Adik Anwar Letak Jawatan

sumber malaysiakini

Ahli keluarga terdekat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan jawatannya secara mengejut daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), syarikat besar milik kerajaan Selangor, semalam.

Saudara kandung Anwar, yang tidak dinamakan, menyerahkan surat meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam, kata sumber-sumber PKR.

Tindakan adiknya dibuat setelah ditegur oleh penasihat PKR itu bagi mengelakkan tugasnya di syarikat itu “mencemarkan imej” beliau dan parti, kata mereka.

anwar ibrahim pc 120508 01Sumber-sumber itu memberitahu Malaysiakini hari ini, Anwar tidak tahu-menahu mengenai pelantikan adiknya itu sehinggalah beberapa hari lalu.

Selain memaksa adiknya meninggalkan tugasnya di KDEB, menurut sumber-sumber lagi, Anwar juga memaklumkan perkara itu kepada menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mereka bagaimanapun tidak mengetahui jawatan atau tugas sebenar adik Anwar di syarikat senaraian awam itu.

“Beliau diambil bekerja dan tidak salah untuk bekerja (di KDEB) tetapi Anwar tidak mahu ia merosakkan imej parti,” kata sumber-sumber sewaktu diminta mengulas dakwaan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor semalam.

Bekas setiausaha politik Anwar itu berkata pelantikan saudara kandung mantan timbalan perdana menteri itu dibuat “beberapa minggu, bulan lalu”.

“Apakah betul ada ahli keluarga Anwar Ibrahim yang dilantik menjadi penasihat KDEB?

“Saya mahu penjelasan mereka sebelum saya membuat kenyataan lanjut,” kata bekas ketua Angkatan Muda PKR itu kepada media selepas ceramah ‘Sirih Pulang ke Gagang’ di Sungai Besi malam tadi.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi presiden KDEB Datuk Abdul Karim Munisar.

Difahamkan beliau sedang menghadiri satu mesyuarat lembaga pengarah dan kemungkinan mengambil masa yang panjang.

nota: setelah pendedahan dibuat oleh Ezam akhirnya terbongkar juga rahsia licik DSAI. rujuk posting asal di sini

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Adik Anwar Letak Jawatan

  1. “The pot calling the kettle Black!”.
    BN kroni konon!.His bark is worse than his bite.!!!!!

  2. ok la tu..terus bertindak bila ada teguran..bukan macam BOS2 korang yang tutup telinga dan tidur je..aku rasa tak lama lagi tidur terussssssss laa bos korang tu yer

  3. Kuntakinte

    Salam, Mamak itu pasal ezam tegur, bagi semua rakyat tahu, kalau diam lebuh kata orang Perak, kita tegur sebab ada bukti, dan betul terjadi, bukan macam puak2 haprak macam si mangkuk pakai nama UMNO bodoh, tuduh UMNO bertubi2 keluar ikut buntut sebab semua buntut dah lawas (bhs perak) luas, tanpa bersandar kepada bukti, Mat Sabu dan puak PAS dah sedar lama dah gelar si penasihat agung PKR Anwar al buntuttttt.

  4. bagus la macam tu..DSAI tak perfect atleast bila jadi macam tu..terus amik tindakan..kalu UMNO tu..buat dek je..khairy jamaludin ada banyak kepentingan..sumeorang tau..nape diam je..najib dan adik beradiknya..mahathir n sons..aku tetap sokong pkr yang telus..UMno buat masa ni tak capai lagi tahap tu..

  5. tubir

    ini cerita lama tak mencabar minda elok dibuang saja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s