Daily Archives: June 27, 2008

Bila si belit bertemu dengan si belit

maka berbelitlah kisah ‘wang sumbangan’ Majlis 100 pakatan rakyat di selangor.

Yahya: Isu akaun PKR tidak benar

Bekas pegawai tugas-tugas khas menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri hari ini menjelaskan bahawa akaun kedua untuk memungut derma kepada PKR “tidak wujud”.

Beliau turut berkata, tidak ada surat-menyurat daripada pejabat menteri besar yang meminta syarikat korporat menyumbang wang untuk majlis perayaan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu.

yahya sahri and selangor people”Tidak ada akaun kedua yang dibuka untuk tujuan itu, tiada transaksi dan tidak ada pungutan wang,” katanya, yang meletakkan jawatan tersebut dan setiausaha perhubungan PKR negeri pada Isnin lalu.

“Kenyataan menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), Datuk Dr Hassan Ali dan (bekas pemimpin kanan PKR) Ezam (Mohd Nor) tidak benar,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas dakwaan pesuruhjaya PAS itu bahawa partinya tidak diberitahu mengenai pungutan wang daripada syarikat swasta untuk menjayakan majlis sambutan tersebut, 20 Jun lalu.

Kelmarin, Ezam mendakwa pejabat menteri besar Selangor telah membuat surat dan menghantarnya kepada banyak syarikat supaya memasukkan wang ke dalam akaun milik individu.

“Ada syarikat yang beritahu saya mengenai perkara tersebut dan saya akan tunjukkan surat itu,” kata Ezam ketika berceramah di Sungai Besi di ibu negara, Rabu lalu.

Yahya berkata, majlis sambutan 100 hari itu diuruskan oleh kerajaan negeri dan bukannya oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, urusan kewangan untuk program tersebut juga tanggungjawab kerajaan negeri.

“Memang pada peringkat awal, Pakatan Rakyat mahu menganjurkan program tersebut tetapi ia dibatalkan dan diberikan kepada kerajaan negeri.

“Apabila ia dianjurkan oleh kerajaan negeri, secara automatik pembabitan parti tidak perlu lagi,” kata Yahya lagi.

Beliau dilaporkan mengakui mengirim surat atas nama PKR dan menggunakan satu akaun tetapi tiada derma dimasukkan ke akaun tersebut.

Dr Hassan hari ini menjelaskan beliau hanya mempengerusikan jawatankuasa sambutan di peringkat kerajaan, sementara satu lagi ditubuhkan di peringkat parti.

Jawatankuasa peringkat parti turut melibatkan wakil-wakil PAS, PKR dan DAP, tambahnya.

padu convention 241004 hassan aliKatanya kepada Malaysiakini, beliau hanya mengetahui penggunaan dana di peringkat kerajaan dan tidak mengetahui kewujudan tabung kedua iaitu tabung politik untuk memungut derma.

Manakala Abdul Khalid awal minggu ini mengesahkan sejumlah kutipan “yang tidak perlu” telah dimasukkan ke akaun PKR, sepatutnya untuk kerajaan negeri.

Isnin lalu, beliau berkata demikian selepas mengumumkan penggantungan tugas Yahya sebagai pegawai kanan di pejabatnya selama dua bulan.

Yahya hari ini bagaimanapun berkata bekas ketuanya itu tidak merujuknya sebelum membuat kenyataan tersebut dan beliau tidak pernah diberikan peluang menjelaskannya, lapor sebuah akhbar.

Akhbar-akhbar semalam melaporkan Abdul Khalid berkata penggantungan Yahya akibat isu kutipan wang sempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga dilaporkan sedang menyiasat dakwaan pemindahan wang kerajaan itu ke akaun PKR.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Khalid “memberi jaminan bahawa segala siasatan yang dilakukan oleh pejabat menteri besar dan BPR yang melibatkan Yahya akan dibuat dengan telus dan adil.”

Selain menyatakan bahawa ketua-ketua bahagian PKR tetap menyokongnya seperti dalam mesyuarat perhubungan yang disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, Abdul Khalid juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yahya.

“Beliau akan terus diberi peranan dalam parti,” kenyataan pejabat menteri besar dipetik.

nota: sila rujuk kisah awal perjalanan kisah Pembelit Rakyat (PK@Pakatan Rakyat).

versi hassan ali

versi yahya mat sahri part 1
versi yahya mat sahri part 2 …versi setelah ‘dibasuh’ oleh DSAI and friends

inilah keadaan sekiranya tidur sebantal mimpi lain-lain di Selangor.

sumber malaysiakini

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

50 saja demo anti-minyak

Kira-kira 50 orang menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak yang diadakan di Masjid Negara di ibu negara selepas solat Jumaat tengah hari ini.

Selain ucapan beberapa pemimpin pembangkang, Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm)  juga mengumpulkan tandatangan untuk diserahkan kepada menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad.

