28 wakil BN boikot DUN Perak bantah Speaker

sumber mstar

IPOH: Kesemua 28 wakil Barisan Nasional (BN) hari ini memulaukan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak kerana membantah keputusan Speaker yang tidak membenarkan seorang wakil mereka memulakan perbahasan.

Tindakan itu dilakukan sebelum perbahasan usul terima kasih titah Sultan Perak bersambung pada hari ketiga persidangan hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali mengetuai wakil BN keluar dewan pada kirakira 10.35 pagi selepas Speaker S. Sivakumar memilih wakil lain memulakan perbahasan.Sebelum itu itu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin (BN-Kubu Gajah) telah bangun untuk memulakan perbahasan yang ditangguh petang semalam.

Sivakumar bagaimanapun memberi peluang berbahas kepada Chang Lih Kang (PKRTeja) dan keputusannya itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah dan bantahan daripada wakilwakil BN.

Sebelum meninggalkan dewan, Tajol Rosli (BN-Pengkalan Hulu) memberitahu dewan bahawa semua wakil rakyat BN akan keluar daripada dewan sekiranya Kubu Gajah tidak diberi hak untuk meneruskan perbahasan.

Bercakap kepada pemberita di luar dewan, Tajol Rosli berkata, Raja Ahmad Zainuddin sewajarnya diberikan peluang untuk menyambung perbahasan pada sesi hari ini selepas sesi perbahasan semalam ditangguhkan oleh Timbalan Yang Dipertua Hee Yit Foong kira-kira 7.10 malam.

“Semalam persidangan ditangguhkan pada 7.10 malam, maghrib masuk waktu 7.19 malam. Jadi apa nak tambah, setengah jam sahaja dan beliau (Timbalan Yang Dipertua) sudah berjanji mahu memberi Raja Ahmad Zainuddin berucap. Kalau beliau mahu tangguh sampai 9 malam, tidak ada masalah,” katanya.

Katanya, tindakan keluar dari dewan kerana Sivakumar tidak membenarkan Raja Ahmad Zainuddin berucap sebagai pembahas pertama.

Tajol Rosli berkata, beliau hanya akan menghadiri persidangan itu pada esok hari iaitu semasa sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sidang kemudiannya diteruskan dengan wakil Teja memulakan perbahasan.
Setiausaha BN Perak, Datuk Ramly Zahari (BN-Manong) berkata, wakil-wakil BN hanya akan menyertai semula persidangan pada pagi esok.

Sementara itu ketika ditemui pemberita Sivakumar berkata, beliau hanya mengikut Perkara 12 Perintah Tetap yang menyatakan bahawa mana-mana wakil rakyat yang mula-mula berdiri akan diberikan peluang untuk berucap.

“Saya ikut perintah tetap, siapa bangun dulu, dia akan berucap. Semalam ada 13 wakil rakyat yang berucap, enam wakil rakyat BN diberi peluang. Adakah ia adil? Hari ini saya rancang nak beri kerajaan dulu dan kemudian bagi pembangkang,” katanya.

Beliau juga turut berharap semua wakil rakyat BN menyertai semula persidangan itu. sumber mstar

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “28 wakil BN boikot DUN Perak bantah Speaker

  1. Kuntakinte

    Salam, kuntakinte lihat persidangan Dewan Undangan negeri Perak, wah….. bukan main marah MB Perak bila di bangkitkan tentang bantuan RM500,000 wang untuk membeli bahan makanan untuk orang miskin dikatakan diberi kepada dua kontraktor secara terus, bila ditanya nama kontraktoryang dilantik tak mahu jawab, fail sulit kut…, ceh..ceh… kuntakinte bayangkan kalau lah kerajaan BN buat harus2 terbakar dewan tu kena tuduh kroni la..rasuah la.. penyelewengan kuasa la… nyaris diaorang yang perintah, tapi ada lah nas2 baru untuk membolehkan mereka lantik kontraktor diaorang secara terus, sebab nak bantu bumiputera PAS dapat cari makan, ini lah masa nya tengah ada kuasa.

