sumber malaysiakini
Komposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan “ego” golongan agama dan bermotifkan politik.“Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,” katanya kepada Malaysiakini.Mengulas larangan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap penyanyi Faizal Tahir, Roslan berkata:
“Kalau nak ikut betul-betul, berapa ramai ahli parlimen tidak boleh masuk Perlis. Tengoklah perangai mereka dalam parlimen macam mana. Itu lebih teruk daripada Faizal Tahir.”
Kumpulan rock terkenal Nitrus pula berkata Pemuda PAS berhak membantah tetapi tidak boleh mengetepikan hak orang lain.
“Dia ada hak beri pandangan mereka. Pihak yang lain juga ada hak. Yang perlu dibuat adalah diskusi, mesyuarat. Soal aurat, suara perempuan itu tidak terperinci(dijelaskan). (Bantahan) itu sesuatu yang kritikal. Ramai orang Islam yang cari
makan dengan muzik, macam kami.“Perkembangan budaya juga penting untuk pembangunan masyarakat. Diskusi patut melibatkan ahli akademik dan orang industri sendiri. Bincang, kemudian umumkan,” kata vokalis kumpulan bebas itu Syed Helmy Syed Hood.
Ditanya sama ada mereka bersetuju dengan alasan moral dan pembaziran yang diberikan Pemuda PAS, Syed berkata: “Kurang setuju. Tuduhan itu kurang konkrit, macam cakap tak ada dalil, tak ada alasan (terperinci). Kalau kata tak setuju, nyatakan batasan, garis panduan yang jelas.
Sementara itu, penggiat muzik dan pelukis Mazir Ibrahim pula berkata, bantahan Pemuda PAS itu tidak wajar.
“Kerajaan baru harus utamakan pembangunan masyarakat, bukan politik semata-mata. Takkan kerajaan baru kerjanya hanya mengharamkan. (Mereka) mesti sediakan (ruang) untuk semua. Bukan hal-hal yang dia suka saja,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Aktivis politik Amin Iskandar berkata tindakan Pemuda PAS Selangor itu sebagai “menipu” rakyat kerana bercanggah dengan manifesto parti itu dalam pilihanraya umum lalu.
“Tindakan ini tidak demokratik. Kenapa tidak tulis dalam manifesto dulu?
Tindakan ini menipu rakyat. Kalau dulu tulis, itu OK. Dia kena sedar, Pakatan
menang, termasuk PAS, dalam kawasan berkomposisi pelbagai kaum. Jadi tuntutan
itu tidak sesuai dengan aspirasi Pakatan.“Yang memenangkan mereka dulu bukan (penyokong) PAS saja, tetapi semua pihak. Jangan lupa pada Cina yang buka bilik gerakan untuk mereka dan India yang bertakbir selepas ceramah PAS dulu,” katanya.
Tindakan Pemuda PAS ini hanya menunjukkan parti itu tidak bersedia memerintah Malaysia, tambahnya.
Salam,
Cara radikal pemuda pas ini sebenarnya amat keterlaluan seperti cara taliban memerintah Afganistan.Semua lelaki di mestikan simpan janggut,patung-patung budha artifek dunia di bomnya,wanita tak boleh keluar rumah,semua seni lukis di muzium dihapuskannya..Mamak fikir betul juga desas-desus orang kata fahaman syiah dah menyusup dalam parti PAS ini.Dan pas kini mungkin pecah dua yang ikut Ulamak dan yang Radikal yang Macam ini hah!.Kerajaan perlu awasi pergerakan syiah ini terutamanya ramai pelajar telah ke Pakistan untuk menuntut di Maktab yang sama dengan salah seorang ketua pemerintah Taliban mengaji dulu.Kalau Tak salah Tuan Guru Dato Nik Aziz pun pelajar dari kolej sama dengan salah seorang Jawatan Tinggi Taliban yang bergiat untuk membentuk gerakan Theologi Feudal Islam ini di Afganistan sedikit masa dulu.Cara berdakwah di Malaysia bukan Seperti di