Bila si belit bertemu dengan si belit

maka berbelitlah kisah ‘wang sumbangan’ Majlis 100 pakatan rakyat di selangor.

Yahya: Isu akaun PKR tidak benar

Bekas pegawai tugas-tugas khas menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri hari ini menjelaskan bahawa akaun kedua untuk memungut derma kepada PKR “tidak wujud”.

Beliau turut berkata, tidak ada surat-menyurat daripada pejabat menteri besar yang meminta syarikat korporat menyumbang wang untuk majlis perayaan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu.

yahya sahri and selangor people”Tidak ada akaun kedua yang dibuka untuk tujuan itu, tiada transaksi dan tidak ada pungutan wang,” katanya, yang meletakkan jawatan tersebut dan setiausaha perhubungan PKR negeri pada Isnin lalu.

“Kenyataan menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), Datuk Dr Hassan Ali dan (bekas pemimpin kanan PKR) Ezam (Mohd Nor) tidak benar,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas dakwaan pesuruhjaya PAS itu bahawa partinya tidak diberitahu mengenai pungutan wang daripada syarikat swasta untuk menjayakan majlis sambutan tersebut, 20 Jun lalu.

Kelmarin, Ezam mendakwa pejabat menteri besar Selangor telah membuat surat dan menghantarnya kepada banyak syarikat supaya memasukkan wang ke dalam akaun milik individu.

“Ada syarikat yang beritahu saya mengenai perkara tersebut dan saya akan tunjukkan surat itu,” kata Ezam ketika berceramah di Sungai Besi di ibu negara, Rabu lalu.

Yahya berkata, majlis sambutan 100 hari itu diuruskan oleh kerajaan negeri dan bukannya oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, urusan kewangan untuk program tersebut juga tanggungjawab kerajaan negeri.

“Memang pada peringkat awal, Pakatan Rakyat mahu menganjurkan program tersebut tetapi ia dibatalkan dan diberikan kepada kerajaan negeri.

“Apabila ia dianjurkan oleh kerajaan negeri, secara automatik pembabitan parti tidak perlu lagi,” kata Yahya lagi.

Beliau dilaporkan mengakui mengirim surat atas nama PKR dan menggunakan satu akaun tetapi tiada derma dimasukkan ke akaun tersebut.

Dr Hassan hari ini menjelaskan beliau hanya mempengerusikan jawatankuasa sambutan di peringkat kerajaan, sementara satu lagi ditubuhkan di peringkat parti.

Jawatankuasa peringkat parti turut melibatkan wakil-wakil PAS, PKR dan DAP, tambahnya.

padu convention 241004 hassan aliKatanya kepada Malaysiakini, beliau hanya mengetahui penggunaan dana di peringkat kerajaan dan tidak mengetahui kewujudan tabung kedua iaitu tabung politik untuk memungut derma.

Manakala Abdul Khalid awal minggu ini mengesahkan sejumlah kutipan “yang tidak perlu” telah dimasukkan ke akaun PKR, sepatutnya untuk kerajaan negeri.

Isnin lalu, beliau berkata demikian selepas mengumumkan penggantungan tugas Yahya sebagai pegawai kanan di pejabatnya selama dua bulan.

Yahya hari ini bagaimanapun berkata bekas ketuanya itu tidak merujuknya sebelum membuat kenyataan tersebut dan beliau tidak pernah diberikan peluang menjelaskannya, lapor sebuah akhbar.

Akhbar-akhbar semalam melaporkan Abdul Khalid berkata penggantungan Yahya akibat isu kutipan wang sempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga dilaporkan sedang menyiasat dakwaan pemindahan wang kerajaan itu ke akaun PKR.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Khalid “memberi jaminan bahawa segala siasatan yang dilakukan oleh pejabat menteri besar dan BPR yang melibatkan Yahya akan dibuat dengan telus dan adil.”

Selain menyatakan bahawa ketua-ketua bahagian PKR tetap menyokongnya seperti dalam mesyuarat perhubungan yang disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, Abdul Khalid juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yahya.

“Beliau akan terus diberi peranan dalam parti,” kenyataan pejabat menteri besar dipetik.

nota: sila rujuk kisah awal perjalanan kisah Pembelit Rakyat (PK@Pakatan Rakyat).

versi hassan ali

versi yahya mat sahri part 1
versi yahya mat sahri part 2 …versi setelah ‘dibasuh’ oleh DSAI and friends

inilah keadaan sekiranya tidur sebantal mimpi lain-lain di Selangor.

sumber malaysiakini

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Bila si belit bertemu dengan si belit

  1. tingting

    Macamlah umno tak ada main belit-belit. Bersih dan pembela konon. PKR ini sukusakat umno juga jadi perangai terbawa-bawalah. Umno pun pandai cakap nak bersih … maklumlah kenyang membuntal kebas duit rakyat berpuluh tahun. Harap2 dapatlah perbaiki dan pegang kerajaan kejap2 jangan terlepas ke tangan BN semula. Dalam BN memang banyak boleh belajar… macam mana nak larikan duit ke australia… nak kebas AP kereta… nak borong permit kereta… nak bolot saham… Apa lagi kalau dapat join tingkat 4…

  2. MelayuMan

    Seburuk buruk ameno, hina lagi najis bab* lagi kerajaan hipokrit Pakatan anwaR tuh. Nak bagi ayak percuma pun banyak songeh, dibagi pulak Bandar Baru Bab* di Sepang tuh.Lepaih tu apa pulak?

