Mengapa Pak Lah Kata Teck Lee Tamak

sumber mstar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan beliau menyifatkan Datuk Yong Teck Lee sebagai tamak kerana Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) itu lebih tertarik dengan tawaran yang diberikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berkemungkinan jawatan tinggi berbanding kedudukan ditawarkan Barisan Nasional.

“Saya dah tahu beliau mulakan macam-macam tindakan semasa saya pergi ke Sabah. Saya mahu berjumpa beliau tetapi semasa saya membuat pengumuman mengenai perkara yang dibangkitkan Sabah, berkaitan pembangunan dan lain-lain, beliau tidak datang dan saya diberitahu beliau berada di Sandakan.

“Nampaknya dia mula membuat cerita lain. Justeru, saya fikir buat apa hendak memberi kepada beliau (jawatan).

“Akhirnya kita tahu apa yang beliau hendak… rupanya beliau lebih berminat apa yang ditawarkan Anwar. Apa yang ditawar, wallahualam… mungkin jawatan tertinggi dan sebagainya,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Barisan Nasional (BN) di sini petang tadi.

Perdana Menteri menambah, Yong sebenarnya mahu bertanding dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, namun tidak berjaya berikutan kerusi yang diperuntukkan kepada SAPP sudah penuh.

“Saya masih ingat apabila kita memutuskan wakil yang bertanding untuk pilihan raya lalu, beliau (Yong) telah memutuskan ahli-ahli partinya yang akan bertanding.

“Bagaimanapun, beliau turut mahu bertanding tetapi tiada kerusi yang cukup diperuntukkan untuk partinya. Justeru beliau meminta untuk bertanding kerusi Kota Kinabalu yang diperuntukkan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS). Mereka (PBS) tidak mahu memberinya, justeru dia tidak gembira,” katanya.

Abdullah berkata, beliau juga bercadang untuk melantik Yong sebagai Wakil Khas berkaitan BIMPEAGA.

“Saya kata pada dia you akan dijadikan sebagai Special Envoy yang ada hubungkait dengan BIMPEAGA, dengan itu dia akan ada peranan yang boleh dilaksanakan seperti hal berkaitan dengan promosi perdagangan dan pelancongan serta hal berkaitan masalah sempadan dan pendatang asing tanpa izin.”

“Dia kata ok, that’s good (eloklah tu), saya pun mulalah ambil tindakan dan maklumkan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan dia senang hati tetapi tibatiba dia (Yong) buat perangai,” katanya.

Abdullah berkata bagaimanapun tawaran jawatan itu tidak dapat dilaksana dengan kadar segera kerana perlu melalui beberapa prosedur termasuk mengemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri berkata ketika beliau ke Sabah baru-baru ini dan mengumumkan beberapa insentif dan projek pembangunan bagi rakyat di negeri itu, Yong tiada dalam acara itu kerana difahamkan berada di Sandakan.

Nampaknya dia sudah mula buat cerita lain, jadi buat apa saya hendak bagi (jawatan Senator dan Wakil Khas) kepada dia.

“Akhirnya kita tahulah apa yang dia hendak, ruparupanya dia lebih berminat dengan apa yang Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) tawarkan kepada dia, mungkin dia hendak yang lebih besar, apa yang ditawar saya tidak tahu,” katanya.

Abdullah turut kesal dengan tindakan Yong kerana jika tidak bekas Ketua Menteri Sabah itu dapat menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat Sabah dengan jawatan yang diberikan itu.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Mengapa Pak Lah Kata Teck Lee Tamak

  1. Long

    Pak Lah sendiri tak tamak ke? Bagaimana dengan ketamakan anak menantu dan patrikc badawi. Ini telah disinggung oleh Tun M.

    Beza juga baca blog jln enggang dan blog saka bangsa. Berani lagi saka bangsa. Jln enggang macam backup Pak Lah aje. Baguslah

  2. Sonz

    Saya tidak peduli apa Datuk Yong mau buat yang penting hak pribumi negeri sabah terbela. Sebenarnya rakyat sabah sudah lama tertindas. Yong cuba menyelamatkan Sabah dari terus jatuh kelembah kemiskinan. Mengapakah sabah diketegorikan dalam negeri paling miskin.. Adakahkah negeri ini memang miskin sedangkan negeri ini mempunyai sumber bumi yang tinggi. Contoh paling ketara Minyak.. mmm.. fikirlah?

  3. Kuntakinte

    Salam, Sdr. Sonz, sedara tak peduli apa Datuk Yong nak buat, yang penting hak peribumi negeri sabah terbela, sedara cakap apa ni!!! sikap sedara penting kan diri, Datuk yong kalau sayang kan orang Sabah dia tak buat perkara yang tak beretika, siapa Datuk Yong yang sedara kata penyelamat sabah, sedara dah kaji ke apa yang sedara cakap ni, Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Exco yang menjaga Pembangunan Infrastruktur Luar bandar bukan kah Timbalan Presiden SAPP parti Datuk Yong tu… kalau dia nak pertikai kenapa di tak pecat saja Timb Presiden Parti dia tak buat kerja untuk rakyat di luar bandar di Sabah, ini lah dia kalau tak buat kerja tunding jari pada orang lain, Datul Yong marah sangat sebab dia dah tak berjawatan, minta projek besar2 dengan Pak Lah tak bagi lepas tu, tarik le pedang panjang nak sembelih orang lain, kelemahan diri sendiri tetap tak akui, jangan lah bersikap penting kan diri sedara, kalau lihat cara sedara menulis sedara ni macam perangai Datuk Yong juga, pengkhianat!!

    Miskin semua tempat ada masalah kemiskinan, kerajaan memang sedang berusaha meningkat kan ssosio ekonomi masyarakat luar bandar, sudah tentu perkara ini memakan masa, isu yang bukan mudah untuk diselesaikan, ini melibatkan kehidupan orang susah yang mempunyai latar belakang yang susah juga, seperti tak berpelajaran, tak mempunyai kapasiti, tak mempunyai kepakaran dsbnya, dalam isu ini memang kerajaan banyak memberi penumpuan kepada kawasan luar bandar tertutama sekarang ini di Sabah dan sarawak. Sedara ingat kerja senang ke untuk membenteras kemiskinan terutama di pendalaman Sabah dan Sarawak, berapa banyak etnik disana dengan berbagai2 kebudayaan dan anutan ada kah mereka bersikap macam kita di bandar, saya tak perlu ulas sebab sedara lebih sedia maklum, bagaimana pula dengan bentuk muka bumi di Sabah dan Sarawak, jarak dari satu kampung ke kampung yang lain bukan nya dekat dalam hutan pulak tu, saya baru saja balik dari Sarawak, saya pergi ke rumah panjang Lundu Santubong, bagaimana kehidupan mereka saya tahu, tetapi saya hairan juga jalan Tar masuk hingga ke pendalaman Lundu, penduduk nya berkereta juga, ada juga yang tak berkereta, keadaan rumah boleh dikatakan okey juga, ada air bersih ada elektrik, keadaan ini lebih kurang sama saja dengan di pendalaman semenanjung, tinggal lagi Sabah dan Sarawak terlalu jauh perhubungan antara satu tempat dengan tempat yang lain menjadikan pembangunan agak lewat di sebab kan kos pembangunan yang cukup tinggi, ini di akui, dan saya percaya kerajaan sedang berusaha kearah itu terutama dalam RMK9, kita kena lah bersabar dalam menerima pembangunan yang boleh di kategorikan sebagai kawasan luar biasa sedikit.

