Tuntutan Pertama IFC Berjaya Di Selangor

petikan dari MYKMU hasil nukilan taminsari

Sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini diantara tuntutan-tuntutan Interfaith Commission ( IFC ) ada menyatakan bahawa “ Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid-masjid .“ Dan pada 9 Jun 2008 yang lepas, tuntutan IFC ini telah berjaya dan akan dilaksanakan di Negeri Selangor.

IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain.

Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Pakatan Rakyat ( PR ) negeri Selangor yang terdiri daripada PKR,DAP dan Pas telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan menghadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)

Xavier ketika mula mula angkat sumpah jadi YB di Selangor menjanjikan tapak yang lebih luas berbanding sekarang ini iaitu 0.4 hektar sahaja. Xavier turut berjanji menambah peruntukan tahunan sejumlah RM3 juta kepada rumah ibadat bukan Islam. Bukankah perkara ini ada didalam salah satu daripada tuntutan IFC ?  Di Selangor jumlah penduduk Islam adalah lebih kurang 4 juta orang dengan jumlah masjidnya adalah sebanyak 380 buah. Manakala penduduk yang beragama Hindu ialah berjumlah 700,000 orang dengan jumlah kuilnya sebanyak 1,000 buah. Apakah pula pendirian orang orang Melayu dalam PAS dan PKR tentang perkara ini ?

Biarpun Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim seorang yang beragama Islam tetapi dia tidak mempunyai kuasa apa-apa untuk menegur atau menghalang tindakan Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu. Sebaliknya keputusan yang diambil ditentukan oleh barisan Exco negeri itu sendiri. Siapakah MB sebenarnya ? Sama juga dengan kes beliau meluluskan ladang mega ternakan babi di Sepang, Selangor. Adakah jawatan Menteri Besar semata-mata sebagai “ Pak Turut “ dengan mengikuti segala kehendak DAP tanpa ada hak untuk mempertikaikannya?.
Mereka juga menuntut supaya keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan. Sebab itulah Ronnie Liu juga mencadangkan agar diadakan pilihanraya di peringkat PBT.

Apakah Anwar Ibrahim yang menjadi Penasihat kepada pakatan Pakatan Rakyat tidak dirujuk tentang cadangan Xavier ini ? Kalau Anwar Ibrahim tahu sekalipun apakah Anwar akan menegur Xavier dan Ronnie Liu agar jangan berbuat sedemikian. Atau Anwar lebih percaya kepada Guan Eng berbanding Khalid Ibrahim ? Sama juga dengan sikap tidak ambil peduli Anwar Ibrahim ketika menghadiri satu jamuan makan malam sempena menyambut hari Krismas di sebuah restoran di Bandar Di Raja Kelang hujung tahun lalu. Ketika Irene Fernandes mempertikaikan kenapa pihak Gereja Katolik tidak  boleh menggunakan perkataan “ Allah “ dan bahasa Malaysia didalam buletin dan bible mereka, Anwar Ibrahim cuma buat-buat tak tahu sahaja seolah-olah tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Irene Fernandes. Sebagai seorang Islam, penulis tak tahu mana nak letak muka jika Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin melayu Islam boleh bersikap sedemikian.

Baru-baru ini dikhabarkan, Dr Dzulkefly ( Ahli Parlimen Kuala Selangor ) juga telah membaca ayat Al Quran di sebuah gereja di Selangor. Dr Dzulkefly menyatakan bahawa Islam memelihara hak semua orang tanpa mengira kaum. Hassan Ali nyatakan Islam Hadhari diharamkan di Selangor. Manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap di sebuah gereja di Shah Alam menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut untuk menggunakan terjemahan “ Allah “ untuk merujuk kepada kalimah “ God “ dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan “ Allah “ hanya terjemahan kepada perkataan “ God “. Beliau juga mendakwa pihak gereja di Negara Arab juga menggunakan perkataan “ Allah “.

