Sekitar kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim

sumber malaysiakini

DSAI berlindung di Kedutaan Turki

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Naib Presiden Azmin Ali mendedahkan Anwar berbuat demikian demi keselamatan dirinya.

“Beliau telah dihantar ke sana sejak jam 6 pagi tadi. Tidak siapa pun yang boleh menziarahi beliau kecuali isteri dan anak-anaknya,” kata Azmin.

Katanya, tidak dapat dipastikan sampai bila Anwar akan berlindung di kedutaan tersebut.

Dalam sidang akhbar sebelumnya, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, usaha terbaru untuk membabitkan Anwar dalam tuduhan liwat ekoran laporan polis oleh bekas sukarelawan parti itu, menunjukkan usaha lebih serius oleh pihak-pihak tertentu untuk menutup mulutnya.

Katanya, Anwar telah menjadi sasaran bukan sahaja pembunuhan politik tetapi juga menerima ancaman terhadap nyawanya.

“Kami (dalam PKR), dan saya sendiri, telah menerima maklumat bahawa ini adalah satu percubaan bukan sahaja untuk membunuh karier politiknya, tetapi jika boleh, membunuh beliau,” kata Syed Husin dalam satu sidang akhbar di Hotel Quality di Shah Alam.

Katanya, pihak parti telah mengambil semua langkah perlu untuk memastikan keselamatan Anwar.

Menurut beliau, percubaan tersebut juga mungkin disebabkan oleh kemungkinan berlakunya pertukaran kerajaan seperti yang war-war Anwar sejak kebelakangan ini.

Semalam, pembantu khas Anwar – Saiful Bukhari Azlan, telah membuat laporan polis, mendakwa ketua umum PKR itu telah meliwatnya.

Anwar bagaimanapun menafikannya dan berkata ia adalah satu rekaan semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk “menyerangnya” sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Kenyataan Anwar

Sementara itu, dalam kenyataannya yang dikeluarkan petang tadi, Anwar berkata beliau telah dibawa ke Kedutaan Turki awal pagi tadi demi keselamatan dirinya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menawarkan bantuan kepadanya dalam masa yang memerlukan ini.

Katanya, beliau juga terhutang budi kepada Duta Turki yang bersedia menyediakan perlindungan untuk dirinya di kedutaan tersebut.

Anwar berkata, sejak pilihanraya umum 8 Mac lalu, pelbagai sumber-sumber yang layak dipercayai dari dalam kerajaan dan perisikan tentera telah memaklumkan kepadanya bawa ejen-ejen tertentu dari dalam kepimpinan Barisan Nasional telah memulakan plot untuk membawa mudarat kepada dirinya atau keluarganya atau penyokongnya,

Tindakan tersebut, katanya, bertujuan untuk mengekang rakyat dan menamatkan perubahan-perubahan yang sedang berlaku di Malaysia.

Katanya, walaupun wujud ancaman untuk menutup mulutnya, beliau berhasrat untuk mendedahkan bukti baru, yang menurutnya, membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam perbuatan jenayah mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998.

Oleh itu, katanya, dakwaan yang dibuat terhadapnya semalam, adalah tidak lebih daripada ulangan apa yang berlaku pada 1998 apabila beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, dipenjara dan dipukul, dan kemudiannya didakwa dan disabit oleh mahkamah kangaroo bagi jenayah yang tidak pernah dilakukannya.

Beliau mendakwa kepimpunan BN yang korup melakukan semua itu dengan memperalatkan kuasa yang ada termasuk menguasai badan kehakiman, pasukan polis dan media arus perdana.

Tindakan yang sama, tegas Anwar, diulangi sekali lagi hari ini untuk menekan kuasa-kuasa reform dan pembaharuan yang tercetus daripada pilihanraya 8 Mac lalu.

“Saya ingin memberi jaminan kepada keluarga saya, rakan-rakan dan para penyokong saya di Malaysia bahawa saya selamat dan kekal komited untuk meneruskan perjuangan bagi negara Malaysia yang bebas dan adil,” katanya.

Nyawa DSAI Dalam Bahaya

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk ‘menyembunyikan’ Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi “kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri”.

Menurutnya, keputusan untuk meletakkan Anwar di tempat selamat dibuat oleh parti dan bukannya keputusan Anwar sendiri.

Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan Anwar berlindung di sebuah kedutaan, beliau berkata menegaskan Anwar berada dalam negara.

Katanya, Anwar menafikan dakwaan liwat terhadapnya. Syed Husin menyifatkan dakwaan tersebut sebagai “satu percubaan yang paling jelik dan hina”.

Manakala Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata Anwar berada dalam negara dan nyawanya dalam bahaya.

“Kita akan bincang dengan peguam. Apa yang beliau hadapi adalah ancaman kematian. Perkara ini serius. Ini merupakan konspirasi politik yang kedua dalam negara kita.

Buka mata

“Sebelum ini, pada 1998. Apa mereka buat, badan kehakiman, polis. Kami keluar IPCMC, tiada apa yang berlaku. Kami dapati tiada sebab untuk percaya badan kehakiman. Jadi apa pilihan? Kami mesti membuat pilihan ini. Kami mesti melindunginya.

“Ramai rakyat Malaysia mencari pemimpinan Anwar dan kita mesti melindunginya. Bukan sebab dia suami saya dan bapa kepada anak-anak, tetapi dia pemimpin kita semua,” katanya.

Beliau yang juga isteri Anwar berkata, ketua umum PKR itu tidak percaya kepada pihak polis dan badan kehakiman.

“Kali pertama ia membuka mata bahawa kehakiman kita tidak boleh dipercayai dan polis. Bukan semua, saya tidak kata semua sebab sekarang sudah ada hakim macam Ian Chin. Pada masa dahulunya menunjukkan kita tidak boleh percayai sistem kehakiman,” tambahnya.

Wan Azizah turut mendedahkan gambar pembantu Anwar, Saiful Bahari dengan pegawai khas Datuk Seri Najib TUn Razak – Khairul Anas Yusof – yang berlatarbelakangkan pejabat timbalan perdana menteri (TPM).

Gambar tersebut diambil dari blog Malaysia Today.

Ditanya sama ada TPM terlibat dalam konspirasi itu, Wan Azizah hanya berkata: “Gambarnya berlatarbelakangkan pejabat TPM.”

nota: persoalan timbul di fikiran penulis, sekiranya tuduhan yang dibuat adalah satu tuduhan yang tidak berasas, mengapakah DSAI perlu mendapatkan perlindungan di kedutaan asing?? Tidak selamatkah beliau sekiranya memohon perlindungan dari PDRM terutama dari UTK. Pada hemat penulis, tidak ada untungnya bagi Saiful Bukhari ingin mengaibkan DSAI.Pada peringkat umur yang sangat muda, penulis percaya apa yang dilakukan oleh saiful ada kebenarannya walaupun siasatan masih dijalankan. Pokoknya sekrg, sekiranya tuduhan ini adalah betul, bertepuk sebelah tangan tiada bunyinya, masakan angin pokok akan bergoyang. Adakah keinginan melakukan sesuatu diluar tabii ini atas dasar suka sama suka?

88 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

88 responses to “Sekitar kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim

  1. mok

    Siapa bercakap benar ?
    ( A ) Anwar
    ( B ) Bukhari
    Jawapan : ______

    Eh..eh.. dua-dua orang PKR kan ?
    Kenapa tak selesaikan dalam rumah aje yer ?

    Mari-mari-mari.. kita tengok siapa yang kena….

  2. AbangTuah

    Tok gurau berkata…,iss…isss…issss…fitnah tu…kita sebagai orang islam janganlah menuduh tanpa bukti…kes liwat ni kena ada saksi tu…iss..iss..iss..bukan macam kes tuduhan pada kerajaan tak payah bukti…fasal dia kerajaan….iss…isss…issss..Tuhan tu melihat.

  3. Battleship

    Calon-calon pelakon komedi & pengarah terbaik 2008 ialah:
    1) Khalil Ibrahim
    2) Mohd Nizar
    3) Annuar Ibrahim

    Pemenangnya…..

  4. mael

    UMNO dah tak ada idea ke? menda yang sama jer.
    buatlaa cerita baru..boring laaa…
    pegi mampus

  5. Kuntakinte

    Salam, sdr. mael sebab bos kau tu yang teror berlakun adegan itu je, saiapa tak tahu di memang hero dalam filem the lost of sodomi and amurah yang lain dia tak tahu berlakun.

