“Saya tinggalkan Anwar kerana prinsip Islam” Ezam

sumber klpos

KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor semalam bersumpah atas nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri kerana ‘prinsip seorang Muslim”.

Ezam yang berceramah di sini, semalam dilaporkan berkata, beliau sedia untuk ‘all-out’ bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri ‘atas sebab-sebab tertentu’.

“Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya,” kata Ezam di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini.

Dalam ceramah bertajuk ‘Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa’ itu, Ezam menjelaskan politik cara Anwar Ibrahim akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi.

Dalam ceramah sulung di pentas UMNO itu, Ezam yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar berkata, tindakan beliau meninggalkan bekas boss nya itu semata-mata atas dasar prinsip.

Menurut beliau, biarpun ada dakwaan kononnya beliau disogok jutaan ringgit serta jawatan tertentu oleh UMNO, namun hakikat sebenarnya adalah beliau hilang kepercayaan pada perjuangan PKR.

“Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun,” kata Ezam.

Jelas Ezam, sejak mengumumkan menyertai UMNO, beliau menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak gentar sama sekali dengan fitnah-fitnah tersebut bahkan beliau memberi amaran bahawa kesabarannya ada batas.

“Saya tidak suka aibkan orang, tapi kalau terus memfitnah saya akan gempur habis-habisan,” katanya.

Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.

nota: kini orang kanan dsai sudah bersuara…apakah prinsip ISLAM yang diperkatakan oleh Ezam sehingga beliau bertindak meninggalkan perjuangan DSAI itu sendiri?? Diharap saudara ezam dapat memberi pendedahan demi menyelamatkan Malaysia dari dipimpin oleh seorang yang songsang amalannya.

32 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

32 responses to ““Saya tinggalkan Anwar kerana prinsip Islam” Ezam

  1. Salam,
    Syabas saudara Ezam…inilah Mamak dan Ramai rakyat tertunggu-tunggu dari Ezam,Nahi mungkar itu perlu dan tak perlu tunggu lagi.Didedahkan segera terutamaya pada rakyat di Negeri Perak.Umno perlu dan segera bertindak balas daripada duduk mempertahankan serangan nuar kini seperti Itik Tempang (Lame duck). Perlu balas serangan apa cara sekali pun.Kerahkan kembali,Gempur kembali !!!semua Ahli Umno perlu mulakan serangan balas yang cintakan Agama,Bangsa dan Negara.Rampas kembali Perak yang perlukan hanya dua Adun sahaja!.Datuk Tajol Bersemangat lah kembali!!!.Jangan duk kenang yang sudah!!!Biar Anuar ini berputih mata dengan tamak halobanya yang ingin 30 kerusi parlimen.Ini hanya sebagai ugutan dan propaganda perang saraf yang dilakukan.Dia nak porak-perandakan BN dan UMNO sebelum lancarkan serangan melalui Demontrasi yang mengulingkan kerajaan.Gunakan jabatan risik dengan cara yang berkesan.KJ juga perlu bersemangat kembali seperti dulu…jangan persalahkan diri kerana kesilapan lampau..itu adat Manusia.kembali balik dengan Nawaithu yang Ikhlas; Allah sentiasa membantu.Datuk Hisham juga harus bertindak…bertindak dan buat serangan gunakan sumber-sumber yang sedia ada pada kerajaan.Jangan tunggu lagi dengan cara mempertahan…Musuh dah dekat dan sedang menang dengan hampa kerana dulu rakyat tak yakin nuar boleh dapat 30 kerusi makin lama makin rakyat akan yakin pada Anuar..bahaya.Cara pemikiran hampa dah tak betul.Jangan mempertahan tapi buat serangan pada musuh kembali!.Pecah belahkan serangan mereka nescaya kita akan berjaya.Cuma jaga Nawaithu “aku ini berjuang untuk Agama,Bangsa Dan Negara”.Jangan berkejar untuk pangkat dan kedudukan dalam parti kerana pemilihan kedudukan itu serahkan pada Allah S.W.T. biar dia yang buat keputusan.Mamak sayu baca tentang niat murni Saudara kita Ezam ini.Semoga Allah akan lindunginya.Wassalam.

  2. Kalau betul baguslah. Tapi Sdr Ezam ini ada juga saya dengar ceramah beliau semasa dalam PKR dulu. Ada kotak rahsialah, ada bukti sahih lah. Cuma yang dengar dulu pasal massalah dengan anak DSAI.
    Tak lama lepas tu baru keluar PKR. Cakap orang politik ni dengar bolih saja. Kerana orang politik ni bolih turn 360 darjah dalam masa 1 minit.

    Masa baru keluar tahanan dulu , cakap pun dah lembek. Jika di bandingkan dengan Tian Chua. Baru lepas 4 hari masa tu.

  3. AbangTuah

    Alhamdullilah Saudara Ezam. Kini rakyat telah benar-benar yakin bahawa perjuangan saudara ikhlas. Tak sia-sia kawan gelar saudara sebagai Satria Jati, berikut adalah serangkap dari puisi yang pernah kawan postkan.

    Yang lama pahlawan dikagumi
    Yang muda pula satria jati
    Satria jati muda telah teruji,
    Menongkah ombak yang sangat ngeri
    Kini bertemu pula kebenaran hakiki

    Ya Satria jati, demi survival bangsa dan agama janganlah kamu teragak-agak lagi, teruskan dengan usaha murni mu, gempurlah mereka yang berniat hendak melemahkan semangat mu serta memusnahkan kedamaian yang telah sekian lama dikecapi. Jangan di biarkan mereka yang tak layak untuk berada ditampok pimpinan negara.yang tercinta ini.

    Kawan percaya doa rakyat sentiasa mengiringi mu demi menegakkan kebenaran dan inshallah diberkati Illahi.

    Mamak Haji…kotak yang sembilan buah tu macamana, rasa dah tak payah buka lagi…suruh Ezam pergi sembunyi kat pulau mana-mana.

  4. Kuntakinte

    Salam!!! Sdr. Ezam harus memperhebatkan usaha dalam memjelaskan lebih mendalam strategi dan sikap anwar hingga boleh menghancurkan negara, kuntakinte berharap sdr. ezam kuatkan semangat dan jati diri dalam menghadapi cabaran2 dari puak2 anwar yang akan menyerang beliau dalam berbagai2 sudut. kuntakinte bersyukur ke hadrat Allah S.W.T diatas limpah dan kurnia nya dan tunjuk kan ke jalan yang benar dan diredhai.

  5. lancau

    lancau ezam..

    kau buat rumah besar kat shah alam tu pakai duit sape?

    KAU BUKAN ADA KEJE, PAKAI HARRIER MANA DPT DUIT?

    jgn jadi ayam jantan berkokok je lebih, kau menyesal pun tak guna lah, semua kekawan kau dah jadi mp kau? abuk pun tak de…

    tu la kau khianati perjuangan dan jemaah,, kau dan keturunan kau akan dilaknat Allah, dasar sesumpah, mana kotak2 yang kau ckp dulu?

    ezam2 kau mati besok aku kencing atas kubur kau… hahahaha

  6. hanturaya

    eeeii ezam, kau nak makan beras wangi ye.. kenkawan dulu sekarang kau musuhi sekarang. mana gerak kau…seyap

  7. smu

    alahai ezam… dulu cakap berdegar-degar… tan sri khalil rasuahlah… sini rasuah…. sekarang bawa sapu tangan lap punggung yang anda selama ini rasuah. Apakah mereka telah diputehkan oleh anda sendiri…. Kalau anda dalam UMNO beranikah dedahkan perangai syaitan pemimpin UMNO tu. Saya syorkan anda pasanglah spy di pejabat kerajaan… buat baik dengan odit ke, bahagian kewangan… bahagian kontrak ke, mereka ni banyak sumber perangai jahat orang politik UMNO ni. Gua nak cakap lebih pun takleh. Gua hanya dapat pangkah selain BN… itu saja nak lepaskan geram walaupun gua kerja gomen. Retorik ezam sebenarnya dah tak laku. Tapi tak apa ahli UMNO yang boleh digulakan akan tepuk untuk ezam, Yang naik jadi menteri ezam juga. Yang tukang tepuk nganga dapat kacau secawan teh di kedai kopi… jadilah/

  8. hanturaya

    dalam umno mane boleh juangkan islam..ooii ezam. Umno ambik islam bab yg untungkan poket je..contoh zakat, gi haji, nikah kawin..harta benda tu aja ezam oooi. mana ade umno ajak orang gi sembahyang..tak pernah dengar pun tu le pasai masjid dan surau bawah perintah umno lengang. bebudak mudu jgn harap nak gi masjid reramai sembahyang. padahal dari sembahyang le boleh buang bende bende kotor rasuah, kaki betina dan yg dilarang oleh islam