Dalam ucapannya, ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin berkata, beliau tidak boleh menerima pengumuman perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh memberikan subsidi tambahan.

“Dakwaan bahawa ia (kenaikan harga minyak) kerana globalisasi tidak boleh diterima kerana harga minyak di Venezuela cuma US$16 dolar setong.

“Globalisasi boleh diterima jika negara kita pengimport minyak,” katanya, yang mengetuai gabungan baru itu.

Beliau berkata Geramm yakin akan mendapat sejuta tanda tangan sebagai tanda membantah kenaikan harga minyak awal bulan ini.

Katanya, sejak dilancarkan, kira-kira 10,000 tandatangan telah terkumpul dan berharap sasaran sejuta akan tercapai seberapa cepat yang boleh.

Manakala esok, tambahnya, Pemuda Pakatan Rakyat akan mengedarkan risalah di beberapa tempat di ibu negara mengenai kesan kenaikan harga minyak dan kesannya kepada rakyat.

“Antara kawasan yang dikenal pasti ialah KLLC, Ampang Park, dan  Bukit Bintang dan mereka berjalan sebelum berakhir di kompleks membeli-belah Sogo,” katanya.

Turut hadir, ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Mereka menggesa orang ramai hadir di lapangan dengan pusat membeli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 6 Julai.

sumber malaysiakini

nota: Tahniah kepada rakyat Malaysia yang sudah jelak dan jemu dengan aktiviti tidak berfaedah seperti demonstrasi jalanan yang sering dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Dakyah politik mereka sudah tidak relevan dan rakyat kini sudah bijak dan pandai dari ditipu oleh NGO yang berkait dengan Pakatan Rakyat.Syabas!!!

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

“Tak mustahil PAS Selangor akan keluar Pakatan” Mat Taib

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, beliau tidak menolak kemungkinan PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR) di Selangor berdasarkan masalah dalaman gabungan parti itu yang semakin meruncing.

Beliau berkata, kemungkinan itu dapat dilihat daripada program atau mesyuarat anjuran kerajaan PR di negeri itu yang banyak dipulaukan oleh PAS.

“Sekarang kepimpinan (PR Selangor) dah mula retak dan nampaknya PAS dah mula kecil hati kerana banyak majlis yang dianjurkan, PAS tak datang.

“Mereka (PR) memang mempunyai masalah dalaman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong di sini hari ini.

Muhammad berkata, ketidakpuasan hati itu ditambah dengan tindakan penganjur sambutan 100 hari pemerintahan kerajaan campuran di negeri itu yang memasukkan wang sumbangan syarikat swasta bagi program itu ke dalam akaun PKR (Parti Keadilan Rakyat).

Ini menimbulkan rasa kurang senang pengerusi penganjur sambutan itu, Datuk Dr. Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, kata Muhammad.

“Ini menyebabkan parti lain iaitu PAS dan DAP amat kecewa. Oleh itu mereka sekarang berpecah belah sesama mereka.

“BPR (Badan Pencegah Rasuah) pun dah masuk siasat pegawai dia sendiri dan berlaku tuduhmenuduh sesama mereka dan ini menandakan bahawa sekarang kita tengok kerjasama antara mereka sudah mula retak, kata Muhammad.

“Lepas tu mereka juga bertelagah dalam melantik ahli majlis (Pihak Berkuasa Tempatan). Dulu kata nak lantik satu pertiga dari parti, satu pertiga dari profesional dan satu pertiga dari NGO (badan bukan kerajaan).

“Tapi bila diputuskan nampak lebih 80 peratus orang PKR, jadi rakyat tidak senang dengan tindakan mereka itu.

“Kalau macam ini cara mereka mentadbir negeri saya takut gerakan pembangunan dan ekonomi Selangor akan terjejas dan akan berlaku pengangguran, orang susah, banyak social problem bila economic wave itu tidak digerakkan dengan kencang,” katanya.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ada Exco Selangor arah buka semula tender

dari agendadaily

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mempersoalkan akauntabiliti serta ketelusan yang kerap diuar-uarkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim apabila kotak tender kerja-kerja di Majlis Perbandaran Klang (MPK) terpaksa dibuka semula selepas seorang Exco membuat panggilan mengarahkan demikian.

Ketua Pembangkang di Selangor itu percaya, tentu ada sebab mengapa Exco terbabit mengarahkan tender bagi kerja-kerja pembersihan yang dikeluarkan MPK pada Mei lalu diarah buka.

“Saya difahamkan pembukaan semula tender di MPK itu selepas salah seorang Exco membuat panggilan telefon. Selepas itu MPK buka balik selepas arahan Exco itu. Kalau nak buka tender selepas ditutup mesti ada peraturan tertentu. Sekarang ini kes itu disiasat Badan Pencegah Rasuah,” katanya.

