Daily Archives: June 24, 2008

GEMPAR!!: Desakan MB Selangor letak jawatan!

petikan ini dari blogger aktivis reformasi nnora75reform

antara petikan dari blog di atas

Salam semua,

Bermula dengan SMS ini, Nora pada asalnya tidak mahu pergi. Hari ini ada janji dengan anak Nora, Farah untuk pergi membeli belah. Namun setelah selesai membeli belah, ada kelapangan waktu. Nora pergi untuk melihat apa yang berlaku.

Ini SMS yang Nora terima.

Semua AJK, Ahli AMK, penyokong parti dan aktivis reformasi , sila berkumpul di DIAMOND SQUARE GOMBAK jam 5pm hari ini, kita akan luahkan perasaan pada Yahya Saari, semua bahagian seluruh Selangor sila ambil tindakan/sebarkan segera dan bawa sepanduk.

Ini nyata berlainan. Ini perhimpunan yang mendesak MB Selangor untuk meletak jawatan. MB Selangor dikatakan bertindak untuk kroni baru sahaja dan mereka yang berjuang lama tidak diendahkan seolah-olah perjuangan hanya perlu ikhlas bagi mereka yang tercakar dan tercalar kehidupan menuntut reformasi sebelum ini tetapi tidak perlu ikhlas untuk mereka yang selama ini berpeluk tubuh tetapi penuh hipokrasi untuk mencelah dan mendapat habuan hasil dari pengorbanan orang lain. Adil ke macam itu. Kita bercerita mengenai keadilan bukan mempersoalkan apa yang kita dapat dan apa yang orang lain dapat. Kita selalu bercakap mengenai keadilan tetapi kita lupa mereka yang berkorban pun perlu menikmati keadilan yang mereka perjuangkan.

Amat terkejut sekali apabila ada yang berani bersumpah mengenai kenyataan MB Selangor yang berbunyi :

Kalau tidak kukuh kewangan jangan berjuang, minyak tak de, kereta rosak dan macam-macam lagi. Kalau kewangan tidak kukuh – kukuhkan dahulu lepas itu berjuang
Amat berbeza sewaktu kita mula-mula terpanggil untuk reformasi. Anwar Ibrahim dalam laungannya menjemput semua rakyat Malaysia, tidak kira siapa – pemandu teksi dan bas, nelayan dan penoreh getah, petani dan buruh termasuk mereka dari golongan profesional untuk sama-sama memperjuangkan keadilan dan memperjuangkan hak rakyat. Laungan suara rakyat suara keramat adalah laungan. Namun hari ini, MB Selangor didakwa mengatakan – orang miskin jangan berjuang. Tidak ke kurang ajar namanya! Namun ini bukan pertama kali Nora dengar MB Selangor ini dikritik. Banyak lagi suara lain seperti “ kalau nak duit pergi jual t-shirt dan topi keadilan dan mereka yang ada wang sahaja ada kuasa. Tuhan saja yang tahu mengenai kenyataan TS Khalid.”

utk bacaan sepenuhnya klik sini

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PAS Kedah….Mungkir janji??

sila klik imej utk imej yang besar. Mutakhir ini, MB Kedah dari parti PAS berkata bahawa kerajaan Kedah akan tetap menebang hutan Balak bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri. Adakah beliau lupa bahawa di dalam manifesto PAS muka surat 33 perkara no 3 ingin memulihara kawasan tadahan hujan. Bukankah kawasan yang ingin ditebang tersebut merupakan salah satu kawasan tadahan hujan di Kedah??

Sekali lagi….Matlamat menghalalkan cara….Rakyat di

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Isu Agama Jangan Diuji – titah Sultan Perak

sumber malaysiakini

sumber malaysiakini

Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini mengingatkan rakyat supaya isu berkaitan agama tidak diuji dan dicabar hingga ke peringkat yang boleh menimbulkan kegelisahan.

Menurut baginda, ketenteraman awam boleh terjejas dan perang saudara boleh tercetus kerana perkara mengenai agama sangat sensitif dan menyentuh emosi.