Pakistan,Bangladesh atau punNegara-negara lain yang 100% Islam.Mamak dah berkali-kali beritahu hal ini..Negara kita ini bukan 100% Islam cuma dalam anggaran58% sahaja.kadar 50-50 amat bahaya dan paling sensitf macam orang kata Malaysia seperti Time Bom dan sedang waktunya sentiasa berdeti akan meletup bila-bila masa..susah nak kawal.Polis pun dah tak sempat!.Pasai itu ramai tak mahu melabur kat Malaysia sekarang!.Takutkan perangai macam hampa ini hah..Tak percaya tanya kat MB Selangor betui tak?.Hampa duk kat luar apa susah sikit-sikit demontrasi ikut Negara Jiran yang ramai berugama Kristien itu.Sampai Paderi-paderi gereja pun tunjuk perasaan.Sekarang hampa pun dah mula ikut revolusionar yang hebat Jose Rizal Anwar!.Tak lama lagi kat Malaysia pun akan berlakulah Demontarasi Paderi Se-Malaysia!, pasai itu wakil rakyat PKR ini pii melawat gereja untuk cari support paderi-paderi untuk dapatkan tambahan korum untuk demontrasi kalau ada Nanti.Depa dari gereja akan bawa sepanduk “Dari gerejaAllah”(astagafillulah al-azim).Mengucaplah orang ISlam!!!.Jadi dok kita jadi penontonlah…Nanti hampa akan kata “betui itu !,Allah itu cuma orang Arab yang panggil kita orang Melayu panggil tuhan dah lah sama juga”!.Apa lah haprak kamu semua!.Allah akan laknat!!!.Ajar anak-anak hampa baca dua kali syadat dalam Bahasa melayu cukup!!!apa punya orang Islamlah kamu semua?.Baru satu negeri, belum lagi satu Negara dapat kat hampa!!!.
Patah balik ini ha..yang budak-budak kita nak menyanyi dekat tempat hampa buat kecoh sangat buat apa?!.Esok panggung wayang kat selangor semua hampa mintaklah tutup!.Kalau tak tutup pakai Komando kafi Pemuda Pas bagi Bakar Piii!,Lusa pastikan semua lelaki Islam simpan janggut..semua macam musang berjanggut! k alau tidak tak boleh masuk Mesjid!.?.Tapi Anta semua Lepas Nikah bersanding ?,Berinai?,Buat Kenduri Arwah? .Pasai itu adat bukan tak kena mengena dengan Agama?.Bukan itu adat Hindu?.sama juga lah itu..bertoleransi sikit…ambil hati sikit yang bukan Islam ini hah macam moderator kata itu depa mula nak sayang kat Islam.Esok lusa mereka berduyun-duyun masuk Islam…sapa yang senang hampa jugalah senang!.Tapi hampa bila harga minyak naik hampa semua naik minyak ..berdemontrasi…lain kali haramkan kereta-kereta yang Import dari Negara-negara Bukan Islam.Yang jenis Mercedes,BMW dan Volvo itu.Haram membantu kafiak yang bantu hentam Islam kat Afganistan..Iraq dan Plastine!.mintak Ulamak-ulamak Pas pakai Unta je!Tak payah pakai minyak.Tak payah buat jalan,kenderaan Nabi..sunat..dan dapat pahala.Hanya satu problem saja…siapa kena kutip “Taik Unta Hampa”?.Wassalam.
Salam, Mamak hot!!! dulu mesti kaki A go go, mamak tak terkenang ke masa zaman2 jahiliah tahun 60an ke 80an masa zaman tu agama ni di rumah je kat luar semua pakat A go go, kopi korek, minum arak di kedai2 kopi, dan berbagai2 lagi, teman rasa zaman tu Hadi awang, Nik Aziz pun sekali kut.
Mamak, 90an hingga sekarang ni memang berbeza, kejayaan kerajaan sebenarnya dalam membentuk rakyat yang berhemah tinggi dan masyarakat melayu telah lebih kepada Islamic culture, tiada lagi unsur2 dan tingkah laku yang tidak islamic kelihatan dilakukan oleh masyarakat melayu, malah ada dikalangan bangsa melayu kerana ajaran2 puak2 PAS ini mereka lebih Islam dari orang Islam Arab yang tamadun sejak sebelum Masihi lagi, nak kata Islam depa lagi Islam dari mana2 negara Islam.
