Antara keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

1. Ezam diterima masuk UMNO, tetapi tidak boleh bertanding

KUALA LUMPUR 26 Jun – Majlis Tertinggi UMNO hari ini membuat keputusan menerima bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd. Nor sebagai ahli parti itu.

Tetapi beliau tidak dibenarkan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti.

Mohamad Ezam ketika dihubungi berkata, beliau menerima keputusan Majlis Tertinggi itu dengan hati terbuka.

“Sememangnya hasrat saya sertai UMNO bukan untuk bertanding sebarang jawatan. Oleh itu, saya terima keputusan itu dengan hati yang terbuka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

2. Isa Samad boleh bertanding

KUALA LUMPUR 26 Jun – Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Samad yang tamat tempoh penggantungan keahliannya 23 Jun lalu, dibenarkan bertanding pada pemilihan parti Disember ini.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu layak merebut sebarang jawatan jika beliau telah menjelaskan yuran tahunan sebelum 31 Disember 2007.

“Majlis Tertinggi (MT) sudah melepaskan beliau daripada hukuman penggantungan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di PWTC hari ini.

Ditanya sama ada jawatan Naib Presiden yang pernah dipegang oleh Mohd. Isa dikembalikan kepada beliau, Muhyiddin berkata, perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

sumber utusan

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Antara keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

  1. Salam,
    Harap saudara Ezam jangan kecil hati…itu dah adat no.ahli baru.Kena beratur dulu o.k!.Jangan lupa berjuang habis kita sebagai ahli biasa akan menilaikan pengorbanan saudara!.Wassalam.

  2. hangjebat

    Salam,
    Tuan Ezam, harap tuan akan tetap setia berjuang habis-habisan menggempur anasir2 yg mahu menghancur dan menenggelam maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Senario politik hari ini memerlukan orang yang berani dan lantang bersuara seperti tuan Ezam. Menegakkan keadilan tangungjawab bersama. Syabas dan tahniah.

  3. AbangTuah

    Aku terfikir…heran..heran…kenapa saudara Ezam masuk UMNO bukan PIS. Saudara Ezam cuba jelaskan kenapa saudara diketahui tinggi agamanya dan baik niatnya untuk menegakan kebenaran tak joint parti yang bersih,harum lagi suci tu…heran…heran…
    Satu aje saya minta tolong sesangat janganlah buka rahsia parti PIS tu..nanti tercemar pula kesucian perjuangan mereka…kawan bukan apa…simpati…dahlah terpinggir nanti dilabelkan yang bukan-bukan pula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s