  9. kamikaze

    kpd lancau..jgn sampai gua kencing atas kubur lu plak bila lu, mak lu. bapak lu mati sok…ape yg hebat sgt anwar 2??mintak anwar bersumpah cara “islam”la kalau dia berani…yg gua tau memang dia tak berani krn dia anak haram yg dihalalkan

  10. Kuntakinte

    Salam, nama pun hanturaya perangai lagi le…

    Sdr. apai ngelai di lah dia bukti sekor hanturaya PAS, Islam dia lebi dari Islam orang lain, dia ingat sembahyang dia diterima dik tuhan kalau peragai macam hanturaya…

    p/s selama ni keturunan tok nenek dia pun tak sembahyang selama ini.

  11. AbangTuah

    Janganlah kita kurang mengunakan akal dan fikiran kurniaan yang paling berharga kepada kita. Letaknya akal dan fikiran di martabat yang tinggi, jangan biarkan hati dan nafsu mempengaruhi akal dan fikiran. Itu sebab guru aku kata, sirah kita di akhir zaman maka ramailah maknusia yang berkepala Babi dan Anjing…madsudnya kerana gagal mengunakan nikmat terbaik yang telah diberikan kepada kita. Aku tahu Tok Guru engkau tak mengajar begitu…tapi engkau ni yang engkar kepada larangan Tok Guru engkau agar jangan memfitnah dan mengeji. Engkau derhaka pada Tok Guru engkau jadi engkau pun tak layak duduk di dalam parti engkau yang baik dan suci tu.

    p/s : Iss..isss..issss..ada juga anak Adam yang mengaku jadi Hantu Shaitan ya…in sudah kes murtad ni dari jadi manusia…entahlah dunia nak kiamat agaknya.

  12. mujahidin

    Kepada lancau, nick u pun dah tak menunjukan islam, ini bukan cara org muslim bercakap, perbuatan u nak kencing atas kubur org islam lain mungkin pernah dilakukan oleh masyarakat arab jahiliah…tapi bukan orang mukmin sejati.

  13. Kuntakinte

    Salam, Sdr. mujahidin, nasihat sedara memang sesuai dengan sedara lancau tu dan species yang sejenis dengan nya.

    Memang jenis berburuk sangka dengan orang lain, buat tuduhan membabi buta, tanpa bersandarkan bukti. sikap macam lancau ni yang dia mahu lihat orang melayu semua pakai basikal, jalan kaki, baru okey, kalau ada melayu pakai kereta besar, rumah besar semua rasuah, semua kroni, kalau cina pakai kereta besar, rumah besar terbeliak biji mata orang melayu hairan, respect sangat tengok cina kaya.

    Sampai bila kalau sikap bangsa kita macma si lancau tu, kita tetap dijajah paling tidak pun otak dijajah.

  14. alhajji

    nauzubillah…kalau nama pun dak buruk jangan ditanyalah budi pekertinya…saya nak sebut nama tu pun tak sanggup…semuga saudara lan*** bertaubat sebelum kubur kamu yg dikencing dek org…islam amat melarang sesuatu yg tidak baik…

  15. alhajji

    wahai hanturaya…aku pun org umno gak dan aku ajak anak anak aku sembahyang…sapa kata orag um no tak suruh org sembahyang…abis kat indonesia yg tak ada parti pas tu semua orangnya kafir ke?

  16. HAM BIN NO NO NO

    Kalau benar apa yg dikatakan Ezam, berjuang demi agama Islam… kamu sepatutnya menyertai parti yg memperjuangkan Islam dari dulu, kini dan selamanya! Bukannya parti Alif Mim Nun Wau- Alif tendang Wau = Circus!!!! Umno parti yg sekular hasil benih penjajah dahulu. Kepada yg masih menyokong umno dulu, kini dan sampai mampus!!! fikirlah semula apa & siapa pemimpin yg kamu sokong tuh!! Takkan kepala hotak kamu tu bengap sangat sampai tak tau mana yg tulin mana yg palsu? tk dapat nak membezakan mana yg beriman & mana yg mengampu?

  17. hunter

    kenapa nak kaitkan agama dan politik? ini dua benda yang berbeza ler… cuba la fikir elok2 …

  18. budak kuala kenas

    bagus tindakan saudara ezam.. saya suka tengok ezam lawan kj lawan mukhriz.. mesti macam-macam keluar nanti tu..

  19. Kuntakinte

    Salam, sedara Ham bin no no no, nama pun pelikk tak heran perangai pun pelik.

    Sedara ham, kalau bukan kerana benih penjajah ni, keturunan tok nenek sedara, mak bapak sedara dan termasuk le keturunan sedara, papa kedana, tah dimana setinggan sedara duduk di jambatan mana sedara minta sedekah, tah lorong mana sedara kutip sampah buat makan, sedar lah sikit bangsa melayu berdiri dengan bangga sekarang ni atas usaha benih penjajah le punya kerja, tak ada parti puak sedara pun pada masa tu, puak sedara dapat nikmat pun semua UMNO yang buat, puak PAS perintah negeri pun kerana UMNO yang dah bangunkan negeri2 tu, kalau nak harap kan puak korang mati kering le orang melayu.

    Ya le tu…., yang tak beriman semua orang UMNO, yang kroni semua orang UMNO, yang mengampu semua orang UMNO, puak kau tu baik sangat le.. yang nikah guna sijil palsu tu sampai cerai sapa dia?, ambil buat bini anak orang luar negara lepas tu jaga pun tidak, tahu nak puas kan nafsu je, dah keluar anak jaga pun tidak, lepas tu ceraikan, itu la kerja puak kau le tu, yang duk kahwin dengan perempuan luar tu dan nikah pun di luar tu sapa kau tanya lah puak2 pemimpin kau tu macam wak hadi kau tu, sapu balak di kelantan sampai botak chin bukit tu sapa, syaraikat mana yang dapat balak tu, kau pegi tanya tok guru kau tu hj nik tu ha… bukan ke kerja dia, pakai je atas nama Yayasan Ikhtisas Islam Kelantan, lepas tu Yayasan bagi kat puak PAS kau, puak PAS kau jual kat taukeh cina Perak, perjanjian jual beli pun aku ada simpan lagi hang tau ka…. haprak punya jenis, puak sendiri buat apa pun tak nampak, Nik Aziz buat apa pun kauorang senyap takut murtad kalau engkar, ha.. dalam diam je dia dan orang kiri kanan dia belasah balak, itu kau orang nak kata apa bukan ke itu mengampu nama nya, berlaku penyelewengan pun tutup kitab tak bising, memang jenis pengampu dan penyapu seperti Mat Sabu tu ha.. ternyata berkhalwat tapi Nik Aziz tolong lepas tuduhan khalwat dengan bini orang, malu lah sikit mengaku pejuang Islam tapi penyondol Islam.

    Bersyukur lah, tak banyak sikit pun jadilah usaha yang dilakukan oleh UMNO, ini fakta dan tercatit dalam sejarah, dalam Islam pun memang di jelaskan erti kesyukuran. dah sampai lupa kan diri nikmat yang diperolihi, tidak kah itu dikatakan kufur nikmat.

    Kuntakinte pula nak seru pada semua puak2 yang terpesong macam puak2 PAS mari lah ikut bersama dengan ezam masuk UMNO, paling tidak pun si ham no ni masuk PPP pun boleh layak terima, itu standard dia.

  20. AbangTuah

    Salam bro kuntakinte…hai dua hari tak da…jenuh kawan kilas hantu-hantu ni.
    Dengan jampi serapah bro tu kawan rasa semua bangsa hantu ambil MC nampaknya
    Han bin No No, hantu raya dan Maklampir masa bro tak da bukan main lagi depa…
    Hai hantu-hantu semua kau baru kenal siapa kuntakinte ya…

  21. Salam kuntakinte,
    Ham itu makna sebenarnya dalam bahasa Melayu ….daging khinzir pasai itu depa panggil Hamburger..iaitu burger daging babi..cuma Ramli jadikan burger itu burger halal.Daripada namanya pun kita kenal dia ini siapa…jadi tak payahlah penatkan jari – jari untuk membalas komen dia!!!.Wassalam.