Apakah pula pendirian Hassan Ali, Dr Dzulkefly dan Khalid Samad sebagai mewakili Pas dengan keputusan Xavier ini ? Kelu tak berkata-kata. Inilah padahnya membiarkan Pakatan Rakyat memerintah Selangor, selepas membuat kandang babi di Sepang, mereka membenarkan pula agenda IFC dilaksanakan di Selangor. Mana yang lebih utama, antara haramkan Islam Hadhari dan membiarkan rumah ibadat orang bukan Islam tersergam indah dan besar ketinggiannya di negeri Selangor ? Belum sampai 100 hari perintah Selangor sudah berbagai-bagai perkara dibuatnya. Esok lusa entah apa lagi yang akan diminta. Jangan terkejut selepas sebuah gereja yang besar akan dibangunkan di Putrajaya . Sama-samalah kita tunggu dan lihat? Menang sorak, kampung tergadai. Siapa pengkhianat bangsa dan ugama.

nota: penulis amat risau dengan masa depan anak-anak Islam di Selangor…bermula dengan projek ladang babi mega….kemudian pembesaran rumah ibadat bukan Islam tanpa had….kedua-dua ini menguntungkan orang bukan Islam di negeri Selangor….untuk anak melayu Islam…apa yang diberi..hanya pemberian air percuma 20 liter sebulan….yang faedahnya dikongsi dengan dengan bangsa lain…apakah khalid ibrahim sama seperti Pak Lah leka dibuai mimpi akibat didodoikan oleh Theresa Kok and the Gang…apakah peranan Hassan Ali di Selangor…?? Adakah bertindak seperti supir yang memandu kereta tanpa mengambil peduli apa yang diperbualkan oleh penumpang di belakang???? amat sedih melihat keadaan politik negara kita akhir ini. Sehingga hari ini belum lagi ada usaha di negeri-negeri di bawah Pakatan rakyat yang menguntungkan orang Melayu Islam…di Perak pemberian tanah untuk pembukaan kampung baru bagi orang cina sudah dipersetujui..bagaimana dengan orang Melayu pula?? Apa pula sumbangan penasihat Pakatan Rakyat dalam kes ini. Adakah ketuanan rakyat bermaksud hak melayu akan terhakis secara perlahan-lahan….atau DSAI lebih suka melihat Melayu dimatikan haknya asalkan beliau menjadi perdana menteri…inikah ciri PM yang kita mahukan????

Posting awal mengenai IFC terdapat di sini

Advertisement

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 responses to “Tuntutan Pertama IFC Berjaya Di Selangor

  1. Cin

    Bagaimana dengan Islam Hadhari. Ada had ada hari. Bini tak bertudung pakai ayat lainkah? Bukankah dalam al-Quran mewajibkan perempuan bertudung. Mana pergi hullamak dalam UMNO? Islam UMNO lebih libral untuk sesuaikan dengan kawan-kawannya dalam Barisan Barang Naik.

  2. Lun

    Apa yang dibuat oleh pembangkang UMNO cepat sedih. Masa kuasa dulu pandaikah UMNO bersedih untuk Melayu tanpa mengira fahaman politiik. Yang jual tanah di Pahang tu siapa? Tanah milik UMNo tapi jual kepada Cina. Yang dedah bekas setiausaha perhubungan UMNO juga. Jadi tak payahlah nak merintih. Bila tersepit ..oh demi ketuanan Melayu (sebenarnya ketuanan UMNO).

  3. AbangTuah

    Hai nama tiga kerat semua…Mun,Cun,Cin dan Lun…ni dari daerah mana di Negara China datang ni…ok aku nak tanya betul-betul hampa dari dinasti apa…mana tau kot,kot sedara dengan dinasti Lim….

    Tak pa lah..tak kira dari dinasti mana pun…aku dan kawan-kawan cuba akan ulaskan…tapi hari ni busy sikit…

  4. AbangTuah

    Jawapan untuk Dinasti Cin…a
    Cin..cuba hayati penulisan saudara purehadharis…semua telah nyata dan jelas berkaitan Islam Hadhari. Hayati Konsep dan prinsipnya yang baik,

    ‘Jangan menilai siapa yang membawanya tetapi nilailah apa yang dibawanya’

    Ihsan dari purehadris

  5. AbangTuah

    Jawapan Disnasti Lun…cai

    Lun…perjuangan UMNO yang paling utama adalah kedaulatan bangsa melayu semua, tak kira dari ideologi mana pun. Saudara-mara aku banyak dari pembangkang…kalau jadi apa-apa kepada mereka aku nak biarkan ke? Begitu juga UMNO sekiranya apa terjadi kepada Lun takan lah kami nak biarkan. Tapi sebagai balasan kedegilan…kenalah sekeh dulu.

