GEMPAR!!: Desakan MB Selangor letak jawatan!

petikan ini dari blogger aktivis reformasi nnora75reform

antara petikan dari blog di atas

Salam semua,

Bermula dengan SMS ini, Nora pada asalnya tidak mahu pergi. Hari ini ada janji dengan anak Nora, Farah untuk pergi membeli belah. Namun setelah selesai membeli belah, ada kelapangan waktu. Nora pergi untuk melihat apa yang berlaku.

Ini SMS yang Nora terima.

Semua AJK, Ahli AMK, penyokong parti dan aktivis reformasi , sila berkumpul di DIAMOND SQUARE GOMBAK jam 5pm hari ini, kita akan luahkan perasaan pada Yahya Saari, semua bahagian seluruh Selangor sila ambil tindakan/sebarkan segera dan bawa sepanduk.

Ini nyata berlainan. Ini perhimpunan yang mendesak MB Selangor untuk meletak jawatan. MB Selangor dikatakan bertindak untuk kroni baru sahaja dan mereka yang berjuang lama tidak diendahkan seolah-olah perjuangan hanya perlu ikhlas bagi mereka yang tercakar dan tercalar kehidupan menuntut reformasi sebelum ini tetapi tidak perlu ikhlas untuk mereka yang selama ini berpeluk tubuh tetapi penuh hipokrasi untuk mencelah dan mendapat habuan hasil dari pengorbanan orang lain. Adil ke macam itu. Kita bercerita mengenai keadilan bukan mempersoalkan apa yang kita dapat dan apa yang orang lain dapat. Kita selalu bercakap mengenai keadilan tetapi kita lupa mereka yang berkorban pun perlu menikmati keadilan yang mereka perjuangkan.

Amat terkejut sekali apabila ada yang berani bersumpah mengenai kenyataan MB Selangor yang berbunyi :

Kalau tidak kukuh kewangan jangan berjuang, minyak tak de, kereta rosak dan macam-macam lagi. Kalau kewangan tidak kukuh – kukuhkan dahulu lepas itu berjuang
Amat berbeza sewaktu kita mula-mula terpanggil untuk reformasi. Anwar Ibrahim dalam laungannya menjemput semua rakyat Malaysia, tidak kira siapa – pemandu teksi dan bas, nelayan dan penoreh getah, petani dan buruh termasuk mereka dari golongan profesional untuk sama-sama memperjuangkan keadilan dan memperjuangkan hak rakyat. Laungan suara rakyat suara keramat adalah laungan. Namun hari ini, MB Selangor didakwa mengatakan – orang miskin jangan berjuang. Tidak ke kurang ajar namanya! Namun ini bukan pertama kali Nora dengar MB Selangor ini dikritik. Banyak lagi suara lain seperti “ kalau nak duit pergi jual t-shirt dan topi keadilan dan mereka yang ada wang sahaja ada kuasa. Tuhan saja yang tahu mengenai kenyataan TS Khalid.”

utk bacaan sepenuhnya klik sini

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “GEMPAR!!: Desakan MB Selangor letak jawatan!

  1. ikhwan chen

    Apala blog ni? Baik tak ada blog lagi baik.Bagi malu UMNO saje.

    Research, observation, journalistic insight macam hampas…

    Gempar? Apa ayg gempar tu? Syok sendiri. Ada bnyak cara nak counter pembangkang tapi cara blog UMNO Jln Enggang agak membahlulkan pembaca.

    Harap dengar pada kritikan konstruktif ini demi maruah parti kita dan org Melayu.

  2. salam,
    Memerintah dan menjadi Pemimpin parti pembangkang adalah dua perkara berlainan.Parti pembangkang cuma berpengalaman dalam hanya membangkang seperti menjadi seperti penonton bolasepak yang hanya tahu menyalahkan pemain-pemain yang bermati-matian nak menangi sesuatu perlawanan.Cakap di luar padang semuanya pandai dan itu salah ini salah tapi bila sarungkan jersi dan ganti pemain yang dia kata tak betul baru tahu bukannya senang cek Abang oi!terjelir lidah..ambik kau!.Yang penonton lain pun sama juga!.Asyik jerit sana-sini…lihatlah sendiri betapa teruknya pemain hampa yang belum cukup bermain 10 minit dah terjelir lidah dan semput!.Cakap pakai mulut..berfikir pakai otak!.Bila dah habis berfikir baru buka mulut untuk cakap!.Jangan cakap dulu lepas itu berfikir…niscaya menyesal!!!ini belum satu negara…!!!.Berlatih tatih dulu sebelum nak berjalan..jauh sekali cuba nak berlari!!!.Salam.

  3. Baru perintah 100 hari lebih dan kena paksa letak jawatan ne lah parti PKR cakap tak serupa bikin haaaaaaaaaa.

  4. Pingback: Anwar hadapi situasi politik panas di Selangor « www.pemuda-enggang.org

  5. Kuntakinte

    Salam, hoi!!! si hampas ikhwan chen, u yang hampas, kalau geram sangat tak payah nak susah2 menulis tutup je dan pegi layar webblog youtube ke atau xbrain, ha… itu setandard kau la yang layak layarinya, yang nak kutuk2 moderatur webblog ni pasal apa, dia usik kau ke, dia cubit kau ke, dia tumbuk kau ke, aku nak tanya, kau tu layak ke nak menilai standard webblog ni.

    Rakyat mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza, yang kau marah sangat ngape, manusia mempunyai pendapat yang berbeza, cara masing2, sedara nak terima atau tidak itu hak sedara untuk memikirkannya, lain moderator lain cara penyampaian nya bukan nya sama, webblog pun bukan nya sama bentuk menonjolan nya, biar faham sikit untuk meletak diri kita. hairan teman yang sedara geram sangat tak bersebab ni pasal apa pun tak tau. pening tak makan ubat lagi kut.

    Wassalam.

  6. AbangTuah

    Hei ikhwan chen kau ni UMNO ke atau pembangkang. Kalau UMNO jangan halang kawan dan para sahabat….kami mempertahankan blog ni dari di hentam oleh pembangkang. Kalau kau tak suka tak ada siapa jemput masuk…bo……lehblah….la…lu.
    Ini satu lagi specis Malay Proto..tak pun Mak…………………….wipe….keh..keh..keh…bukan faham apa pun tak cerdik…

  7. salam kuntakinte,
    Haprak ini tak faham sebenarnya apa itu bloging dan menulis buku.Sedang berkursus journalism kot?.Piirah..nak komplain pasai moderator konon.Ini apa buku novel,atau rencana surat khabar kah?.Yang hang susah hati kenapa?.Tak minat boleh jalan dah..hang tengok moderator punya sikap..hang kondem dia pun dia terbitkan komen engkau..siapa yang gentlemen?…macam engkau itu melambak kat Padang Kota…orang kayuh beca pun lebih bagus english daripada engkau..hang kalau terror menulis lain kali jangan buat banyak ejaan salah!.Mamak cuma darjah enam sekolah arab saja!.Tak belajar tinggi macam hampa semua…tapi Mamak terima kasih banyak pada moderator ini kerana beri peluang untuk meluahkan pendapat Mamak di sini walau pun tulisan Mamak Kadangkala Hapraak dan tercelaru macam Dalca!.Terima Kasih moderator!.Love you!!
    Wassalam.

  8. mate je stim

    patut la huru hara… tanggungjawab utama pun tak terpelihara…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s