Anwar tawar jawatan TPM kepada Teck Lee?

sumber mstar

KOTA BAHARU: Langkah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai termakan tawaran daripada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar  Ibrahim.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau difahamkan, Yong akan dilantik jawatan nombor dua  kerajaan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri kelak.

“Dengar kata macam-macam yang ditawarkan (kepada  Yong) seperti jawatan Timbalan Perdana Menteri dan royalti minyak.

“Sebenarnya saya nak tahu, apakah tawaran secara  individu dari Anwar kepada Yong, adakah Yong ditawarkan jawatan TPM kalau Anwar jadi PM. Jika benar, ia membuktikan  ini bukan pendirian berprinsip, tapi bersyarat sebab dia  memang dah berjumpa,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Khairy sebelum itu mengadakan perjumpaan tertutup dengan 14 ketua Pemuda Umno bahagian di Kelantan.

Beliau turut menyelar tindakan Yong dan Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengadakan perjumpaan di Hong Kong.

“Dari segi moral itu pun dah salah kerana bila dah mengaku jumpa Anwar dan kemudian nak sokong usul tidak  percaya pada Perdana Menteri walaupun dia (Yong) masih lagi berlapik dan kata tak nak keluar dari Barisan Nasional (BN), ini menimbulkan tanda tanya.

“Kenapa nak jumpa di Hong Kong? Takut orang nampak?. Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya, kita tahu sejarah  Anwar dan Yong pada 1994 yang menyebabkan kerajaan Sabah  jatuh. Ini bukan perkara baru,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Rembau itu, tindakan SAPP yang akan membawa usul tidak percaya terhadap Perdana  Menteri juga menunjukkan pendirian parti yang tidak konsisten.
Ini kerana, katanya, mustahil bagi parti komponen BN untuk menyokong usul tidak percaya kepada pengerusi BN dan pada masa yang sama masih lagi mahu memperjuangkan politik yang dibawa BN.

Katanya, Yong juga didakwa menggunakan kedudukan sebagai presiden parti untuk mendapat persetujuan mereka menyokong  pendirian beliau berhubung usul itu.

“Saya difahamkan sebahagian besar anggota Majlis Tertinggi SAPP tidak setuju dengan pendirian Yong, tetapi  beliau berjaya dapat persetujuan daripada mereka.

“Soalnya sekarang ni, adakah mereka dalam SAPP yang tak menyokong Yong akan tampil ke depan untuk membuat pendirian berbeza yang lebih konsisten iaitu kalau nak terus bersama BN, mesti sokong pengerusi BN, tak ada pilihan bagi manamana parti dalam BN untuk tidak menyokong  pengerusinya.

Sebagai anggota parlimen juga, katanya, beliau akan  lihat apakah tindakan anggota parlimen SAPP yang lain iaitu  Anggota Parlimen Tawau, Chua Soon Bui yang juga naib presiden parti dan Anggota Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun sama ada mereka akan bentang dan sokong usul tersebut.

“Saya harap Ketua Whip BN akan ambil tindakan  sewajarnya jika mereka tetap dengan rancangan mereka,”  katanya. BERNAMA

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Anwar tawar jawatan TPM kepada Teck Lee?

  1. Mamak rasa bukan nuar nak beri TPM kat dia,Nanti merajuk pulak presiden PKR dan Bai Iron side utara.Yang satu lagi apa hal,anak jadi KM tak akan dia tak ada jawatan.Kalau nak fikir sebelah pas nak jadi juga..mungkin ust.Hadi lama mengidam jawatan itu…tak tahu lah…apa nak jadi Negara kelak!.Tapi Mamak rasa anuar ini cerdik sikit kerana seperti dia ramai lagi yang gila pangkat dan kuasa…Mungkin dia lantik semua jadi Perdana menteri 1 dari keadilan,Perdana Menteri 2 dari DAP ,Perdana Menteri 3 dari Pas dan Perdana Menteri 4 dari Sabah dan Perdana Menteri 5 dari Negeri Sarawak. Timabalan Perdana Menteri dihapuskan.
    Kita ini memang senang nak buang yang ada tapi ingatlah yang datang kemudian itu bagus sangat ke?.Apa rekodnya..kena tanya kat…ketua warden sg.buluh?.Kalau manusia sekali belot dia akan sentiasa belot..contohnya YTL ini hah!.Sekali Mamak pandang dia … macam adik Tengku Li pun ada (bukan perangai tapi raut wajah) tapi dia kena buang sikit Sideburns Elvis itu!!!!ha..ha..anuar ini dapat semua yang belukang!!!esok kita panggil Parti Pembelukang Rakyat Malaysia!!!!.Nak cakap pun tak pandai ada hati nak jadi TPM…..!!!.

  2. Kuntakinte

    Salam, Mamak, 2×5 dua – dua ekor tu, jumpa di Hong Kong lepas bincang pi masuk club mana2 anjoi sama2, dalam pada tu banyak lah duit anwar nak bincang pun di Hong Kong, wahal puak2 yang menyokong dia nak pi Putrajaya pun tak berduit usah kan nak pi Hong Kong.

    Species sama2 pengkhianat memang sesuai dan ngam (kata orang cina), tapi nganga le si LKS dan Hadi, kut2 dia bagi Hadi jadi Menteri jaga Agama manakala LKS Menteri jaga babi kut, jadi lah dari pada tak dapat langsung, YTL belukang tu masa jadi CM Sabah apa yang dibuat pun kita tak tahu, Timb Presiden dia jadi Timbalan CM sekarang jaga pulak Pembangunan Infrastruktur Luar bandar, tak di suruh letak jawatan pun. kartun punya cerita.

    Hai…. angan2 mat jening le…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s