Isu Agama Jangan Diuji – titah Sultan Perak

sumber malaysiakini

sumber malaysiakini

Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini mengingatkan rakyat supaya isu berkaitan agama tidak diuji dan dicabar hingga ke peringkat yang boleh menimbulkan kegelisahan.

Menurut baginda, ketenteraman awam boleh terjejas dan perang saudara boleh tercetus kerana perkara mengenai agama sangat sensitif dan menyentuh emosi.

“Islam menganjur umatnya untuk menghormati agama lain dan tidak bermusuh dengan penganut agama lain selagi kemuliaan Islam tidak dipersenda, selagi Islam tidak dihina dan selagi hak umat Islam tidak dicerobohi,” titah baginda.

Menurut laporan Bernama, baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Baginda turut mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak supaya memelihara kemuliaan dewan menerusi perkataan, perbuatan serta tingkah laku selain cara dan adab berpakaian bagi menghormati adat dan resam yang melambangkan kemurniaan budaya dan ketinggian tamadun.

Sultan Azlan Shah bertitah, Islam adalah agama yang diberikan pengiktirafan khusus dalam Perlembagaan Negara dan agama Islam mempunyai talian serta ikatan yang istimewa dan lama dengan penduduk di bumi ini.

Titah baginda, Islam adalah tunjang utama dalam pembentukan minda dan budaya khususnya di kalangan orang Melayu di bumi ini, hinggakan umat Islam dan orang Melayu itu sinonim dan tidak boleh dipisahkan.

“Islam diterima dan diiktiraf sebagai agama rasmi dengan diberikan keistimewaan dan perlindungan dalam negara ini sewaktu perjanjian merdeka sedang dirintis,” titah baginda.

Perbelanjaan berhemah

Sultan Azlan Shah turut bertitah kerajaan negeri dan rakyat perlu segera melakukan pengubahsuaian dengan mengamalkan langkah perbelanjaan berhemah,
bijaksana dan berhemah kerana krisis harga minyak berlaku di seluruh dunia dan bukan terbatas di negara ini sahaja.

Titah baginda, krisis yang dihadapi itu adalah krisis global, tidak ada satu pihak yang harus dipersalahkan serta tidak ada satu pihak yang boleh mengatasinya secara sendirian.

“Dalam menghadapi krisis ini para pemimpin harus bersatu, mencari kata sepakat untuk meringkankan tanggungan rakyat. Kerjasama pelbagai pihak, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, pihak swasta, badan perniagaan dan rakyat jelata amat perlu dijalin supaya negara dan rakyat tidak akan sengsara,” titah baginda.

Sultan Azlan Shah juga mengingatkan kerajaan negeri bahawa segala kegiatan ekonomi baik berbentuk pengembangan atau yang baru perlulah mewujudkan peluang kerja kepada rakyat tempatan.

“Pengwujudan kerja kepada rakyat tempatan hendaklah menjadi salah satu prasyarat ketika meluluskan pelaburan dan sebarang pengembangan atau aktiviti baru ekonomi,” titahnya.

Baginda bertitah harga timah yang melambung tinggi pada masa sekarang meletakkan industri itu kembali berdaya maju dan minat untuk melabur dalam industri perlombongan timbul kembali.

Kekayaan hasil bumi

“Beta perlu mengingatkan bahawa kerajaan beta akan menilai potensi sektor perlombongan bijih timah secara teliti dan berhati-hati. Kerajaan beta tidak akan tergopoh-gapah, sebaliknya kajian mendalam akan dilakukan dari segi kos-faedah supaya kepentingan jangka panjang negeri dan rakyat sentiasa diutamakan,” titah baginda.

Titah baginda, kerajaan negeri tidak akan berkompromi daripada aspek alam sekitar serta memastikan bahawa pemulihan semula tanah bekas lombong dilaksanakan dengan pemantauan rapi.

Baginda bertitah pengalaman lampau dan kesilapan terdahulu hendaklah dijadikan pengajaran penting kerana setelah pelombong mengaut kekayaan hasil bumi, Perak ditinggalkan dengan muka bumi yang tidak lagi subur dan sesuai untuk pertanian.

Sultan Azlan Shah juga bertitah kerajaan negeri yang diberi perkenan dibentuk berikutan pemilihan yang telah dilakukan oleh rakyat ini dapat mengotakan segala janji pembangunan.

“Masa berkempen telah berakhir. Kata-kata yang menjurus kepada kepentingan politik kepartian hendaklah dihentikan. Mengurus sebuah kerajaan memerlukan
pendekatan berlainan dengan era berkempen,” titah baginda kepada kerajaan negeri yang terdiri gabungan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lepas, DAP menang 18 kerusi, PAS enam dan Parti Keadilan Rakyat tujuh manakala Barisan Nasional menang 28 kerusi. Persidangan dewan disambung esok.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Isu Agama Jangan Diuji – titah Sultan Perak

  1. AbangTuah

    Kawan senaraikan undang-undang Taliban.

    Taliban restrictions and mistreatment of women include the:
    1- Complete ban on women’s work outside the home, which also applies to female teachers, engineers and most professionals. Only a few female doctors and nurses are allowed to work in some hospitals in Kabul.
    2- Complete ban on women’s activity outside the home unless accompanied by a mahram (close male relative such as a father, brother or husband).
    3- Ban on women dealing with male shopkeepers.
    4- Ban on women being treated by male doctors.
    5- Ban on women studying at schools, universities or any other educational institution. (Taliban have converted girls’ schools into religious seminaries.)
    6- Requirement that women wear a long veil (Burqa), which covers them from head to toe.
    7- Whipping, beating and verbal abuse of women not clothed in accordance with Taliban rules, or of women unaccompanied by a mahram.
    8- Whipping of women in public for having non-covered ankles.
    9- Public stoning of women accused of having sex outside marriage. (A number of lovers are stoned to death under this rule).
    10- Ban on the use of cosmetics. (Many women with painted nails have had fingers cut off).
    11- Ban on women talking or shaking hands with non-mahram males.
    12- Ban on women laughing loudly. (No stranger should hear a woman’s voice).
    13- Ban on women wearing high heel shoes, which would produce sound while walking. (A man must not hear a woman’s footsteps.)
    14- Ban on women riding in a taxi without a mahram.
    15- Ban on women’s presence in radio, television or public gatherings of any kind.
    16- Ban on women playing sports or entering a sport center or club.
    17- Ban on women riding bicycles or motorcycles, even with their mahrams.
    18. Ban on women’s wearing brightly colored clothes. In Taliban terms, these are “sexually attracting colors.”
    19- Ban on women gathering for festive occasions such as the Eids, or for any recreational purpose.
    20- Ban on women washing clothes next to rivers or in a public place.
    21- Modification of all place names including the word “women.” For example, “women’s garden” has been renamed “spring garden”.
    22- Ban on women appearing on the balconies of their apartments or houses.
    23- Compulsory painting of all windows, so women can not be seen from outside their homes.
    24- Ban on male tailors taking women’s measurements or sewing women’s clothes.
    25- Ban on female public baths.
    26- Ban on males and females traveling on the same bus. Public buses have now been designated “males only” (or “females only”).
    27- Ban on flared (wide) pant-legs, even under a burqa. 28- Ban on the photographing or filming of women.
    29- Ban on women’s pictures printed in newspapers and books, or hung on the walls of houses and shops.
    Apart from the above restrictions on women, the Taliban has:
    – Banned listening to music, not only for women but men as well.
    – Banned the watching of movies, television and videos, for everyone.
    – Banned celebrating the traditional new year (Nowroz) on March 21. The Taliban has proclaimed the holiday un-Islamic.
    – Disavowed Labor Day (May 1st), because it is deemed a “communist” holiday.
    – Ordered that all people with non-Islamic names change them to Islamic ones.
    – Forced haircuts upon Afghan youth.
    – Ordered that men wear Islamic clothes and a cap.
    – Ordered that men not shave or trim their beards, which should grow long enough to protrude from a fist clasped at the point of the chin.
    – Ordered that all people attend prayers in mosques five times daily.
    – Banned the keeping of pigeons and playing with the birds, describing it as un-Islamic. The violators will be imprisoned and the birds shall be killed. The kite flying has also been stopped.
    – Ordered all onlookers, while encouraging the sportsmen, to chant Allah-o-Akbar (God is great) and refrain from clapping.
    – Ban on certain games including kite flying which is “un-Islamic” according to Taliban. – Anyone who carries objectionable literature will be executed.
    – Anyone who converts from Islam to any other religion will be executed.
    – All boy students must wear turbans. They say “No turban, no education”.
    – Non-Muslim minorities must distinct badge or stitch a yellow cloth onto their dress to be differentiated from the majority Muslim population. Just like what did Nazis with Jews.
    – Banned the use of the internet by both ordinary Afghans and foreigners.
    And so on…

    “Conditions of wearing veil:

    1. The veil must cover the whole body.
    2. Women’s clothes must not be thin.
    3. Women’s clothes must not be decorated and colourful.
    4. Women’s clothes must not be narrow and tight to prevent the seditious limbs from being noticed. The veil must not be thin.
    5. Women must not perfume themselves. If a perfumed woman passes by a crowd of men, she is considered to be an adulteress.
    6. Women’s clothes must not resemble men’s clothes.

    “In addition,

    1. They must not perfume themselves.
    2. They must not wear adorning clothes.
    3. They must not wear thin clothes.
    4. They must not wear narrow and tight clothes.
    5. They must cover their entire bodies.
    6. Their clothes must not resemble men’s clothes.
    7. Muslim women’s clothes must not resemble non-Muslim women’s clothes.
    8. Their foot ornaments must not produce sound.
    9. They must not wear sound-producing garments.
    10. They must not walk in the middle of streets.
    11. They must not go out of their houses without their husband’s permission.
    12. They must not talk to strange men.
    13. If it is necessary to talk, they must talk in a low voice and without laughter.
    14. They must not look at strangers.
    15. They must not mix with strangers.”

  2. Kuntakinte

    Salam, titah DYMM Tuanku Sultan Perak kuntakinte amat sanjung tinggi, tepat pada masa dan tempatnya, kita dah sama2 dengar titah tuanku dan sepatutnya faham.

    bagi yang species kurang paham macam puak PAS ni biar teman jelaskan lagi, jangan guna masjid dan surau untuk berceramah politik, untuk berkempen memburukkan kerajaan, rupa macam mengajar agama, keluar ayat Quran sepotong dua contohnya panjang berjela, ha!!! yang contoh ni lah yang melalut ni dan berapi, mengata sana sini, mengutuk sana sini, menfitnah sana sini, akhirnya bukan kita saja berdosa, kita kait sekali yang mendengar sama2 berdosa.

    Ingat!!! kita jangan lagi edar risalah2 menipu lagi di masjid dan surau, ingat!!! orang nak pergi masjid dan surau untuk beramal ibadat nak dapat rahmat dan kusyuk mengadap Allah S.W.T bukan nya nak baca risalah menipu rakyat, akhirnya rakyat yang baca sembahyang pun entah kemana hati nya, siapa yang nak tanggung dosanya.

    Teman bercakap ni sebab berlakunya sejak sekian lama lagi dah, apabila mengajar di masjid dan surau kita selewengkan kemudahan yang ada, masa yang ada, kita seleweng amanah yang diberi untuk tujuan politik kepartian, bercakap tanpa bukti dan fakta dijadi kan contoh untuk menyambung ayat Allah sekerat dua yang kita baca dan akhirnya ilmu yang diperolihi tak sebanyak mana malah yang mendengar otak jadi rosak.

    Kemudahan seperti masjid dan surau disediakan oleh kerajaan bertujuan untuk umat Islam menunaikan ibadat, diatas kesempatan yang diambil kerana perlembagaan kita menetapkan Islam adalah agama rasmi Malaysia membolehkan kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk membina masjid dan surau dan pembangunan2 lain untuk memudahkan rakyat, tetapi puak2 yang tak bersyukur ni mengunakan kemudahan2 tersebut dengan cara yang songsang malah dikutuk2 lagi kerajaan yang memberi kemudahan tersebut, ini mazhab mana yang digunakan, kuntakinte pun tak faham.

    kuntakinte mengambil contoh seperti stadium adalah harta kerajaan, faham kuntakinte hanya acara2 rasmi kerajaan saja digunakan selama ini, tetapi seperti di Ipoh Perak malah di Selangor, stadium digunakan untuk mengumpul penyokong2 Parti PAS, PKR DAP untuk mengadakan sambutan Parti, tidak kah ini disalah gunakan kemudahan kerajaan, seperti di satu tempat di Manjoi Ipoh, stadium baru dibina oleh kerajaan terdahulu malah di resmi oleh PM sekarang ini digunakan setiap malam hujung minggu mengadakan ceramah politik pembangkang menghentam kerajaan BN, tidak kah ini dikatakan menyalah guna kuasa, mengunakan harta kerajaan untuk berceramah menghentam kerajaan, betul ke tidak kelakuan sedemikian, patut ke tidak perangai sedemikian, kalau program rasmi kerajaan dihadiri oleh MB ke Exco kerajaan Negeri kuntakinte tidak berhak untuk menegur kerana ia merupakan program rasmi, tetapi ini dihadiri oleh orang seperti Mat Sabu dan pemimpin2 pembangkang yang tidak berjawatan dalam kerajaan pun yang hadir untuk berceramah menghentam kerajaan BN malah orang luar dari Ipoh dan negeri Perak, tidak kah ini mengajar masyrakat agar tidak menghormati peraturan dan undang2 sedang kan kita sekarang ini sudah pun menjadi kerajaan di Negeri Perak ini.