    Lagi satu sikap MB yang memang emosional kalau ditegur, sebelum ini wartawan kena marah dan ditengking, malah kerana terlalu banyak soalan yang dikemuka kan tak sedap telinga dia dengar , di arah kerajaan negeri Perak boikot Utusan Malaysia, ini lah dia pemimpin panas baran berani marah orang melayu, yang orang cina dan india cakap pun macam bisik, pijak semut tak mati.

    p/s. errkk… sedawa kenyang lak teman.

  2. AbangTuah

    Salam brokuntakinte….
    Seronok juga kawan membaca artikel sumber mstar dan ulasan bro.

    Sebelum ini kawan ada terbaca mamat tu mengatakan “Negeri Perak kini di perintah berteraskan amanah, ketelusan dan kebajikan”. Bagus tu…

    Teringat juga kawan ada pihak yang kerapkali mempertikai tentang kontrak secara terus yang diamalkan oleh kerajaan. Maklum semua kerajaan buat mana ada yang baik….

    Tapi dalam hal tentang bantuan RM500,000 wang untuk membeli bahan makanan untuk orang miskin dengan nama kontaktornya sulit…kenapa lain pula jadinya.

    Tapi…kawan rasa memang dah betul sangat la tu maklum kontraktor tu terpilih sebab trak rekod baiklah katakan dan tak boleh diumumkan, amanah…

    Kawan terbaca juga mamat tu kata kerajaan negeri Perak sekarang tidak lagi berteraskan melayu. Katanya, kerajaan terdahulu yang berteraskan melayu akhirnya melayu yang terinaya….mana ada melayu yang gemilang…Ish..ish….. memang betullah orang melayu memang tak pandai memerintah…kebanyakan jadi puppet…

    Kawan kaji dan analisa akademik mamat tu dia berjaya menyambung pelajaran hingga ke England dan berjaya berjawatan besar didalam beberapa agensi kerajaan dan di berikan pula kepercayaan oleh kerajaan bagi menguruskan beberapa projek mega kerajaan dan pengarah beberapa firma.
    Ye lah…betullah tu, memang DEB, projek mega dan firma-firma tu mana ada kaitan dengan kerajaan….maklum semua kejayaan kena bersyukur kepada Tuhan…kerajaan mana ada tolong…

    Puhh…anak-anak pula tu belajar di Universiti diluar negara semuanya…guna belanja sendirilah tu…kawan terfikir semasa bersekolah rendah dan menegah dia orang semua bersekolah dimana ya…kawan agak mesti semuanya belajar di sekolah berbayar agaknya….maklum keturunan kaya asal…

    Teringat pula kawan pada seorang rakan. Dia tu pembangkang tapi kerja kerajaan, jawatan biasa aje. Tapi dia ni kawan respek…lain sedikit. Memang dia sokong pembangkang tapi kerja dia buat dengan amanah dan di dalam masyrakat tak cerita banyak tentang keburukan kerajaan BN. Dia ni pula tak kelapar duit kerajaan…anak-anak dia belajar dengan duit sendiri…tak mahu duit biasiswa, dan yang kawan respek dia hantar 2 orang anak belajar hingga keluar negara guna belanja sendiri, habis berpuluh ribu.Ni contoh orang yang ada etika…

    Tapi kawan ada pula seorang lagi rakan yang lain pula tingkah lakunya. Dia juga pembangkang..hari-hari bawa berita tomahan..hari-hari cerita keburukan kerajaan…wakil rakyat makan duit…wakil rakyat buat harta…kerajaan rasuah dan macam-macam lagi. Bila orang tanya mana dapat berita…dia kata dari internet..kah…kah…kah kawan tergelak..kawan kata dalam internet tu budak 10 tahun pun boleh tulis. Satu lagi sikap dia ni adalah apabila anak nak masuk asrama dan universiti…sibuk cari borang dan cari jalan nak mohon biasiswa kerajaan. Pada satu hari kawan lihat dia mengaruk-garuk marah dan kawan tanya apa bising-bising ni…dia jawab “hampeh betul punya kerajaan BN anak aku yang pandai tu pun tak dapat biasiswa…” Dalam hati kawan berkata, hari-hari cemuh kerajaan, tang biasiswa nak sesah pula.” Ni..contoh orang yang hipokrit….

    Hmmm…rasa cukuplah cerita kisah orang hipokrit…nanti ada pula orang tak senang fasal keluar tajuk pula…

  3. Kuntakinte

    Salam, abangtuah, apa khabar, keluarga semua didoakan sihat, bukan apa tah apa pasal rindu pulak nak tanya khabar abangtuah dan keluarga. kita jaga lah baik2 anak2 kita, diaorang jelah aset yang kita ada.

