50 saja demo anti-minyak

Kira-kira 50 orang menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak yang diadakan di Masjid Negara di ibu negara selepas solat Jumaat tengah hari ini.

Selain ucapan beberapa pemimpin pembangkang, Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm)  juga mengumpulkan tandatangan untuk diserahkan kepada menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad.

Dalam ucapannya, ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin berkata, beliau tidak boleh menerima pengumuman perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh memberikan subsidi tambahan.

“Dakwaan bahawa ia (kenaikan harga minyak) kerana globalisasi tidak boleh diterima kerana harga minyak di Venezuela cuma US$16 dolar setong.

“Globalisasi boleh diterima jika negara kita pengimport minyak,” katanya, yang mengetuai gabungan baru itu.

Beliau berkata Geramm yakin akan mendapat sejuta tanda tangan sebagai tanda membantah kenaikan harga minyak awal bulan ini.

Katanya, sejak dilancarkan, kira-kira 10,000 tandatangan telah terkumpul dan berharap sasaran sejuta akan tercapai seberapa cepat yang boleh.

Manakala esok, tambahnya, Pemuda Pakatan Rakyat akan mengedarkan risalah di beberapa tempat di ibu negara mengenai kesan kenaikan harga minyak dan kesannya kepada rakyat.

“Antara kawasan yang dikenal pasti ialah KLLC, Ampang Park, dan  Bukit Bintang dan mereka berjalan sebelum berakhir di kompleks membeli-belah Sogo,” katanya.

Turut hadir, ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Mereka menggesa orang ramai hadir di lapangan dengan pusat membeli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 6 Julai.

sumber malaysiakini

nota: Tahniah kepada rakyat Malaysia yang sudah jelak dan jemu dengan aktiviti tidak berfaedah seperti demonstrasi jalanan yang sering dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Dakyah politik mereka sudah tidak relevan dan rakyat kini sudah bijak dan pandai dari ditipu oleh NGO yang berkait dengan Pakatan Rakyat.Syabas!!!

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “50 saja demo anti-minyak

  1. Salam,
    Mamak yang tua ini dah berkali-kali dah kata..demo yang dilakukan untuk kenaikan minyak yang diperomisikan oleh PKR ini bukan bertujuan untuk menyedarkan rakyat tetapi ajendanya ialah “Brain Wash’rakyat supaya terima ideologinya yang ingin merampas kuasa melalui revolusi atau di ubahsuai reformasi.Cara pemikiran radikal ketuanya telah yang sejak dari dulu lagi diagung-agungkan pemimpin Jose Rizal dari Negara jiran.Bacalah ucapan beliau di Negara jiran baru-baru ini…rakyat Malaysia khasnya orang Melayu akan lebih memahami dirinya dan ideologinya.Negara ini akan bertukar dari aman sentosa jadi huru-hara..harmoni dan keadaan aman ini akan runtuh dan Negara akan binasa bersama rakyat kalau masih lagi turutkan ideologinya!.Wahai orang-orang muda berfikirlah demi negara.Berhentilah tindakan demo ini yang bermotif mengahancurkan ketenteraman dan aman Negara ini.Wassalam.

  2. Episod 2 kes liwat:
    Saiful kena tahan polis?.Boss dia mungkin kena tangkap?.Kecoh lagi!.Selamatkan lah rakyat Negara ini ya.Allah!!!.

  3. Kuntakinte

    Salam. kita semua kena muhasabah diri dan bersabar lah menunggu penyiasatan Polis keatas kes tersebut, samada bos diaorang bersalah atau tidak ditentukan oleh mahkamah untuk jatuh kan hukuman yang di dakwa oleh pembantu khas bos diaorang.

    p/s kata orang cina 2008 Fung shui Malaysia kurang elok, lepas satu, satu cabaran yang dihadapi. Ya.. Allah kau selamat kan lah negara kami.

  4. AbangTuah

    Salam…kawan bersama dengan Brokuntakinte dan Mamak Haji. Kawan juga berpendapat biarlah perkara ini disiasat oleh pihak polis dan diadili oleh mahkamah dengan seadil-adilnya.Kita bukanlah jenis yang buruksangka dan menuduh secara melulu.

    Walaubagaimanapun, sebagai insan yang punyai perasaan kita juga amat bersimpati dengan kesedihan dan keresahan yang ditanggung oleh isteri dan anak DSAI. Diharap Datin dan Nurul dapat bersabar dan tabah menempuh dugaan yang amat berat ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s