    Sabar lah sikit, kita biarkan polis buat siasatan, Polis siasat sebab ada report yang dibuat, kalau sedara letakkan adik sedara tu di tempat simamat yang kena tu apa macam, apa sedara nak buat. kita biar dulu polis menyiasat baru adil di pihak yang derita kena @#%$& dan pihak yang sedap %$&(*@#$, salah atau tidak mahkamah akan tentukan.
    relax!!!!! brother mael, komen sedara ni memang dan di telah (bahasa perak).

  6. brapa juta yg saiful bukhari dapat
    klu cm tu dapat buat operation tukar jantina n buat lubang baru

  7. Kuntakinte

    Salam, mamak!!!, abangtuah tolong kasi sikit julap ini species dari sodomi ni, mr omar ni, teman ada hal sikit. wassalam.

  8. Yeop KK

    helo bro mael dan omar
    kome dua ekor ni memang tak pandai cari pemimpin yg bagus asyik nak cari yg kuat menyondol depan belakang. Kome pun dah rasa nikmatnya ka? Sabar le dulu, biar pihak polis menjalankan penyiasatan terlebih dahulu. Kome yg terasa bebenor ni kenapa, ada apa-apa ke?

  9. AbangTuah

    Issh..issh..issh..Omar..apa nak jadi dengan hang ni…Yang hang pi tuduh Adek Saiful tu diupah fasal apa…baru semalam Tok Gurau hang kata tiap tuduhan tu mestilah ada bukti dan saksi…Ehh..ehh..ehh hang pun nak jadi hanturaya ka…engkar perintah Tok Gurau hang. Aku nak habak kat hang ni…hang pi ambik bendera parti PJR dan PIS hang tu…hang tenung tepat-tepat…apa yang hang nampak…itulah petunjuknya yang nyata..keh..keh..keh..aku gelak bukan fasal apa..bilalah tiba giliran hang pula…

  10. mok

    Hoi Omar,
    Awak boleh bersabar sikit tak ? Jangan gelojoh! Polis belum siasat, mahkamah belum bersidang, alih-alih… awak pulak jadi tok nujum boleh kata dapat duit juta-juta. Jangan la anti-klimaks, potong stim betul. Orang tengah tunggu siapa yang kena ni. Yang syok tu.. dua-dua pelakonnya, orang PKR.

  11. lus

    rasakan kan anuar ib. tak payah lah kau nak tunjuk alim dengan imej familiy kau yang islamik.. dari dulu lagi orang dah tau sifat luar tabii kau… sape yang pernah berjiran dgn kau tau sape kau dan family kau……

  12. Salam,

    Mula-mula Maggi Mee,
    Lepas itu Indo-Mee,
    Terkejut Dengan Tsunami,
    Lagi Dahsyat Sodomi.

    Apa nak jadi dengan Brother Anwar Bin Ibrahim (Nama Singkatan ?).Apa nak jadi kat umat Islam Malaysia khasnya orang Melayu?.Dalam perkara ini kita bukan nak tuduh sesiapa!.tapi salah seorang ahli PKR ini Salah!.Saiful atau Anwar!.Siapa yang salah biar Makamah tentukan.Tapi itu cuma undang-undang dunia tapi akhirat tak tahulah nak kata!.Yang sedih sekali Parti Pas yang berkawan rapat dengan PKR tak nasihatkah teman-teman dalam PKR!.Islamkan dulu PKR dan DAP lepas itu kita di UMNO akan turut.

    Yang pelik Saiful itu baru umur 23 tahun yang si anuar itu lantik jadi Pembantu Khas untuk bantu apa pulak budak hinggus ini boleh buat..nak kata nak jadi body-guard rupanya terlalu hansem!.Nak kata berpengalaman apa yang dia pandai?.Banyak persoalan yang perlu jawab dalam insiden yang memalukan ini!.

    1.Kenapa Saiful ini rela dirinya dipergunakan?

    2.Kenapa boss dia buat begitu?.Walau pun serik dulu?.Adakah dia jenis tak boleh kawal diri dan nafsu atau maniac?

    3.Kenapa perkara ini terlalu cepat tersebar pada umum?.Adakah ia sengaja direka untuk disebarkan pada umum?.

    4.Adakah ini percubaan rampasan kuasa dengan mempergunakan kuasa luar?.Anuar alri masuk dalam kedutaan asing dan propaganda pada dunia luar?.
    5.Mungkin malu hilang keyakinan rakyat kerana 9 sept yang diheboh-hebohkan itu tidak akan berlaku dan usaha terakhir anuar untuk menukar haluan pemiliran rakyat yang telah bermatian menyokongnya?.

    6.Adakah Saiful ini sengaja di rekrutkan sebagai pasukan hara-kiri anuar untuk menyelamatkan bossnya yang telah bohong pada seluruh rakyat Malaysia yang kononnya akan berlaku lompat parti beramai-ramai yang telah gagal dan mengubah haluan pemikiran rakyat dan meletakan kegagalan ini pada bahu pihak pemerintah.

    7.Di dalam parti PKR mungkin ada pasukan berani mati ala moden yang sanggup berkorban apa saja untuk menyelamatkan Bossnya.Mereka ini percaya sekiranya mereka masuk penjara pun jika bossnya jadi PM nanti akan keluarkan mereka. Mungkin RPK pun sebahagian dari konspirasi politik anuar ini telah di brain-wash.

    8.Ini adalah kes profil tinggi.Kenapa rahsia lapuran polis diketahui umum begitu cepat sebelum polis sendiri belum mengesahkan.Siapa yang pecahkan rahsia..bukan kah sms PKR yang menghebuhkan hal ini sebelum polis bertindak.Bagaimana gambar Saiful yang berada di Putra Jaya di pejabat TPM begitu cepat mereka perolehi!.Dari mana mereka perolehi?.Atau pun mereka merekrutkan Saiful ini semata-mata telah dirancang awal.

    6.Atau kes ini seperti kes KGB yang menggunakan perempuan yang cantik untuk memerangkap kebanyakan Ahli politik di tahun 70-an?.

    Walau apa pun tiorinya cuma Anuar ini seorang”He’s a square peg in a round hole”paling tak sesuai untuk Memerintah Negara kita!.
    Fikir-fikirkanlah.Ramai lagi yang terbaik di Negara ini.Buat apa pening dengan dia ini?.Rumusanya kedua-dua ini yang kena dan buat ,kalau ikutkan undang-undang PAS patut disula !.Wasslam.

  13. PUTARALAM

    AGAK AGAK ANUAR BERANI TAK BERSUMPAH
    JUNJUNG QURAN DALAM MASJID KATA DIA TAK PERNAH MAIN BELAKANG.

    POLIS TAK BOLEH PERCAYA
    MAHKAMAH TAK BOLEH PERCAYA

    ALLAH SWT BOLEH PERCAYA TAK ?

    CUBALAH BERSUMPAH JUNJUNG QURAN DALAM MASJID.

    TAK MAHU KAN…….????
    ELAK DENGAN SERIBU ALASAN
    EH…KENAPA ????

  14. Republic Of Sarawak

    Bodoh punya umno.. BN sama jer.. bodoh.. kalau tak kerana kami .. korang tak dapat perintah.. ni skarang mcm2 benda korang nak buat kat Dsai.. Bodoh.. Skrip sama bukak balik ke.. takder modal ka.. UMNO KARAT.. MACAM TAHI ..

  15. Kuntakinte

    Salam, sdr Putraalam, yang dibuat pun hukum nya sama berdosa tambah lagi berdosa dengan Allah S.W.T + berdosa dengan manusia, ini kan pulak nak berlakun junjung Al Quran mukarim small metter buat dia.

    teman kesian tengok Wan Azizah dan keluarga, sedih tak habis2 di timpa bencana keluarga tu, tapi ya juga mana ada suami nak cerita dia buat jahat kat luar, teman cabar mana2 suami yang buat hal tak betul kat luar rumah balik bercerita dengan anak bini, teman mampus tak berani cerita, tobat teman tak cerita, nak mampus!!!! bukan teman takut bini da…tapi teman takut bini takut tengok teman.

  16. Anti Putaralam

    Saya rasa teramat simpati dengan Kak Wan dan
    keluarga.

    Keluarga tidak mungkin percaya apabila salah seorang ahli keluarganya melakukan kesalahan
    walaupun benar sekali pun.

    Cara yg paling afdal untuk mengetahui kebenaran
    adalah kembali kepada ALLAH SWT.

    BERSUMPAH DENGAN MENJUNJUNG QURAN
    DALAM MASJID

  17. SIMPATI

    Betul syor PUTARALAM dan ANTI PUTARALAM.

    Untuk membuktikan kepada keluarga dan rakyat
    berugama Islam Pak Anuar wajib bersumpah junjung Quran dalam masjid.

