Jangan Hipokrit!! – YB Ibrahim Ali

sumber agendadaily

TERBARU: Jangan hipokrit… Itulah ungkapan yang keluar daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas tindakan empat Ahli Parlimen PKR yang berbasikal ke Parlimen. Berucap membahaskan usul kenaikan harga minyak di Dewan Rakyat, Ibrahim turut mencabar keempat-empat Ahli Parlimen itu terus berbasikal ke Parlimen sepanjang tempoh sidang Dewan Rakyat. Berita sebelum ini: Empat Ahli Parlimen pembangkang hari Isnin memulakan ‘gimik’ awal ekoran kenaikan harga minyak dengan menaiki basikal datang ke Dewan Rakyat. Mereka ialah Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, TIan Chua, Zulkefli Nordin (Kulim Bandar Bharu) dan Gobalakrishnan (Padang Serai). Mereka berkata, tujuan mereka menaiki basikal untuk menunjukkan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat ekoran kenaikan harga minyak. Namun pada masa yang sama perkarangan Parlimen tempat letak kereta penuh dengan kereta Ahli Parlimen termasuk pembangkang, pegawai kerajaan dan para pemerhati. Malah ada yang terpaksa meletakkan kereta di luar kawasan Parlimen. Mereka juga turut mencabar Perdana Menteri datang ke Parlimen menaiki basikal bagi merasai kepayahan yang dihadapi rakyat serta menunjukkan contoh mengubah gaya hidup.

nota: Penulis ingin mencadangkan agar DSAI kurangkan perjalanan ke luar negara bagi melobi mp BN untuk melompat parti. Penulis ingin mencadangkan juga agar ceramah-ceramah yang hampir setiap minggu dianjurkan oleh pakatan rakyat supaya dibatalkan dan peruntukan tersebut digunakan untuk kebaikan rakyat.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Jangan Hipokrit!! – YB Ibrahim Ali

  1. Kuntakinte

    Salam!!!! kuntakinte setuju dengan YB Ibrahim Ali, jangan berperangai seperti budak2, kalau dah simpati sangat kerana kenaikan harga minyak ok…. korang suruh semua WR PKR dan Exco PKR di Selangor, Penang, Perak dan Kedah semua pakat serah balik kenderaan Kerajaan bagi exco dan WR semua naik basikal ke pejabat dan ke kawasan masing2, setakat nak berlakun menipu rakyat dengan drama murahan kirim salam!!!!!

    Di selangor tu kalau tak dihebuhkan kan awal2 pakat lebuh la duit kutipan dan projek PBT di sapu oleh PKR, itu baru 100 hari perintah kalau lama lagi ha….. macam kata paku dulang serpih la….. memang jenis hipokrit!!!.

  2. syamil

    kita kena hormat pandang seseorang,kalau didapati tak betul so kita dekati dia n ambil masa,pujuk n rayu.jangan belasah. dalam demokrasi ni musuh yg ganas kalau kita berjaya buat jadi sahabat yang setia maka kita adalah org yang cermelang dalam sistem ini. i lihat yb pasir mas ni ada sesuatu yang nak diluahkan n kita perlu cermat dalam menilainya. Kita mengharapkan nilai kemanusian masih ada pada mereka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s