    Memanglah kau ni Lun…cai betul..temberang. Bukankah isu tanah di pahang tu dah selesai…ia hanya berpunca dari tak puas hati je, mana ada jual-jual kat cina la.

  6. long

    Tumpang lalu…. nak ketik sendiri tak tahu. Yang long tahu ketik laman web ni untuk cari laman web lain. Long suka baca blog Dr.M yang belasah pimpinan Pak Lah. Tapi bukan maknanya Long ni ahli parti kerana Long sejak dulu duduk atas pagar. Abang Tuah balaslah balik Dr.M.. jangan asyik balas Cun? Mun? Cin (Licin?) saja. Pandangan Dr.M yang banyak kritik Pak Lah tu betul ke tak betul. Penyokong Dr.M seronok dan penyokong Pak Lah tentu panas punggung. Long senang saja… akan sokong yang Long fikir betul. Pelik betul… orang no.1 dan no.2 keahlian dalam UMNO pun cabut. Jadi janganlah nak sembur sana sembur sini kalau orang tak sokong kerajaan.

    Long tak tahu nak cakap apa. Hari ni Long makan nasi separuh, ambil pegedil, sedikit sayur dan teh o ais limau kena RM5.50 (baru 1 peratus gaji menteri). Dulu RM3.50.

    Long rasa untuk hidup rukun adalah kembali kepada masjid- sembahyang berjemaah bersama. Di suraulah kita dapat lupakan perbezaan politik (sepatutnya) Tapi ada pula yang tuduh ada pihak gunakan surau untuk politik. Bila bercakap sesuatu yang benar … kena batang hidung… mulalah nak melenting. Mulalah tak nak datang surau. Surau tempat Long berjemaah… kita jemput penceramah bukan penyokong parti. Mereka yang tahu tentang agama… pendajwah bebas… penasihat syariah bank… Tapi mereka ni bercakap yang betul ada yang terasa hati… konon nak menghentam. Kalau macam ni sampai bila pun umat tak bersatu.

  7. AbangTuah

    Salam, selamat datang saudara Long. Terima kaseh fasal join blog ni…seronok ramai…baru syok berdiskusi.
    Nantilah, AbangTuah fikir-fikirkan…samaada nak komen atau tidak TDM tu…susah juga Long fasal…ibarat telan mati emak luah mati bapak. Seorang, negarawan ulung sebelah pihak lagi kerajaan yang adil.

    Berkaitan mesjid dan surau tu..memang ada yang di bawa masuk isu-isu politik…tapi kawan bila sembahyang jumaat bawa ear plug…sumbat kat telinga kejap-kejap..

  8. AbangTuah

    Long…AbangTuah faham kebanyakan barangan naik…mungkin kerajaan belum disseminate lagi 4 Billion untuk subsidi tu…mungkin dalam proses mengutip maklumat barangan mana yang priority untuk di kawal dan disubsidi. Tapi beras naik sebelum minyak naik..kurang bekalan dari negara pengeluar..tapi sekarang dah stabil sikit…kerana dapat dari Thai. Tapi, Long dalam dunia ni apa yang tak naik…semua naik cuma pemimpin melayu aje turun…faham….ke…?

  9. Kuntakinte

    Salam, tak boleh lama, tapi sempat jugak kut balas sikit hak pak long komen , pak Long oii…, TDM tu dulu orang benci jugak pasai depa kata kasar, tegas, garang, mahafiraun, mahazalim, kafir bla… lagi, Pak Lah la ni baik, lemah lembut, betul bendol, warak, pun orang duk kata dia juga, la ni semua pun tak betul, sapa yang betul!!!! pak long oi… kuntakinte pikiak kira apa yang ada kita bersyukur dah cukup kut… pak long pi surau malam ni tanya ustaz yang ngajar, patut kita bersyukur ka tak patut dengan keadaan negara seperti Malaysia ni.

    Wassalam.

    p/s pak long, la.. teringat kan Long Jaafar siapa dia no… oooo melayu yang jumpa bijih timah.