    Kalau ikut hati akulah, nak je aku tangkap semua pencacai2 Pakatan anwaR, terutama kaum Melupa (aka melayu liberal) dan sumbat sekali dengan bab*2 kat sepang tuh. Lepaih tu kasi brainwash pulak, biar terbukak minda kepala otak tu supaya lain kali pikiaq pakai kapala otak, bukan pakai kepala lutut! PASai nak mendaulatkan Ketuanan anwaR, tak PASai2 Dogs And Pigs dapat untung. Bijak sungguh pemikiran bangsaku.

    Barang Naik dan Pakatan anwaR, dua2 sama ja,
    2 x 5.

  3. Kuntakinte

    Salam, tingting dosa kau menuduh orang sama dosanya dengan sodom buntut orang. bertaubat le kalau tak ada bukti, teman percaya mike dengar2 je ceramah keramat puak2 diaorang tu, sebut tingkat 4 je teman dah tau mike tak tau apa yang mike cakapkan, kuntakinte dah pergi tingkat 4, kalau nak tau tingkat 4 tu Pejabat PM. biar sedar kan diri kalau bercakap dan membuat tuduhan.

  4. AbangTuah

    Salam bro kuntakinte…
    Alhamdulliah..ini yang kawan tunggu-tunggukan ada orang yang dah saksikan apa sebenarnya yang ada di tingkat empat. Kawan rasa pembaca weblog ni berasa amat bertuah kerana ada seorang yang banyak pengalaman seprti bro. Teruskan bro dengan dengan ulasan yang bernas dan pendedahan demi pendedahan agar pihak rakyat tahu apa sebenar-benarnya berlaku. Biar rakyat sedar bahawa mereka telah di manipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

  5. MatIndah

    Pegi mampus sama semua pemimpin Malaysia…aku harap lepas ni akan perang saudara kat Malaysia ni, mungkin dengan wujudnya perang ni akan menyatukan semula rakyat negara kita ni

  6. AbangTuah

    MatIndah…huh..indahnya berkata-kata…perang saudara…apa punya doala…

    Ni aku nak cerita, ada selindungnya ni, kena bijak fikir….Kau kena faham niat dan hasrat yang berniat dan berhasrat nak melaga-lagakan melayu. Mereka bijak mengatur supaya orang macam kau dan puak semartabatnya hilang kepercayaan pada kepimpinan melayu sendiri. Tujuannya supaya melayu dengan melayu perang saudara…nanti kau tahu siapa yang bekalkan senjata kepada UMNO, PAS dan PKR…apaaa..ha..bijak pun.

    Jadi kau kena faham bukan pemimpin melayu yang gagal…tapi puak melayu yang dah kena kemeyan dan kencing dengan puak amerIkaNA ni.

    Ya Allah..kenapalah melayu ni tak pandai-pandai…kalau perang saudara melayu bunuh melayu dan amerIkaNA pun tumpang bunuh melayu….maka habislah melayu.

  7. Kuntakinte

    Salam, abangtuah, ada juga melayu yang sanggup berbunuh2 dengan melayu sendiri, betullah cina di Perak kata melayu semua bodoh!!!!, betul kata India di Perak Melayu sudah mabuk!!!, bukti ni lah species macam sedara mat indah seekor ni.

    Sedara Mat Indah cuba bawa mengucap, berserapah sikit, muhasabah diri baru kita bercakap atau menulis, jangan main sedap je menulis, seronok berguling2, terlompat2, tersenak2 perut bangsa cina dan india kalau dia baca tulisan sedara.

    Depa tolong perapi lagi kalau kita hilang pertimbangan, tak payah lah tunggu US nak masuk campurtangan, cukup kalau cina dan india kita semua hancur dan berderai, species melayu bukan ramai di muka bumi ini, kalau bergaduh habis keturunan melayu.

    Selama2 ini yang kita hidup di malaysia ni atas usaha siapa, kalau ada krisis pun kita tangani bersama, kerajaan masih mempunyai kuasa dan usaha untuk menanganinya samada isu politik ke, isu ugama ke, isu politik ke dan sebagainya, hanya tugas rakyat kita bangun kan diri kita serta keluarga, jangan ambil pening sangat apa yang berlaku, kadang2 hanya sekadar lakunan saja untuk kita berminat menyaksikannya, bila sebut lakunan, adakalanya cerita cinta, adakalanya cerita fiksyen, ada kalanya cerita hantu, lawak dan sebagainya, jangan kita terlalai dan disebab itu sampai sanggup kita nak berperang saudara. pakai otak dan hati dengan positif. dunia belum kiamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s