Mamak Haji, sebut komen Mamak haji pasal puak2 Pemuda PAS, teman teringat pernah bersembang dengan seorang Pegawai Kerajaan kemnterian MITI yang pernah membawa delegasi perdagangan ke Morocco, dalam rombongan kerajaan untuk pengetahuan Mamak, memang dibawa juga beberapa Ahli Parlimen pembangkang, dalam kes ke Morocco sebab ia sebuah negara Islam bawa lah si YB MS (nama singkatan, tak mau malu kan orang) dan YB MO ketika tu mereka Ahli Parlimen PAS, kawan teman tu bercerita apabila tiap2 malam untuk ke dinner geng2 puak ni tak ada, tak sertai dinner, semasa pulang ke hotel, kawan teman, Pak Menteri dan beberapa Pegawai kerajaan lain melintas di depan Club di hotel tersebut, dengar bising bunyi muzik, untuk tahu jengok lah kawan teman dan Pak menteri termasuk Pegawai2 ini didalam, Wah… apa lagi terkejut dog le mereka tengok bukan main goyang kepala lagi si puak2 Pas 2 ekor tu, rupa2 nya tiap2 malam yang hilang tu, puak2 ni rupanya tengok tarian gelek, bagi tips lagi bila penari datang dekat, di sapa lah pak Menteri, terkejut diorang, kata diorang saja nak tengok kebudayaan orang2 Morocco. itu lah dia, di Malaysia bukan main tunjuk Islam nya dengan jubah berserban, di luar negara serban dan jubah tah kemana. Morocco ini Mamak haji sebuah negara Islam tetapi moral dan akidah rosak, disana bohsia dikalangan gadis2 biasa, bersepah, kalau orang dari luar negara memang boleh bawa 10 orang sekali, disana kalau bawa bohsia ke hotel boleh siapa pun tak ganggu, Pegawai bertanya pada sekuriti Hotel kenapa tak di tangkap khalwat bawa perempuan bukan muhrim masuk bilik, kata sekuriti tersebut dia berzina itu dosa dia dengan tuhan, bukan dosa dengan manusia, dia tanggung sendiri, kita tak mempunyai hak untuk menganggu privacy dia, begitu lah sikap umat Islam di Morocco sedangkan berzina itu memang satu dosa tapi tiada tindakan oleh pemerintah, buatlah kerja tu di negara kita nak tengok apa yang akan kena, Pencegah maksiat Jabatan Agama Islam datang le cekup, penguatkuasaan pemerintah Negara kita kalau melibatkan agama cukup serius, dua bukti yang berbeza antara Negara Islam Morocco yang 80% beragama Islam dengan kita Malaysia 52% Islam, sebab tu Mat Sabu terlupa dia ingat dia berdua2an dengan janda di Morocco rupa nya dia di Kelantan.
Setakat nak tahan pengiat seni untuk buat pertunjukan di Selangor apa bezanya dengan tuntutan untuk ganti penyanyi lain, hiburan juga namanya, kenapa tidak kita syaratkan pemakaian dan gaya persembahan mereka dari kita nak tunjuk kita pejuang Islam lebih dari orang Islam sedang kan yang diganti pun hiburan juga, lebih baik dari kita menyekat periuk nasi penyanyi tersebut dengan mensyaratkan mengikut kehendak kita, mereka pun perlu mencari makan dengan cara berseni, mere pengundi juga, mereka manusia juga, mereka rakyat juga, kalau dah puak mu Islam sangat tak perlu diganti mana2 penyanyi batal terus, melalaikan, haram bercampur lelaki perempuan bukan muhrim. Akil tu hidup pun bernyanyi, sekarang la baru nak tunjuk lebih Islam dari orang Islam lain.
Puak2 Pemuda PAS ni kalau dah nak bersih kan sangat Selangor tu, pergi le bantah ternakan babi tu, bantah le kuil dan tokong nak dibagi tanah, pergi le tunjuk perasaan depan Pejabat MB untuk tutup semua pusat hiburan dikatakan ‘Pat Pong’ Malaysia & hatyai Malaysia, massage, disko dan karoeke yang macam cendawan tumbuh baru2 di buka hingga setiap 5 radius 3 ke 4 buah pusat hiburan baru dibuka, kenapa hak tu puak2 ni tutup mata je, apa!!! takut dengan teresa kok dan xavier tu ke, hak penyanyi orang melayu nak cari makan bagai nak rak beraninya sampai sanggup nak lingkupkan periuk nasi orang, hak bangsa kafir tu kecut perut, jangan nak hipokrit le dalam kita nak perjuangkan Islam, zaman Rasulullah sendiri pun hiburan ni ada tapi bersyarat, puak2 korang je lah Islam nya orang Melayu lain semua kafir.
