Isu Pengakuan Bersumpah – KJ dan Rosmah beri keterangan

sumber agendadaily dan malaysiakini.

Khairy Jamaluddin telah memberi keterangan polis selama satu jam di Ibupejabat Polis Putrajaya malam tadi mengenai akuan bersumpah Raja Petra.Katanya kepada Agendadaily di bangunan Parlimen petang Rabu beliau masih dalam perbincangan dengan peguamnya tentang kemungkinan untuk ambil tindakan sivil.Dala akuan bersumpahnya Raja Petra dakwa Khairy ada simpan laporan risik yang dakwa isteri Timbalan Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor ada di lokasi pembunuhan Altantuya.Ahli Parlimen Rembau itu menyifatkan Raja Petra sebagai ‘ lose cannon’ tetapi berharap kali ini pengendali laman web Malaysia Today itu kena tindakan.Menurutnya akuan bersumpah itu nyata berniat jahat.

Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan bahawa isterinya Rosmah Mansor terbabit dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu seperti yang didakwa oleh Raja Petra Kamarudin.

rosmah mansor and altantuya murder caseNajib juga berkata, Rosmah telah dipanggil memberi kenyataan kepada polis ekoran dakwaan terbaru dalam akuan bersumpah penulis sensasi itu.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, Najib berkata akuan Raja Petra itu satu pembohongan semata-mata.

Najib juga menyifatkannya sebagai satu tindakan terdesak untuk mencemarkan imej politik beliau.

Sebelum ini, beliau mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.

Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pengendali blog Malaysia Today juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

Abdullah dilaporkan berkata: “Memang saya concern (dengan dakwaan Raja Petra).

“Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.

“Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera.

“Itu tak betul,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkatkan daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen.

nota: Datuk Seri Najib memaklumkan juga bahawa pihak polis akan mengambil keterangan daripada beliau dan Perdana Menteri mengenai pengakuan bersumpah ini. Sekiranya benar seperti kenyataan Datuk Seri Najib bahawa pengakuan RPK ini merupakan satu niat buruk dan bermotifkan politik, penulis tertanya mengapakah RPK sanggup berbuat demikian. Apa-apapun diharap kes ini dapat disiasat dan diselesaikan dengan cara yang adil.

19 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

19 responses to “Isu Pengakuan Bersumpah – KJ dan Rosmah beri keterangan

  1. hagsdkfhyutf

    BALIK AH BODOOOOOOOO…..dh buat ngaku je la

  2. hagsdkfhyutf

    tyqweutb ngaku je…..

  3. Kuntakinte

    Salam, ni lagi sekor punya species tak sedar kan diri, sama juga lah bakal penghuni2 neraka ni, belum apa2 dah tuduh orang macam2 setakat dengar si petra belukang blog tu bercakap dah semua sama2 nak ikut dia ke neraka, muka petra tu pun aku tengok macam penyamun, banding petra dengan rosmah yang lain2 tu ada juga jasa yang dibuat diaorang pada negara dan bangsa.

    Petra dan anwar yang di sanjung korang tu sama2 penyangak tarbus, aku tengok kan rupa entah la aku, seram pun ada.

  4. AbangTuah

    Salam brokuntakinte….
    Kawan datang support…
    Tu berok mana kat atas tu…tentu sama spesial macam Melayu Proto …satu group…puak PAS, PKR dan RPK. DAP tuan depa cerdik…….
    Tapi depa tak cerdik cakap apa pun depa gelak…Melayu Proto depa bukan tau..keh..keh…keh

  5. Kuntakinte

    Salam, ini lah dia politik dan pemikiran kita di Malaysia, perbicaran demi perbicaraan yang berjalan di mahkamah sejak dulu lagi di politikkan oleh orang2 yang cuba untuk men sensasi kan cerita terutama melibatkan pemimpin atau orang2 kenamaan, ambil contoh kes pembunuhan altantuya perbicaraan sedang berlansung, sepatutnya kita menunggu keputusan yang akan mebuktikan siapa yang bersalah akan di jatuh kan hukuman, itu proses perundangan yang di amal kan oleh seluruh negara di dunia, sebab itu proses mehkamah mempunyai peguam tertuduh, untuk membela yang dituduh, peguamcara, pendakwaraya dan hakim, mereka profesional dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, sudah tentu ada yang salah kerana kecekapan peguam bela nya akan menjadikan keputusan dia tidak bersalah begitu juga sebaliknya, ini adalah proses perundangan yang diamalkan.