    Jangan lengah dan beri apa apa alasan

  18. Salam orang PKR, PAS, DAP hang tau tak kes dlm anwar ni kata pepatah “kalau tadak angin masakan pokok bergoyang beb” Hang pikir la sendiri brother!

  19. Yeop KK

    Salam, Republic Of Sarawak
    Hai…..awal-awal lagi dah ada cita-cita nak jadikan Sarawak sabuah republic. Ini mesti idea sang sondol ketua kome. Teman percaya orang-orang Sarawak tak bodoh macam mike{kamu}. Deme pun tak sukakan sang sondol cuma mika dan beberapa kerat yg bodoh tak bolih diajar saja yg mengkagumi sang sondol. Mike tau tujuan ketua mika, kalau bolih semua kaum keluarga dia dulu yg dapat faedah, lepas tu yg sisa-sisa baru le kome dapat. Apa yg teman cakap ada kebenarannya. kome tengok masa pilihan raya dulu, anak dara dia[bulu %^&* belum tumbuh} pun masuk jadi calon.

  20. Assalamualaikum…

    Sepatutnya: “You are innocent until proven guilty” tapi kat Malaysia ni

    “YOU ARE GUILTY UNTIL PROVEN INNOCENT”… Kan pelik tuh…

    Pendapat saya lah… Budak Sepol tu dah umur 23 Tahun, bukan 13 Tahun.. Dengan orang tua pun tak kan tak boleh nak lawan… Bukan main2 tau.. Orang nak “TALA” kita.. Mesti melawan punya…

    dan kalau beloi lah si Sepol tu kena TALA banyak kali… tak kan tak leh buat rakaman pakai Telephone Bimbit ker pada 26hb tu… kan zaman sekarang nih canggih… hehe…

    Wallahualam…

  21. Kuntakinte

    Salam, mamak pandangan mamak 1st class tahniah!!!! kuntakinte mentelaah sambil perah otak yang penuh ni semata2 untuk menilai kembali apa yang berlaku sekarang ini yang melibatkan isu sodomi.

    Adakah benar ini konspirasi kerajaaan seperti yang didakwa atau konspirasi individu yang dituduh, Mamak menyenaraikan beberapa theory untuk kita gerakkan otak untuk berfikir.

    Mukhtahir tindakan DSAI memohon negara luar campur tangan adalah petanda bahawa kemungkinan mengunaka krisis yang di create membolehkan pihak luar campurtangan dan akhirnya kerajaan akan dituduh dan didakwa dengan berbagai tuduhan dari luar, bertubi2 akhirnya akan berlaku rampasan kuasa atau pemberontakan seperti berlaku di Pakistan dan negara2 lemah yang lain yang tidak tunduk kpd US.

    PDRM kuntakinte percaya dengan kewibawaan mereka siasatan sedang dijalankan dan tentunya dilakukan secara profesional dari semua sudut, satu perkara yang hendak kuntakinte lontarkan untuk kita fikirkan, boleh kah dipercayai dengan dakwaan oleh Saiful Bukhari terhadap DSAI telah meliwat beliau, tidakkah seumur muda 23 tahun saiful bukhari yang cetek pengalaman politik sudah tentu berbangga dan taksub kerana semuda itu telah rapat dengan pemimpin besar dia yang bertaraf dunia iaitu DSAI berbanding pengikut2 lain yang menyokong dan mengikut DSAI dari jauh, tidak kah dia akan setia sesetianya dengan pemimpin tersebut berbanding dengan orang lain.

    Seperti kata mamak, tidakkah ini juga boleh kita fikirkan salah satu strategi dan adakah ini konspirasi DSAI mengunakan anak didiknya menjadi kambing hitam, mengunakan cara baru untuk menjatuhkan kerajaan. seperti biasa tingkah laku DSAI apabila tuduhan di tunding kepada dirinya rakyat menjadi fokus untuk mengaut sokongan, tidakkah setiap apa pun tuduhan terhadap kerajaan.DSAI akan mengaitkan dan melibatkan bersama rakyat menuduh kerajaan dengan berbagai tuduhan tanpa bersandar dengan bukti.

    Awal2 lagi DSAI telah melibatkan negara asing, awal2 lagi DSAI telah jatuhkan kewibawaan mereka2 yang akan terlibat dengan kes nya seperti PDARM, Hakim, Penguam Negara, tujuan untuk meraih sokongan dan mempengaruhi otak rakyat bahawa ini konspirasi kerajaan untuk menjatuhkan politik beliau yang beliau angan2 kan kononnya sedang popular dan akan mendapat sokongan rakyat untuk memerintah negara.

    Patutkah kerana sikap keperibadian kita libatkan rakyat untuk menjadi benteng pertahanan kita, patutkan kerana, benarkah konspirasi kerajaan, kenapa Pak Lah beria- ria menyambut baik kebebasan DSAI dari penjara, kenapa KJ ditugaskan sendiri menhantar pasport DSAI di rumah beliau tanpa mengikut proses biasa sebagai seorang banduan yang baru dibebaskan, kenapa sekarang ini baru kerajaan nak menyusun dan mengatur strategi dan mencari kambing hitam untuk dijadikan mangsa menuduh DSAI, apa masalah dengan 4 AP nak melompat Parti, tidakkah kalau nak lompat pagar tinggi mana pun akan lompat? apa kena mengena dengan AP nak lompat dengan dakwaan liwat, kerajaan tak mampu nak tahan sekiranya 4 AP nak lompat parti dan mukhtahir di tangguh dulu tarikh lompat, tidak kah ini seperti sandiwara saja.

    Sama2 lah kita fikirkan 2 konspirasi antara kerajaan dan DSAI, siapa yang berkonspirasi, satu kepentingan negara diutamakan yang satu pihak lagi kepentingan peribadi membelakangkan kepentingan negara.

    kita serah kepada kewibawaan PDRM dalam menyelesaikan kemelut ini dan kuntakinte yakin PDRM akan dapat menyelesaikan berdasarkan modus operandi pihak yang terlibat.

    wassalam.

  22. AbangTuah

    Cik ya ya…

    Begitulah perangai munafik dan hipokrit PIS, PJR dan DAP. Kes Mendiang Altantuya pun mereka dah pun buat pengadilan sebelum mahkamah. Ibarat kata Cik ya ya “YOU ARE GUILTY UNTIL PROVEN INNOCENT”…

    Kes adik Saiful ni…dia orang PJR macamana UMNO pula yang di tuduh buat konspirasi. Kalau begitu kes Pegawai Kanan Khalid buat tuduhan pada Khalid pun konspirasi UMNO ke?

    Kawan tak mahu pandai-pandai buat nak buat tuduhan sebelum di adili mahkamah..kerana kawan orang beriman. Tapi kawan nak bagi perbandingan aje pada Cik ya ya yang bijak biatari…seorang isteri yang selalu di pukul suami tidak akan membuat pengaduan, sehingga suaminya hendak bernikah lain maka terbongkarlah semua kekejaman suami selama ini di mahkamah syariah.

  23. AbangTuah

    Salam..
    Pada tahun 1998/1999 ada juga kawan ikuti ceramah DSAI..10 tahun kawan menunggu janji bersumpah Koran yang telah 3 kali ditangguh. Seorang Islam kalau tak bersalah mesti berani bersumpah Koran, kerana itu pegangan tertinggi dalam Islam.

  24. hisman

    mana ada dalam islam quran tu buat tempat bersumpah.quran bukan dijadikan untuk buat bersumpah.

  25. Yeop KK

    Salam cik yaya
    Kesian dengor deme sedih pasal sang sondol kena tuduh. Nasib baik deme pun tak kena tibai {ya ke belum kena lagi}. Kalau belum cuba-cubalah rapat sikit ngan sang sondol kalau nasib baik nanti mike pun dapatle rasa sama, nanti matapun terang berakpun senang.

    Aku pun heran ngan kome semua, kalau ngan PDRM, Peguam Negara pun kome tak percaya kome nak percaya pada siapa? Kome ni berada dimana sekarang? Kenapa sampai nak minta tolong dpd orang luar. Mana perginya maruah diri kome semua. Ngan sang sondol tu teman tak heran sebab memang dah tabiat dia lagipun dia ni memang keras kepala sikit. Dia sanggup buat apa saja asalkan dia dapat lepaskan diri. Sumpah-sumpah ni dah sebati dimulut dia, yg jadi mangsa dia ialah lembu-lembu dan keldai-keldai dia. Mike tengok sikit hari lagi kalau dia kena tahan nanti, lembu-lembu dan keldai-keldai dia akan buat demonstrasi jalanan, mike tak rasa malu ke

  26. SIMPATI

    SAUDARA ABANG TUAH, PUTARALAM DAN ANTI PUTARALAM,

    BETUL, SAYA PUN INGAT JUGA IO TAHUN DULU PAK ANUAR BANYAK KALI KATA NAK SUMPAH JUNJUNG QURAN.

    KASIHAN MAK WAN DAN KELUARGANYA…..

    KALAU PAK ANUAR BERANI SUMPAH JUNJUNG QURAN DALAM MASJID KATA DIA
    TAK PERNAH LIWAT LELAKI, SAYA BERSUMPAH WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI AKAN LARI BERBOGEL SELURUH
    MALAYSIA. KALAU SAYA TAK BUAT SAYA RELA
    DIPANAH PETIR.

    KASIHAN MAK WAN DAN KELUARGANYA……

  27. Kassim Doha

    Tak payahlah nak bersumpah sumpah Tuhan lagi mengetahui. Biarkanlah luncai terjun dengan labunya. Yang sedap akan merasa yang sakit akan terseksa . Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tumpukanlah kepada pembangunan negara dan rakyat.

  28. Kuntakinte

    Salam, sdr. hisman, tahniah komen saudara membuka otak sahabat2 lain untuk berfikir, Al Quran bukan bahan untuk di permain2kan, sejarah dah terbukti wujud nya puak kristian kerana mempermainkanAl Quran, Al Quran bukan bahan untuk digunakan bagi menutup kesalahan, hukum Allah S.W.T akan tiba apabila ditentukan, cepat dengan lambat, sedar dengan tak sedar atau akhirnya di akhirat confirm kena, jenis2 yang memang menguna kan agama sebagai mekap nya akan sanggup lakukan apa saja terutama menjunjung Al Quran. Menguna Al Quran bermakna tidak percaya kan kekuasaan Allah S.W.T. kita sepatutnya takut kan Allah S.W.T. dari manusia.

    Walau bagaimana pun kita semua harus bersabar, kita tidak layak untuk menghukum sebelum ia diadili, serah kepada kebijasanaan PDRM untuk menyelesaikannya. rakyat terus kan hidup seperti biasa.

  29. Battleship

    To Republic of Sarawak,

    Kitak nang sik sedar dirik, bukan nak madah TQ sebab UMNO tandah PBB Datuk Pehin Taib merintah lagik lamak dari Mahathir mbak kemajuan kat negeri nya. UMNO sik gago hal kitak orang la…iboh eksyen gilak..kelak mun PKR masuk, mau juak negeri ya tergadai.

    ANUAR WAYANG KUAT!!!!!!!!!!POLITIK CAP AYAM SERAMA!Mahathir tersengih sinis…”aku dah cakap dah…”

  30. pemuda islam

    Ada akal, ada hati dan ada jasad.
    Kenapa sekarang baru timbul. selepas raja putera dan kaitan Najib n hasmah. Musa haan n Ghani.
    Saat Bn tenat ke, inilah malaysia serba boleh.

    Wahai rakyat: kamu ada akal. Kita nak harap sapa. Mahkamah.polis, UMNO siapa nak kebenaran.

    Oleh itu siasatlah segera, akuan bersumpah raja putera, Anuar diseksa dulu, siasat dulu seara adil.

    Isu lewat tak payah siasat . kerana mahatdir kata dulu dah siasat Anuar tak bersalah.

    Oleh itu kita ahli UMNO bersama PAS pula dan bina kerajaan baru.

    Ok

  31. Rahim Noor

    Aku rasa kita ini dah lari haluan:
    1. Kita dah janji bersama PKR wahai ahli UMNO.
    2.Kita dah janji nak PM baru.
    3. Kita dah janji Nasib dan isterinya patut diISA .
    4.PM Dollah dan Khairy kita cek harta dia.
    5.Kita dah janji Mahadhir kita ke Memali.
    6.Kita dah janji Ezam adalah sumpah keramat.
    7.Kita dah janji PKR akan bila rakyat.
    8. Kiata janji 5 negeri adalah hak rakyat.
    9. Kiata dah janji TV RTM media massa kini tipu.
    10.Kita dah janji Allah bersama umat dizalami.

  32. mok

    pemuda islam,
    Apasal main pilih-pilih ? siasat semua la.. sekali harung. Baru betul-betul jantan. Bab TDM cakap tu.. aku dah putar cd tu berulang-ulang, 100% diputar belit coz TDM buat cakap ajuk, dia mengajuk kembali apa yang orang tuduh dia cakap. Itula.. jangan main cekau sekerat-sekerat jer. Kau pegi balik belajar apa bendanya ‘cakap ajuk, cakap pindah’. Ini kerja orang licik.. untuk abui mata telinga rakyat yang tidak tajam pengamatan, ambil mudah dan malas berfikir.

  33. frederickheng@yahoo.com

    Kalau tuan tuan pakai pandangan rasional mengenai kenaikan Saiful Boy secara mendadak sebagai pembantu Anwar dalam masa 3 bulan sahaja, apakah keistimewaan pada Saiful, sedangkan yang bertungkus lumus dlm PKR selama 6 tahun masih terpingga pingga nak jumpa anwar. Saya hanya mempunyai satu andaian. Saiful handsome and lembut. Orang mengatakan mengapa beliau tak melawan. Apabila mangsa menghadapi seseorang yang supremo macam anwar, ia akan gugup dan hilang daya melawan walaupun fisikal nya membenarkan tetapi mental nya mengalah pada saat tersebut. Ia saperti cara menembak bila tangan di trigger tidak bekerjasama dengan mata di mana mata kata ok, tangan di trigger tidak bertindak.
    Marilah kita merenung masa anwar semasa muda , cubalah risek apa kegemaran anwar di sana? Saya sebagai penyokong PKR sudah meluat dengan geligat beliau. Kalau benar tak buat , jumpa lah polis. Kita jangan takut. Ini kau menolak sana sini dan hendak mengunakan kami untuk tunjuk perasaan konon nya untuk melawan harga minyak naik, lupakan lah angan angan nak jadi PM. Cakap tak srupa bikin. Namakan 4 orang yang hendak loncat itu. Cakap kosong saja tak guna. Kami pun nak sokong macam mana. Anwar, marilah saya bawa anda ketempat yang ada di belakang Pizza Hut Jalan Sultan Ismail ke Blue Boy Club. Sini kamu boleh main buntut sepuas puas hatimu. Saya akan dapatkan kad esklusif membership you untuk gay club yang terkemukakan di Kuala Lumpur. Saya bersama 300 kawan saya akan keluar PKR dan masuk DAP.
    Jangan berselindung dengan dosa kamu. Allah maha mengetahui dan kami akan tahu kelak kamu memang kaki bontot. Menagapa kamu pergi ke kondo berdua duaan dengan Saiful? Jawab anwar, jangan tak jawab.

    HIDUP PM BONTOT. No wonder US supported you as they had legilated and recognised the gay community.

  34. AbangTuah

    Salam muhibah Mr. frederikKheng…
    Saya kagum dengan sikap positif dan pandangan yang bernas dari awak….

  35. Kuntakinte

    Salam, teman idak le paham apa yang si pemuda Islam ni tulis, berbelit2, itu baru tulis di webblog belum lagi perangai, kalau tak percaya pada sapa 2 pegi duduk dalam hutan di Himmalaya berguru dengan bigfoot. belajar menulis.

  36. yang benar

    frederickheng and abang tuah.
    aku rasa hampa dua ni satu spesis gak dengan saiful nii…
    SENGAL UBI!!!

  37. AbangTuah

    Ehh wah…yang benarbengapbangangbiol…keh..keh…keh kau taruh apa nama pun aku kilas..itu menunjukan kau memang terbukti sebagaimana nama yang aku beri. Pergi panggil Mat kencing kau tu..kau belum layak lagi….

    Kan ke itu fitnah dan mengaibkan peribadi. Kesian Adek Saiful tu….Frederikheng tu cuma bagi pendapat dia bahawa PJR dah tak relevan dan dia dengan 300 lagi akan meninggalkan mat kencing tu. Kau backing sangat mat kencing tu fasal apa…maklum ..DAH KENA SENDAL UBI lah tu….apamacam…shiiokk ke?

    Diakhirat, kau aku buat kuda…

  38. hanturaya

    ha..ha..he..hee..heee ni dia datang….kunta kinte cakap macam bagus je..mane ade dlm islam angkat sumpah jungjung quran dlm masjid. name mike pun cam org duduk kat gurun afrika tak usah le komen pasal islam.