    Seperti kegunaan kenderaan yang dikhaskan kepada exco kerajaan negeri Perak, didapati digunakan oleh mereka2 yang tak tahu siapa pun dengan sewenang2, naik sepenuh2 nya kereta tersebut tanpa ada exco bersama pergi merata2 restoran makan minum sembang lama2, pergi sana sini, tidak kah ini sikap yang kita nak tunjuk kan menyalah gunakan kenderaan exco kerajaan negeri yang menghadkan untuk kegunaan exco sahaja. apa kah bila kita dah mempunyai kuasa kita boleh membuat apa saja yang kita suka, tidak kah itu harta kerajaan, minyak kerajaan bayar dan sebagainya, sedang kan dengan mudah dan sesiapa saja boleh guna kenderaan tersebut, tidak kah ini dikatakan tak beretika. kuntakinte tak pertikaikan sekiranya didalam kereta tersebut ada exco bersama2 atau pun exco tersebut mengunakan untuk menjalankan tugas nya sebagai exco kerana itu lah keistimewaan exco.

    Sesiapa menjadi pemerintah pun tidak mengapa tetapi setiap pemerintah walau Parti mana pun tentunya mempunyai tanggungjawab menjaga peraturan dan undang 2 yang perlu kita dukung dan kita hormati, baru lah kepimpinan membawa teladan.

    p/s, mat…lanyak je peduli apa bukan kita punya, orang punyai….bila lagi kita nak merasa.

  3. Kuntakinte

    Salam, kuntakinte nak sambung sikit lagi menyentuh titah DYMM tuanku Sultan Perak semasa pembukaan Dewan Undangan Negeri Perak pada hari Isnin lalu.

    kuntakinte bertemu dgn pegawai kanan Pejabat Agama Islam Perak (JAIP) bertanya apa maksud titah tuanku mengenai jangan mengunakan masjid dan surau untuk berkempen politik, baru lah teman faham apa yang dimaksud kan dan dituju kepada siapa, ia di tuju kepada puak2 PAS yang muktahir ini terlalu agresif mengunakan platform masjid untuk mengentam kerajaan.

    Berlaku peristiwa semasa solat jumaat minggu lepas di Masjid bernama Masjid Tembok, jemaah masjid tembok kebanyakan di kalangan kakitangan kerajaan menunaikan solat jumaat kerana ia berhampiran dengan bandar Ipoh dan kemudahan Parking yang agak selesa.

    teman sembang dgn kawan teman seorang peguam yang kebetulan memang bersolat jumaat pada hari yang sama di masjid tembok tersebut, apa yang berlaku cuba bayangkan Imam pada hari tersebut mengunakan mimbar dengan penuh emosional dan gaya suara yang menjerit mengentam kerajaan BN dan menyeru jemaah menyokong kerajaan Perak sekarang ini kerana kerajaan sekarang ini mengikut sunnah rasul dan pemimpin Islam yang sebenar, lebih kurang begini lah bunyi sebahagian kutbah nya yang tanpa menguna kan teks : ‘Kita sebagai orang Islam wajib menyokong Menteri Besar Perak kerana ia menepati kehendak Islam sebagai pemimpin Islam dan menepati sunnah rasul, selagi Menteri Besar Dato Seri Nizar tidak mengajak kita melakukan maksiat dan zina kita wajib menyokongnya, kita tidak mahu lagi kerajaan yang mengajak kita ke jalan maksiat, kita harus bangkit untuk menentangnya, kalau MB Perak kita mengajak ke jalan maksiat saya sendiri yang akan bangkit untuk menentangnya!!! dan bla…bla.. ;lagi’

    Pada hari itu hancur lebur solat kawan teman dan jemaah lain hancus sama sekali, kekusyukan untuk bersolat jumaat di hari penghulu segala hari tersebut lebur, tanggung lah dosa si Imam tersebut.

