Ada Exco Selangor arah buka semula tender

dari agendadaily

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mempersoalkan akauntabiliti serta ketelusan yang kerap diuar-uarkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim apabila kotak tender kerja-kerja di Majlis Perbandaran Klang (MPK) terpaksa dibuka semula selepas seorang Exco membuat panggilan mengarahkan demikian.

Ketua Pembangkang di Selangor itu percaya, tentu ada sebab mengapa Exco terbabit mengarahkan tender bagi kerja-kerja pembersihan yang dikeluarkan MPK pada Mei lalu diarah buka.

“Saya difahamkan pembukaan semula tender di MPK itu selepas salah seorang Exco membuat panggilan telefon. Selepas itu MPK buka balik selepas arahan Exco itu. Kalau nak buka tender selepas ditutup mesti ada peraturan tertentu. Sekarang ini kes itu disiasat Badan Pencegah Rasuah,” katanya.

Menurut Dr Khir, tender itu diarah buka semula secara segera mungkin untuk beri peluang orang-orang tertentu sertai tender tersebut dan ini tidak sepatutntya berlaku.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, beberapa kontraktor berjumpanya dan memberitahu perkara itu yang kini sedang disiasat BPR.

Bercakap pada sidang media Rabu, Dr Khir juga mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan kebertanggungjawaban dan Keteluasan (SELCAT) Dewan Undangan Negeri Selangor memanggil Khalid memberi penjelasan mengapa kutipan sumbangan bagi sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu masuk akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, kepala surat MB digunakan untuk minta sumbangan termasuk daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

“Kutipan patut masuk akaun kerajaan negeri bukan PKR.SELCAT patut panggil MB jelas kenapa ini berlaku,” katanya yang menganggap perbuatan itu satu penyelewengan dan rakyat Selangor pula patut tahu jumlah kutipan dan perbelanjaannya.

Menurut Dr Khir beliau difahamkan, seorang rakyat Selangor sudah membuat aduan polis mengenai perkara ini di Subang Jaya, semalam.

“Beliau (Khalid) selalu cakap pasal akauntabiliti dan ketelusan tetapi kerajaan Pakatan Rakyat ni, cakap lain buat lain,” katanya.

Dr Khir turut meminta Khalid memberi penjelasan mengenai bantuan beras dan gula kepada keluarga miskin yang diberikan kerajaan Pakatan Rakyat.

“Dulu beliau janji semua urusan ikut tender. Saya dapat tahu setiap wakil rakyat dapat 500 bungkusan bantuan tetapi ke mana mereka salurkan dan syarikat mana yang dapat tender bekal bahan-bahan itu,” katanya

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Ada Exco Selangor arah buka semula tender

  1. AbangTuah

    PKR ini yang dikatakan MENGATA DULANG PAKU SERPIH MENGATA ORANG AWAK YANG LEBIH.

    Baru 100 hari dah nampak onarnya,jelas coraknya dan keluar kukunya.Hati-hati rakyat Selangor, pastikan jangan sampai tergadai negeri awak, maklum sedang kelaparan, dulu UMNO, kempunan.

    Anu..kempunan PM.

  2. Kuntakinte

    Salam, ish.. abangtuah, tu semua fitnah belaka, Bn marah sebab Bn dah tak perintah, sekarang diaorang perintah tuduh macam-macam.

    Abangtuah, selagi nama manusia ada peluang tak akan nak diam kut, macam kucing dapat ikan le, macam kera dapat bunga la, tak caya tanya mamak macam mana kera di kebun bunga penang tu, sekarang kera disana pun dah pandai cover perangai. diaorang dah macam penyamun Aziz satar dan s. shamsudin dalam nujum pak belalang, kau satu aku dua. kau 3 aku 4 bla..bla…, eh.. mana lagi nak samun ha..

  3. Salam,
    kuntakinte,abang tuah…hah..hah…hah..monyet kat kebun bunga penang…!.Kloni monyet ini semua sama..seperti kat Taman Tasek Taiping pun sama juga; pantang lepa…disambar si-monyet-monyet makanan ada kat tangan orang!.geli hati mamak dibuat kuntakinte…pasal cerita monyet….moderator pulak cerita pasai Ketam pulak!ketam Melayu?.ketam Mamak tak ada ke Moderator?ketam masak kari nasi kandar..harga ikut saiz!!!!kena harga sembelih!…ha..ha..ha..!!.Salam kawan-kawan!.

  4. Kuntakinte

    Salam, mamak punya ketam betul2 punya sedap, pasai makam siang-siang dah buat gulai tak mau ketam ajar tak betul kat anak dia, tapi ketam si puak mangkuk ayun nak jalan tak reti dia nak ajar mai orang jalan biar betul. kah…kah…

    Besok berebutlah puak2 tu nak jadi pengekspot babi terbesar di dunia, china dah order apa lagi lantik lah cepat puak2 mana hak nak jadi pengekspot.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s