  22. sekolah atap

    Salam semua, biasalah sy ni sekolah atap je.. tak tau sgt pasal politik ni.. tapi sejak akhir-akhir ni saya jadi pening, pasang tv kes liwat, demontrasi, konspirasi, dan macam-maca lagi… yang peliknya semua kes tu melibatkan orang melayu, bangsa saya lah tu. PAS kata kalau kawan ngan UMNO tak leh… UMNO tak perjuangkan ISLAM. UMNO kata tak leh kawan ngan PAS sbb PAS tak itu lah tak ini lah.. tak taulah saya.. sebab saya sekolah atap je.
    yang peliknya pulak PAS kawan ngan DAP boleh pulak.. DAP perjuangkan ISLAM ke? tak tahulah siapa yang betul dan siapa yang salah…. sama-sama lah kita tengok.. Saya tak pandai nak ramal apa-apa sebab tak layak…. orang melayu bertelagah.. orang lain tepuk tangan.. tunggu peluang.. kalau kita tak rasa… mungkin anak cucu kita yang akan merasa.. minta dijauhkan Tuhan. Amin

  23. Yeop KK

    teman dah cakap dah. demer ni bukan bolih pikir macam orang yg waras. saudara ham bin no no no, i pun dont know, teman dah suruh kaum kerabat komer longgarkan sikit serban tu supaya akal dapat berjalan dengan lanchor. komer pikir balik, dulu komer kata umno parti kapir dan sekular sebab bergabung dengan parti kapir tapi sekarang parti pas bergabung dengan kapir apa hukumnya pulak?

  24. sekolah atap

    entahlah apa nak jadi dengan malaysia

  25. AbangTuah

    Salam..sekolah atap…hai merendah diri nampak .’ular menyusur tak akan hilang bisanya’…

    Bagus ulasan awak menterjemah situasi sekarang. Memang melayu dan islam telah berpecah dengan seriusnya. Sekarang pengikut PAS kesana-kesini pakai lebai putih bagi menunjukan bahawa syorga dah terjamin bagi mereka dan bagi menunjukan islam mereka berbeza dengan islam UMNO. Kawan perhatikan puak-puak yang berlebai ni mereka pun dapat mengenal pasti siapa PAS siapa bukan. Begitu juga UMNO akan dapat mengenal pasti siapa lawan siapa kawan…bagus…….

    Apa yang kawan perhatikan kebanyakan puak berlebai ni juga sudah mula menunjukan cara yang berbeza, sekiranya berjumpa Sang lebai dengan Sang lebai bukan main mesra lagi…sekiranya bergaul dengan bukan Sang lebai..nampak macam tawar aje. Kawan nampak ketara, sekiranya puak-puak lebai ni berniaga mereka akan mengenakan harga yang berbeza pada yang tak berlebai…sungguh bagus strategi mereka untuk memecahkan umat melayu…

    Bagi kawan tak kisah…bila kawan nampak peniaga tu lebai..maka kawan akan pulaukan mereka dan cari mereka yang tak berlebai untuk makan atau berbelanja. Sekiranya tiada pilihan kawan akan keluarkan lebai dan letak depan cermin kereta…kah..kah..kah..menyamar…dapatlah diskaun.

    Kawan perhatikan pemimpin penbangkang ni memang strategi dan tujuan utama mereka PECAH DAN PERINTAH agar pengikut mereka mengasingkan diri dari orang UMNO. Suami berpecah dengan isteri, Bapa berpecah dengan anak, cucu berpecah dengan datuk, adik beradik berpecah sesama adik-beradik, sahabat handai berpecah antara sahabat, ipar lamai berpecah antara ipar lamai, masyarakat pun berpecah, mesjid berasingan, khutbah ada dua versi dan dulu-dulu semasa lebai Gila tu masih aktif dengan fatwanya , sembelihan UMNO pun tak halal makan…ish..ish..apa punya dashyat da…Sekolah atap…jangan pula kata kawan membawa mulut..semua perkara ini benar-benar terjadi, tak bohong…banyak yang dah kawan saksikan.

    Kawan rasa tak lama lagi akan terjadi perang saudara antara melayu juga islam sekiranya tindak-tanduk pemimpin politik masih meneruskan permainan memecah-belahkan, memainkan isu sensitif dan terus-menerus melontarkan tomahan dan fitnah disegenap ceramah dan mesjid di seluruh kawasan jajahan pembangkang. Perang saudara yang kawan madsudkan seperti yang terjadi di Irak antara Shiah, Sunni dan Kurdis dan seperti di Afgan antara Taliban dan puak Utara, seperti juga di Aceh diantara TNI dan pejuang Aceh. Tapi walaubagaimana jangan lupa bahawa semua mereka telah menerima Kifarah dari Allah…semua musnah tak kira puak, kaum dan fahaman.