  10. Mamak Penang

    Salam,
    “Bersatu kita Teguh bercerai kita roboh”tapi kalau amati hujah-hujah sahabat semua,rasa macam bercerai kita kahwin lagi!.Tak mahu rujuk balik!.Inilah masalah orang Melayu keseluruhan.Kita ini wajar dipanggil orang-orang Islam sahaja termasuk mamak sekali!.Orang Islam dan orang-orang Islam dua perkara yang berbeza; orang-orang ini cuma layak duk kat Sawah untuk menakutkan burung yang hinggap untuk makan tuan punya padi sahaja.Bukankah pada masa ini kita cuma bertopengkan Islam dan cuma mengambil hati orang kampung untuk kejayaan karier politik.Kita bercakaran sesama sendiri dan pandai pulak keluar kan fatwa dan dosa atau pahala!.Yang masuk kat gereja dan memberi fatwa bukankah itu bidaah nama nya!.Ugama kristian dan gereja sekarang bukannya sama dengan Ahli kitab yang terdapat dalam Al-Quran kita kena memahami sedalam-dalam agama kristian ini sebelum kita membuat sesuatu perkara.Bila perlembagaan kata agama rasmi Malaysia adalah Islam.Tetapi bila kita lantik bukan Islam sebagai pemimpin orang Islam di mana Agama Islam adalah Agama rasmi malaysia mana perginya intergeriti Islam itu sendiri!.mamak bukan kata parti pembakang atau kerajaan!.Mamak kadangkala keliru UMNO dengan Islamnya,Parti Pas dengan Islamnya dan Parti PKR dengan Islamnya!.mana satu yang betul?.Jadi kita nak letak keIslaman itu dekat mana?.Esok nak Raya pun nanti ikut tiga hari yang berbeza!boleh jadi ini kerana dulu kita pernah beraya berasing di Johor dan perak!!!.Mustahil tahun ini mungkin jadi kot?.
    Bagi Mamak kristian ini telah berpecah beberapa sect dan kita sebagai umat Islam perlu memahami apa kah sect mereka!.mereka ini mempunyai berbagai-bagai macam sect gospel church,lucas church dan mamak pun dah lupa.Tapi dia da juga jenis sesat dan melampau untuk gugat orang Islam.Seperti berlaku pembunuhan ramai-ramai di Negara Jiran.yang Moderator itu kata betullah kena awas pergerakan mereka nanti yang susah rakyat bukankah begitu?.Bila nasihat itu betul terima sajalah!.Lain kali hampa pulak apa yang Islam hadhari tak betul kita bincanglah!.Jangan tuduh melulu!.Sama juga macam orang Hindu macam-macam jenis tokong,sama juga tokong cina macam-macam.Kita pun dah mula ini Masjid India,Ini Masjid Pas,Masjid Umno dan tak lama lagi Masjid PKR?.apa nak jadi dengan kita?.Bukankah kita satu ketuturunan orang Arab kata Kabilah!.Kenapa jadi begini?.Kalau pas dikatakan berjuang mati-matian untuk Islam boleh kah mereka ini memerintah 25 juta manusia yang hanya Islam 58% depa nak undang-undang negara apa?.Tukar perlembagaan kalau UMNO sokong pun hampa bolehkah dapat Majoriti terbesar di parlimen..jadi kita buang parlimen?bukankah gitu?.Kita buat sura?.Alahai PAS mamak bukan nak kutuk hampa kalau nak memerintah negara ini kena menyembah orang kat Sarawak dan sabah dulu dan cuba dapatkan satu kerusi parlimen di sana!.Dalam masa ada ini mamak nasihat hampa Islamkan puak DAP dan keadilan baru boleh menegakkan Negara Islam Mamak pasti undi hampa kalau DAP ini 50% terima perjuangan hampa!.Suruh golongan muda bangkit dalam PAS bagi nasihat kat yang tua-tua itu undur pii duduk kat surau cari pahala!.Yang PKR ini pergi menyembah orang Sabah untuk mintak melompat parti apa hal ?..apa Anwar tak ada maruah ke?.Hampa PKR dah lupa kini hampa ini seperti melukut bawah gantang DAP…dan PAS!.Hampa jadikan Hindraf ini macam MIC ke?Nanti hampa taulah perangai depa!.Kalau jumpa ular ketuk depa ini dulu!.Bukankah hampa ini tuan pada Tanah Melayu ini sebagai orang Melayu..mana pergi rasional hampa?.Dulu Anwar berkobar-kobar nak jadikan negara Islam…dia selam adalah…Memang hampa boleh kata dia buat UIA,Dia buat Takaful dan apa lagi tapi apa yang dia buat?.Kita kena Islam dulu sebelum Islamkan orang lain…kalau orang Islam sendiri tak yakin dengan Islam inilah cerita orang bukan Islam “beri betis nak mintak peha!.Ini baru sikit nanti depa mau buat macam-macam siaplah PKR!.Cuma korang nak kuasa..gila kuasa.Renunglah kejatuhan kerajaan Islam.Parti UMNO ini kita tidak boleh lihat dari Induvidu seperti PKR yang hanya bergantung kat Anwar.kerana apa saja dalam satu ideologi kalau kita fikirkan hal-hal induvidu kita akan kecewa tapi kena fikir perjuangan sebenarnya..kalau kita komplen parti UMNO ini kenapa jadi begini bukankah yang rosakkan parti ini orang-orang seperti Anwar sendiri?.Siapa gunakan politik wang dulu..bukankah Anwar ini punya yang gila kuasa nak jadi PM cepat.Jadi yang muda kat UMNO pun ikutlah trend yang lepas!.salah siapa salah UMNO ke?.Kadangkala Mamak kecewa dengan mufti-mufti kita juga yang dok senyap je bila hal-hal Islam ini hah!.Kita beri lebih kuasa pada Mufti menetukan apa jua hal-hal Agama supaya pendapatnya lebih universal dan dipakai terima oleh semua rakyat..tapi nak cari Mufti yang nuetral payah pulak…nanti depa nak jadi macam Ayotullah!!!!.Islam hadahri atau Hadrah adalah tujuan baik ia sebagai membangunkan negara dari segi ekonomi macam ceramah PAS rakyat Islam dibandar.Boleh lah orang Islam kat bandar ini cari makan.Tak salah Islam hadhari ini .kalau ada benda yang tak betul beritau dengan fakta kita cuba memperbaikinya.Mamak kata kita kerana rakyat yang menetukan yang betul dan salah. kalau rakyat masih berminat sabaklah orang Selangor…yang perlu haramkan banyak benda yang lain; banyak lagi kat Selangor dan Penang!.Kalau kita dengar sepatah Ayat Alquran dekat Kem Islam hadhari ini dapat juga pahala jangan keluar Fatwa ia sebagai haram.Wassalam.