    Pembangkang terutama anwar telah memukul gendang merata2 tempat terutama semasa pru12 mengenai kes altantunya melibatkan dato Najib, adakah adil dan kuntakinte terkejut juga kenapa mahkamah tidak mengambil tindakan diatas mereka2 yang mengunaklan bahan perbicaraan di jadikan cerita di luar mahkamah, ini satu perkara yang Menteri Dato Zaid Ibrahim kena menkaji dan membuat sesuatu, ini penting kerana sebelum berlaku pengadilan dan keputusan tohmahan beranak pinak di merata tempat seolah2 hukuman telah dibuat kepada individu yang tiada kaitan dalam kes yang di bicarakan, ini tidak adil dan menjatuhkan maruah individu tersebut, cuba kita bayang kan maruah kita atau keluarga kita yang dituduh berbagai tuduhan yang tak benar kena pada diri kita, apa perasaan kita, di mana kita nak meletak muka.

    Sebab itu pembaca dan rakyat kena faham proses perundangan terutama kes2 yang sedang dibicara kan agar kita tidak campur tangan, kalau mahkamah memutus kan si anu atau si anu bersalah baru lah kita berhak untuk bercakap sama ada bersimpati ke, mengeji ke dan sebagainya, selagi ia tidak didapati bersalah adalah salah kita untuk menghukumnya.

    Dalam kes altantunya, kita kena bersabar, proses sedang berjalan, bukan senang untuk memutuskan hukuman berdasarkan bukti2 dan tanggungjawab hakim yang cukup berat, bersabar lah kita menunggu siapa yang bersalah akan di ketahui juga, si A ke si B ke si C ke kita tunggu dan lihat, berlakulah adil kepada mereka2 yang terlibat.

  6. Salam,Orang otak tak betul….!.hagsd…Mamak nak baca nama pun susah…macam mana pulak lah otak dia bersarabut macam Dalca!.Kisah RPK ini makin meluat dan dia kena jumpa pakar sakit otak!.Penyakit dia ini dah melarat…physico..khayalan dia ini dah tak betul lagi dah!.Terlalu tension agaknya!!!.Kesian Mamak dengan dia ini kerana dalam Mengejar “Lost Kingdomnya” dia ini dah jadi macam pelakon Henry Ford!!!.Fikirkanlah logik ceritanya…adakah seorang yang begitu tinggi kredibilitinya dan Isteri kepada bakal Perdana menteri malaysia berada di crime scence/tempat berlaku pembunuhan!.Fikir cara logik…macam mana dia boleh gambarkan perkara ini secara berakal!.Mana dia ada perhubungan lagi dengan Istana?. Tak ada yang mengaku dia ini kerabat lagi!.Yang mengaku kerabat cuma LKS dan DSAI je!.Pening Mamak fikirkan dia ini!.Terlalu bersifat Dendam di sanubari kadangkala membuatkan kita jadi Gila dan Berkhayal (Illusionizer)!.wassalam.

  7. giraffe

    aku berharap sesangat pihak polis kena jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan betul & hakim kena tul2 teliti dalam menentukan hukuman yang setimpal patut diberikan kepada pesalah.

  8. AbangTuah

    Kawan sokong giraffe….biar pihak berwajib menentukannya, kita jangan tuduh tak tentu hala.

  9. UZiX

    pihak berwajib tu pun tak betul. mcm mana nak percaya.

  10. AbangTuah

    U zix..
    Tak payahlah kita buat pusingan U atau zix-zaxkan otak kita. Percaya pada ketelusan undang-undang negara tentu hati kau akan tenang. Kalau susah sangat nak percaya, maka kalau masih mengaku sebagai seorang islam yakinlah pada kekuasaan Allah Ta Ala menentukan…inshallah maka dapatlah kita nikmat ketenangan yang sebenarnya. Tak payah kita nak terikut-ikut menuduh tanpa bukti nanti menambah dosa…..
    Kawan bukan apa..sedih melihat apa yang terjadi pada melayu ni…dah nazak..nazak…nazak…tunggu nak hancur..fasal apa..fasalnya ramai yang terlalu cepat percaya pada benda yang belum terbukti…ikut cakap Tok Gurau hang…jangan menuduh tanpa bukti dan saksi…

  11. Timbangkati

    Ya Allah, ya rabul alamin…

    Kau tegak kanlah keadilan di bumi Malaysia ini dan hapuskanlah yang batil dan kejam.

  12. Sapa yang buat buku dalil dulu ha? mana dia pi?
    ketua ‘lopis’ dulu mana pi ha?? hat yang tinju tu…

    azizan apa jadi jugak kat dia, rumah tangga macamana ha??
    menteri yang kawin artis tu sapa?…
    artis seksi tu… mentri pasir salak dulu tu…dia kat mana ha??

    baru baru ni lagi la haru,,, dulu depa puja bukan main..lani depa buat tak tau ja…kesian la kat dia..
    last-last dia pun lari jugak… apa nama ntah…
    tun… tun…mudah lupa apa ntah??

    (Sesungguhnya bala’ tuhan akan tiba pada mereka
    mereka yang memakan daging saudara mereka sendiri – maka bertaubatlah sebelum terlambat)

  13. Kuntakinte

    Salam, katiku nget, teman setuju ruang akhir tulisan saudara Sesungguhnya bala tuhan akan tiba pada mereka mereka yang memakan daging saudara mereka sendiri-maka bertaubatlah sebelum terlambat.

    Contoh ;-

    1) Ulamak yang mula memesongkan ajaran Islam dan menyesatkan umat dengan bertopengkan Islam

    2) mereka2 yang mengamalkan seks luar tabii seperti sejarah sodomi & gamurah, Allah S.W.T laknati dengan menhempas bandar tersebut hingga menjadi laut mati.

    3) mereka2 yang tidak setia kepada ulil amri, selagi mereka tidak dihalau dari tanah tumpah darah mereka, mereka wajib mentaati ulil amri

    4) Mereka2 yang tidak mensyukuri nikmat Allah S.W.T kurniakan, adalah kufur nikmat.

    5) mereka2 yang tidak dapat menilai mana yang batil dan yang jahil.

    species spt sedara lah yang di garis kan diatas, tu ha…

  14. Corocs

    Minyak Naik.. Sokkonng
    Beras Naik.. Sokkonng
    Tol Naik.. Sokkonng
    Tambang Naik.. Sokkonng
    Harta Kroni Naik.. Sokkonng

    Adda ka orang macam ni.. buat malu mamak sajaa..
    Mungkin hangpa temasukk dalam golongan kroni tu kott?

  15. mok

    katiku-nget,
    Biasala kan.. bila kalau awak menyokong penuh satu pihak, awak hanya nampak buruk saja pada pihak yang ditentang. Walhal contoh-contoh buruk sebenarnya ada di kedua-dua pihak. Mustahil dan amat amat mustahil.. makhluk yang bersifat baharu malah bukan rasul pulak tu, akan bersifat maksum jauh dari melakukan dosa. Apa yang berlaku adalah lumrah kejahilan insan, benar kata pepatah…kuman di seberang lautan awak nampak, gajah depan mata awak haram tak nampak atau pura-pura tak nampak. Samalah orang kata, kokok berderai-derai, ekor bergelumang ta**. Pihak yang awak sokong pun ada kes rasuahnya, salah laku seknya, salah guna kuasanya. Tak payah nak ungkit-ungkit orang mati, orang sakit, masalah keluarga.. itu semua perkara lumrah, bukan boleh lari, bukan boleh elak kerana orang-orang dalam kumpulan yang awak sokong pun akan kena juga benda-benda ini, malah ada yang dah kena. Ingat, bila pulang nanti.. Allah tak pandang awak badawi hitam @ serban 3 tingkat @ songkok macam tower… no, no, no, takde. Bawalah pahala padat berkat. Kebaikan.. kejahatan… sebesar biji sawi pun dikira.. jadi jangan memfitnah nanti dapat dosa kering.

  16. AbangTuah

    kakiko-nget…
    Apa suka sebut keburukan mereka yang dah arwah ni…islam ka apa? Aku rasa kau ni baru keluar bertapa agaknya sehingga tak tahu perkembangan semasa..Aku nak tanya juga fasal apa kaki kau senget…

  17. budak kuala kenas

    memang geram dengan SD yang dibuat oleh RPK.. dato’ dan datin sri jangan tunggu lagi… SAMAN je.. guna hakim untuk bagi kita menang

    Ke dato’dan datin sri memang ada masalah..:)

  18. hampeh

    Proses keadilan kat malaysia ni boleh percaya ker. Kalau kes2 melibatkan rakyat biasa ni aku rasa tade masalah. tapi yg melibatkan pemimpin2 kerajaan ni entahla….fikir2kan la sendiri ye wahai sauadara2 ku. saja suruh korang fikir sendiri sbb nnt kalau aku kata nnt korang kata fitnah pulak…lagi pun aku tak suka menfinah.

  19. mok

    HamPAS,
    Awak dah tabur fitnah pun…
    Tanggung la.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s