“Islam menganjur umatnya untuk menghormati agama lain dan tidak bermusuh dengan penganut agama lain selagi kemuliaan Islam tidak dipersenda, selagi Islam tidak dihina dan selagi hak umat Islam tidak dicerobohi,” titah baginda.

Menurut laporan Bernama, baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Baginda turut mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak supaya memelihara kemuliaan dewan menerusi perkataan, perbuatan serta tingkah laku selain cara dan adab berpakaian bagi menghormati adat dan resam yang melambangkan kemurniaan budaya dan ketinggian tamadun.

Sultan Azlan Shah bertitah, Islam adalah agama yang diberikan pengiktirafan khusus dalam Perlembagaan Negara dan agama Islam mempunyai talian serta ikatan yang istimewa dan lama dengan penduduk di bumi ini.

Titah baginda, Islam adalah tunjang utama dalam pembentukan minda dan budaya khususnya di kalangan orang Melayu di bumi ini, hinggakan umat Islam dan orang Melayu itu sinonim dan tidak boleh dipisahkan.

“Islam diterima dan diiktiraf sebagai agama rasmi dengan diberikan keistimewaan dan perlindungan dalam negara ini sewaktu perjanjian merdeka sedang dirintis,” titah baginda.

Perbelanjaan berhemah

Sultan Azlan Shah turut bertitah kerajaan negeri dan rakyat perlu segera melakukan pengubahsuaian dengan mengamalkan langkah perbelanjaan berhemah,
bijaksana dan berhemah kerana krisis harga minyak berlaku di seluruh dunia dan bukan terbatas di negara ini sahaja.

Titah baginda, krisis yang dihadapi itu adalah krisis global, tidak ada satu pihak yang harus dipersalahkan serta tidak ada satu pihak yang boleh mengatasinya secara sendirian.

“Dalam menghadapi krisis ini para pemimpin harus bersatu, mencari kata sepakat untuk meringkankan tanggungan rakyat. Kerjasama pelbagai pihak, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, pihak swasta, badan perniagaan dan rakyat jelata amat perlu dijalin supaya negara dan rakyat tidak akan sengsara,” titah baginda.

Sultan Azlan Shah juga mengingatkan kerajaan negeri bahawa segala kegiatan ekonomi baik berbentuk pengembangan atau yang baru perlulah mewujudkan peluang kerja kepada rakyat tempatan.

“Pengwujudan kerja kepada rakyat tempatan hendaklah menjadi salah satu prasyarat ketika meluluskan pelaburan dan sebarang pengembangan atau aktiviti baru ekonomi,” titahnya.

Baginda bertitah harga timah yang melambung tinggi pada masa sekarang meletakkan industri itu kembali berdaya maju dan minat untuk melabur dalam industri perlombongan timbul kembali.

Kekayaan hasil bumi

“Beta perlu mengingatkan bahawa kerajaan beta akan menilai potensi sektor perlombongan bijih timah secara teliti dan berhati-hati. Kerajaan beta tidak akan tergopoh-gapah, sebaliknya kajian mendalam akan dilakukan dari segi kos-faedah supaya kepentingan jangka panjang negeri dan rakyat sentiasa diutamakan,” titah baginda.

Titah baginda, kerajaan negeri tidak akan berkompromi daripada aspek alam sekitar serta memastikan bahawa pemulihan semula tanah bekas lombong dilaksanakan dengan pemantauan rapi.

Baginda bertitah pengalaman lampau dan kesilapan terdahulu hendaklah dijadikan pengajaran penting kerana setelah pelombong mengaut kekayaan hasil bumi, Perak ditinggalkan dengan muka bumi yang tidak lagi subur dan sesuai untuk pertanian.

Sultan Azlan Shah juga bertitah kerajaan negeri yang diberi perkenan dibentuk berikutan pemilihan yang telah dilakukan oleh rakyat ini dapat mengotakan segala janji pembangunan.

