Ku Li dan Najib Tiada Peluang Pada PAU akan datang?

sumber mstar

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin tiada siapapun termasuk Tengku Razaleigh Hamzah yang ‘berpeluang’ untuk menandingi jawatan Presiden Umno pada Disember ini.

“Pada pemilihan Umno akan datang Presiden (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) akan menang, tidak akan ada siapa yang boleh tanding Presiden kerana tiada siapa yang boleh memperoleh 60 pencalonan.

“Ini dikawal oleh Presiden seperti yang berlaku dulu… Tengku Razaleigh hendak lawan, beliau cuma mendapat satu sahaja, bahagian beliau yang mencalonkan beliau, bahagian beliau sendiri mencalonkan beliau,” katanya.

Bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno itu menyatakan demikian dalam satu temu bual dengan mStar Online baru-baru ini.

Jelas Dr. Mahathir, sama ada Tengku Razaleigh ataupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memang tidak berpeluang untuk menyaingi Abdullah yang menggantikan beliau lima tahun lalu.

Pemilihan pucuk kepimpinan pusat Umno akan berlangsung pada Disember ini.

Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan dan bekas Naib Presiden Umno telah menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Presiden Umno pada Disember ini.

Kini beliau mengadakan pertemuan di seluruh negara untuk mencari sokongan melepasi kelayakan pencalonan yang diwajibkan untuk menentang Abdullah.

Berdasarkan pendirian yang diumumkan sejak kebelakangan ini, Najib dipercayai hanya akan kekal mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Umno.

Ketika mengulas mengenai peralihan kuasa pula, Dr. Mahathir memberitahu, beliau tidak setuju dengan kata sepakat yang telah dicapai oleh Abdullah dan Najib sebelum ini.

“(Saya) tak setuju, lama sangat, tahun 2010… tak ada masa untuk memulihkan parti untuk pilihan raya akan datang,” katanya.

Empat hari selepas Dr. Mahathir ditemui mStar Online, semalam Abdullah memberitahu bahawa tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada Najib masih belum ditetapkan lagi.

Menurut Abdullah, sepertimana yang diperjelaskannya kelmarin beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh kedua-dua mereka.

Dr. Mahathir juga menyentuh soalan sama ada Umno masih relevan ataupun sebaliknya khususnya selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Kata beliau: “Bagi banyak orang, Umno sudah tidak relevan.”

Mengenai keperluan menubuhkan parti baru, beliau berkata: “Sekarang ini pilihan antara masuk parti lawan, ada tiga parti lawan (dan) mungkin mereka (ahli Umno yang tidak berpuas hati) menyertai parti lawan.”

Jelas beliau, parti baru juga sukar untuk ditubuhkan kerana tiada pihak yang berani untuk keluar Umno.

“Saya tidak mahu parti baru, saya patuh kepada Umno yang asal, ini bukan Umno yang asal,” katanya.

Dr. Mahathir keluar daripada Umno pada 19 Mei lalu.

nota: penulis merujuk kepada kenyataan Tun – “”Ini dikawal oleh Presiden seperti yang berlaku dulu… Tengku Razaleigh hendak lawan, beliau cuma mendapat satu sahaja, bahagian beliau yang mencalonkan beliau, bahagian beliau sendiri mencalonkan beliau,” katanya.” Adakah kenyataan ini merujuk kepada diri Tun sendiri. Penulis kagum dan amat menyanjungi Tun Mahathir tetapi sejak kebelakangan penulis merasakan Tun tidak seharusnya terus mengkritik pentadbiran negara pada masa kini. Terimalah hakikat tidak semua yang dirancang menjadi kenyataan. Di dalam setiap pentadbiran ada kelemahan dan kekuatan yang sendiri. Jangan samakan pencapaian Tun dengan Pak Lah. Bagi penulis apa yang diperlukan sekarang ialah pengukuhan umat Melayu supaya umat ini terus maju.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Ku Li dan Najib Tiada Peluang Pada PAU akan datang?

  1. ellvin

    betul tu,memang kerajaan tun tak sama dengan pak lah,tapi kenapa makin teruk hidup rakyat di bawak pentadbiran pak lah.macam mana melayu nak bersatu kalau nak pergi perjumpaan dengan org melayu yg lain,nak isi petrol pun tak cukup.adakah ini salah kita rakyat biasa atau kerajaan sendiri.sudahlah pak lah…turunlah sementara boleh.

  2. Kuntakinte

    Salam, sedara ellvin, kuntakinte seronok juga mendapat kawan baru dalam webblok ini, Sedara kita perlu bersabar, dalam menentukan kepimpinan negara kita bukan boleh try2 je.. ia akan memberi kesan kepada ekonomi, politik negara.

    Pak Lah dah sedar dan usaha bagi peralihan kuasa telah dilakukan diperingkat tertinggi, InsyaAllah kita tunggu, Pak Lah sedang berusaha jalan terbaik terutama dalam memulih kan semula ekonomi negara.

    Minyak bukan isu setempat sedara oi…. ini isu global, sedara layari blog2 negara2 luar semua menerima nasib yang sama dengan Malaysia.

    PBB, World bank , OIC dan OPEC kena bertanggungjawab dan mencari jalan penyelesaian, kalau kita tonton CNN kita dapat maklumat bahawa Mesir sedang berusaha menambahkan pengeluaran minyak dan ini diharap dapat menstabilkan harga minyak dunia, Nigeria pun sedang berusaha walau pun negara tersebut menghadapi krisis dalam negara mereka.

    Presiden World Bank membuat kenyataan “The all country must not be trap mentallity low price after this”, bermakna rakyat kena memahami krisis minyak dan makanan adalah krisis dunia (global) dan rakyat di semua negara kena bersedia untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada subsidi kerajaan masing2. ini realiti bukan fantasi sedara, kerajaan tidak seperti pembangkang, dengan mudah saja membuat dan mencipta cerita donggeng bagi rakyat seronok dan akhirnya mengundi mereka, tentu kah harga akan turun jika mereka memerintah negara, sedangkan negara lain pun berhadapan dengan masalah yang sama dgn Malaysia.

    Wassalam.

  3. Pingback: Muhyiddin, Zahid regu cocok pimpin Umno « jiwo kelate

  4. tubir

    Sangupkah anda yang namanya diatas ditelanjang bulatkan didepan orang melayu demi membela nasib semua orang melayu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s