Menurut Dr Khir, tender itu diarah buka semula secara segera mungkin untuk beri peluang orang-orang tertentu sertai tender tersebut dan ini tidak sepatutntya berlaku.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, beberapa kontraktor berjumpanya dan memberitahu perkara itu yang kini sedang disiasat BPR.

Bercakap pada sidang media Rabu, Dr Khir juga mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan kebertanggungjawaban dan Keteluasan (SELCAT) Dewan Undangan Negeri Selangor memanggil Khalid memberi penjelasan mengapa kutipan sumbangan bagi sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu masuk akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, kepala surat MB digunakan untuk minta sumbangan termasuk daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

“Kutipan patut masuk akaun kerajaan negeri bukan PKR.SELCAT patut panggil MB jelas kenapa ini berlaku,” katanya yang menganggap perbuatan itu satu penyelewengan dan rakyat Selangor pula patut tahu jumlah kutipan dan perbelanjaannya.

Menurut Dr Khir beliau difahamkan, seorang rakyat Selangor sudah membuat aduan polis mengenai perkara ini di Subang Jaya, semalam.

“Beliau (Khalid) selalu cakap pasal akauntabiliti dan ketelusan tetapi kerajaan Pakatan Rakyat ni, cakap lain buat lain,” katanya.

Dr Khir turut meminta Khalid memberi penjelasan mengenai bantuan beras dan gula kepada keluarga miskin yang diberikan kerajaan Pakatan Rakyat.

“Dulu beliau janji semua urusan ikut tender. Saya dapat tahu setiap wakil rakyat dapat 500 bungkusan bantuan tetapi ke mana mereka salurkan dan syarikat mana yang dapat tender bekal bahan-bahan itu,” katanya

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

28 wakil BN boikot DUN Perak bantah Speaker

sumber mstar

IPOH: Kesemua 28 wakil Barisan Nasional (BN) hari ini memulaukan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak kerana membantah keputusan Speaker yang tidak membenarkan seorang wakil mereka memulakan perbahasan.

Tindakan itu dilakukan sebelum perbahasan usul terima kasih titah Sultan Perak bersambung pada hari ketiga persidangan hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali mengetuai wakil BN keluar dewan pada kirakira 10.35 pagi selepas Speaker S. Sivakumar memilih wakil lain memulakan perbahasan.Sebelum itu itu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin (BN-Kubu Gajah) telah bangun untuk memulakan perbahasan yang ditangguh petang semalam.

Sivakumar bagaimanapun memberi peluang berbahas kepada Chang Lih Kang (PKRTeja) dan keputusannya itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah dan bantahan daripada wakilwakil BN.

Sebelum meninggalkan dewan, Tajol Rosli (BN-Pengkalan Hulu) memberitahu dewan bahawa semua wakil rakyat BN akan keluar daripada dewan sekiranya Kubu Gajah tidak diberi hak untuk meneruskan perbahasan.

Bercakap kepada pemberita di luar dewan, Tajol Rosli berkata, Raja Ahmad Zainuddin sewajarnya diberikan peluang untuk menyambung perbahasan pada sesi hari ini selepas sesi perbahasan semalam ditangguhkan oleh Timbalan Yang Dipertua Hee Yit Foong kira-kira 7.10 malam.

“Semalam persidangan ditangguhkan pada 7.10 malam, maghrib masuk waktu 7.19 malam. Jadi apa nak tambah, setengah jam sahaja dan beliau (Timbalan Yang Dipertua) sudah berjanji mahu memberi Raja Ahmad Zainuddin berucap. Kalau beliau mahu tangguh sampai 9 malam, tidak ada masalah,” katanya.

Katanya, tindakan keluar dari dewan kerana Sivakumar tidak membenarkan Raja Ahmad Zainuddin berucap sebagai pembahas pertama.

Tajol Rosli berkata, beliau hanya akan menghadiri persidangan itu pada esok hari iaitu semasa sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sidang kemudiannya diteruskan dengan wakil Teja memulakan perbahasan.
Setiausaha BN Perak, Datuk Ramly Zahari (BN-Manong) berkata, wakil-wakil BN hanya akan menyertai semula persidangan pada pagi esok.

Sementara itu ketika ditemui pemberita Sivakumar berkata, beliau hanya mengikut Perkara 12 Perintah Tetap yang menyatakan bahawa mana-mana wakil rakyat yang mula-mula berdiri akan diberikan peluang untuk berucap.

“Saya ikut perintah tetap, siapa bangun dulu, dia akan berucap. Semalam ada 13 wakil rakyat yang berucap, enam wakil rakyat BN diberi peluang. Adakah ia adil? Hari ini saya rancang nak beri kerajaan dulu dan kemudian bagi pembangkang,” katanya.

Beliau juga turut berharap semua wakil rakyat BN menyertai semula persidangan itu. sumber mstar

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda