MB: Duit S’gor masuk akaun PKR

sumber malaysiakini

Menteri Besar Selangor hari ini mengakui wujud sumbangan derma daripada syarikat-syarikat swasta bagi sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu yang dimasukkan ke dalam akaun PKR.

“Saya diberitahu ada usaha untuk mengutip derma yang saya rasa tidak perlu,” kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas dakwaan Mohamad Ezam Mohd Nor.

selangor govt pig issue 090408 khalidBekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu mendakwa kutipan wang bagi penganjuran majlis sambutan itu telah dipindahkan ke dalam akaun parti tersebut.

Abdul Khalid (foto) berkata wang kutipan itu “tidak seberapa jumlahnya” dan akan dibekukan.

Mengulas dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat bertelagah dalam isu ini, beliau berkata exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali telah dijelaskan kedudukan sebenarnya.

“Saya fikir beliau menerima keadaan ini yang memerlukan kita bekerjasama,” kata Abdul Khalid.

Jelasnya lagi, selain Dr Hassan yang juga pesuruhjaya PAS negeri, jawatankuasa sambutan 100 hari itu turut melibatkan pegawai khas menteri besar Yahya Shahri dan pegawai-pegawai kerajaan.

Tambah Abdul Khalid, ahli-ahli Pakatan Rakyat sebagai satu pasukan akan berbincang bagaimana wang itu akan digunakan dan jumlah kutipan itu akan diberitahu kepada kerajaan negeri.

“Satu-satunya insiden malang ialah, kutipan dan pemindahan dana ke dalam akaun Parti Keadilan (Rakyat).

“Ia seharusnya dipindahkan ke dalam akaun negeri dan kemudian kita bincangkan kegunaannya,” katanya selepas melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di Shah Alam.

Beliau akan menulis surat bagi mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat berkenaan dan bertanya sama ada mereka menerima tekanan untuk menyumbang untuk sambutan itu.

Beliau sebelum itu mengumumkan tindakan penggantungan jawatan Yahya, yang disiasat berhubung dakwaan salah guna kuasa, selama dua bulan berkuatkuasa serta-merta hari ini.

nota: Hanya setelah perkara ini dibongkarkan oleh Ezam Mohd Noor, baru sahaja Khalid Ibrahim bersuara. Ia juga disebabkan tekanan dari parti dalam pakatan sendiri iaitu DAP dan PAS yang ternyata tidak berpuashati kerana duit yag disalurkan tersebut tidak ‘dinikmati’ secara bersama. Walaupun jumlahnya tidak diberitahu, penulis percaya jumlah yang di’dermakan’ itu agak lumayan nilainya. Di manakah integriti dan prudennya kerajaan pimpinan PKR di Selangor? Bukankah dasar pentadbiran yang berintegriti dan pruden menjadi pujaan dan slogan pakatan rakyat?? Perkara ini hanya diketahui selepas pendedahan dilakukan oleh pihak ketiga. Sehingga hari ini, dana yang dikumpulkan juga untuk membeli bangunan ibu pejabat PKR di Tropicana juga masih mendatangkan seribu satu pertanyaan. Di manakah datangnya duit PKR sedangkan parti-parti gabungan mereka yang lebih ‘tua; dari mereka mengambil masa lebih berpuluh tahun untuk mengumpulkan dana bagi memiliki bangunan mereka sendiri….??

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “MB: Duit S’gor masuk akaun PKR

  1. Kuntakinte

    Salam, itu sebab dah bising, kalau diam orang pun tak tahu pakat lebuh le duit tu.

  2. pian

    kalau dia punya ketua adalah bekas penyamun ketika dalam umno, apa nak diherankan. pengasas kronisme dulu ketika dalam umno tu. dulu kutuk umno,buat demontrasi,perhimpunan,bantah kerajaan buat itu ini sampai masuk ISA tapi dipelawa dr mahathir masuk umno tiba2 terus cepat nak masuk lepas tu terus senyap bila jadi ahli parlimen dan menteri. cakap hari ini lain, esok lain macam sesumpah. hendakkan kuasa dan pangkat sahaja. tak tahu nak hormat orang, rasa dia paling bagus. orang macam ini harus dibuang dan tidak perlu diterima, perlu diletakkannya bersama dengan beruk dekat zoo negara. dulu menentang penubuhan petronas tetapi sekarang mengkagumi dan ingin gunakan untung petronas untu biayai subsidi minyak untuk bolehkan dia jadi PM. cakap tak serupa bikin. boleh blah lu anwar ibrahim. kau orang munafik. hidup kau tak diberkati tuhan. satu hari tuhan akan turunkan bala ke atas kau. insyaallah.

  3. penyapoo

    hal2 duit ni tok sah cakap laaaa
    mana2 manusia pon kalau dapat duit yg bertimbun2 tu boley gelap pandangan beb!
    keikhlasan hati dan keimanan jer yg boley selamatkan diri
    kalau jadi pemimpin sebab nak kaya cepat memang ramailaaa malaysia ni, tapi kalau jadi pemimpin sebab nak pimpin rakyat seciput dua jer tu pon yg tak glemer laaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s