Daily Archives: June 22, 2008

Jawatan Ketua Pemuda Rembau Akan Di Cabar

sumber mstar

SEREMBAN: Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rembau yang dipegang oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pusat kini tercabar.

Anggota Jawatankuasa Pergerakan Pemuda bahagian itu, Azman Mohd Sah, hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut pada mesyuarat agung pemilihan tahun ini.

Khairy adalah Ahli Parlimen Rembau.

Azman, 37, yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Siliau berkata, penawaran ini dibuat memandangkan Pergerakan Pemuda Umno bahagian itu memerlukan perubahan terutama selepas isyarat jelas dari pengundi muda semasa pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lepas.

“Perubahan kepimpinan ini diperlukan kerana kita selama ini dikongkong oleh golongan tertentu sahaja. Malah kepimpinan sedia ada juga gagal membawa pembangunan dan perpaduan dalam pergerakan ini,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Azman, seorang ejen insurans mendakwa setakat ini beliau mendapat sokongan lapan Ketua Pemuda Cawangan di bahagian itu.

Bahagian Rembau mempunyai 108 cawangan.

“Saya dan rakan-rakan Pemuda di Bahagian Rembau dengan ini juga menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Ketua Bahagian Rembau.

“Kami turut menyokong pencalonan Menteri Besar sebagai Naib Presiden Umno sekiranya beliau berhasrat bertanding ke peringkat itu,” katanya. BERNAMA

nota: Bagi pihak Pemuda UMNO Caw Jalan Enggang, selamat bertanding utk semua.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Perhimpunan PR Di Shah Alam tiada sambutan

sumber agendadaily

Antara gosip hangat yang kini berlegar ialah mengapa ketiga-tiga Menteri Besar PAS tidak hadir pada majlis sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan di Stadium Shah Alam Jumaat malam.Sebelum ini poster yang dipasang di berbagai tempat memberitahu ketiga-tiga Menteri Besar Kelantan,Kedah dan Perak akan hadir.Juga tidak hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang.Dalam pada itu pihak penganjur juga dikatakan amat kecewa jumah kehadiran orang ramai.Paling banyak mengikut anggaran kasar ialah sekitar 15,000 iaitu jauh dari sasaran asal hendak menghimpunkan seramai 100,000 orang pada malam itu.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda