Pembohongan Secara Terang Pakatan Rakyat Di Selangor

Oleh Adnil Mohd

Shah Alam — Perlantikan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang diumumkan semalam menyerlahkan lagi satu sandiwara politik kerajaan negeri yang ditunjangi Pakatan Rakyat yang sebelum ini menjanjikan satu bentuk pemerintahan baru.

Jika semasa pilihanraya lalu, Pakatan Rakyat berjanji untuk melantik ahli majlis pihak berkuasa tempatan bebas dari sebarang pengaruh politik tetapi ternyata janji tersebut palsu semata-mata apabila pengumuman yang dibuat memperlihatkan terdapat ramai wakil ahli MBSA terdiri daripada PKR, DAP dan Pas .

Mengulas perkara ini, Ketua Pemuda UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata perlantikan itu membuktikan satu lagi pembohongan besar kerajaan negeri pakatan pembangkang terhadap rakyat.

Jelas beliau pelantikan ini boleh dianggap sebahagian daripada kejayaan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat selain ladang mega ternakan babi, kebanjiran rumah urut, kegiatan curi pasir serta kes rasuah yang membabitkan pegawai khas Menteri Besar Selangor.

“Nampaknya pemerintahan 100 hari yang dicanang oleh kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah menampakkan satu bentuk pembaharuan tetapi menyerlahkan satu bentuk penipuan terancang.

“Kita yakin selepas ini rakyat akan menyaksikan lebih banyak lagi kejayaan mereka”, katanya sinis.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas perlantikan ahli MBSA semalam yang turut disertai wakil gabungan PKR, DAP, dan Pas sedangkan sebelum ini mereka berjanji bahawa perlantikan ahli majlis PBT bebas daripada pengaruh politik.

Secara keseluruhannya daripada 25 nama yang disenaraikan menjadi Ahli Majlis MBSA, seramai 17 orang terdiri daripada wakil PKR-DAP-Pas iaitu sembilan PKR, lima Pas dan tiga DAP.

Shukor yang juga ADUN Kuang seterusnya berkata baru 100 hari pemerintahan, Pakatan Rakyat telah banyak melanggar janji mereka kepada rakyat.

“Kita akan terus membela nasib rakyat di samping membongkar segala penipuan terancang Pakatan Rakyat. Bagi kita biar 100 hari ataupun 100 bulan, lambat laun tembelang mereka akan jua menusuk hidung rakyat”, ujarnya.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Pembohongan Secara Terang Pakatan Rakyat Di Selangor

  1. jaya_klang

    Kekekeke ! Marah nampak ! Dah kalah buat cara dah kalah ! Rakyat dah tolak…terima jerlah !!

  2. Giggs

    Bukan ker masalah ladang mega ternakan babi, kebanjiran rumah urut, kegiatan curi pasir serta kes rasuah yang membabitkan pegawai kerajaan adalah MASALAH dari zaman pemerintahan UMNO di Selangor. Minta digunakan AKAL sebelum berbicara!!!…..

  3. Kuntakinte

    Salam, kau yang tak berakal, sebagai pemerintah si giggs oi… babi masa BN baru cadangan, zaman PKR puak harpak kau tu lulus terus malah bagi peruntukan berjuta2 lagi, sebab tu KIV zaman BN tak ke haprak nama nya, pasir yang kecurian dilakukan oleh individu tak terkawal pasal puak kau juga yang buat tuduhan berlaku penyelwengan dan kecurian oleh kerajaan BN sekarang kau nak benteras kau benteras lah dah kata tak mampu nak kawal, sebab tu jangan main tuduh2 balik ke batang hidung, kebajiran rumah urut memang ada diluluskan oleh PBT sejak lama dulu ini semua dah tahu, tapi tidak sampai 3 ke 4 redius jaraknya macam cendawan tumbuh pusat2 baru, semacam ada signal dan nak ambil kesempatan diatas berani sangat puak2 mu tabur janji tetutama dgn kaum cina, sekarang berlaku la di zaman puak kau memerintah diorang tuntut lah, tapi dengan orang Islam janji lain nak benteras maksiat, ha.. benteras lah, masa BN tak janji pun nak benteras kita hanya mengawal dan menguatkuasaan, sebab kita berbilang kaum rakyat nya sebab tu kita faham kehendak kaum2 lain, kau pakai lah akai kau betul2, kaji betul2 sebelum nak suruh orang lain pakai akai.

  4. AbangTuah

    Giggs…ni yang mengelikan hati keh..keh..keh..

    Dulu kecil-kecilan MICRO..takut…selalu kena benteras oleh kerajaan negeri BN…sekarang sudah up-grade keMEGA fasal ada back-up oleh God father…semua Exco Melayu PR kecut perut…itu pun tak boleh fikir ke. Tak lama lagi canggih…keGIGA dan selepas tu keTERA…lepas tu keULTRA. Fasal kau dan PR kurang cerdik, fikiran tak boleh sampai kesitu.

  5. hang tuah

    budak2 pkr,pas memang bodoh macam anu-war &tuan guru nanak najis.Ikut menyondol tak tentu pasal.Taubatlah bee……takut terlambat nanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s