    Sedih teman tengok perangai MB Perak ni, dicekik, diketuk, ditampar, disepak dik NgaNge je dia tu, Isu kontra rm500ribu baru2 ni teman selidik juga, tahu lah kita ni kalau perkara yang boleh menimbulkan fitnah kita selidik juga takut tersilap statement yang kita sebar dalam webblog ni salah maklumat dosa kita tanggung, biat bermaklumat sikit, akhirnya teman dapat lah maklumat nya di Pejabat S/usaha Kerajaan Negeri. kalau pegawai tu tipu, tipu lah teman, syarikat yang mendapat projek pemberian terus tu didaftar atas nama syarikat cina beralamat di Pantai Remis, pantai remis tu kawasan Nge koh ham, exco kanan Perak, Pengerusi DAP Perak, hai…hai… sedih nya teman, sudah nya ngange semua orang melayu Perak, cina juga yang privilage.

    kuntakinte sedih keputusan meluluskan sebanyak 60 ribu geran kekal untuk orang cina di Kampung Baru (new settlement village) kekal tau sampai 5 ke 6 generasi boleh di wasiatkan, abangtuah nak tahu ke berapa, teman catitkan jumlahnya kut2 boleh juga puak2 cina di perak beli nombor ekor, 999 tahun, jangan dail telefon udah le nanti kena tangkap maklumat palsu, mana keadilannya abangtuah, apa yang istimewa sangat kaum cina ni, bukan kita pertikaikan, dari segi keistimewaan ni bukan ke semua kaum kita beri keistimewaan TETAPI tidak lah sampai 999 tahun, bagaimana dengan pesara2 Polis dan tentera serta keluarga mereka yang berkorban mempertahankan negara dari musuh seperti anasir komunis yang diberi kerajaan BN geran paling maksima pun 99 tahun , tidak kah kalau MB Perak nak beri privilage sepatutnya mereka ini yang lebih layak berbanding keturunan cina di kampung baru, bagaiman pula dengan 47% penduduk Melayu di Perak yang duduk di Kg tradisional, di kawasan perumahan, di Kg tersusun, di mana2 saja, tidak kah mereka pun patut diberi privilage, dimana keadilan seperti di gendang2 kan, bagaimana pula kaum India tidak kah mereka juga layak menerima privilage seperti bangsa2 lain.

    Sebenarnya MB Perak terpaksa akur dengan kehendak NgaNge si kafir harbi dua ekor ni, hasrat MB Perak agar sokongan orang cina tak akan berubah di PRU13, manakala DAP akan terus mempertahan kan dia sebagai MB Perak, dia tergamak gadaikan gama, bangsa, maruah, tanahair semata2 untuk mempertahankan jawatannya, ini terbukti didalam persidangan Dewan baru2 ini, nyata di bentangkan dalam dewan dengan mengatakan kaum cina berhak diberi keistimewaan berbanding melayu yang dah banyak dapat keistimewaan, sedih benar kuntakinte melihat secara live didalam http://www.ipglobal.tv tempohari. cukup banyak pembohongan yang dilakukan dalam membuat pengulungan dan perbahasan oleh MB Perak, ini lah dia MB Perak mengunakan theory macheavelli matlamat menghalalkan cara, yang akhirnya merosak sistem pentadbiran sekaligus maruah dan tanahair tergadai.ketuanan melayu di terajang tercampak ke lurah.

    Disoakan Rakyat Perak sedar akan insiden ini.

    Wassalam

    p/s ter NgaNge kuntakinte lihat pembohongan MB Perak.

