah bagi sokongannya (umpama senang bersama susah wasalam), tetapi majoriti rakyat teman percaya menyokong usaha Pak Lah dalam menangani krisis yang berlaku dan minoriti tetap dengan sikap mereka untuk tidak bersama dengan Pak Lah untuk terlibat sama dalam membantu.

    Didalam situasi ini umum ketahui TDM tidak bersama2 dengan Pak lah, ahli UMNO dan pemimpin negara didalam membantu menangani krisis yang berlaku, TDM yang cukup berpengalaman dan terlalu banyak jasanya kepada negara sekarang ini tidak bersama UMNO, tidak bersama dengan Pak Lah dalam menghadapi kemelut ini, mungkin sudah tersurat Pak Lah terpaksa berhadapan dengan krisis negara ini tanpa TDM membantu, terfikir juga kuntakinte adakah patut TDM bersikap demikian berbanding krisis semasa kepimpinan era beliau semua berdiri teguh bersama beliau, dan sekarang ini beliau salah seorang yang mencetuskan krisis hingga sedikit sebanyak terganggu kestabilan politik dan negara, Pak Lah sedih dengan keadaan ini tetapi sebagai pemimpin Melayu Islam beliau gagah juga untuk berusaha demi Agama, bangsa dan negara.

    kuntakinte hormati pandangan TDM dalam tulisan beliau di blog chedet, tetapi dalam masa yang sama kuntekinte tertanya ada kah patut TDM membuka pekung didada sedang kan semasa kepimpinan beliau yang memulakan segala punca (jika dikatakan tidak betul sekarang ini), Pak Lah baru saja menjadi PM, kesan2 yang terjadi sesuatu perkara itu agak lama juga kesan yang akan dirasai dan dihadapi, pandangan kuntakinte yang jauh tarafnya dengan TDM adalah lebih baik dan molek tiba pula masa TDM untuk berdiri teguh dibelakang Pak Lah atas dasar PM yang diberi kepercayaan sendiri oleh TDM dengan membantu PM untuk menangani krisis2 seperti mana yang berlaku dahulu,semasa Pak Lah, UMNO dan negara memerlukan bantuan dari TDM dimanakah TDM?.

    Rakyat dan ahli UMNO telah bijak dalam menghadapi situasi ini, krisis minyak dan berbagai lagi bukan perkara yang baru, pengalaman dalam menghadapi krisis telah berulang2 kali ditempuhi sejak era TDM, tentunya rakyat dan ahli UMNO dapat menilai diatas apa jua pandangan dan komen yang dibuat oleh TDM, otak dan hati rakyat dan ahli UMNO kuntakinte percaya ramai lagi yang masih bersih dan murni didalam memikirkan masa depan Agama, bangsa dan negara lebih utama lagi dari memikirkan individu.

    p/s Pulau tiga jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah budi yang baik di kenang juga.

  3. AbangTuah

    Salam Bro kuntakinte, kita kebanyakan ibarat ‘telan mati emak luah mati bapak’, begitulah situasinya. Kawan tidak akan mengulas apa-apa kritikan yang telah di buat terhadap PM oleh TDM akan tetapi kawan hanya ingin nak mengulas berkaitan punca, akibat dan pandangan penyelesaian.Kawan setuju dengan pendapat bro terutamanya berkaitan saranan agar TDM membantu PM dan negara menagani krisis terkini.

    Bro, kawan juga seperti bro, berasa amat sedih dan gusar dengan keputusan yang amat tidak disangka yang telah dibuat oleh TDM untuk membawa diri. Membawa diri, ya itu yang kawan istilahkan, bukan keluar dengan rela hati. Pada pandangan kawan TDM sebenarnya telah berasa hati kerana beliau seolah-olah telah di pinggirkan terus sebaik beliau bersara oleh mereka yang pada suatu masa dulu menghormati beliau.

    Kalau tak silap kawan mula terjadi pertelingkahan adalah berkaitan isu pembatalan jambatan bengkok di Tambak Johor. Sebaik pembatalan projek tersebut beliau telah mengeluarkan kenyataan membidas pihak kerajaan, kalau tak silap amat pedas juga kritikan tersebut dan selepas itu beliau tanpa henti terus-menerus mengeluarkan beberapa lagi kritikan.

    Pada pandangan kawan pihak kerajaan pada mula berdiam diri dengan setiap kenyataan mengkritik yang telah di buat oleh TDM sehinggalah sampai kesatu tahap yang tidak memungkinkan lagi pihak kerajaan berdiam diri melainkan terpaksa menjawab semula demi mempertahankan imejnya. Pada mulanya kawan lihat jawapan dan ulasan dari pihak kerajaan di lakukan dengan berhemah sekali dan terus-menerus menasihati TDM dengan baik agar tidak lagi mencampuri urusan kerajaan kerana tindakan beliau akan lebih menyukarkan kerajaan.

    Tetapi, seperti yang kita sedia maklum tentang sifat dan sikap TDM sebagai seorang yang tegas dengan pendiriannya, maka beliau seolah-olah tidak langsung mengindahkan nasihat dan pandangan yang diberi, malah terus juga dengan kritikannya. Akhirnya kerajaan tidak lagi dapat bertolak-ansur maka kerajaan seolah-olah terpaksa menetang TDM dengan kenyataan-kenyataan yang agak sedikit keras dimana agak sukar bagi seorang yang seusia TDM untuk menerimanya. Terfikir juga kawan akan kesedihan dan kekecewaan TDM apabila kenyataan yang keras itu dikeluarkan terhadap beliau, seorang negarawan yang amat berjasa selama tempoh 23 tahun, seorang yang telah membela rakyat dan membangunkan negara ini dengan jayanya sehingga mencipta nama di arena antarabangsa.

    Kawan rasa, kawan tak layak bagi menetukan siapa yang betul atau salah di dalam hal ini. Pada hemat kawan TDM berhak atas pendapatnya dan kerajaan pun berhak mempertahan imejnya. Tapi pernah juga kawan terfikir kenapa isu tersebut tidak di tangani dengan cara yang lebih berhemah dan lebih lembut. Kawan terfikir bukankah molek sekiranya TUN di ajak berunding atau berbincang secara baik bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ibarat seorang cucu, sepatutnya tahu dan faham sensitibiti hati seorang datuk, dan sepatutnya cucu tersebut harus melayan agar tidak melukai hati sidatuk tadi. Kawan yakin tentu telah ada usaha yang di lakukan bagi menjernihkan masalah tersebut tetapi mungkin tidak di ketahui umum, allahualam.

    Pada pandangan kawan sepatutnya sedari awal TDM telah diletakan sebagai penasihat didalam kerajaan atau sekurang kurangnya menimbang pandangan beliau berkaitan sesuatu keputusan yang penting sebagai mana yang dilakukan oleh negara jiran Singapore. Di negara tersebut kita lihat mereka menghargai mantan PM mereka dan meletakannya ditempat atau kedudukan yang sewajarnya bersesuaian dengan pengalaman beliau.Kawan rasa sekiranya ini dilakukan tentu akan menambah memantapkan lagi urusan kerajaan yang telah sedia baik.
    Kalau tak silap kawan ada mendengar di TV bahawa beliau menyata bahawa beliau sanggup meberikan nasihat beliau sekira diperlukan.

    Pada pandangan kawan, tindakan TDM membuka blog selain tujuan utamanya agar PM turun, beliau juga seolah-olah ingin membuktikan kepada rakyat bahawa beliau masih waras, beliau masih berkeupayaan berfikir dengan baik dan beliau masih dapat memberikan idea yang bernas. Ini telah beliau buktikan melalui artikel melalui blog beliau. Ya, cuba kita lihat blog beliau yang berjaya mendapat hit sehingga sejuta dalam tempoh satu bulan dan berbagai peringkat dan golongan masyarakat dari dalam dan luar negara memberi sambutan yang mengalakan kepada beliau. Kawan buat analisa ramai yang menyokong dan terus mendorong agar beliau terus mengkritik kerajaan, maklum seronok dapat berinteraksi dengan mantan PM.

    Kerap-kali juga kawan membaca aktikel-artikel beliau melalui blog tersebut akan tetapi kawan rasa tak layak untuk mengatakan samada fakta-fakta tersebut benar atau tidak, cuma sekadar untuk kawan fikir-fikirkan sahaja. Pada pandangan kawan semakin banyak artikel yang di keluarkan oleh beliau semakin kurang populariti kerajaan dan menjejaskan lagi imej kerajaan pada mata rakyat. Ini sudah tentu lebih memburukankan keadaan dan ianya tentu akan menguatkan lagi pihak pembangkang. Pada pandangan kawan rasanya jentera propaganda pihak pembangkang boleh behenti sekejap bagi menyejukan enjin propaganda dan jurupropaganda boleh balik awal kerumah kerana sebahagian dari tugas mereka seolah-olah telah di pikul oleh pihak TDM.

    Pada hemat kawan tanpa pengetahuan umum mungkin telah ada usaha yang bersungguh dilakukan bagi memujuk TDM tetapi mungkin telah menemui kegagalan. Sekiranya TDM berjaya dipujuk dan dibawa kembali kedalam UMNO dan diterima menjadi penasihat di dalam kerajaan sekurang-kurangnya dapat membantu memulihkan UMNO dan dengan ‘wisdom’ yang beliau miliki mudah-mudahan sedikit-sebanyak dapat membantu bagi mengatasi masallah krisis minyak dan ekonomi yang kian meruncing akhir-akhir ini..

    KEMBALILAH WAHAI NEGARAWAN BANTULAH NEGARA, KETAJAMAN FIKIRAN MU TENTU DAPAT MEMBANTU KAMI KELUAR DARI KEMELUT INI.

    ‘Taming Sari menari lagi’.

    Wasalam.

  4. salmah

    Aku setuju dengan abang tuah, ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak. apa yang sedihnya kedua-dua tak boleh lagi tinggal sebumbung, duduk semeja ibarat talak tiga istilahnya. walauapau kita doa dua2nya PM dan TDM dpat membuang yang keruh ambil yang jernih. Demi kebaikan nusa dan bangsa wahai kedua2 insan yang dikasihi ini berbaiklah semula. Sewaktu dipernatauan aku baca buku yang dikarang oleh TDM ” malay dilemma”. apa yang ditakuti Tun benar-benar berlaku. kalu semua geng baca sedih nya tuhan yang tahu. Aku ni tak pandai berpolitik tapi faham juga bahasa kiasannya. aku rasa kalu abang tuah lebih arif mungkin abang tuah boleh perjelaskan kepada siapa sja yang baca artikel ni. aku rasa ada dalang disebalik semua ni. yang siwartawan tak sabar-sabar ,mencungkil keruh lagi suasana ops! silap lah pulak. sorry le. Lihatlah apa jadi satu lagi yang aku sedih ada situa tu dalam TV life ” duri telah terkeluar ” apa maksud tu. Dulu dia pegang jawatan penting ada sebab dia terkeluar hanya dia aje yang tahu.TDM pula teruskan usaha membina minda melayu. Biarlah orang makan cili terasa pedasnya. sekian

  5. AbangTuah

    Begitulah lazimnya dunia politik, “tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang kekal”.

    Apabila kawan lihat kedudukan melayu dan islam semakin tergugat kawan amat gusar dan terpanggil untuk berjuang..begitu juga dengan sahabat yang lain dan beribu-ribu lagi diluar sana.

    Yang kawan faham, HIDUP UMNO HIDUPLAH MELAYU, TERKUBUR UMNO TERKUBURLAH MELAYU, sebab tu walau seburuk mana pandangan terhadap UMNO, tetapi itu jualah yang terbaik yang ada.

  6. AbangTuah

    Salam salmah….kemarin tak da masa sangat, jadi tulis ringkas-ringkas. Betul kata salmah tu, depa ni nak kena ajar oleh rakyat ke, macamana nak bersatu dan berkerjasama. Hai…apalah nak jadi..orang melayu ni dari pemimpin sehinggalah kerakyat jelata ashik bercakaran sesama-sendiri…kawan rasa sekira sikap begini yang ditunjukan oleh melayu…harus dikifarah oleh Tuhan digantikan pemimpin Malaysia dengan bangsa lain yang lebih baik. Tak percaya cuba tengok Irak dan Afganistan…pemerintahannya digantikan bangsa Amerika.

    Berkaitan ‘Dilema-Melayu’ tu, kawan rasa ia dah pun ujud ribuan tahun dulu semasa keturunan bangsa melayu ni mula membiak. Kawan teringat satu artikel lama yang kawan baca…lama dulu. Artikel tu kawan pun dah lupa siapa pengarangnya. Kawan cuma nak re-story dan diharapkan kisah ini diihsankanlah kepada kawan demi menyedarkan bangsa melayu Malaysia sekarang..