    Tapi yang seronoknya di Malaysia ni unik sedikit…sekiranya terjadi, suami bunuh isteri, abang bunuh adik, adik bunuh abang, ipar bunuh ipar, sahabat akan bunuh sahabat, pelajar bunuh pensyarah, pensyarah bunuh pelajar, perkerja bunuh majikan, majikan pula bunuh pekerja, jiran bunuh jiran dan semua saling berbunuh antara sama lain.….wah itu sudah cantik sangat….

    Entahlah…tak dapat nak menyalahkan sesiapa…jika salahkan PAS mereka kata mereka tetap benar kerana memperjuangkan islam keadilan dan kebajikan, walaupun islam, keadilan dan kebajikan telah lama diperjuangkan oleh UMNO. Bila tanya mereka kenapa mengunakan fitnah, kejian dan mengaibkan dalam berpolitik, mereka rujuk fatwa lebai mengatakan yang mengatakan ia dibolehkan bagi memilih pemimpin…tapi yang herannya PRU12 telah berlalu…pemimpin dah dipilih tapi keji-mengeji, kutuk-mengutuk, fitnah dan lain-lainnya masih tetap halal.

    Jika hendak salahkan UMNO mereka pula kata mereka membawa kemajuan ummah, penyatuan ummah dan pendekatan kesederhanaan dalam beragama. Bila nak tuduh pemimpin kerajaan BN zalim pula, rata-rata mereka menunjukan sifat dan contoh yang baik-baik…berhemah, beretika, berwibawa, berwawasan dan pada wajah mereka yang beragama islam rata-rata ada memancar seri keimanan.

    Ada orang menuduh puak UMNO sekular, zalim, firaun, rasuah, kronisma dan nepotisma dan macam macam lagi…sehingga budak Pas yang berumur 5 tahun pun tahu menyebutnya tanpa mengetahui madsudnya.

    Tapi…tak kurang juga yang mengatakan PAS berfahaman Wahabi, Jumud, Taksub, Taliban, gemar mengeluarkan fatwa Shaitan, buruk sangka, suka pulau memulau, memecahkankan ummah, suka melanggar peraturan dan undang (naik motor tak pakai helmet), ganas, extremis, suka membotakan hutan, mengikut budaya ganas Pakistan dan Afganistan, MUNAFIK dalam janji dan kata-kata, riak dengan ilmu, riak dengan ibadat, riak dengan cara penampilan…suka kafir mengkafir dan macam-macam lagi…nauzubilah.

    Kawan pun tak faham apa yang direbutkan oleh puak-puak melayu di Malaysia ni..adakah mereka berebut syorga atau mereka sebenarnya berebutkan neraka….hanya Tuhan jua yang mengetahui.

    Ya Tuhan sesungguh syorga itu milik mu, hanya engkau yang menentukan siapa yang layak untuk syorga mu, bukan pula hak sesaorang hamba menentukannya. Sekiranya sesaorang hamba boleh menetukannya maka apakah yang patut di panggil kepada hamba tersebut….Tuhan..?

    Ya Tuhan tanah Malaysia ini juga milik mu…hanya engkau yang menentukan siapa yang layak memerintah melayu dan islam di negara ni…maka aku mohon pada mu jauhilah kami semua dari kejahatan mereka yang munafik dan juga jauhilah negara kami dari kifarah mu ya Tuhan.

    Teringat satu kisah dimana seorang pelacur selepas memberi minumannya kepada seekor anjing yang kehausan walau pun dia juga kehausan lalu meninggal dunia, telah terpilih untuk menghuni disyorga mu. Ya Tuhan, fahamlah aku rupa-rupanya bukan hanya amal, ibadat dan penampilan yang menentukan sesaorang itu layak syorga mu…tetapi disertakan juga pada ‘HATI YANG MULIA DAN IKHLAS;.

  26. Honest Man

    Siape die Mohamad Ezam Mohd Noor ni. Bagi saya die ni ibarat macam anjing kusta. Kalau manusia, die tak akan menjilat balik ludah yang dia dah palitkan kat tanah. Tapi kalau anjing kusta, die berani jilat balik ludahnya asalkan dia puas hati. Die kata die keluar PKR dengan nama ALLAH konon. PIRAHHHH!!! Semua ni gimik politik die, sebab die tak dapat apa yang die nak masa dalam PKR.