  11. Kuntakinte

    Salam, sdr/ri Lun& Cin, awak baca lain2 komen dalam ruangan2 lain, banyak moderator bersikap rasional dalam membuat komen, kita tak kata orang UMNO itu perfect, mana nak control 3 juta keahlian UMNO, bukan UMNO saja, perkara ini melibatkan juga ahli parti2 lain spt parti sedara PAS, PKR, DAP, dalam keluarga pun ada dikalangan masyarakat tidak dapat mengawal keluarga mereka, di sebab itu banyak gejala negatif berlaku spt Dadah, Mat rempit, kecurian, poteng sekolah, bergaduh dan berbagai2 lagi, ini kan pulak 3 juta ahli UMNO bukan semuanya baik2 belaka, itu memang diakui, kecuali puak2 sedara saja yang tak mengaku, tentunya puak2 sedara perfect dan Islam semuanya, biar lah sedara rasional dalam membuat komen.

    Bukti ahli UMNO tidak hanya mengampu dan bodek seperti didakwa oleh puak2 sedara, orang UMNO sendiri spt bekas Setiausaha Pahang, dan sekarang masih Ketua UMNO Bahagian mempertikaikan individu UMNO lain sekiranya betul menjual tanah kepada cina, tetapi MB Pahang dah menjelaskan perkara tersebut tidak benar, sedara buka otak dan hati untuk mendengar yang tak baik saja, penjelasan isu tersebut sedara tak mahu dengar, memang itu sikap puak2 sedara yang negatif dan berburuk sangka dengan umat2 lain, ini memang tidak menghairankan terutamanya dengan orang melayu sendiri apatah lagi kalau melibatkan UMNO.