  4. AbangTuah

    Salam brokuntakinte, Mamak Haji dan pejuang-pejuamg semua. Terima kaseh brokuntakinte, keluarga kawan sihat..dan kawan harap begitu juga pada keluarga bro dan pejuang yang lainnya. Memang kawan risau juga bro menghilang dua tiga hari..sebab tanpa bro dan Mamak Haji, kurang kehangatan weblog ni…

    Entahlah bro apalah nak jadi dengan melayu kita ni…kebelakangan ni macam-macam kisah di arena politik negara. Yang kawan paling tak tahan sekali ialah ada pula puak yang dah terasa intelek sangat sehingga berani pula nak membicarakan hak-hak orang melayu. Selain dari itu, satu lagi yang kawan berasa amat tercabar tengok perangai puak-puak pembangkang di Parlimen tu…seolah-olah nak menunjuk-nunjuk sangat pada kita merekalah paling hero…ish..ish..ish..sabar je lah. Dan yang paling menyayat hati bagaimana tanah puluhan ribu ekar tu di berikan geran kekal sehingga 999 tahun…sedih….bak kata bro ramai yang lebih berhak dan layak…sepatutnya di berikan pertimbangan.

    Kawan heran kenapa masih ada sebilangan bangsa melayu yang masih tak sedar lagi bahawa kerana kelemahan dan perpecahan bangsa melayu sendirilah menyebabkan perkara seumpama ini kian menjadi-jadi. Tapi…kawan rasa mereka ni faham sangat apa yang terjadi…tapi dah dasar prinsip ‘HANCURKAN DAHULU DAN BINA KEMBALI’ dan prinsip ‘PECAH DAN PERINTAH’ yang dipegang oleh mereka, maka mereka sanggup mempertaruhkan dan memperjudikan bangsa, negara dan agama demi mengejar cita-cita busuk mereka.

    Mereka sebenarnya hendak menghancurkan apa yang telah dibina oleh kerajaan, sebab tu mereka menjadikan sikap negative sebagai senjata utama dalam mencapai cita-cita mereka. Segala yang disarankan, yang digubal, yang menjadi peraturan akan di bantah walau pun ianya baik. Anak-anak di asuh membenci pemimpin negara, diasuh mengingkari saranan baik kerajaan dan lain-lain lagi. Tapi mereka juga lupa bahawa generasi pemberontak yang mereka telah hasilkan ini kelak akan terpaksa mereka bentuk semula…dan ini bukan satu perkara yang mudah….silap-silap anak-anak mereka inilah akhirnya menjadi pengasas Taliban Malaysia.

    Kawan akan catit dalam diari kawan untuk pengetahuan anak cucu dikemudian hari, biar anak cucu tahu siapa yang menjadi pemusnah bangsa, siapa menjadi pemusnah agama, siapa yang menjadi pemusnah negara, siapa yang mengadai tanah Malaysia dan siapa menjadi pemusnah hutan belantara…Biar mereka ni disumpah selama tujuh keturunan anak-anak cucu kami kerana menjadi punca kehancuran ini.

    Apai Ngelai…maaflah kawan dah fikir masak-masak, kawan tak boleh terlalu passive atau slow dalam mempertahankan Weblog ni. Pada kawan dengan mempertahankan weblog ni secara tak langsung kami dapat mempertahankan imej UMNO dan Kerajaan dari terus menerus dihentam sebagaimana yang terjadi di weblog2 yang lain. Sekiranya terus-menerus di hentam tanpa dipertahankan maka akhirnya pada tanggapan rakyat Malaysia benarlah UMNO dan BN tidak lagi releven dan popular.

    Pada kawan dengan situasi sekarang, begini sahajalah caranya untuk menjadi contoh bagi meniupkan dan menghidupkan kembali semangat perjuangan kepada mereka yang diluar sana. Lagi pun Apai cuba lihat di Parlimen MP BN pun telah mula menunjukan sikap aggressiveness mereka apabila diasak secara keras dan bertalu-talu. Kawan rasa dah tiba masanya untuk UMNO lebih aggresif dan aktif dari berdiam tanpa melawan atau menjawab, kerana sikap berdiam, berhemah dan beretika ni dah ketinggalan zaman.

    Pada kami masyarakat sekarang lebih teruja pada sikap aktif dan aggressive dari sikap sabar dan berhemah. Kalau tak percaya cuba lihat blog RKP, Sang Kelumbek, Hazakah, Anuhar dan lain-lain, artikel yang mereka tulis tu kadang-kadang merepek-repek aje tapi mereka menjadi idola golongan muda kerana sifat keberanian, aggresif dan keheroan mereka. Maklum remaja sekarang ironiknya lebih terasuh dengan watak2 hero kerana kehidupan mereka seharian di hidangkan dengan watak dan kehebatan…Superman Spiderman, Ironman dan lain-lain. Jadi siapa yang extra ordinary pada mereka adalah insan idola mereka…contoh Anuhar dan RKP.

    Untuk pengetahuan Apai kami bukanlah terlalu finatik dalam kepartian tetapi kami faham dan yakin pada apa yang kami perjuangkan adalah benar dan betul. Fikiran kami ni terlalu positif untuk di pengaruhi atau menerima sesuatu dakyah negative pembangkang yang semuanya bertentangan dengan prinsip kami.

    Akhirkata, kawan harap pada semua penyokong UMNO di luar tu masuk-masuklah berjuang, tunjukkan pada mereka bahawa masih ramai lagi yang menyayangi UMNO dan kerajaan….pilih sahaja mana-mana blog yang anda suka dan GEMPUR MEREKA habis-habisan demi mempertahankan BANGSA AGAMA DAN NEGARA.

    Wasalam…

  5. Salam,

    Kuntakinte mamak sedih juga dengan ratapan anak cucu Long Jaafar ini.Kadangkala bosan dengan orang Melayu ini yang belum lagi betul-betul sedar dan berpandangan jauh.Perbuatan marahkan pijat dibakar kelambu!.Sekiranya tak sabar dan nak cepat semuanya inilah hasilnya.Ramai yang tidak berfikiran jauh.Contoh yang nyata ‘skim cepat kaya’,jual tanah nak jadi kaya,dalam perniagaan pun sama; nak terlalu cepat nak berjaya tak sabar-sabar.nak ubah pemimpin pun sama nak cepat… jadi apa kita ini?.

    Kita perlu bersabar dan perubahan yang dikehendaki mengambil masa ‘Seperti orang Rome wujudkan empayar Rome yang gagah telah mengambil masa 100 tahun’.UMNO ini akan berubah percayalah tapi bukan cara ugut pemimpin yang sedia ada.Kita dulu minta kemerdekaan dari British pun dengan cara bersabar dan beretika.Sekiranya kita berperang untuk kemerdekaan;nescaya sampai sekarang ini pun kita berperang sama-sendiri untuk menukar pemimpin.Mentaliti cara pemikiran terutamanya dari Parti Keadilan dengan cara Reformasi cuma sesuai untuk orang-orang jenis aggresif.Reformasi sebenarnya adalah cara mengambil alih secara revolusi!.Cuma ketua mereka ini pandai main kata-kata.Seperti Bahasa baku dulu!.Kerana dia ini cuma ada ijazah dalam Bahasa Melayu!.Janganlah terpedaya dengan orang seperti ini.Mereka ini kelak hancurkan negara ini sekranya memerintah.

    Orang Melayu perlu faham.Janganlah jadi pengemis di negara sendiri.Kelak tidak apa yang tinggal untuk cucu-cicit.Seperti Lombong Bijeh Timah yang jumpanya Melayu yang kaya siapa?.Berapa Melayu Perak jadi tauke Lombong?.Kenapalah tak ambil pengajaran dari sejarah?.Yang datang sebagai kuli ini yang jadi Boss..yang Boss sebenarnya jadi kuli!.Tak sedih ke?.Biarlah orang Melayu pakai kapal terbang persendirian jangan berhasad dengki dengan dia;tapi megah Seorang Melayu dari pakai sampan dah jadi taukeh kapal-kapal terbang.Janganlah kerana PHD dan buruk sangka pada dia tuduh bermacam-macam tohmahan.Kenapa perlu kita benci pada yang kaya dalam kalangan kita sekurang-kurangnya dia keluarkan jugalah zakat untuk kebajikan orang Islam.

