Laman Chedet.com digantung

sumber malaysiakini

Blog rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad digantung oleh penyedia khidmat memblog Blogger.com sejak tiga hari lalu sehingga mantan perdana menteri gagal mengemaskinikannya.

Blog Chedet.com – ‘che det’ adalah nama gelaran dan nama pena Dr Mahathir – digantung dengan alasan ia dianggap sebagai “dicurigai blog spam”.

Blog itu gagal dikemaskini sejak 19 Jun yang memuatkan artikel terakhirnya ‘RapidKL: Answers to questions and SAPP’.

Komentar pengunjung di akhir artikel tersebut gagal diluluskan oleh Blogger.com.

Dalam notis kepada pengunjung yang dimuatkan di Chedet.com jam 11:09 malam ini, walaupun sudah beberapa kali usaha menghubungi Blogger.com dibuat, penyedia khidmat tersebut masih lagi “mengunci” Chedet.com.

Penyedia khidmat itu akan mengunci sesebuah blog yang dibantah oleh pengunjungnya sehingga “bahan-bahan yang dipertikaikan” itu dibuang atau setelah disiasat sendiri olehnya tidak seperti bantahan.

mahathir blog website che det dot com note to visitor 230608Blogger.com menyediakan khidmat tersebut di butang sebelah penjuru kiri atas, atau dikenali “butang bendera”, bagi bahan-bahan yang dianggap “berpotensi dipertikaikan” kerana dianggap “melanggar undang-undang atau ofensif” kepada pembaca lain.

Blog “spam” dianggap kegiatan yang tidak mengikut undang-undang.

Tidak jelas kenapa blog tersebut mengalami masalah ini, tetapi artikelnya berhubung isu perkauman dipercayai mendorong pengunjung menekan butang bendera itu berulang kali – sehingga dianggap Blogger.com sebagai blog yang “tidak disenaraikan” dalam perkhidmatannya dan oleh itu tidak dibenarkan dikemaskini.

Menurut Chedet.com lagi, blog popular itu akan dipindahkan kepada penyedia khidmat blog yang lain, antaranya yang sedang diusahakan MoveableType.com.

Tinjauan Malaysiakini selepas tengah malam ini menunjukkan usaha memindahkan blog itu masih belum berhasil sepenuhnya dan pengunjung mengalami kesulitan untuk memuatturun artikel Dr Mahathir.

Dalam artikel terakhir yang dimuatkan selepas percubaan memindahkan blog tersebut, Dr Mahathir mengulas usul undi tidak percaya kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dijangka akan dikemukakan di Dewan Rakyat esok.

“Usul undi tidak percaya yang dibawa oleh Parti Maju Sabah (SAPP) tidak akan menumbangkan kerajaan Datuk Abdullah kalaupun barisan pembangkang memberikan sokongan di belakang SAPP,” katanya dalam ‘The chorus line’ yang dimuatkan jam 11:15 malam ini.

chedet mahathir blog 020508Malah, tambahnya, pemimpin dan ahli Umno yang berjumlah kira-kira 3.5 juta orang juga tidak akan berjaya menjatuhkan Abdullah yang dikelilingi oleh anggota kabinet dan ketua-ketua bahagian Umno dan sentiasa melaung-laungkan puji-pujian kepadanya.

“Kejayaan mereka (ahli Umno) sangat bergantung kepada penyokong yang tidak menjadi ahli. Datuk Seri Abdullah tidak boleh memberi rasuah atau mengugut mereka (bukan ahli). Mereka tidak boleh dipanggil untuk diarah menyokong calon-calon BN atau dirinya sendiri,” kata Dr Mahathir lagi.

Tambahnya, walaupun anggota-anggota Majlis Tertinggi Umno dan ketua-ketua bahagian menunjukkan sokongan kepada Abdullah, ahli-ahli parti yang lain makin meluat terhadapnya.

“Mereka akan bertekad untuk tidak lagi memangkah Umno atau BN,” katanya.

Dalam keadaan tanpa pilihan, hujahnya lagi, mereka ini akan meninggalkan parti-parti itu dalam pilihanraya umum akan datang seperti ditunjukkan dalam pilihanraya 8 Mac lalu.

“Umno akan kalah dan kalah seteruk-teruknya,” kata bekas presiden Umno.

“Datuk Seri Abdullah boleh menyalahkan pengundi mensabotaj tetapi kerana Umno dan BN enggan mempedulikan rasa meluat pengundi pada (pilihanraya) 2008, satu-satunya pilihan yang mereka (pengundi) ada untuk membuang Datuk Seri Abdullah hanyalah melalui cara memusnahkan (sokongan) Umno dan BN.”

nota: setelah lebih sebulan bergelar seorang blogger, laman blog Tun Mahathir telah pun mencecah lebih dari 1.5juta pengunjung. Walaupun terdapat cakap-cakap yang mempertikaikan keaslian blog tersebut, ia tetap menjadi perhatian bagi bacaan di internet. Ada yang mengatakan bahawa blog tersebut bukannya dibina dan dikemaskinikan oleh Tun sendiri. Ini disebabkan gaya penulisan yang tidak sama seperti Tun. Walauapapun, diharap laman chedet.com dapat beroperasi secara biasa kerana ia menjadi wadah alternatif rakyat untuk mendapat maklumat mengenai isu politik semasa.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Laman Chedet.com digantung

  1. mie che dah

    assalamualaikum

    apa yang saya ingin nyatakan disini ialah keperitan hidup penduduk kampung2 yang telah lama menyokong BN..apa yang pasti kini kepercayaan terhadap BN sudah tiada..apa sebabnya? kenaikan harga minyak yg tinggi..cuba bayangkan pesawah2,, mereka perlu kesawah hampir setiap hari untuk pastikan tanaman dalam keadaan baik..minyak motor perlu diisi,,harga racun naik, harga untuk membajak naik.. upah tuai naik..upah lori naik…..HARGA BERAS NAIK….harga padi tak naik2?………. nak pergi minta duit subsidi minyak pula , roadtax motor pula tak ada…apa yang dapat??? kesian laaa sikit pada yang tak mampu,,,, jgn asyik tengok keatas saja… kepada TUN hanya allah saja yang dapat membalas jasa TUN selama ini.. JASAMU TETAP KENANG adalah satu ayat yang saya tak akan lupa sampai akhir hayat saya…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s