    Tiada yang merintih kecuali puak2 sedara yang merintih tidak dapat memegang kuasa di Perkekutuan sebab itu dalam Parlimen puak2 sedara macam kera terlompat sana terjerit sini, beri platform untuk menghujah isu kenaikan minyak, apa pun tak ada idea, tong kosong sebenarnya, jaguh kampung sebenarnya, diluar di kampung2 bukan main bercakap hentam kerajaan buat semua tak betul kerajaan kafir, kerajaan zalim, elaun Parlimen yang dibayar oleh kerajaan kebas sampai tak mau2, medorator membuat komen mengikut pandangan dan sentimen sayang kan bangsa dalam negara demokrasi, kalau sedara tak mahu baca dan terima itu hak sedara, manakala hak moderator pun ada untuk menulis, jangan kerana tulisan tersebut boleh menyedarkan bangsa melayu sedara risau bagai nak rak, sedara baca ulasan moderator berfakta dan melakukan homework dalam mengulas buakn membabi buta macam sedara.

    Terbukti sedara UMNO memperjuangkan negara, bangsa dan agama sehingga kini puak2 sedara hidup aman damai sentosa, jangan nak pertikaikan, limpahan nikmat species sedara dan keturunan terdahulu sedara pun dapat rasa, sedar lah diri, sikap kacang lupakan kulit itu tanggungjawab sedara untuk jawab di akhirat kelak, sebagai Islam kuntakinte nasihatkan saja. UMNO lemah Islam akan lemah, UMNO tertekan Islam akan tertekan, sedara terima tak terima apa maksud saya itu hak sedara, sebagai rakyat Islam saya ada hak untuk menilaikan dengan pengetahuan dan pengalaman yang saya ada, jangan sedara nak membabi buta menuduh yang bukan2, sebab kalau berdosa sedara kepada umat melayu lain diatas tuduhan liar sedara, tak kan sedara dapat meminta ampun dan maaf, bawa lah sedara hingga ke akhirat di padang masyhar tanggung lah sedara, takan ada nik Aziz, hadi, Mahfuz, sallehudin, mat sabu untuk bantu, Allah S.W.T. telah mereka cipta manusia dengan kejadian yang lengkap bawa lah anugerah tuah itu kejalan yang betul dan memberi makna kepada agama, bangsa dan negara.

    Rugi kita ada umat macam sedara, yang tak sedar diri dan diuntung, mahu yang nikmat saja yang perit lempar pada orang lain, bangsa apa sedara ini, lebih suka bersekongkol dengan kafir harbi yang terang2 menolak Islam, yang terang2 merperlekehkan Islam dan melayu, seteruk2 UMNO, MCA, MIC hormatkan agama resmi negara Islam, hormatkan bangsa melayu, sebab itu melayu sekarang bermaharajalela di Malaysia ini hingga ada species spt sedara lupakan asal usul dan diri.

    Ini lah bukti & contoh kalau Otak dan hati rosak sama sekali, langsung tiada budi dan pekerti, langsung tiada ilmu didada, langsung tiada elemen keimanan dalam diri, tiada sikap mensyukuri nikmat yang diperolihi, ada kah ini bangsa yang akan memartabatkan bangsa dan agama, yang mempunyai cita2 memerintah negara, baru perintah negeri pun hidup segan mati tak mahu, tersondol2 meminta belas kafir harbi, tersondol2 nak rasuah orang Sabah dan Sarawak untuk dapat perintah negara, apa!!! sedara ingat orang Sabah dan Sarawak rendah ke pekerti mereka rendah ke budi mereka, apakah mereka di sana terlalu kecil nilainya di mata puak2 sedara hingga boleh di adu domba, sori!!! lah sedara, Sabah dan Sarawak berstatus tinggi dan mempunyai nilai2 murni, itu lah kejayaan kerajaan BN.

    Sedara, sayangi lah otak dan hati berilah ruang kepadanya untuk merenung kembali dan berfikir secara positif sesuatu yang takut untuk kita akui kebenarannya.

    p/s kuntakinte terfikir juga kenapa agak nya Allah S.W.T cipta mulut diletak tempat yang tinggi spt di kepala ha… kenapa tak letak di lutut ke tumit ke… kena fikir benda ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s