  39. AM

    1998…tatkala itu tanah airku meriah sukan komanwel berlangsung..tatkala itu juga berdentum gawat ekonomi menimpa dunia..tatkala itu nama soros tiba-tiba muncul tokoh yahudi..tatkala itu juga anwar heboh dengan kisahnya…tatkala itu juga reformasi di laungkan lantas rentetan itu bertautan…tanah airku di injak semula setelah lama dulu diinjak oleh penjajah yang membawa masuk bangsa asing versi karpal singh dan lim kit siang…tatkala itu juga bahasa dan ketuanan melayu di cabar tatkala itu lantas muncul suqiu…menuntut pelbagai perkara dek kerana ini waktu di tunggu untuk menuntut…tatkala melayu bercakaran…tatkala itu amerika juga mula cuba mengambil peranan..tatkala itu mujur juga imf tidak bertapak..tatkala itu kecoh di jalanan berterusan serentak bereformasi…reformasi..tatkala amerika tatkala lim kit siang tatkala suqiu..tatkala gawatnya ekonomi…kini hari ini tatkala gawatnya ekonomi rentetan harga bahan api yang meningkat…tatkala muncul kembali episod ini dalam waktu sama…sang lim kit siang dan karpal singh serta konconya mencabar ketuanan melayu tatkala…kecelaruan politik di tanah airku…tatkala itulah juga anwar muncul lagi dengan cerita sama..sedihnya tanah airku bakal dinjak lagi oeh suqiu bakal dinjak lagi oleh spesies teresa kok…semuanya tengah menahan lukah…semuanya mengaku hero membela altantuya…tatkala sharlinie masih tidaj di temui..lantaran tiada hero yang membela…altantuya pula yang di dewa…tatkala ini tananairku kembali gegar bukan tsunami atau gempa bumi tetapi gegarnya melayu sesama melayu yang dendam kesumatnya tak sudah…tiada pemimpin laiankah nak di dewa lantaran jikapun tak mahukan paklah..selain anwar yang langsung tiada peri tingkah laku rasulullah..?di mana cerdik pandai islam lain jikapun?di mana ulama..yang boleh muncul di tengah menjadi umara?..kenapa diam membisu…?tatkala tanah airku…

  40. Ambo tak dok nak kato gapo tapi nak royat kalu kita raso tak pandai,tak reti nak perintah negaro gak…tolong berenti dan bui kokrang lain hok layak la..esok-esok hisab kito depan tuhan kuranglah sikit…nak perintah negaro ni nok belako.

    Ambo pon nok juga buat pati islam ambik anak beranok ambo jadi calon pah kalu sapo tak sokong pati ambo ambo nok cop puak-puak ni taksir ko islam dan ore taksir ko islam ni ore tu puak demotu la….tak kiro pati mano mano kalu tak sokong pati islam ambo cap anok koci ni ambo nak gazet sebagai tak islamik…….boleh ko wei belako semo

  41. ASSSAMUALIKUM SEMUA… dan bukan untuk kaki bontot..
    peringatan semua. ingatkan anak2 suruh camkan muka anwar kalau terjadi macam dia asia barat bila amerika dah ada sebab masuk ke malaysia, hancurnya negara tentunya mereka dah tau penyebabnya.. jadi dah kenal siapa yang sebenarnya mempelawa sang pemusnah islam dan melayu di tanah air tercinta. tapi sedikit sebanyak teman memang dah nampak anakanda semua (anak2 ) teman telah pun ada darah perjuangan memertabatkan bangsa dan agama. bukan senang nak diluhurkan apatah lagi kes anwar ni… memang tempiasnya satu malaya nyusahkan orang jer… apataknya cuba lah komer pikiorkan….

    1. siapa kata tempias kes dia tak merebak.. sebenarnya cukup perit teman rasa, isu bontot ni jugaklah pada teman merosak bangsa,sedar atau tidak inilah salah satu punca bangsa rosak dengan sosial sekarang cuba tengok apa dah jadi .. tak ker komer perasan sekarang bangsa melayu sendiri setara dengan mat salih dlm arena lucah… dilaman web.., internet dan sebagainya, kerana apa…pikirkan lah, teman nak bagi tau pada kaki bontot dan penyokong nya sebenarnya bermula kes bontot ni ler… bukan senang, teman ada anak.. cuba bayangkan bila anak2 bertanya apa tu liwat ayah? merah muka teman nak menjawabnya.. memang payah, itu pun orang dah guna perkataan liwat.. cantik bunyi nya tapi itulah puncanya melayu dibuka pintu soaial dan kelucahan. sedar atau tidak masa tu kalau masih ingat adaker terdengar tentang video atau aksi lucah org melayu masa tu .. tak ada pun yop! jadi betul ler ler kalau orang nombor dua dalam malaysia ceritanya tesebar luas ke seantaro malaya tak heran ler kalau bangsa nya mula menceburkan diri hingga kini makin professional dalam internet malah dlm talipon bimbit pun ada cerita bangsa kita yg telah rosak, malah sekarang makin menjadi…isk isk isk..apa nak jadi kat bangsa bukan sertakat tu jer penyokong berhaluan kanan beliau pun bertambah ruah… tak percaya …bukan susah dalam blog ni pun ada mael, omar, repulik of sarawak (dapat org kadazan engkau… baru tahu) dan bamyak lagi yop tunggu jer timbuller dalam blog ni

    2. negara penuh dengan jenayah salah siapa. kerajaan? takkan komer tak perasan lagi di sebabkan kononya HERO buat reformasi berani jaguh diatas jalan raya siapa yang mulakan… SIAPA? komer ler PKR,DAP, dan PAS yang mulakan dulu sampai sekarang negara huru hara dan komer ingat rakyat bodoh atau bagang macam komer kononya BN jadikan negara penuh jenayah. kesian bapak-bapak komer mendidik dan mengajor adab memang komer tak reti untung. lepas tu yang teman tebakor negok komer ni samseng yang amat lawan FRU, rosak hartabenda awam, bawak bebudak kecik (anak kecil) samseng dan tak berakai… berani benor rupanyer… tapi bab (PERAK) ngeh bagi 60,000 lot tanah kepada perkampungan orang cina idak pulak komer nak tunjuk samseng malah jadi bodoh dan tunduk macam babi… bila jalan tunduk jer… he he he he member teman cakap pasal tu ler babi jalan tunduk sebab dia malu dia se ekor babi, MANA! MANA! MANA! MANA! telor dengan jantan komer sampai tak berani nak mintak hak komer kalau komer betul2 memperjuangkan melayu, 60,000 lot banyak tu… untuk orang melayu sekangkang babi pun komer takut mintak . kata samseng sangat.

    Teman tak heran sangat pasal main bontot ni sebagai seorang islam kita semua sudah tahu kan … dalam kitab dah ada peristiwanya, kalau dah main bontot ni dia tak boleh stop, dah macamana pun dah buat dia nak lagi… itu nabi luth as yang peringatkan.. tapi degil akhirnya apa dah jadi. ambik lah iktibarnya, semua berkait sampai sekarang tengokler apa dah jadi… org melayu rosak akhlak.. video lucah semakin berkembang sampai budak sekolah rendah pun dah boleh terlibat, siap dgn aksi terhebat… itu pun selepas isu bontot yang jadi hangat siapa yg terlibat. teman rasa dema ni disebat je supaya berbiras di bontot dan orang dah tau ini kaki membontot.

    kan sush sangat naper amerika nak masuk campur…almaklumler duit dah banyak ambik bulan lapan dah nak dekat dua kerat pembelot ni pun tengah terngangah-ngangah, kalau amereka masuk siapa yang selamat tentunya kaum kerabat dema sendiri… peduli ler org, pengikut bodoh tak nampak2 lagi…ikut jer, walhal kalau nak bangun kan bangsa teman tak nampakpun sebuah surau pun yang dah dibangunkan… tak surau tandas surau pun tak dema buat untuk rakyat apa? habis2 naik cerita bontot balik. tah siapa yang nak bunuh dia tah… nak lari tajuk ler tu… dah kantoi

    sekupang dua tengah mengamat tentang isu junjung qur’an.. kalau awal-awal dah keindia, amerika jumpa kapior suruh langgor bumi melayu yang beragama islam ..apa nak ada kalau nak belakun…apa dia peduli..mampuihleh komer janji aku selamat pengikut aku boleh diperbangangkan … dema kan bangang mesti ikut bontot. he he he…letih bercakap dengan sibangang

    utk tuah ,mok, battle ship,mamak, kunta kinte dan kengkawan yang lain… dan yang baru join the club jangan ler layan sangat sibangang ni nanti kita terikut bangangnya…dan selamat berjuang untuk memertabat dan memperkasa bangsa kerana kamu lah sebenarnya ‘the truth malaysian comando’… selamat berjuang saudara-saudaraku…allahuakbar!