    Benar kah seperti yang didakwa, umpama mengambarkan pemimpin kerajaan sekarang mengajak kita melakukan maksiat selama ini, seumur hidup kuntakinte langsung tak pernah dengar pun pemimpin2 kerajaan membuat ucapan mengajak orang pergi disko, pergi rumah urut, pergi beromen dengan girlfriend dsbnya, adakah sebagai Imam boleh beliau membuat fitnah diatas mimbar, mengeluarkan perkataan dengan cara menjerit2, emosional, layak kah dia sebagai Imam.

    Kenapa dia mengunakan kutbah yang mengelirukan jemaah, memang betul MB Perak tidak akan mengajak orang ke jalan maksiat, siapa yang sanggup sebagai pemimpin untuk mengajak orang melakukan maksiat, kalau difikirkan malah pemimpin2 terdahulu kerajaan pun tidak pernah mengajak orang melakukan maksiat, ada kah tujuan khutbah untuk mengambarkan pemimpin PAS mahsum dan perfect, tidak kah ini dikatakan propaganda, cuba mengeliru dan memusing otak jemaah agar gambaran yang diberi seolah2 pemimpin dulu pemaksiat, pemimpin sekarang ulamak.

    Tergamak kita hingga sanggup mengunakan serban kita, jubah kita, tongkat kita, mimbar kita, masjid kita, penghulu hari kita, malah elaun kita semata2 untuk menabur fitnah dan menghasut jemaah dan akhirnya dengan satu tujuan mesti menyokong MB Perak, PAS dan Kerajaan Negeri Perak yang didakwa kerajaan islam, mengunakan masjid untuk membutakan jemaah bahawa kerajaan Perak sekarang ini pemerintahan Islam walhal sebaliknya hanya puppet yang di sepak dan sekeh oleh kafir harbi, fakta ini yang cuba di kaburi kepada jemaah sehingga sanggup mengunakan mimbar pada solat jumaat penghulu segala hari, nauzubillah.

    Sebab itu lah seperti dikatakan sahabat teman Pegawai kanan JAIP, diatas banyak aduan dibuat oleh jemaah pada hari tersebut disampaikan kepada pengetahuan tuanku dan lahirlah titah tuanku.

    Kejadian tersebut amat mendukacitakan orang ramai terutama jemaah yang berjemaah di Masjid tembok tersebut, sememang nya di luar jangka mereka tak terduga oleh mereka hingga kan tergamak Imam PAS tersebut mengunakan bahasa yang cukup emosional dan menjerit di atas mimbar, kawan teman serit untuk solat di masjid tersebut, dia kata tak akan pergi lagi ke masjid tersebut, tidak kah ini merosak kan institusi masjid dan akhirnya merosakkan jemaah kita yang semua nya dikalangan saudara Islam kita. sudah lah digunakan masjid untuk ceramah agama dan menkeji kerajaan, mungkin juga boleh di toleransi, tetapi kini sampai tergamak mengunakan mimbar dan solat jumaat, keji sungguh tingkah laku puak2 PAS ini.

    Bertaubat lah wahai si Imam dan puak2 PAS, Syaitan pun boleh menyerupai seorang ulamak semata2 untuk menyesatkan umat adam dan hawa.

    p/s sedih2…. kuntakinte fikirkan nasib umat Islam terutamanya melayu di negara kita ini, hingga tergamak mengunakan mimbar untuk mengutuk dan menjatuhkan saudara Islam sendiri.

  4. AbangTuah

    Brokuntakinte..syabas dengan pendedahan tersebut. Keadaan serupa yang macam bro katakan itu terjadi di Kelantan, Kedah, Selangor, Perak dan semua Dun jajahannya diseluruh Negara. Kawan cukup sedih pada golongan yang masih waras ni…tak tahu nak bersembahyang Jumaat dimana lagi semua mesjid serupa tu juga Khutbahnya. Ada yang kawan dengar mereka merungut dari sembahyang tak sah kerana mendengar tomahan dan fitnah khutbah Imam PAS lebih baik sembahyang zohor sahaja dirumah. Kawan pergi juga sembahyang tapi ada satu ketika sekiranya ada batu ditangan rasa macam nak baling ajer imam PAS tu kat dahi biar bengkak. Kadang-kadang bila hangat hati sangat rasa nak jerit kuat-kuat aje semasa khutbah tu…nak minta dibuktikan tuduhan dan tomahan yang dilemparkan. Beginilah akibatnya bila dibenarkan Shaitan dan Iblis menjadi Imam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s