Cubaan wujudkan rasa curiga sesama komponen BN – Ka Ting

sumber agendadaily

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting menyifatkan dakwaan Penasihat Parti Keadilan rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim adanya Ahli Parlimen MCA yang akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) bermotifkan politik.

Katanya, dakwaan tersebut hanya bertujuan hendak mewujudkan rasa saling curiga mecurigai sesama anggota parti komponen BN.

“Tidak ada kebenaran langsung dakwaan adanya Ahli-Ahli Parlimen MCA akan lompat atau tinggalkan BN. Dakwaan (Anwar itu) hanya bertujuan wujudkan rasa curiga di kalangan komponen BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sistem pesanan ringkasnya (SMS) kepada Agendadaily yang meminta komen beliau berhubung dengan dakwaan Anwar kononnya ada Ahli parlimen MCA akan sertai pakatan pembangkang tidak lama lagi.

Anwar membuat dakwaan tersebut pada satu majlis ceramah di Pualau Pinang, Ahad malam.

Menurut Ka Ting, kenyataan Anwar tersebut jelas bermotifkan politik dan cuba mengelirukan rakyat. – 16/6/2008

—————————-

Dakwaan terbaru Anwar…

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan perang saraf terbaru apabila mendakwa ada kalangan Ahli-Ahli Parlimen MCA akan lompat parti menyertai pakatan pembangkang.

Berucap dalam ceramah di Pulau Pinang Ahad malam, Anwar mendakwa pakatan pembangkang makin hampir ke Putrajaya.

Beliau juga menjangkakan Perdana Menteri akan mengumumkan pilihan raya mengejut jika lompat parti dari BN ke pembangkang berlaku.

Sebelum ini ekoran perang saraf awal Anwar heboh diperkatakan, terdapat kalangan Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti menyertai pembangkang.

Anwar juga mendakwa pihaknya telah memperolehi jumlah Ahli Parlimen BN yang sedia lompat parti bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan menggantikan BN.

Pada majlis ceramah tersebut, Anwar turut mengambil kesempatan mengkritik kerajaan ekoran penstrukturan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol dan diesel.

Anwar juga terus dengan dakwaannya jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan ‘hari ini’ keesokan harinya harga minyak akan diturunkan. – 16/6/2008

nota: posting terdahulu di sini

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Cubaan wujudkan rasa curiga sesama komponen BN – Ka Ting

  1. Mamak Penang

    Salam. Mamak dah bosan dengan Anwar yang dikatakan hero dalam Ekonomi Global tak memahami subsidi Minyak?.Kenapa orang masih lagi tak memahami tentang Subsidi Minyak?. kita kena panggil ISIS untuk menerangkan pada umum tentang subsidi dan Inflasi kerana salah satu tugas ISIS adalah Mengawasi isu-isu berkenaan ekonomi semasa Malaysia dan bagaimana ia boleh di selaraskan dengan ekonomi serantau (Perlu pembetulan).
    Perkara yang lebih mustahak sekarang adalah keadaan kadar Inflasi negara-negara Asia adalah berada dalam era kemelesatan ekonomi yang parah.Sila rujuk MSN news 15/06/2008.Pemimpin Kerajaan-kerajaan Asia telah mengalami satu ujian yang cukup getir untuk menghadapinya.Masalah pokok sekarang adalah bukannya kenaikan harga Minyak atau kenaikan harga barangan makanan tetapi bagaimana kita nak mengawal kadar Inflasi yang telah mencekam Negara-negara Asia termasuk Malaysia.Kadar inflasi Malaysia pada bulan April adalah sekitar 3% berbanding yang paling tinggi dalam 15 bulan yang lepas.Bank Negara menjangkakan kadar Inflasi akan meningkat kepada kadar 4.2% yang akan kekal pada tahun 2008.Ia adalah kadar tinggi selepas krisis kewangan 1998.
    Mengikut lapuran reuters pada 15/06/2008 naib-pengerusi Bank Dunia telah kecewa dengan Negara-negara Asia yang masih mengekalkan subsidi yang melambatkan lagi pemulihan Inflasi negara itu.petikannya seperti berikut:

    “GOVERMENT’S HAVE TO LOOK AT PROVIDING DIRECTED CASH OR INCOME SUPPORT TO THE MOST VULNERABLE RATHER THAN BROAD GENERAL SUBSIDIES”(ADB Nag)reuters.

    Era untuk Minyak murah dan makanan murah telah tamat dan krisis pembasmian belum juga tamat.
    Cuba perhatikan kadar Inflasi yang teruk yang sedang di alami oleh negara-negara Asia termasuk Singapura yang dikatakann Kaya Simpanan dengan reservenya negaranya!
    Vietnam – 25.0%
    Indonesia – 16.4%
    Phlippines – 9.6%
    India – 8.2%
    Thailand – 7.6%
    Singapore – 7.5%
    South Korea – 4.9%
    Taiwan – 4.1%
    MALAYSIA – 3.0% (sumber MSN news).
    Jadi apa kah kerajaan kita mengambil langkah-langkah untuk hapuskan subsidi Minyak satu tindakan melulu?..sepatutnya kita dah terlambat untuk mengambil tindakan ini disebabkan senorio politik yang dihadapi PM!.jadi saudara-saudara fikirkanlah cerita Anwar yang karut dan situasi yang sebenar berlaku di Asia pada masa ini.Ini belum jatuh nilai ringgit seperti berlaku di Vietnam.Ia seperti membelanjakan apa yang ada sekarang kerana nilai matawang akan jatuh di kemudian hari!!!.dan pinjam sebanyak yang mungkin yang boleh kerana inflasi akan memberi tungangan yang percuma untuk kita semua!!!!.jadi sedar kah yang menyokong Anwar ini, kerajaan kita adalah yang terbaik dalam kendalikan kadar Inflasi bukan sekitar cerita pasai Trengganu dapat royalti balik kerana BN memerintah…subsidi dibuang kerana Pak Lah tak tahu memerintah.Sebenarnya siapa yang pandai?Pak Lah,Anwar atau TDM?.Anda fikirlah sendiri!!!!.Baru beliau jadi PM +1 penggal..Anwar jadi menteri kewangan?TDM Jadi PM berapa lama?.Kerajaan Rom jadi hebat dan kuat pun mengambil masa selama 100 tahun!!!!.Jadi kita perlu bagi peluang pada Pak Lah memerintah Negara kita dengan tanpa ada campurtangan luar dan dalam!!!!.Dia akan berjaya dengan cara dia sendiri!!!!.Pak Lah dah tahu sekarang mana kaca dan mana Intan!.Semoga berjaya!!!!.Wasalam.

  2. AbangTuah

    Salam Mamak Haji…sebagaimana yang dikatakan oleh juri rancangan ‘GANGSTARS’

    ‘MEMANG HEBAT, PERFECT, NOTHING WRONG WITH KORUS OR PITCHING…VERY INFORMATIVE, I LIKE IT….I GIVE YOU 5 STARS’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: