Anwar Ibrahim Dewa Politik Malaysia?

Dalam malaysiakini hari ini, DSAI memaklumkan bahawa MP BN dari MCA akan melompat utk menyertai Pakatan Rakyat. Di dalam mstar pula, DSAI berkata beliau tahu parti komponen BN yang mana yang ingin keluar dari BN. Beliau sendiri juga berkata bahawa kerajaan persekutuan yang baru akan dibentuk menjelang 16 September tahun ini. Tidakkah lagak beliau seperti seorang Dewa politik…menentukan semua hala tuju politik tanahair…Tidakkah beliau terfikir bahawa jika benar MP BN ingin melompat…takkan adakah MP pakatan rakyat juga yang akan melompat?? Adakan beliau rasakan kemuafakatan yang dijalinkan oleh PKR-PAS-DAP dijalinkan atas dasar yang ikhlas…atau ia dibentuk bagi men’dewa’kan DSAI??

Wahai DSAI, sedarlah bahawa rezeki datang dari Allah Ta’ala….sekiranya di dalam buku hidup kita…memang PM jawatan kita….maka kita akan jadi PM dengan cara yang baik….bukan lah dengan cara membayar tambang ke Hong Kong untuk berbincang mengenai isu melompat…bukankah ini adalah RASUAH politik??

Ya Allah…sedarkanlah pemimpin Islam di pakatan rakyat…yang semakin hari semakin angkuh tindak tanduk mereka…..adakah mereka lupa bahawa tiada yang kekal di dunia ini.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Anwar Ibrahim Dewa Politik Malaysia?

  1. Mamak Penang

    Salam,
    Mamak kadangkala terkenangkan Allahyarham Haji Sulaiman Palestine dan pesanannya kepada TDM semasa beliau menghebuskan nafas terakhir.Sayangnya Pak Lah tidak memahami Anwar keseluruhanya!.Mereka yang muda bersama Pak Lah telah buat andaian yang salah terhadap Anwar!.Mamak masih lagi teringat pesanan Tungku kepada orang-orang Melayu dan Cina semasa berkempen di Pulau Pinang.Oleh kerana beliau memahafi orang Cina ini kurang faham Bahasa Melayu Tungku terangkan secara simple tentang permuafakatan kaum-kaum lain dalam pemerintahan kerajaan kapal layar “Kita di Malaysia mesti mau hidup macam itu Masak Nasi!,Orang-orang Melayu Macam itu dapur,orang – orang Cina macam itu beras,Orang-orang India itu macam Api…ini tiga barang mesti mau..kalau satu tak ada itu nasi tak boleh masak.Nasi tak boleh makan.Itu periok tak ada pun susuah,itu beras tak ada pun susah,itu api tak ada pun susah..ini macamlah kita punya Malaysia.Itu api manyak bear pun tak boleh,Itu beras manyak pun tak boleh,itu periok saja besar pun tak boleh”!!!.Maksudnya Malaysia ini dibentukan dengan tiga ciri yang utama bukan seperti negara-negara lain!.Inilah asas pembentukan Malaysia sekiranya ada pihak yang cuba ubah nescaya akan hancurkan Negara ini.Kita perlu menitik berat Nawaithu pemimpin dulu yang membentuk Malaysia dan bentuk Perlembagaan Negera iaitu undang-undang yang paling tinggi di Negara ini!!!.Orang-orang muda dalam UMNO yang begitu cepat tanpa pengorbanan yang tulus dan Ikhlas sukar memahami pembentukan Negara cuma mereka ini terlalu pentingkan karier politik mereka dalam parti untuk berjaya ke karier dalam kerajaan.Mereka menganggap untuk mencapai matlamat karier dalam UMNO cuma kena tunjukkan mereka ini betul-betul ultra Malay sama juga parti-parti lain tanpa memikirkan mereka ini memperjudikan nasib Negara!.Pada kebelakangan ini Ahli-ahli parti langgsung tak hiraukan komitment pada Negara.Kalau bendera Malaysia dibakar tak apa jangan bendera parti kena bakar!.Kalau tida negara apalah gunanya parti apa pun.Saudara renungkan tanpa tiga perkara tersebut boleh ke Parti Pas memerintah?atau part Dap memerintah…sampai kiamat tak boleh!.Pas sibuk nak menubuhkan Negara Islam boleh ke?.Jalan dah dibentuk oleh orang-orang terdahulu dari kita telah sempurnakan keamanan dan kesejateraan setiap rakyat Malaysia!jika kita nak bina jalan baru perlu masa dan usaha yang gigih bukan hanya berkokok di pentas!.Anwar telah mengkaji perkara ini di sg.Buluh bukan dia nak bawa satu sistem yang baru untuk negara tapi sistem yang lama dengan berkesan itu saj dia boleh buat!!!.Kenapa kita yang pelopori dalam sistem ini tiba-tiba sudah tak mahu sistem ini!.Alangkah Malunya kita sebagai tuan di tanah sendiri beri kuasa pada orang lain untuk menetukan siapa yang patut warisi harta kita?.Bukankah orang-orang di Sabah telah jadi “The king Maker”dalam arena politik Malaysia.Di mana perginya maruah orang-orang melayu!.BN Perak cuma perlukan satu kerusi dari orang-orang Melayu..mana perginya KeIslaman dan Sayang pada Melayu?.Pasai itu TDM dah berkali-kali kata hampa dah lambat….!.Walau pun Mamak bukan penyokongnya tapi dia memahami arena politik Malaysia dulu dan kesilapannya lampau dia menang dalam PR11 hanya dengan sokongan bukan Melayu…Pak Lah dan Orang-orang Mudanya Mudah lupa!!.Bagaimana kita nak memperbetulakan keadaan..kembalilah kepada roh UMNO lama itu sajalah peluang yang ada pun.Munkin cetusan hati Mamak ini menyakitkan hati orang-orang muda termasuk moderator tapi inilah hakikat kebebasan bersuara dalam UMNO yang kita perjuangkan dulu!!!!.Sekiranya ada ejaan salah harap maaf sengaja mamak tak betulkan!.Wasalam.

  2. AbangTuah

    Mamak Haji…sebagaimana yang dikatakan oleh juri rancangan ‘GANGSTARS’

    “MEMANG HEBAT, PERFECT, NOTHING WRONG WITH KORUS OR PITCHING…FULL OF WISDOM, I LIKE IT….I GIVE YOU 5 STARS”

  3. artikel anda bagus dan menarik bagi pembaca di seluruh nusantara,promosikan artikel anda di http://www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!

    http://berita-politik-dunia.infogue.com/
    http://berita-politik-dunia.infogue.com/anwar_ibrahim_dewa_politik_malaysia_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s