  42. ajilan

    Ambo amat setuju dengan cadangan mufti Perlis dan sain sain ambo tuah dll ;minta anwar berahim buat sumpah dengan menjunjung quran dan mengaku wabillahi yang beliau tak pernah meliwat sesiapa baik dulu mahupun sekarang .Yang ambo hairan nya dulu 5 orang dah hak ngakukena balun ni sorang pulak jadi 6 orang. Kalu main dengan pempuan senang bolih paksa suruh kawin tapi ni payoh sebab sama jenis. Kalu liwat dengan haiwan orang alim kato haiwan tersebut kena disembelih dan ditanam hukumnya…taktahula….Sebenarnya tuhan nak tunjok kepada rakyat malaysia bahawa Dr Mahathir pada tahun 1998 dulu tak bersalah dan dr m bertindak betul dan tepat… dan sekarang kita lihat pula macamana cara paklah selesai masaalah ni,yang hampir sama dan motif sama …..NAK JADI PM

  43. Salam kuntakinte,
    Semalam cucu saya tanya..tok apa makna liwat?.Tergamam Mamak nak jawab!.Malu-malu kita!.Apa nak jadi dengan PKR?.Kat Malaysia ini kalau orang terlalu hebat dalam sesuatu bidang kita gelar ‘raja’; raja dangdut ada,raja ular ada,raja bola ada,raja lawak pun ada tapi paling terakhir kita menobatkan ‘raja pungkok (buntut) kepada siapa ya…cuba kita buat undian di blog ini.Hadiahnya kita bagi kereta Volkswagen kerana kereta ini engine kat bontot!!!
    p/s:Kuntakinte,kawan-kawan mamak kata dekat Malaysia sekarang burung -burung berhijrah dari luar negara yang melintasi ruang udara Malaysia hanya menggunakan satu kepak saja,pasai apa?.kerana burung-burung itu tutup satu kepak kat buntutnya.Ganas kononnya bakal PM Malaysia!…he..he..he!!!.salam.

  44. Kuntakinte

    Salam, he..he..hee.. hantu raya ke hantu buntuttt, baca2 betul2 tulisan teman jangan baca dari dalam kubur je gelap sebab banyak dosa kut, mata keluar cacing ke, faham ke apa teman tulis, betul le mike ni otak dah makan dik cacing dalam kubur tu langsung tak boleh berfikir dan faham tulisan orang macam cara awak tulis, puak2 hantu je yang faham… kah..kah..jangan mare….

  45. Kuntakinte

    Salam, wah…. mamak dah nak jadi Raja lawak no… mamak sehari dua ni kuntakinte tengok ramai sahabat2 baru di webblog ni, yang baguih ada yang haprak pun ada, apa pun mamak elok juga cucu tanya apa tu liwat mamak tunjuk je muka si raja liwat tu, pas tu pesan la kalau nampak muka tu suruh dia lari, selamat anak cucu kita. kah..kah..

    p/s. mamak pasai tu ketam pun jalan ngereng dia takut hak tu kut….selama ni kita je duk tak perasan. he..he..

    wassalam.

  46. PUTARALAM

    AWAL AWAL LAGI SEBELUM MUFTI SURUH SUMPAH QURAN, SAYA DAH CADANGKAN DULU.

    SAYA KESIAN KAT KAK WAN DAN KELUARGA
    KERANA DITIPU OLEH ANUAR.

    MUSTAHIL ANUAR AKAN BERANI SUMPAH JUNJUNG QURAN DALAM MASJID .

    MUSTAHIL…..SEBAB SIAPA YAMG KENAL ANUAR MEMANG TAHU DIA KAKI LIWAT LELAKI.

    ANUAR BERSIFAT “SPLIT PERSONALITY”. DALAM BAHASA MUDAH “SIANG JADI ORANG, MALAM JADI ULAR”.

    DI DIDIK OLEH AGEN AGEN YAHUDI DALAM BERPOLITIK DAN PERANG SAIKOLOGI.

    CONTOH CONTOH:

    -AKAN DISUNTIK DARAH HIV DARI PENAGIH DADAH.

    -ARSENIK

    -SAKIT TULANG BELAKANG

    -KONSPIRASI

    -16 SEPTEMBER RAMPAS KUASA

    -AHLI PARLIMEN LOMPAT

    -KONON ANCAMAN BUNUH

    -AKUAN SUMPAH PALSU

    -GUNAKAN UGAMA

    -MACAM MACAM LAGI ……

    SEBENAR NYA KAK WAN TAHU PERANGAI ANUAR. TAPI APAKAN DAYA ……..

    KENAPA ANUAR LEBIH SUKA TINGGAL DI WASHINGTON, USA DAN JADI PENSYARAH KONON ……..

    SEBENAR NYA KAK WAN TAHU PERANGAI
    ANUAR. TAPI APAKAN DAYA ……..

    ANUAR BERANI SUMPAH ………
    MUSTAHIL !!!!

  47. put

    Mat Sabu lebih tahu tentang DSAI kerana dulu dalam ceramah-ceramahnya dia yang beria-ia bercakap tentang kegemaran DSAI, tetapi sekarang dia buat tak tahu aje

  48. Salam putar alam,
    mamak respect hang kerana kamu analisa tentang spesisi ini.Ini semua bukan apa; dalam hidup ini kalau sekali kita menipu orang terpaksalah kita menipu 1000 kali untuk menutup penipuan yang pertama itu.Mamak tak terima pendapat orang yang mengatakan kini Malaysia melanda krisis Fitnah dan cuba lepaskan diri dari kenyataan hakiki yang sebenarnya.Masa Mamak di tentera dulu dilatih jadi”An Officer is a Gentlemen”.Gentlemen ini bermakna aspect moral peribadi yang tinggi.Di Malaysia ‘morale Gentleman’ dah pupus dalam kalangan pemimpin Negara baik dari pembangkang atau pun pemerintah.Kalau tanya kenapa’jalan runtuh?.Mereka jawab, “itu tuan Allah punya kuasa,saya tak boleh bikin apa”!. Masa kini kita sering dengar pulak,”biar Makamah yang putuskan salah atau pun benar”!.Sebelum makamah putuskan walaupun seorang itu salah dari sisi moral jangan sesekali tuduh dia bersalah!.Apa benda ini?.Adakah moral seseorang itu terletak pada Mahkamah.Siapa Mahkamah?. bukankah mahkamah itu diwujudkan untuk menjaga kepentingan Masyarakat.Adakah masyarakat kena ikut makahmah atau pun makahmah perlu ikut kehendak dan keperluan masyarakat?.Kadangkala kita banyak lakukan kesilapan kerana dalam banyak perkara kita pentingkan diri kita lebih penting dari kepentingan umum ia itu rakyat.Mamak rasa kes-kes jenayah dan salah laku yang membabitkan ketua-ketua pemimpin perlu hanya pandang dari segi moral pemimpin tersebut dan perlu pemimpin itu berundur sementara serta merta dari Sebarang Jawatan yang dipegangnya sehingga dia dibuktikan.Jika orang yang berkuasa itu masih dalam jawatan ia akan ganggu penyiasatan tentang kes dirinya dan keputusanya akan berat sebelah dari segi moral kes tersebut.Ia akan menimbulkan ketidak puasan pada pihak lawanya.Pemimpin perlu gentlemen dalam hal ini.Kerana kes-kes begini cuma memudaratkan Kewibawaan Negara dari kaca mata dunia sekali gus cerita ini akan berpanjangan mengakibatkan Negara dalam kucar-kacir.Kepentingan negara perlu diutamakan.

    Perkara yang paling menyedihkan pulak Pemimpin kita ini langsung tidak ada sikap gentlemen dalam kes-kes ini.Kadangkala kebudak-budakan dengan menggunakkan Media untuk saban hari beri kenyataan tentang dirinya betul!.Ceritanya tak habis-habis!.Kita perlu belajar dari pemimpin luar negara,bagaimana mereka mengendalikan kes-kes seperti ini..!!!.memang sebagai pemimpin atau pun orang terkenal setiap hari ada saja orang mengumpat atau pun fitnah tentang dirinya.Tapi apa yang ditakutkan ialah sekiranya pemimpin tersebut meluahkan masa yang banyak untuk melayani perkara-perkara sebegini apakah dia boleh menumpukan pada urusan pentadbiran parti atau pun negara?. Bukankah rugi namanya!.Mamak sanjung tinggi kewibawaan PM kita sekarang kerana tak ambil pusing dengan perkara seperti ini.Itu pun ada juga mereka mengumpat dengan kata, Pak Lah tak kisah perkara-perkara sedang berlaku ini.PM kita ini tidak pernah jawab sebarang tuduhan atau pun menggunakan media untuk menangkis sebarang tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pada dirinya,walaupun tohmahan itu datang dari seorang Negarawan ulung!.Saudara-saudari fikirkanlah kehebatan Pak Lah ini.Patut TPM dan DSAI perlu ambil ikhtibar dari beliau.

    Mamak juga harap untuk mengendalikan kes-kes high profile politik seperti ini perlu lantik dan disiasat oleh satu Badan Bebas seperti ala’dewan senate Amerika’dan hasil penyiasatan badan itu perlu diserahkan pada peguam negara untuk tindakan.Tak perlulah membebankan lagi pihak polis saban hari untuk penyiasatan ini kerana ia tidak akan memuaskan semua pihak terutamanya pihak lawan.Berani kerana Benar,takut kerana salah!.kalau tak salah tak perlu bayangi ketakutan.Tugas polis kini banyak terpesong dari tugas-tugas sebenar kepolisan!.Kelak mereka sukar jalankan tugas mereka.Mulalah kita komplain kadar jenayah meningkat!.Kesiankan mereka!.

    Tentang mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran; Mamak kurang arif kerana Islam tak anjurkan kita memggunakan Al-Quran sebagai ajen untuk kita buktikan kesalahan atau pun kebenaran cuma Mamak tahu kalau kita nak ceraikan isteri dengan sebab berzina..itu pun kena naik Mimbar Mesjid(Kalau salah tolong betulkan).Jika kita gunakan kaedah ini mamak rasa hanya 1% pesalah-pesalah di seluruh penjara negara ini mengaku kesalahannya.Bukankah surah yang diturunkan di Madinah dimulakan dengan “Wahai orang-orang beriman”.Jadi Mamak fikir kaedah menjunjung Al-Quran ini sesuai untuk tok-tok guru dan yang betul-betul beriman!.Dengan kes Kaum Nabi Lut ini janganlah bawa “Al-Quran ” junjungan Islam ini untuk perkara-perkara keji.Ia akan seperti menyuruh orang kafir bersumpah di atas Al-Quran.Dalam Era kiamat yang menghampiri ini manusia sanggup buat apa saja semata-mata nak mencapai kedudukan di dunia ini.Mereka tak kisah dengan Allah.Anda semua perhatikanlah manusia-manusia ini kerana umur mamak rasanya tidak kesampaian nak perhatikan mereka.Serahkan sajalah pada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Adil.Janganlah kalut sertai demo sana-sini semata-mata kerana seorang yang belum tentu betulnya atau kebenaranya.CINTAI lah Negara tercinta ini lebih dari Induvidu-induvidu politik yang tak berkekalan.Tambahkan doa supaya Allah selamatkan orang Melayu dan Negara Melayu ini!.Biarkan dengan induvidu-induvidu itu dari UMNO atau pun PKR.Marilah kita majukan Negara ini!.”Patah tumbuh,Hilang berganti”.Mungkin Allah akan hantar seorang pengganti yang lebih hebat kelak!!!!.Wassalam.

    Wassalam.

  49. Salam Sekupangduas,
    Hebat sunguh komen hang!.Kalau ada yang tak faham itu “Dah Terang Jangan Suluh Lagi”.Cuma Mamak nak correct, babi tak ada tengkuk jadi dia tak boleh tunduk ;tapi boleh sondol macam Brother Anuar !!!.Geram..juga Mamak, masih tak faham..faham.Si Nuar ini cuma nak bawa pengkalan Tentera Amerika ke Malaysia!!!.Kerana Malaysia adalah amat stragetic dari segi Militry operation di Asia.Ia bertujuan untuk mengawal polisi Ketenteraan Negara China yang lebih aggresif di lautan China Selatan sekarang.Pasai itu dulu Francis Light tipu orang Kedah ambik Pulau Pinang dan Province Wellesly!!!.Jadilah Penang ini tanpa daulat!.Great Britain hantar kapai-kapai kat tanah melayu Bukan nak berdagang tapi untuk agenda memerintah dunia Melayu !!!.400 tahun dibawah penjajah tak cukup ke lagi kah?.Itulah hampa orang muda tak minat sejarah dan lupa sejarah…!!!.
    p/s:Sekupangduas di Muzium London depa buat pameran otak orang Eropah,China dan Melayu.Diletakan tag harga pada ketiga-tiga otak tersebut ;iaitu Harga otak orang Eropah cuma 10 pound,Otak orang Cina 100 pound;otak Orang melayu wow!1,000 pound.Ada seorang pemimpin dari ceruk tok kun melawat muzium itu dan terkejut dan amat bangga dengan harga otak Melayu yang di pamerkan itu!.Dan dengan megah dihampirinya kurator Muzium dan tanya kenapa otak orang Eropah terlalu murah dibandingkan dengan otak orang Melayu.Jawapan kurator Muzium itu:
    “Otak orang Eropah Habih dipakai, pasai itu otaknya tiada harga,Otak oarang China digunakan hanya separuh saja jadi otak orang China separuh harga;Otak orang Melayu pula, tak pernah dipakai dan masih fresh lagi pasai itu ia termahal didunia!!!.he..he..!!! Sekupangduas jangan marah ya, it’s only joke kat UK dulu!!!.otak mamak ..cuma otak-otak Geylang patah!!!!.Makan sama dengan Mee Rebus Lan Janggut!!!wow!.hebat mee rebus orang Melayu Johor!!!!Wassalam.

  50. Azrieka

    Kenapa orang Melayu berpecah belah? tahu tak bangsa yang bukan melayu sekarang tengah tepuk tangan melihat kebodohan orang Melayu.Malangnya apa yang terjadi adalah di pihak pemimpin.seorang berkenaan kes bunuh dan seorang lagi kes liwat.sekarang aku sendiri pon dah naik menyampah dengan lakonan dan kekotoran politik ni.Dulu orang Melayu bersatu dan bangsa lain gerun. Tapi sekarang orang Melayu adalah seperti badut yang bermain di atas pentas dan penonton yang bertepuk tangan adalah yang bukan Melayu.Percayalah jika keadaan sebegini berterusan berlaku nescaya BANGSA MELAYU PASTI HILANG DIDUNIA dek kerana KEBODOHAN MELAYU ITU SENDIRI…sedarlah wahai bangsaku….Wassalam

  51. batman

    Kak Wan tahu perangai Anuar!!!. Eh Kak wan ni sapa. Gundik Anuar ke? atau….Jangan mara ye. Hi politik ni macam-macam le. Kalau nak suruh Najib jadi PM bahaya, kan dia dah kena tuduh membunuh. Pak Lah haram jadah, kata nak bela rakyat tapi dia buat rakyat melarat, kaum keluarga dia je jadi senang..keparat.

  52. Hampeh tul

    salam…

    Cuba fikirkan si saiful tu kena liwat cara paksa ker atau sukarela. Klu cara paksa…saya tgk dia tu sihat tubuh badan…naper takleh lawan balik ker DSAI yg dah berumur tu. Kalau dah mmg takleh lawan aper tak leh kapit ker kaki tu atau jgnla pi tonggeng. Saya rasa kalau dia tak bukak …takde benda yg boleh masuk kat lubang dia tu. kecuali la kut DSAI ader org tolong pengang si saiful tu atau saiful tu kena dadah.
    Tapi kalau saiful tu sukarela di bontoti….tak tau lah nak kata…senang citer siasat latar belakang saiful tu normal ker homo. Dan satu lagi pada saper2 yg suka tuduh2 tu…korang pasti ker DSAI punya tu boleh naik keras lagi…kalau pernah tgk dia punya naik lagi…satu bukti dah ader….kalau takleh naik…confirm semua tuduhan tu palsu.

  53. AbangTuah

    Ni batman awak ni main hentam tuduh sana tuduh sini ada bukti ke? Kalau anak jantan bentangkan bukti…kalau tidak jangan nak temberang…jangan nak kelentong..jangan ikut Tok Guru2 dan Pemimpin sesat pembangkang tu tu..fasal memang dah terbukti sesatnya dengan ceramah munafik dan kufurnya….

