Protes AMK PKR Di Selangor GAGAL!!!!

dari malaysiakini

Angkatan Muda (AMK) PKR Selangor merancang mengadakan 10 bantahan serentak selepas solat Jumaat hari ini di seluruh negeri tetapi tiada sambutan.

Tinjauan Malaysiakini di masjid negeri di Shah Alam menunjukkan tiada sesiapa hadir, manakala di sebuah masjid di Ampang, hanya empat orang kelihatan mengangkat sepanduk bantahan.

petrol hike 30 cents 280206 khairul anuar ahmad zainudinBerbeza dengan sambutan 2,000 penyokong pembangkang dalam demonstrasi Jumaat minggu lalu yang diketuai ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, bantahan pergerakan muda PKR disertai tidak sampai 100 orang.

Menurut kenyataan ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainudin semalam, masjid-masjid yang bakal menyaksikan protes pada hari ini ialah: masjid Kampung Melayu Ampang, masjid Hasanah di Bandar Baru Bangi, masjid simpang tiga di Gombak, masjid Kajang, masjid Sekincan, masjid negeri di Shah Alam, masjid bandar baru Sungai Buloh, masjid Hulu Bernam, masjid Bukit Naga di Seksyen 32, Shah Alam dan masjid di Damansara Utama.

Difahamkan tiada bantahan di Sekinchan dan Kajang – dua kawasan yang dikuasai pembangkang di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Usaha AMK negeri ini dalam rangka menggerakkan kempen ‘protes sejuta rakyat’ 2008 bertempat di Petaling Jaya pada 6 Julai depan.

“Slogan yang tegas ‘turun’ dan warna merah adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap tindakan gila kerajaan menaikkan harga minyak yang melampau,” kata Khairul Anuar.

Protes itu, tambahnya, “pasti mendapat penyertaan dan sokongan dari segenap lapisan kelas masyarakat merentasi latar politik, kaum dan agama.”

Malaysiakini difahamkan pembangkang merancang demonstrasi besar awal bulan depan.

Namun, kegagalan kempen AMK negeri hari ini – kira-kira dua minggu lagi – dipercayai boleh membantutkan rancangan tersebut.

nota: tahniah diucapkan kepada semua rakyat yang mempunyai pemikiran warasa dan matang dengan tidak menyertai PROTES SIA-SIA yang dianjurkan oleh pakar demostrasi jalanan iaitu PKR. Diharap agar rakyat faham dan jelas mengapa harga minyak dinaikkan. Akhbar utusan hari ini melaporkan negara China juga menaikkan harga minyak mereka. Adakah mana-mana negara yang mengumumkan harga minyak mereka turun mutakhir ini?? Adalah satu janji gila oleh DSAI yang mengatakan harga minyak akan turun sekiranya beliau menjadi PM Malaysia.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Protes AMK PKR Di Selangor GAGAL!!!!

  1. Nak protes?.Ini adalah cara nuar nak guna cara guling kerajaan yang sedia ada.Isu minyak cuma platform saje!.Dia cuma nak rosakan minda rakyat dan keamanan dan kedamaian rakyat malaysia dengan tunjuk perasaan!.Motifnya cuma satu; iaitu dia ingin buat rampasan kuasa dengan demontrasi jalanan seperti dua Negara Jiran!.Ini cara ajen perisikan luar negara coaching!.Polis Malaysia perlu menanggani isu ini!.Mana ada demontrasi dengan cara aman…kalau nak juga beri mereka kat stadium je!.Demontrasi jalanan ini akan melumpuhkan ekonomi para peniaga.Kenapa Pemimpin kita masih mebisu dengan perkara ini.Kalau betul-betul nuar nak jadi pemimpin dan terlalu yakin tak perlulah demontrasi semua ini?.
    Janganlah rakyat Malaysia yang selama ini cintakan kedamaian terikut-ikut cara anjuran parti Jalanan ini!!!.Fikirkan betapa suashnya pihak yang menanggung kesusahan daripada perbuatan yang tak berfaedah ini.Kita cuma mengundang lebih keburukan dari kebaikan.

  2. Kalau “Mana ada demontrasi dengan cara aman…”… bagaimana pula demonstrasi UMNO di Penang, Perak, Selangor dan Terengganu.. semasa dan selepas pilihanraya lepas… itu juga demonstrasi jalanan… yang “akan melumpuhkan ekonomi para peniaga” malah dilakukan atas semangat perkauman yang tebal yang lebih lagi boleh menimbulkan rusuhan kaum…. jadi “Janganlah rakyat Malaysia yang selama ini cintakan kedamaian terikut-ikut cara anjuran parti Jalanan ini!!”

  3. Kuntakinte

    Salam, wah!!!! sibuk semua sahabat2 3 ke 4 hari lalu, banyak melayan moderator2 yang pening dan yang tak pening, sori la… teman cuba nak juga nak bersama semasa si Sarawak tetapi terlalu pack program disana, teman pergi ke Lundu Santubong balik hotel letih pulak tu, jauh perjalanan.

    anak perelih, sedara tak nampak ke perbezaan antara puak pembangkang dengan NGO lain tau UMNO ke buat demostrasi, buta ke mata, buta ke hati, buta ke otak, puak korang kalau buat demostrasi merosak kan harta benda macam orang baru pekena todi, baling objek sana sini, pecah sana sini, provok polis sana sini, yang buat demostrasi di Perak. Terengganu itu bukan ke NGO Melayu yang buat, yang tidak melibat kan Parti, orang melayu yang tidak mewakili mana2 parti, mereka menganjurkan demostrasi dan mendapat permit polis, cara berdemostrasi pun tidak sehingga merosakkan harta benda dan provok polis yang mengawal.

    UMNO tidak membuat demostrasi, yang kuntakinte tahu kecuali beberapa kumpulan pemimpin Pemuda UMNO yang pergi ke mana2 kedutaan untuk menyampaikan memorandum bantahan mengenai sesuatu isu, jangan disama kan dengan demostrasi haram yang kebanyakkan yang berlaku mengikut pengalaman yang kita ketahui berlaku pergaduhan, provokasi dan berbagai2 perkara negatif, apa bila polis mengambil tindakan kita menyalahkan polis, kita mula menuduh pihak polis dgn berbagai2 tuduhan. sedara sebagai seorang warga negara yang bertanggungjawab takan kerana sesuatu isu dicucuk oleh puak2 pembangkang kita mengikut dan menurut tanpa guna otak untuk memikirkan yang baik dan yang buruk, salah kah kalau mamak memberi komen mana ada demostrasi dengan cara aman berdasarkan pengalaman beliau yang demostrasi adalah cara yang banyak mendatang masalah seperti dianjur oleh species2 yang tak bertanggungjawab mendatangkan masalah, kalau UMNO mana2 NGO mengadakan demostrasi dengan mengikut peraturan dan mendapat permit tiada masalah, mamak memberi pandangan bukan di fokuskan kepada mana2 parti tetapi secara umum, kalau UMNO buat demostrasi liar, mamak pun akan tegur dan kritik, sebab orang UMNO sepeti mamak berotak dan rasional, berbeza dengan sedara sekadar ingin melepaskan geram.

    Jangan kita bersikap menegak benang yang basah, yang tak baik tetap tak baik, yang tak betul tetap tak betul baru lah kita mempunyai kewibawaan sebagai seorang manusia, dalam menentukan tindakan kita otak dan hati perlu digunakan secara betul tanpa membabi buta, kalau kita gunakan otak dan hati dengan betul barulah kita dapat membezakan demostrasi liar itu baik atau tidak, untung atau tidak kepada keseluruhan masyarakat dan negara. saya tidak kata demostrasi tidak boleh sama sekali dilakukan tetapi harus mengikut lunas2 undang2 yang kita sepatutnya sebagai warganegara menghormatinya.

    p/s lebih baik pergi demostrasi pingan mangkuk dapat juga untung hee..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s