    Kita ada perlembagaan sedara baca perlembagaan persekutuan Bahagian 7, fasal 110, dalam perlembagaan sumber asli seperti timah, sumber minyak kerajaan persekutuan berhak untuk memberi levi, atau royalti di negeri2 yang pengairan berhampiran dengan Negeri berkenaan, minyak bukan hak kerajaan negeri kerana jarak pengairan dengan pantai (kuntakinte tak pasti jaraknya) adalah hak milik kerajaan Persekutuan, Negeri2 yang berkenaan bertuah mempunyai hasil sumber minyak dan ini memberi pendapatan berupa royalti seperti di t’ganu.

    kuntakinte akan sambung kemudian, ada perkara yang perlu diselesaikan Wassalam.

  4. Kuntakinte

    Salam, kuntakinte sambung lagi untuk menjelaskan kepada sdr sonz.

    Dalam perlembagaan persekutuan Bahagian 7 fasal112B, 112C dan 112D banyak menjelaskan pemberian khas hanya kepada Negeri Sabah dan Sarawak terutama menyentuh mengenai sumber asli seperti timah dan minyak, tangungjawab kerajaan persekutuan jangan kita pertikaikan, kerajaan persekutuan telah membantu membangunkan Sabah sejak sekian lama dulu semasa Sabah secara resmi menjadi Negeri2 didalam Malaysia, sudah tentu usaha2 untuk membangun keseluruhan Sabah mengambil masa yang panjang dan bukan sesuatu yang mudah memandangkan latar belakang etnik dan bentuk geografi kawasan2 pendalaman di negeri Sabah, usaha berterusan dari masa kesemasa, sedara baca ruangan abangtuah bertarikh 23.6.08 dalam komen kenyataan Dato mukriz, usaha2 dan bantuan2 yang diluluskan oleh PM kepada Sabah dan Sarawak dan usaha ini harus disambut dengan penuh kesyukuran oleh orang sabah.

    Kerajaan Sabah yang dipimpin oleh anak watan sabah juga mempunyai tanggungjawab mereka, dalam isu sumber asli seperti contoh sektor pembalakan di kuasai 100% oleh kerajaan negeri sabah, dan sumber pendapatan seperti cukai tanah, air dan sumber2 lain dsbnya sememangnya diurus sendiri oleh kerajaan sabah bermakna untuk rakyat sabah yang mengurusnya, kuntakinte faham akan delima yang dihadapi oleh kerajaan sabah untuk membangun kan sabah bukannya mudah dan ia memakan masa, oleh itu rakyat sabah perlu bersabar dan memberi kerjasama dan sokongan dalam usaha yang dilakukan oleh kerajaan sabah. sumber kewangan kerajaan sabah bukan sekadar menumpukan kepada masalah membenteras kemiskinan dan pembangunan, banyak keperluan lain yang perlu diberi perhatian dalam masa yang sama pembangunan modal insan amat perlu diutamakan juga, latihan kemahiran dalam semua bidang dan sektor membolehkan rakyat sabah tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan semata2, persediaan perlu dilakukan sendiri orang rakyat dengan menumpukan usaha2 mendidik anak2 bangsa untuk menguasai ilmu pengetahuan agar mereka akan menjadi warga yang mampu bersaing bukan diantara rakyat sabah semata2 tetapi dengan bangsa asing, rakyat sabah perlu membuat tekad untuk mengubah nasib generasi baru sabah agar tidak menjadi seperti generasi kita sebelum & ketika ini.

    Sikap menunding jari tidak akan menyelesaikan masalah, pembangunan, pembasmian kemiskinan akan berlaku secara berterusan dari masa kesemasa, tetapi apakah persediaan kita untuk menghadapi keadaan tersebut dimasa hadapan perlu di fikirkan dan diusahakan, etnik2 yang terdapat di sabah mungkin akan merasa kelembapan untuk di majukan dan dibangunkan kerana budaya mereka yang cukup kuat dengan pengaruh2 lama yang perlu kerajaan usahakan mengubahnya untuk mereka menerima dengan bersama2 menyambut usaha kerajaan sabah menukar cara hidup mereka, ini memakan masa yang lama, sedara tentu lebih memahami akan situasi ini.

    p/s hai… bagi salah…. tak bagi salah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s