    Tak tahu apa yang perlu kata pada orang Perak terutamanya orang Melayu.Langsung tidak pandai ambil peluang untuk majukan diri.Kalau ada pokok durian pun bagi pajak kat kaum lain untuk dapatkan duit cepat!.Tak mahu tunggu buah gugur; kononya lambat.Kalau tak suka kat ketua lari buat parti baru.Yang satu jadi dua, yang dua jadi tiga, dari tiga jadi empat…dan berterusan.Yang kaum lain cuba sedaya upaya memperkukuhkan etnik mereka. kita tak habis-habis buat parti baru dan ajenda baru!.macam-macam kongress…!semua haprak!!!.Lama-lama tinggal sehelai pinggang masuk hutan pakai cawat!.Orang Asli pun dah pandai bersatu…malu…malu!.Cuma dua kerusi..tak ada ke dua ahli dewan undangan negeri yang sayangkan Bangsa dan Ugama??????.Masing-masing dengan hujah yang kuat dialah pembela keadilan Bangsa Melayu dan satu lagi dialah Pembela Ugama!!!!.Betulkah apa yang mereka kata itu?.Tanyalah diri sendiri wahai wakil rakyat PKR dan PAS?.Kalau tak boleh fikir… sembahyang Istikarah minta pertolongan Allah.Buang ego dan Indualistik.Berkorbanlah demi bangsa Melayu dan demi Agama Islam.Bersatulah sementara dengan UMNO wahai wakil rakyat pakatan demi untuk Bangsa dan Agama!.

    p/s:kuntakinte selalulah solat hajat,supaya Allah, buka hati wakil rakyat dari Pas dan keadilan. kelak mereka akan berkabung dengan UMNO untuk memerintah kembali tanah tumpah darah kamu.Cuma itu sajalah harapan daripada terus sedih kenangkan negeri kamu.Nescaya Allah akan mengkabulkan doa kamu.Amin.Wassalam.

  6. Kuntakinte

    Salam, terimakasih diatas pandangan abangtuah dan mamak, kejadian ini kuntakinte anggap bukan satu pelemah semangat untuk kita terus berjuang untuk kembalikan semula Perak kepada BN, kuntakinte harap tinggi agar semua peringkat di Perak ini muhasabah diri masing2 dan perbetulkan mana yang tak betul.

    Cuma kuntakinte fikir punya fikir, akhir kuntakinte dapat rumusan bahawa antara DAP/PKR (ada yang cina/india) dan PAS/PKR (sebab ada melayu) DAP LAH SEBENAR2 PEJUANG DAN HERO UNTUK BANGSA CINA macam kita kata selama ini UMNO adalah Parti yang memperjuang nasib bangsa Melayu, kaum cina boleh laungkan HIDUP!!!! DAP, HIDUP!!!! CINA, sebagai sebuah Parti politik mewakili kaum mereka memang DAP telah menjalan kan tanggungjawab dia sebagai sebuah parti kaum cina yang menuntut hak2 kaum cina, TETAPI APA PULA PERJUANGAN PARTI PAS YANG DIKATAKAN ISLAM, DIMANA DUDUK NYA BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM DI PERAK INI, dimana?, dimana? di bawah punggung cina, dibawah tapak kaki Nge koh ham, itu yang diperjuangkan oleh PAS selama ini?

    Sedar lah bangsa ku, bangun!!! dari mimpi, bangun!!! dari lena!!!!, bangun kamu dari tidur!!!!, sedar lah kamu!!!!, satu kan saf2 melayu untuk bangkit semula berlapik kan semangat dan keringat yang diwarisi oleh kamu dari datuk dan nenek kamu pejuang melayu sejati yang telah memperjuangkan dan mewarisi Perak ini untuk kamu duduki bersama dengan segumpal maruah yang di amanahkan kepada kamu, Ingat!!!! bangsaku, sekali kamu di pijak tak akan kamu diberi peluang untuk bangun,kerana mereka musuh bangsa mu juga mempunyai amanah dan perjuangan yang perlu mereka selesaikan yang telah diwarisi oleh tok nenek mereka dari tong san dan dari thamil naidu.

    Amanah ini harus kita tunaikan untuk anak cucu kita dimasa depan, pasti kan mereka ditempat yang selamat, maruah mereka ditempat yang tinggi, tak sanggup kuntakinte merenung muka anak2 kuntakinte kerana rosaknya negeri Perak ini ditangan kuntakinte. maruah mereka akhirnya kuntakinte telah gadaikan di pajak gadai.

    p/s HIDUP UMNO!!! HIDUP MELAYU!!!! aiya kongsi2 cakap ma… HIDUP DAP!!!! HIDUP CINA!!!! baru sidap ma….

  7. mia

    ape yg nak dipertahan ketuanan melayu???
    jika islam semakin ketandusan???
    pelihara ketuanan islam…insyaalllah melayu selamat!!!!!!!!!!!
    hidup bahasa melayu….
    bahasa kita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s