“Masa berkempen telah berakhir. Kata-kata yang menjurus kepada kepentingan politik kepartian hendaklah dihentikan. Mengurus sebuah kerajaan memerlukan
pendekatan berlainan dengan era berkempen,” titah baginda kepada kerajaan negeri yang terdiri gabungan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lepas, DAP menang 18 kerusi, PAS enam dan Parti Keadilan Rakyat tujuh manakala Barisan Nasional menang 28 kerusi. Persidangan dewan disambung esok.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

‘Panas’ di Pejabat Anwar…

sumber klpos

KL: KLpos.com dimaklumkan perbincangan antara Ketua-Ketua Bahagian PKR Selangor bersama Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘panas’.

Menurut sumber perbincangan yang diadakan di pejabat Anwar Ibrahim di Seksyen 16 Petaling Jaya itu dipenuhi dengan suasana ‘seram-sejuk’.

Antara yang hadir adalah bekas pegawai kanan kepada Menteri Besar Selangor, Yahya Shahri yang dikatakan masih ‘keliru’ dengan beberapa perkembangan berhubung kes pengantungan beliau.

Pagi semalam, Khalid mengumumkan penggantungan jawatan Yahya selama dua bulan berkuat kuasa serta-merta berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Pada sebelah petangnya, Yahya mengirimkan surat perletakan jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan PKR Selangor kerana hilang keyakinan terhadap Khalid.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai Ahli Majlis Perbandaran Klang

  1. Mislan Tugiu (MPK)
  2. Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Akhir (OBD)
  3. Azmizam Zamanhuri (PKR)
  4. Ho Sang San (PKR)
  5. Suhami Mohd Nor (PKR)
  6. M. Sunthararajo Murugan (PKR)
  7. Gary Tai Teck Chuan (PKR)
  8. Maneyvannan Velue (PKR)
  9. Hamidah Mat Som (PKR)
  10. Tee Boon Hock (DAP)
  11. Selvadurai Subramaniam (DAP)
  12. Ang Mah Chye (DAP)
  13. Ganasan Macholai (DAP)
  14. Lim Lip Suan (DAP)
  15. Yap Beng Lee (DAP)
  16. Ismail Arsat (PAS)
  17. Jamuliddin Elias (PAS)
  18. Haidar Taslin (PAS)
  19. Mohd Termizi Ismail (PAS)
  20. Segaran Landasamy (Mindas)
  21. Noriah Abdul Rahman (Persatuan Orang Yang Amat Cacat Akal Selangor)
  22. Nor’Ain Eusoff (residents’ association)
  23. Wong Siah Peng (NGO/PRO)
  24. Tee Beng Lee (NGI/columnist)
  25. Raju Veerasamy (Treasurer LPDM Malaysia)

nota: seramai 25 Ahli Majlis yang dilantik. Persoalannya di manakah janji Pakatan Rakyat yang mengatakan bahawa kerajaan negeri akan mengurangkan perlantikan ahli-ahli Majlis Perbandaran dari kalangan ahli-ahli politik. Cakap tak serupa bikin!! 17 daripada 25 ahli Majlis MPK merupakan ahli parti dari Pakatan Rakyat!! Hanya lapan orang sahaja ahli majlis yang bebas dari politik(mungkin ‘bebas’). Baru-baru ini penulis dihubungi rakan penulis, seorang penyokong kuat PKR dan seorang yang agak tinggi jawatannya di dalam syarikat beliau. Penulis diberitahu bahawa beliau juga merupakan salah satu calon untuk mengisi jawatan ahli Majlis tanpa memberitahu Majlis Tempatan yang mana. Persoalan sekrg di mana dasar yang kononnya integriti, pruden dan ingin menjadi Majlis tempatan bebas dari politik? Kini sudah nyata rakyat selangor sudah  ditipu khususnya umat ISLAM kerana sehingga hari ini tiadak usaha-usaha dilakukan untuk memartabatkan lagi Agama Islam dilakukan di Selangor….hanya usaha memperkasakan lagi perternakan BABI di Selangor dan memperluaskan lagi rumah ibadat bukan Islam di Selangor. Adakah ini yang diinginkan oleh penyokong2 PR di Selangor. Hanya pemberian air pecuma sahajalah yang dilihat menguntungkan semua pihak.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda