sumber mstar
SEREMBAN: Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rembau yang dipegang oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pusat kini tercabar.
Anggota Jawatankuasa Pergerakan Pemuda bahagian itu, Azman Mohd Sah, hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut pada mesyuarat agung pemilihan tahun ini.
Khairy adalah Ahli Parlimen Rembau.
Azman, 37, yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Siliau berkata, penawaran ini dibuat memandangkan Pergerakan Pemuda Umno bahagian itu memerlukan perubahan terutama selepas isyarat jelas dari pengundi muda semasa pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lepas.
“Perubahan kepimpinan ini diperlukan kerana kita selama ini dikongkong oleh golongan tertentu sahaja. Malah kepimpinan sedia ada juga gagal membawa pembangunan dan perpaduan dalam pergerakan ini,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Azman, seorang ejen insurans mendakwa setakat ini beliau mendapat sokongan lapan Ketua Pemuda Cawangan di bahagian itu.
Bahagian Rembau mempunyai 108 cawangan.
“Saya dan rakan-rakan Pemuda di Bahagian Rembau dengan ini juga menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Ketua Bahagian Rembau.
“Kami turut menyokong pencalonan Menteri Besar sebagai Naib Presiden Umno sekiranya beliau berhasrat bertanding ke peringkat itu,” katanya. BERNAMA
nota: Bagi pihak Pemuda UMNO Caw Jalan Enggang, selamat bertanding utk semua.
Salam,
Dalam amalan bertanding adalah sihat untuk menyuburkan lagi Demokrasi berparlimen.Walau pun sistem Demokrasi begini telah lama di amalkan tetapi yang bertanding masih lagi tidak memahami apakah tujuan dia bertanding?.Adakah orang yang bertanding ini rasa lebih baik dari yang sedang menyandang jawatan ini?.Apakah yang ingin bertanding ini boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik pada ahli-ahli dan Parti secara ‘amnya.Seringkali apa yang berlaku pada semua pertubuhan yang besar ialah Ketua cawangan hanya berkerja dan berkhidmat untuk ketua bahagian,yang ketua bahagian pulak hanya berkerja untuk MT dan MT pulak hanya berkerja untuk pemimpin parti.Jadi siapa yang nak jaga ahli yang memileh ketua cawangan?.Dengan sendirinya hubungan teratas terputus dengan yang terbawah iaitu akar umbi.Masalah ahli akar umbi tidak pernah dan tidak akan sampai pada pucuk pimpinan dengan dasar begini.Mula lah pentadbiran parti berkacamuk.Hentam sini hentam sini yang mangsanya Parti dan Negara!.Ramai yang faham sistem ISO dan ramai cawangan telah pun mengambil sijil ini tetapi perkara biasa kerperluan ahli biasa tidak dapat dilaksanakan.Kenapa?.Masih lagi ramai yang berpendirian pradigma lama”No problem Boss,Everything o.k”.Cara inilah yang membuahkan hasil PR12!.Akhir sekali hanya satu label “Rakyat Tak suka Pak Lah dan UMNO”!.Kenapa?.Ada kah Ketua cawangan,ketua bahagian dan MT telah jalankan tugasnya dengan betul?.Kenapa pemimpin dan Parti yang jadi mangsa?.Di Tempat Mamak ini hah..Nak dapatkan tandatangan ketua bahagian yang memerangkap banyak jawatan seperti Pengerusi JK Mesjid,bakal MP,Pengganti Menteri dan lain-lain, mengambil masa seminggu nak dapatkan tandatangan untuk mohon bantuan Zakat!.Yang duduk kat pejabat dia pula lebih dari ketua bahagian majoritinya pelajaran sekolah sampai darjah enam saja kalau cakap PM pun kalah!.Ada yang terpelajar pun cikgu-cikgu sekolah arab yang dah pencen!.Nak jalan pun tak larat!.Macam mana nak melawat ahli yang malang atau pun perlu bantuan segera?.
Jawatan ketua bahagian adalah satu tanggung jawab dan amanah parti yang berat sekali dan orang yang nak bertanding itu perlu mempunyai ciri-ciri yang sedia berkhidmat untuk kebajikan ahli-ahli dan bukan berniat, musim pilihanraya nanti akan dapat jawatan MP!.Jangan terlalu harap kat orang bawah menjalankan tugas untuk anda!.Nanti terjadilah “everything is OK Boss,No problem!!!.Kalau betul-betul dengan niat ikhlas nak bantu parti dan ahli apalah salahnya bertanding?.Biar parti jadi mantap dan kukuh selepas pemilihan tapi jangan hancurkan parti apabila dah kalah!.Kadangkala di Malaysia ini masih dah tua tapi kurang faham apa makna parti dan Ahli!.Ramai yang terkeliru….Pemimpin parti boleh silih berganti dengan bermacam-macam nama,rupa,jenis…tapi parti cuma satu…iaitu UMNO!.Negara hanya satu…Malaysia!!!!.Wasalam.