  27. pasal duit jangan kata politic,mak bapak & AGAMA pon boleh jual.ada duit semua nya bolehhhhhhhhhhhh.Melaka jatuh sebab Ang tuah BODOH ,kalau lah ANG JEBAT ambil alih kuasa dahulu,tentu today WE 1ST WORLD COUNTRY WITH 1ST WORLD MENTALITY.now all want $$$$ .malaysia banyak menteri BODOH .mana ada madu sana dia SOKONG.gua sokong ,parti punya pasal. sokong BARANG nAIK MASA DEPAN lu gua tau-tau lah.

  28. AbangTuah

    Jebat oii…
    Melaka jatuh kerana teknologi kapal Portugis tu hebat…kau tahu kapal portugis lebih kurang 20 je..kapal kerajaan Melaka dekat 200…Dan satu lagi bukan kurang semangat juang pahlawan melayu melaka ketika tu..berminggu-minggu bengali putih tu baru dapat tawan Melaka. Kau ni pun satulah…masa Portugis takluk Melaka datuk aku yang terkenal tu..HANG TUAH dah meninggal pun. Kau ni buta sejarah…macam mana nak tazkirah agama pula pada aku…keh…keh…silap-silap aku tazkirah agama pada kau sampai langit ketujuh…

    Orang alim yang tahu tu biasanya diam…
    Ahli ibadat yang tak tahu biasanya riak…

  29. shu

    KPD KAMIKAZE
    Kehebatan DS Anwar adalah pejuang rakyat. Dia menentang corruption,dia juga mahukan Islam. Tengok la anak isteri dia…Dan cuba bandingkan dengan PakLah yang ko sayang tu….bini tak pakai tudung….baju anak dia yang kawin dgn KJ tu macam sial…Kalau bandingkan benda tu je dah tau sapa yang bagos….
    Dan tak perlu risau la pasal sumpah2 ni…. Kalau kau nak tak benda yang benar, kau siasat sendiri… Mula2 pasal Saiful tu….Bukan ke dia tu mmg lembut ke?
    Pastu dlm Universiti ni macam2 bole jadi….Gay la…. So kat situ aku dah nampak, UMNO undang Saiful Bapok tu spy dekati DS Anwar, bila sampai masa bertindak….
    Dalam citer omputih pon bole tgk la benda2 mcm ni….

  30. hashim masdor

    haha.. sudah hilangkan juta duit pkr pastu lari masuk umno.. tapi pkr tak melatah pun kerana anda. jangan jadi pengikut derhaka pulak kepada umno. ezam xlayak berpolitik di malaysia kerana dasar tidak bertanggungjawab nya.. pikr2 kan la

  31. miemech

    Salam.. Buat Saudara Ezam..
    Saya nak tanya saudara Ezam.. Sebelum tu saya minta maaf Jika soalan atau commen Saya ini tersinggung mana2 pihak yg membacanya.. Kalau boleh soalan saya ini minta dijawab oleh Saudara Ezam sendiri, sebab kalau nak jumpa memang susah… Sepanjang saya kenal Sdr. Ezam Dulu memang org yg berpegang pada prinsip dan setia… Tapi setelah diludah kenapa sanggup menghirup kembali ludah tersebut?
    Sepanjang Ceramah Sdr. Ezam Di Johor (waktu Dulu) saya lah salah seorang yg tak pernah Mis pun pergi mendengarnya….. Tapi apa yg di ungkapkan hanya dari luaran sahaja… Cuma cakap kosong aje… Ertinya yg Sdr. Ezam Ungkap itu hanya satu sendiwara saja… Sdr Ezam dlm ceramah Di Senai Dulu ” Umno Bukan Memperjuangkan Islam Syhmul, Tapi apa berlaku skrg…… Sama saja….. Skrg Sdr ezam dah banyak berubah dan saya menyesal mendengar ceramah org yg cakap tak serupa bikin…..

  32. jeffri

    salam,saya dengar ceramah ezzam bermula awal reformasiii,hinggalah ezam nak bertanding lwn najib kat pekan,skrg sujud pd najib,aper citer niii broooo…………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s