    Al-kisahnya begini…Pada zaman dahulu, sebelum ujudnya empayar-empayar hebat-hebat di Asia Tenggara telah ujud penempatan dan kerajaan di Semenanjung Melayu ini. Hmmm…kalau sekali dengar rasa macam tak logik….

    Diceritakan di zaman tersebut kerana terlalu lama maka catitan tarikhnya tak dapat di ketahui secara tepat bila bermulanya penghijrahan dan penempatan satu bangsa yang berkulit sawo matang ke Semenajung Melayu bagi membuat penempatan. Penghijrahan mereka tu mungkin sebagai pelarian perang ataupun mencari tanah baru untuk dijadikan penempatan kerana huruhara di tempat asal mereka.

    Mereka datang ke Semenanjung melalui jalan laut mengunakan perahu yang mungkin dipanggil canoe. Dari arah mana mereka datang samaada dari daerah Yunan atau dari kepulauan Pacific atau mungkin juga keturunan dan pengikut Nabi Allah Ibrahim dan Siti Sarah kawan kurang arif.

    Al-kisahnya diringkaskan, berbulan-bulan lamanya kaum ni merentas lautan sehinggalah sampai ke satu teluk iaitu Teluk Siam dimana kumpulan mereka telah dilanda ribut taufan. Semua perahu mereka musnah dan terbalik, ramai yang telah mati lemas. Dengan kehendak Tuhan, sebahagian dari kaum tersebut ada yang terselamat dan dihanyutkan arus hingga terdampar dan tersadai di satu kawasan pantai di bahagian utara Negeri Terenganu yang kita kenali sekarang.

    Maka, mereka yang terselamat ni mulalah membuat penghidupan baru dikawasan tersebut. Oleh kerana mengambil sempena peristiwa mereka tersadai maka kaum tersebut telah di gelarkan Kaum Trasadai. Mereka mula mendirikan rumah dan dari hari-kesehari semakin banyak rumah terbina dan sehinggalah lama-kelaman menjadi kampong. Pekerjaan meraka adalah bercucuk tanam dan menjadi nelayan bagi mencari rezki. Maka setelah beberapa puluh tahun kaum ini telah membiak dan bertambah ramai maka semakin banyaklah kampong-kampung baru yang di buka. Setelah masa berlalu, selang beberapa ratus tahun maka telah ada bepuluh-puluh buah kampong dan akhirnya kampong-kampong tersebut menjadi kota pula. Maka bermulalah satu kerajaan bernama Kerajaan Trasadai dengan pemerintahannya dipilih dari kalangan ketua mereka yang mereka gelar raja.

    Maka, masa pun berlalulah, silih berganti juga raja-raja yang memerintah Kerajaan Trasadai. Mereka semakin lama semakin maju dan hebat hasil dari kebijaksanaan kepimpinan raja-raja tersebut. Mereka telah menerokai dan berjaya dalam berbagai bidang ilmu, ilmu astronomi, pelayaran, perdagangan dan lain-lain. Mereka telah mempunyai kota-kota yang besar, bangunan-bangunan hebat, pelabuhan-pelabuhan mashor, kuasa maritim yang besar dan tentera yang digeruni oleh kerajaan-kerajaan lain..

    Kaum Trasadai ini walaupun mereka bijak dan kuat mereka juga sejak-turun temurun mewarisi sikap buruk iaitu sifat iri dan dengki hati. Sifat buruk ini bukan sahaja diwarisi oleh rakyat jelata malah turut di warisi oleh para pemimpin dan kaum kerabat. Semasa mereka susah dan daif mereka boleh berkerjasama, tetapi apabila mereka telah maju dan hampir menjadi bangsa yang cermerlang, gemilang dan terbilang mereka mula bersikap iri hati, dengki-mendengki dan juga tamak haloba berebut harta kekayaan dan kuasa negara.

    Maka, terjadilah perang sesama sendiri untuk merebut kuasa dan harta. Masing-masing mengunakan bebagai strategi untuk menjatuhkan lawan mereka. Mereka berperang dilaut, didarat dan dimana-mana di setiap pulusuk negeri. Perang saudara tersebut telah berlarutan selama beberapa puluh tahun lamanya, maka banyaklah kota-kota yang musnah dan ramailah rakyat jelata terbunuh. Oleh kerana masing-masing terlalu ashik berperang maka pentadbiran kerajaan telah menjadi tidak terurus, para pedagang dari luar pula takut untuk datang berdagang dan akhirnya ekonomi kerajaan merudum.

    Setelah tamat perang tiada apa lagi yang masih tinggal yang boleh dibanggakan di dalam kerajaan Trasadai. Tiada lagi kota-kota besar dan kukuh, tiada lagi kekuatan pertahanan, dan rakyat menderita kerana kesukaran mendapatkan makanan Akhirnya, oleh kerana tiada lagi kekuatan pertahanan maka Kerajaan Trasadai tidak lagi dapat mempertahankan diri dari serangan luar dimana akhirnya mereka tewas kepada serangan Kerajaan Sriwijaya dan telah menjadi sebagai jajahan takluknya.

    Selang beberapa lama selepas tamatnya perang maka lalulah beberapa buah kapal dagang dari Arab kekawasan pelabuhan Kerajaan Trasadai. Dilihat oleh juragan kapal, amat daif sungguh keadaan pelabuhan, kota dan rakyat kerajaan tersebut. Maka perkara tersebut telah dirujuk kepada beberapa orang Trasadai dan dikisahkan oleh orang Trasadai tersebut bahawa dulunya kerajaan Trasadai adalah kerajaan yang amat hebat dan makmur, tetapi pemimpin dan rakyatnya mewarisi sifat buruk iaitu dengki hati dan iri hati terhadap bangsa sendiri, maka bangsa kami telah di laknati oleh Tuhan sehingga me-layu sebagaimana yang tuan juragan saksikan. Orang Trasadai itu juga mengumpamakan Kerajaan Trasadai seumpama sekuntum bunga yang harum dan cantik tetapi me-layu sebelum sempat berkembang. Maka dengan peristiwa tersebut Kerajaan Trasadai itu pun telah dipanggil oleh semua pedagang dari Arab dan India yang lalu atau singgah untuk berdagang dengan nama Kerajaan Melayu sempena perkataan me-layu.

    Sekian

    Wasalam..

    p/s Kerajaan kaum Trasadai, mereka adalah bangsa yang cermerlang, gemilang dan terbilang…tapi akhirnya me-layu tak boleh berkembang kerana sifat dengki dan iri hati terhadap bangsa sendiri..

    -MAAF BANGSA MELAYU, TAPI ITULAH HAKIKATNYA MELAYU-
    mengikut cerita yang kawan baca tu…

  7. AbangTuah

    Saudara Long…

    Long mengatakan blog saka bangsa lebih lantang. Long lantang tak bererti berani atau bijak…lantang juga mesti bertempat. Pada prinsip kawan sekiranya hendak menegur pemimpin dan kerajaan mestilah dengan cara berhemah dengan kiasan yang amat lembut tapi amat jitu. Long bacalah artikel abangtuah dan kuntakite diatas…apakah masih kurang jitu.

  8. pendekar

    saya berharap tun tidak gentar dengan ugutan atau fitnah yang dilemparkan kepada tun sejak kebelakangan ini. tun seorang yang sangat hebat, seorang peminpim yang bijak dan dihormati di seluruh dunia. pergolakkan politik yang melanda sekarang amat menbimbangkan kerana pergolakkan in boleh menyebabkan hilangnya hak-hak orang melayu ditanah melayu sendiri. tun, saya berharap tun dapat memperbetulkan kerajaan sekarang, yang lebih mementingkan kedudukkan dan memgumpul kekayaan untuk diri sendiri. rakyat malaysia mengharapkan tun dapat berjuang ubtuk membela nasib rakyat yang ditindas dengan kenaikkan harga minyak yang cukup membebankan. peminpi yang meneraju kerajaan sekarang, tidak mempedulikan kehidupan rakyat yang semakin hari, semakin payah untuk teruskan hidup. saya akan menyokong dan berjuang bersama sama tun untuk menegakkan keadilan. ramai yang menyokong tun, tun yang risau, jika tun terus mara kedepan, kami akan terus mara bersama sama tun untuk keadilan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s