Mamak Haji, diorang ni lah kalau tak hipokrit, betul2 punya nak tunjuk sangat diorang ni orang Islam, kuntakinte ingat mati kering puak2 diorang ni, apa tidak nya. dari sekecil jarum sampai ke besar2 barang semua orang kafir buat, barang makan ke apa saja la semua orang kafir keluarkan, diaorang berlakun cukup pandai species Akil juga, kalau tak hipokrit mampuih tak makan anak bini diaorang.
Sudah lah mamak, lagi komen lagi sedap, teman 3 ke 4 hari ni tak ada sebab ke Sarawak.
Wassalam.
P/s taukeh ada jual kereta jenama unta ka, lain jenis tak mau itu kafir punya…..
Salam kuntakinte!,
Kalau pii sarawak itu bagi tau kat depa sikit oasai si nuar ini punya cerita..!!!Selamat berjuang!kalau ada masa hantar komen dari sana tentang pandang orang sarawak!.
p/s:Teringat lagu Casablanca dan Masjid yang Tertinggi di Dunia untuk Allah melihat seluruh Casablanca…….!!!!.
Salam…
Kawan bukannya apa…tapi terasa puak PAS ni saja nak menunjuk-nunjuk…politik aje. Dulu nak laksana negeri islam kat Kelantan dan Trenganu takut dengan saman…jadi sebagai usaha nak tunjuk mereka masih berjuangkan islam mereka nak mereka macam-macam. Aku rasa puak PAS ni masa dia orang muda-muda dulu zaman apa ya…a-go-go atau pop ye-ye. Tapi bagus jugalah…tapi janganlah ambil separuh-separuh..islam tak boleh ambil separuh, buang separuh. Kat ipoh,Langkawi dan genting tu banyak lagi pusat maksiat dan judi…kasi hapus jugalah. Aku dapat bayangkan macammana lebai jadi penguatkuasa..jaga pintu bangunan yang ada lampu samar-samar merah tu..hmmm abang-abang PAS,,ada cam dapat tiket pecuma tu…
Salam…
Kawan heran, bagaimana PAS menterjemahkan perjuangan mereka adalah perjuangan islam. Sebagai contoh dinegeri Kelantan dan Kedah sekiranya mereka ini jujur didalam perjuangan mengapakah tidak dilaksanakan hukum islam sebagaimana yang di war-warkan. Mengapa di Kedah sebaik sahaja menawan negeri tersebut sepatutnya sebagai perjuang islam perkara yang paling utama mereka adalah melaksanakan pemerintahan islam dan hukum-hukumnya. Tetapi ini tidak terjadi, sebaliknya apabila berjaya, isu negeri islam menjadi tidak penting lagi sebaliknya sensitibiti masyarakat bukan islam pula yang menjadi isu yang diutamakan kerana mereka telah membantu kejayaan tersebut. Begitu juga dengan negeri Kelantan telah lama berada ditangan PAS tetapi tiada lagi kedengaran isu pemerintah islam yang diutamakan, kerana hanya takut pada saman dari kerajaan pusat. Benarkah cara PAS tersebut sekiranya dipandang dari hukum islam. Setahu kawan, perkara menegakan pemerintahan islam dan melaksanakan hukum-hukumnya wajib dan tidak boleh ditangguh-tangguhkan atas sebarang alasan pun kerana sekiranya ditangguhkan ianya terus tidak akan terlaksana.
