RPK sudah bersumpah..anwar bila lagi?

terdapat pelbagai tuduhan terhadap DSAI seperti Agen Amerika, Agen yahudi, kes liwat dan sebagainya….
keberanian raja petra untuk membuat pengakuan bersumpah dalam isu Altantuya amat penulis pandang tinggi….sila rujuk posting awal di sini .bukan calang-calang orang yang berani membuat pengakuan bersumpah atas kebenaran maklumat yang beliau terima…..kini penulis berasakan sudah tiba masanya untuk DSAI membuat pengakuan bersumpah bagi menangkis tuduhan-tuduhan yang ditujukan ke atas beliau sekiranya tuduhan-tuduhan itu tidak berasas…masakan pokok akan bergoyang…sekiranya tiada angin atau tangan yang menggoncangkannya….

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

14 responses to “RPK sudah bersumpah..anwar bila lagi?

  1. mok

    Aku mendoakan segalanya ini tidak benar. Namun begitu, jika ditakdirkan Allah SWT, perkara ini berjaya dibuktikan di mahkamah, maka perndirian aku adalah UMNO dengan prinsip aslinya yang unggul perlu terus dijulang. Akan tetapi, pemimpin boleh datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti. Yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. Proses pembersihan UMNO mesti diterus dan dipergiat agar terus unggul untuk berjasa kepada nusa dan bangsa.

  2. allen

    all hail to the glorious righteous UMNO. The only legitimate party to lead the Chinese n Indians. We are of the genetic stock of both.

  3. Kuntakinte

    Salam, kalau dah main sumpah2 kita lihat lah kebenaran nya akan muncul jua, Polis kena menyiasat secara terperinci, zaman sekarang ini sumpah pun boleh di nyanyikan merata2, jangan sumpah makan tuan sudah la…,

    cerita bersumpah ni, kuntakinte teringat kan YB Nasaruddin Timb Presiden PAS sekarang pun bersumpah dalam Parlimen Wallahi, Wabillahi, watallahi, saya hadir di kesemua mesyuarat semasa mengikuti delegasi Menteri di luar negara, sedang kan satu mesyuarat pun tak pernah hadir, dia pergi buat pertemuan menyucuk student pengajian Islam di luar negara.

    teman setuju dgn mok, pemimpin datang dan pergi, UMNO tetap di situ, perkara membersihkan gejala tidak baik dalam UMNO memang usaha yang berterusan, ini semua makhluk dalam Malaysia dah tahu, hanya kita tak pernah dengar pembersihan dalam parti pembangkang, soh… je.

    Kita tunggu dan lihat!!

  4. intan

    perjuangan UMNO ada landasan yang nyata.. semoga UMNO akan bangkit memperjuangkan yang benar dan patut. namun masih perlu meneruskan kerja2 pembersihan rohaniah tanpa perlu menunjuk-nunjuk seperti beberapa parti yang lain. kita hidup kena bersederhana..

  5. AbangTuah

    Yes Allen, we are the genetic stock of both good and evil. May God punish the evils and bless the goods.

    We are the nation of one, hand-in-hand we strive for better tomorrow.

  6. anwar ahmad

    Asalamualaikum,
    UMNO memang tidak dinafikan sebagai tulang belakang org Melayu.
    UMNO banyak membantu org Melayu utk terus hidup.
    UMNO berjaya meletakkan org melayu dimata dunia.
    Tapi pernahkah anda semua terpikir dan renung dlm2 sejauh mana UMNO hendak menjadi satu parti yg mendokong pemikiran YAHUDI……
    Pikir2kan semua, ALLAHUAKBHAR..

  7. Salam,
    Mamak tak faham dengan RPK dan Pihak Polis yang menjalankan siasatan terhadap berkenaan dengan surat sumpah ini!.yang Mamak sedih sekali kerana tuduhan (betul atau salah) terhadap pegawai tinggi dalam pasukan keselamatan Negara (tentera) adalah satu tuduhan yang serius dan membabitkan nama baik dan maruah Angkatan Tentera Malaysia.Pihak Mindef dan Bukit Aman perlu selesaikan perkara ini dengan cepat dan secara serius!.Orang politik terutamanya Menteri tidaklah berkekalan dalam angkatan tentera,mereka datang dan pergi. walhal seorang pegawai tentera akan berada sepanjang hayat yang termampu di Tentera!.Orang Awam tidak memahami jiwa seorang tentera..kerana dignity atau maruah adalah tidak tolok-bandingan untuk seorang tentera!.Dengan itu seorang tentera tidak akan berkompromi dengan orang awam untuk dirinya dipergunakan kepentingan induvidu kerana ia adalah perbuatan pengecut dan derhaka pada uniformnya.Dengan sebab itulah tentera tidak boleh berpolitik.Cuma dirinya diabadikan untuk mempertahankan Untuk Negara,Bangsa dan Ugama!.Maka Mamak merayu pihak Kementah memandang serius perkara ini demi menjaga imej seluruh warga tentera dan bekas tentera Malaysia!.Siasat perkara ini dengan kemudahan Inteligent/Risik tentera yang sedia ada!.Kita tak perlu menunggu siasatan Polis kerana ia membabaitkan warga tentera!.”Agi Hidup Agi Mengelaban”.Wassalam.

  8. p/s:Moderator.

    Mamak Penang memuji keberanian pemuda cawangan enggang yang mencalonkan Tengku Li…satu tindakan berani dan berfikiran intectual!!!.Moderator perlu beri ruang untuk komen tentang perkara ini demi Parti UMNO yang dah berubah kembali ke landasan asal!!!!.Tahniah JK Pemuda Jalan Enggang!.Ini semangat UMNO yang asal…jangan ‘Yes Boss’…Everything OK..dasar kaki bodek!!!perosak parti!!.Pemuda Penang Macam Mana pulak?…emmmm…yes boss!.Kita tak mahu kehadapan cuma kat belakang Boss cukuplah…!!!!.Mamak Penang Soldier of Fortune..!!

  9. AbangTuah

    Salam, saudara Anwar Ahmad….
    Kenapa begitu sekali menuduh UMNO, mendokong pemikiran Yahudi. Dimana saudara dapat cara berfikiran begitu, adakah sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan yang kita amalkan sekarang ni berkonsepkan ala Yahudi. Sekiranya begitu PAS yang mempunyai MP di Parlimen dan memerintah beberapa buah negeri juga bersubahat juga.

    Apakah urusan perbankan yang ada di negara ini berkonsepkan Yahudi, bukankah kerajaan telah mengusahakan banyak urusan sistem perbankan yang dikembangkan berdasarkan syariah. Saudara sekiranya peka dan meneliti bahawa banyak produk-prodok perbankan islam telah di perkenalkan sebagai contoh Mudhorobah, Musyorokah, Murobahah, Takaful, Wadiah di bank-bank di Malaysia.

    Apakan dasar pendidikan negara berkonsepkan Yahudi. Sekiranya begitu ramai jugalah anak-anak orang PAS telah menjadi Yahudi juga. Takkan saudara tak peka bahawa bermula dari sekolah rendah hingga menengah lagi kerajaan telah memasukan subjek berkaitan agama sebagai matapelajaran. Tidak cukup dengan itu, sekiranya pihak ibu-bapa hendak anak-anak mereka berlajar mengikut aliran agama maka kerajaan telah juga menyediakan sekolah rendah, menengah dan kolej agama negeri, rakyat dan kerajaan. Nah! pilih yang mana berkenan. Sekiranya PAS tak mahu sedikit pun unsur pengaruh Yahudi kenapa ada yang hantar anak belajar ke USA dan Europe, kenapa tak hantar ke sekolah Taliban.

    Apakah, dasar kesihatan negara berkonsepkan Yahudi. Sekiranya begitu maka ramailah anak-anak orang PAS dah di rawat oleh doctor dan jururawat Yahudi. Tidakkan saudara lihat bagaimana kerajaan menerapkan nilai-nilai keislaman melalui cara berpakai jururawat dan pekerja di hospital. Budi bahasa mereka yang baik adakah melambangkan mereka ala Yahudi. Tapi ubat ada yang syarikat Yahudi buat…tapi tak apa, biar kami aje telan, saudara boleh makan ubat-ubat kampung dan bomoh..no problem..kerajaan boleh jimat duit subsidi kesihatan.

    Entahlah….banyak lagi hingga tak larat nak tulis…kasi peluang sahabat2 lain sumbangkan pendapat mereka pula.

    Akhirkata…, Dengar sini saudara Anuar Ahmad, kita baru sahaja merdeka, baru lepas dijajah selama 400 ratus tahun. Selama tempoh tersebut banyak budaya dan cara hidup ala barat telah di bawa masuk ke Tanah Melayu ni. Saudara tahu siapa yang bertanggungjawab mengubah, membentuk, memperbetulkan dan mengasuh minda rakyat kepada keadaan sekarang ni, lebih berhemah, lebih beretika, lebih ketimuran, lebih dalam kefahaman agama dan lebih peka terhadap tuntutan agamanya.

    Hah!…kawan percaya tentu saudara yang bijak ni akan menjawab ia terjadi dengan sendirinya…evolusi…tak perlu berterima kasih pada kerajaan!

    Wassalam..
    .

  10. Kuntakinte

    Allen, our g’ment leader is win through the action compair the opposition they alway through argument to get the people support.
    that why i believe it is more powerful to get others to support us because our leader through the action without saying a word. demostrade, do not explicate

  11. Kuntakinte

    mamak!!! dan sahabat2 lain mana pegi soh..je, cuti ke….

  12. Kuntakinte

    Salam, abangtuah, baik abangtuah nak jelas kan cara ber fakta kepada bro anwar ahmad, eh…eh.. silap sebut bro pulak nanti dikatakan yahudi teman ni, kepada saudara anwar ahmad ni ha.
    penjelasan abangtuah rasa nya dah cukup dah bagi yang mempunyai otak dan hati yang positif.

    sdr anwar mudah dan simple kuntakinte nak sentuh sikit je, sdr anwar bandingkan perwatakan dan budaya hidup kita orang melayu pada tahun 60an, 70an & awal 80an dan banding pula perwatakan dan budaya hidup pertenggahan 80an hingga lah sekarang ini.

    70an hingga 80an kita orang melayu hidupnya minum arak di kedai kopi di pusat hiburan, di kabaret di pub dan sebagainya secara terbuka, banding sekarang suasana tersebut tak kelihatan, dulu nak berkhalwat kau punya pasal, sekarang ni nampak je berdua2 an pencegah maksiat pun datang termasuk lah yang kena si Mat sabu tu, manakala wanita kesemuanya tak bertudung tambahan kalau pergi ke kabaret apa kah lagi le ketatnya juling mata kita tengok, sekarang ini hampir keseluruhan terutama kakitangan kerajaan semuanya bertudung, kuntakinte jelaskan yang simple, yang jelas kita lihat didepan mata kita, tak tau lah pulak sedara tak tempuh sebab umur baru setahun jagung, harap2 umur saudara 30 an keatas mungkin saudara dapat melihat perbezaan diatara tahun2 yang disebut tadi.

    Selain nya perfect perjelasan abangtuah yang hebat tu ha…

    wassalam
    wassalam.

  13. Dear Allen,
    Political Liberism is the belief that individuals are basis of law and society.Political liberism stress the social contract under which citizens make the laws and agree to abide thoose laws.It is based on the belief that individuals knows best what is the best for them.So the law is already abide by our fore fathers 50 yers back.
    UMNO as the goverment have dual responsibility. 1.To safe guard economics freedom which may lead to gross inequality among the races.

    2.Free Speech about this social contracts in our consitution law may lead to speech that lead to speech that is obscene blasphemous or treasonous.

    You have to look in diffrent angle UMNO policies and state policies in different terms.In this case the MCA and MIC are fully understand their virture combinations of sharing power in goverment.It does’nt mean they ignore the need of their races acquitance but to abide by the law been created and there for no such things like the opposition parties claiming MCA & MIC ignored their races neccesity.Simply the Mca & Mic understand there is a limits of freedoms of minorities at the will of the majority society.The goverment sometimes may come to confilict in sense of protector of this majority society is not the intention to ignore the necessity of the minority races.Mamak hope you understand the duty of UMNO is not solely for the country but also their devotion to the Malays as the majority of the society in Malaysia.Good day.Visit again!

  14. AdnanMB

    Senario politik Melayu sekarang memang berkecamuk. Dah jadi macam tongkang pecah. Masing-masing hendak lepas diri dari kelemasan. Buatlah apa sahaja. Yang penting, terlepas dan boleh terus hidup.

    Fitnah dalam masyarakat Melayu adalah satu kelaziman. Kesultanan Melayu Melaka jatuh ketangan bangsa barat juga disebabkan fitnah yang bermaharajalela dikalangan pembesar-besar istana.

    Melayu sekarang lebih ‘teror’. Dengan bantuan kecanggihan IT, lebih mudah fitnah disebarkan. Demi kepentingan diri, masing-masing terus mempertahankan ‘kebenaran’ yang mereka cipta sendiri. Walhal, mereka sendiri tahu ‘kebenaran’ itu adalah palsu. Mereka munafik.

    Maka itu, cara terbaik untuk memadam semua gejala fitnah itu agar lepas ini tidak ada lagi mana-mana pihak saling menuduh, saya cadangkan agar semua pihak yang pernah terlibat dalam segketa fitnah tersebut bersumpah cara Islam iaitu mengangkat sumpah syarie. Berikut individu-individu yang perlu bersumpah:-
    1. Anwar Ibrahim bersumpah yang dia tidak ada meliwat Saiful.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s