Gempar: Pengakuan Bersumpah Raja Petra

sumber imej dari malaysia kini. klik sini utk imej sepenuhnya

nota: Pengakuan ini bersumpah ini merupakan satu tamparan hebat bagi Dato’ Seri Najib tatkala isu peralihan kuasa sibuk diperkatakan. Penulis percaya Dato’ Seri Najib nampaknya terpaksa membuat ‘kerja-rumah’ yang lebih sebelum beliau menjadi Perdana Menteri. Terdapat berbagai versi cerita pembunuhan Mendiang Altantunya yang didengari. Apa2pun prosiding mahkamah masih dilakukan dan penulis percaya tindakan yang seadil-adilnya akan dibuat terhadap pembunuh Altantunya. Apakah dengan pengakuan akan melambatkan proses peralihan kuasa yang telah dijanjikan oleh Pak Lah. Adakah peralihan kuasa ini masih menamakan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri ke 6 Malaysia sesudah pengakuan bersumpah ini dibuat atau nama lain akan disebut untuk dipilih oleh Pak Lah sebagai ‘successor’ beliau?

Apa2pun diharap polis dapat melakukan siasatan mengenai pengakuan bersumpah ini.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Gempar: Pengakuan Bersumpah Raja Petra

  1. Pingback: RPK sudah bersumpah..anwar bila lagi? « www.pemuda-enggang.org

  2. mok

    Alhamdulillah… Aku amat positif dengan perkembangan mutakhir dalam UMNO.
    Aku tidak kesal.. aku tidak gentar.. malah aku amat bersyukur padaMU ya Allah, rabbul Izzati. Aku yakin dan percaya, setiap yang pahit itu selalunya ubat yang mujarab.. paling tidak tongkat ali yang menguatkan.

    Semakin pembangkang membasuh UMNO.. Alhamdulillah, semakin kelihatan bersih dan bercahaya. Semakin dikomen, semakin banyak yang dapat dikesan kelemahan untuk dibaiki. Dulu peranan ini dimainkan oleh Singa UMNO Syed Jaafar Albar, Pemimpin Pemuda tersohor, tapi hari ini Alhamdulillah…
    pihak pembangkang dan blogger turut membantu menguat dan memulihkan UMNO tanpa sedar, menunjukkan skru-skru longgar pada pesawat jentera untuk dimantapkan, mengasak UMNO untuk lebih alert dan tahan lasak, memberi khidmat percuma sebagai sparring partner, mengejutkan gergasi yang menyangap kerana sedikit selesa, menaikkan kemarahan melayu kerana menipu melayu dalam manifesto PRU12, mengaibkan melayu kerana menamatkan dominasi Politik melayu setelah lama hilang dominasi Ekonomi, membakar hati orang-orang melayu dengan provokasi-provokasi tuntutan parti sekutu yang mencabar KEMELAYUAN SEJATI, memanaskan hati orang-orang melayu kerana sekutu mereka menghina Raja dan Sultan-Sultan kami… TQ, TQ, TQ.
    InsyaAllah.. dengan pesawat jentera canggih yang semakin diperkukuh dan pemantapan taktikal, maka kekuatan akan lebih terserlah.
    Pemimpin umpama pilot pesawat tersebut dan ahli umpama krewnya.

    Ingat pembangkang !
    UMNO tidak ada masalah untuk menggugurkan mana-mana pilot yang tidak relevan kerana UMNO memiliki ramai pilot berwibawa yang sedia memikul amanah dengan jujur dan ikhlas.

    Ingat juga !
    Pengguguran mana-mana pilot tidak mebawa erti bahawa Pesawat canggih UMNO tidak akan bergerak untuk menggempur kerana pilot lebih berwibawa akan muncul.

    dan Ingat !
    Prinsip perjuangan Parti UMNO lebih utama berbanding individu kerana pendokong UMNO bukannya penjilat individu, tetapi pejuang bangsa.

    Ingat !
    Anak cucu akan INGAT siapa pembelot bangsa yang bersekutu dengan DAP dalam PRU12…

  3. Salam,
    Perkara sumpah ini bukan apa…esok orang lain pun boleh buat surat sumpah mengatakan RPK ini ada kat kejadian itu!.Cuma sekarang ini yang teruk bukan orang lain yang dituduh tetapi RPK jerat lehernya sendiri.Tak tahulah apa motifnya pulak!.Dia wartawan atau 007 JamesBond?.Tak faham mamak kerana lebih handal dari polis pulak!.Atau pun pasukan berani mati untuk nuar?. Satu permainan perang saraf yang makin lama makin hebat sekarang!.’ala perang saraf CIA Amerika dan Mossad yahudi!.Tunggu dan Lihat saje!.Kesudahanya sama macam cerita peti-peti PKR tak?……Allahuallam!!!!!!Wasalam.

  4. Kuntakinte

    Salam, mamak!! si petra ni memang spy 007, tinggal pun selama ini di London, orang standard katakan, baru 10 tahun ni je berminat nak menetap di Malaysia apa sebab kita pun tak tau, balik2 Malaysia terus bersama Anwar buat demostrasi Jalan kebun Klang, kena tangkap, itu yang dendam sangat dengan kerajaan BN ni, dalam cerita 007 kalau dia nak buat apa pun, dia sanggup buat, bunuh orang ke, tembak orang ke semua dia sanggup ini kan pulak nak bersumpah fitnah orang apa ada hal bagi dia small metter, jadi apa2 kat Malaysia di peduli apa, dia dan family boleh cabut balik London, sana harta pun banyak. Malaysia hancur dia gelak ketawa dari London.

    Satu persoalan yang perlu kita fikirkan, kenapa sekarang ini dia berminat balik semula ke Malaysia?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s