Kini setelah gagal melaksanakan perkara yang lebih besar mengapakah isu yang ini pula yang dipentingkan. Adakah ini sebahagian dari isu yang berkepentingan politik atau madsudnya sebagai gimik politik untuk menipu pengikut bahawa mereka masih tidak lari dari konsep keislaman mereka. Kenapa isu artis berpakaian yang di timbulkan…Kawan heran tak faham apa bezanya artis perempuan yang kurang sopan pakaian atau terdedah auratnya dengan pemain bola sepak yang memakai seluar pendek. Adakah memakai seluar pendek sempurna penutupan auratnya. Bukankah dikalangan penonton di stadium tersebut adalah perempuan. Apakah dibolehkah perempuan melihat lelaki yang memakai seluar pendek atas alasan sukan atau apakah perempuan yang tidak di asingkan dari kaum lelaki di tempat ramai di bolehkan atas alasan sukan. Mengapa boleh diambil setengah dan di buang setengah.
salam,
Abang Tuah, yang herankan mereka ini baru dapat memerintah negeri belum lagi memerintah persekutuan. dah macam kuasa dan undang-undang Malaysia ini kat tangan mereka pulak!.apa nak tukar Perlembagaan ke?.Kaum Cina dan India itu nak letak ke mana!.Pandai lah ..politik kat kampung boleh lah, Ini dekat dengan Kl lah abang oiii!.Depa in tak tahu Mufti ada untuk apa?.Baru teringat pasal Mufti baru nak mintak pandangan?.Minta pandangan dulu baru hebah kat suratkhabar!. Sallehan Mukhyi ini cuma nak publisiti murahan!!!!itu je!.wasalam.
mamak ni crite top plak die, 2013 dah terkuburlah umno tu… orang muda mcm aku x brape minat la taksub2 parti ni…
http://10tahun.blogspot.com/
Salam,
Ini Mamak mana pulak..orang tanjung ke?.Pening pulak moderator nanti..yang ini saja datang jual minyak urut ke?.Nak promosi blognya ke?.Pening dengan hampa semua ini hah!
Wasalam.
Salam Mamak Haji…
Tu bukannya ori mamak…kalau ori Mamak..otak macam Mamak Haji dan Tun…ni sebenarnya Mamat temberang Top. Kerajaan hantar belajar masuk sampai masuk U…sekarang dah pandai nak cerita fasal perjuang haluan kiri…komunis betullah budak mamat ni. Aku rasa budak ni anak perjuang2 komunis agaknya. Komunis ni seingat aku mula-mula tu berjuang menentang jepun kemudian British…mula memang ok…tapi bila dah kemaruk darah mereka menyembelih pula orang kampung..banyak jadi mangsa termasuk atuk-atuk aku.
Mamat temberang top…kalau baru setakat baca buku perjuangan radikal tu tak payahlah korang nak mempertikaikan perjuangan warga emas Mamak Haji tu…pengorbanan beliau terhadap negara ni lah yang membuat engkau hidup mewah sekarang ni.
Nasib brokuntakinte belum habis penat balik dari Sarawak, aku rasa kau cepat cari POL POT bantu engkau sebelum kuntakinte pulih tenaganya.
Salam, haprak!!! punya sedara mamak crite top, kalau setakat nujum pak belalang kau nak kata UMNO terkubur 2013, kau pegi bertapa dulu di kubur P. Ramlee dan bat latiff dulu, baru kau layak nak bernujum tentang UMNO, ni lah dia jenis orang muda merugikan bangsa dan negara, ni lah dia species nya yang tak sedar diuntung, mak bapak tak ajar sejarah ke lah ni, ini lah dia kesilapan setengah2 mak bapak yang langsung tak bercerita kepada anak setindak2 pahit maung salasilah keluarga sendiri tok nenek mereka semasa zaman sebelum dan semasa kemerdekaan, sebab tu lah lahirnya species macam belukang ni. pemuda taik kuda, merosakkan umat dan lupa keturunan ha… jenis ini lah.
Sedara oi!!!, sedar kan diri dulu kalau tak ada UMNO bangsat le korang tau dak, merempat le sedara tah dimana sesat di bawah jambatan ke, dikaki lima pegang tempurung jangan jadi kacang lupa kulit, biar reti bersyukur diatas nikmat yang diperolihi, setakat nak belajar tentang radikal pergi le menuntut di kubur rashid maidin dulu.
Setakat tulis sebaris dua lepas tu ghaib tah kemana baik le pergi tolong mak bapak kat dapur ada juga paedahnya dari menyusahkan orang lain.
p/s Pemuda macam ni zaman jepun dulu sah2 kena penendang jepun…
wei..mamak bangsat!!! kamu penghianat!! laknat!!HANCUR UMNO…HANCUR BN
Ini kisah yang berlaku di kawasan Slim River, Perak. Di kawasan ini calon UMNO yang bertanding ialah Junus Wahid. Dia ni dulu cikgu. Sebab kuat berpolitik dan bodek membodek, dapatlah dia jadi wakil rakyat DUN Slim River.
Kalau nak tahu, Junus Wahid inilah manusia yang amalkan politik paling bangsat di kawasan ini. Bila dah dekat pilihanraya barulah dia nak tar kan semula jalan ke Felda Gunung Besout, Sungkai. Konon-konon nak rasuah peneroka Felda la tu. Masa dia dok pegang jawatan ADUN tak mahu pula dia nak tar kan jalan. Tiba-tiba bila dah hampir sangat pilihanraya barulah sibuk arahkan jalan yang teruk tu di tarkan semula.
Sampai sekarang jalan tu masih lagi tak siap. Dan memang jalan yang ditarkan semula tu tak akan sempat siap sebelum pilihanraya ni. Sudahlah jalan tu dibuat dengan kelam kabut, tar yang diguna pun jenis yang tak ada kualiti. Batu-batu yang digunakan pun jenis kasar-kasar. Bila lalu dengan motor atau kereta, rasa macam naik keretapi kelas tiga zaman dulu-dulu. Sudahlah tak berkualiti, jalan yang ditar tu tak sama pula. Bila hujan air pun bertakung.
Memang Junus Wahid ni cuma menyusahkan orang sahaja. Kontraktor yang buat jalan ni pun jenis yang tak ada tanggungjawab. Entah kontraktor mana yang Junus Wahid ni kutip pun tak tahu la. Pasir-pasir penuh di semua jalan. Habis semua pasir tu akan terbang ke motor atau kereta kita. Yang naik motor sakit mata dan muka. Yang naik kereta silap-silap boleh pecah cermin kereta. Penjaga bendera pun tak ada. Kenderaan yang lalu ditepi-tepi jentera turap jalan tar tu semuanya terpaksa tanggung risiko yang tinggi.
Nak harapkan kontraktor jalan tu, langsung dia tak peduli. Kita boleh jalan ke, nak langgar motor / kereta orang ka, semuanya tanggung sendiri. Sepatutnya jalan buruk ke Felda Gunung Besout, Sungkai ni tak patut lagi ditar dan ditampung sebahagian-sebahagian sahaja. Patutnya kena turap semua jalan tu dengan tar yang baru. Kena ganti dengan jalan tar yang baru. Kalau dok main tampung sahaja, lebih baik tak payah buat. Buat menyusah lagi boleh. Sudahlah buruk, jalan pula jadi lebih teruk. Maklumlah jalan yang bertampal-tampal. Naik kereta pun macam naik kuda.
Cuba kita bayangkan, kalaulah kita ni cuma ada sehelai kain pelekat buruk. Dah koyak dan reput pula tu. Tiba-tiba datang seorang yang konon-konon dermawan tampal kain kita yang koyak-koyak tu. Ada ka patut ?. Kain kalau dah buruk, lepas tu cuma ditampal-tampal sahaja, akan menjadi lebih buruk. Patutnya orang dermawan tu ganti sahaja dengan kain yang baru. Macam tulah juga yang kami mahu dengan jalan ke Felda tempat kami. Bukan lagi ditampal-tampal, tapi jalan yang baru. Koman-koman pun semua jalan ditarkan semula. Bukan sebahagian-sebahagian sahaja. Itu baru bab jalan, belum lagi masuk bab TABIKA.
Baru-baru ni pada 15 November 1999 sekali lagi Junus Wahid dah amalkan politik bangsat. Tak pasal-pasal dikumpulnya semua budak-budak TABIKA KEMAS di sebuah dewan balairaya Felda. Konon-kononnya nak bagi sijil tamat sekolah TABIKA KEMAS. Rupa-rupanya dia jadikan majlis tu tempat untuk dia berkempen politik gila. Kempen dia tu pula penuh dengan maki hamun dan mencarut. Habis semua pihak nak dihamunnya