  54. Yeop KK

    salam mamak penang,
    sekian lama saya ikuti gaya penulisan mamak memang ada klas. mamak kilas segala tohmahan dari pihak yg tak tahu asal-usulnya dengan cara berhemah dan disertai dengan fakta sejarah dan diselit pula dengan jenaka. teruskan usaha saudara mamak penang, abang tuah, sakupangdua, kuntakinte dan saudara-saudara yg lain supaya tiada anasir-anasir yg jahat dapat melemahkan semangat kita.

    p/s: otak orang PKR kot yg mamak cerita

  55. hampeh

    saya sebenarnya tak lah kisah sgt pasal pemimpin ni yg bagi keluarga ngan saudara mara tu projek ker…jawatan ker dan aper yg sewaktu dgn nya. Lagi pun depa buat bisness dan ini akan menambah lagi ahli bisness melayu…dan kalau bukan dgn cara pengaruh politik, bkn senang nak wujudkan org melayu koperat…tak gitu. Tapi masalah nya makin dibiarkan makin melampau plak tgk dan yg paling tension tu….benda ni sampai melibatkan duit poket rakyat sekali bila semua harga barang naik, minyak naik, makan naik, dgn alasan duit negara habis byk ke subsidi. mana pergi duit cukai yg rakyat bayar tiap2 thn…habis ker projek2 dan syarikat2 yg ader kaitan ker. saya tak kisah nak kayakan saper2 pun tapi ls jgn sampai membebankan rakyat. tu sbb dulu aku suka TDM dulu dia pandai cover tapi skerang tidak lagi….hahaha

  56. hampeh

    abg takde tuah…

    Aku tak faham la…kau kata org tuduh tanpa bukti…tapi yg kau reply kat bawah tu bukan tuduhan tanper bukti ker….hei dey ….apa pasai cakap pusing2.

    tu yg SCOMI tu aper bendanya….dulu sblm 2004 tak pernah dgr pun nama scomi. bukti dalam paper takde tapi bukti melalui fikiran yg mampu melihat kebenaran tu masing2 ader. ok.

  57. AbangTuah

    hampehhh…oii…
    Aku dah malaslah nak sembang fasal lebai-lebai dan Tok Gurau2…aku ingat depa dah sembahyang hajat bikin hati aku jadi baik sikit…

    Aku nak turunkan ilmu fitnah…kau orang tak cukup terror…nah dibawah ni banyak kalau kau orang nak guna sebagai peluru…tapi dari unknown sources…

    SCOMI, Patrik Badwi, Rapid KL,Tingkat empat, ECM libra
    Wah…aku ingat kalau aku jadi puak pembangkang mesti hebat aku punya fitnah…fasal aku banyak peluru…

    Hampeh….lupa nak tanya…dah makan ubat penenang ke belum. Beb..relaxlah jangan nak tension dan fussy sangat…disini adalah ruangan pendapat dan sanggahan…jadi jangan kecil hati sangat.Aku orang sanggah aku relax je..

    Hampeh…janganlah ubah nama aku yang bertuah tu…aku ambil nama tu sebab aku rasa bertuah jadi rakyat Malaysia…keh..keh..keh..Aku nak bagi tahu..jangan bagi tau sesiapa…Hang Tuah tu ada dekat aku…

    Mamak sesekali ‘Taming Sari’ kena keluar sarung…

  58. Kuntakinte

    salam, abangtuah n yeop kk, teman dan mamak percaya setakat species hampeh ni small matter je korang lenyekkan.

  59. hampeh

    wa relax no problem la….biasa la kan fahaman masing2. tapikan abg tuah keris tu jgn main2 hunus jer nnt marah plak org non malay sekutu korang tu. cukup2 la tu…ambil pengajaran.

  60. hampeh

    salam…kuntakinte
    mmg la org mcm aku ni mmg mudah jer korang lenyek…nak lenyek jadi lempeng pun boleh. tapi kalau korang betul pejuang melayu takan korang nak lenyek orang yg takde kepentingan macam aku ni… gi la lenyek mereka2 yg berceramah hari2 tu. patahkan hujah depa….bagi bukti tuduhan yg boleh terima akal…bkn nyer hanya dgn bukti tilam jer. lagi pun aku mana ade sape2 backup tak macam korang semua.

  61. AbangTuah

    Salam Mamak Haji dan brokuntakinte…
    Bagi laluan pada hampeh…dia dah buang nama depan U**O..dan kawan dah kaji dia ni intelek sikit bukan macam yang lain tu dan dia pun agak neutral sikit…elok buat penyeri blog ni ada yang pintar dan baik.

  62. Salam saudara hampeh,
    Tentang kroni dalam ekonomi ini bukan benda yang baru dalam politik di mana-mana di dunia.Susah kita hapuskan.Perniagaan dalam sistem ekonomi kapitalisma seperti di Negara ini dan kebanyakan negara di dunia adalah digalakan perniagaan secara kroni yang mana kroni-kroni ekonomi dipileh oleh pemerintah untuk memajukan ekonomi negara.Ia sukar dipisahkan.Kalau saudara ingin nak lebih faham tentang kaitan kroni ini dalam mengembangkan ekonomi mamak beri contoh seperti TDM memajukan Pulau langkawi,saudara kalau ke Langkawi boleh perhatikan kebanyakan hotel-hotel yang telah dibina oleh sahabat-sahabat karib TDM seperti Tan Sri V.T,kalau sekali kita pandang memang ini kerja kroni tetapi apabila kita berfikir mendalam siapa yang nak melabur modal yang jutaan ringgit di Pulau itu yang belum tentu boleh dapat pulangan!.Jadi bila kita ada idea business baru kita perlu cari yang kawan yang terdekat untuk merealisasikan impian kita.Bantuan mereka akan diperlukan.Sama juga kalau saudara ke Genting Highlands perhatikan betul-betul kawasan pusat peranginan itu.Ia adalah cetusan idea seorang ahli perniagaan.Kerajaan cuma menyediakan tanah untuk projek itu dengan harapan Ekonomi Negeri Pahang boleh dimajukan.Suatu masa nanti orang Melayu akan merungut bagaimana seorang kaum bukan Melayu dapat akses tanah yang begitu luas.Adakah ia kroni TDM?.Bukan ia adalah bantuan kerajaan untuk ahli perniagaan berniaga dan majukan Negara!.Setiap keuntungan RM1 yang diperolehinya kerajaan dapat RM0.30.Adakah kerajaan rugi?.

    Tentang kroni Pak Lah niaga apalah salahnya keluarganya berkicimpung dalam perniagaan secara tulus.Mereka juga ingin menjadi usahawan.Adakah bukti yang mengatakan projek kerajaan diselewngkan oleh keluarganya?.Cuma hear-say saja.Orang Melayu kan otak berkreatif dan Penuh dengan PHD.Cuba tanya moderator blog tentang cerita ketam berbangsa Melayu ini?.Kita ini sentiasa fikirkan orang lain dari diri sendiri.Adakah kerajaan menghalang induvidu untuk berkecimpung dalam perniagaan?.Kalau tidak kenapa fikir orang lain fikirlah apa yang kita boleh berniaga!.Mamak percaya cerita-cerita kroni ialah dari orang=orang yang kecewa perolehi sebutharga kontrak dan cuma lepaskan geram!.Yang dikatan curi wang rakyat macam ini ceritanya:katakanlah saudara seorang peniaga masuk tender sesuatu perojek kerajaan dengan harga sekian-sekian tetapi saudara tidak perolehi tender tersebut walaupun saudara yang terbaik dari semua segi tetapi kroni pemerintah ini dapat tender itu walapun harga dengan harga yang berlipat kali ganda berbeza dari tender saudara.Yang harga yang berlipat kali ganda itu akan dikira sebagai mencuri hak rakyat!.Kalau harga tender kroni kerajaan itu didapati dengan harga yang paling rendah dan munasabah maka ia bukanlah fakta kroni yang saudar sebut tadi!.Apa yang perlu dalam tender itu adalah ketulusan dan transpirasi keseluruhan tender tersebut yang dijalankan oleh ‘Tenderboard itu sendiri”.Kalau tenderboard itu kaki ampu dan bodek PM itu kesalahan jemaah tender itu sendiri.Mana boleh kita salahkan atau tuduh UMNO dan PM dalam hal ini.Sila baca atikel kuntakinte tentang tender board ini.
    Mamak percaya sedikit banyak fahaman ekonomi sosialis telah menular dalam PKR.Puak fahaman sosialis selalu bertentangan dengan puak berpegangan konsep ekonomi kapitalis!.Jadi saudara fahaman sosialis ke?.

    Yang kroni ekonomi itu kira ok tapi yang paling teruk dari segi moral adalah kroni politik.Seperti kroni dalam parti PKR!.Jadi rumusannya biarlah berkroni ekonomi tapi jangan berkroni Politik.Mamak rasa sepatutnya PKR buat ibu pejabat kat Cheruk Tok Kun,B.M je!.

    p/s:kuntakinte tolong publishkan balik tentang hujahan saudara tentang sistem tender itu kerajaan.

  63. Salam yeop kk,
    Main jarum mas nampak…mamak mana boleh lawan sajak abang tuah dan pidato kuntakinte ..short and sharp saudara Mok!.Anyway thanks yeop!!!.Mamak ini tak ada kepentingan dalam politik tapi sayangkan UMNO ini yang tak teringin jadi macam parti Golkar!.Sedih.Orang muda macam hampa perlukan “anjakan pradigma”.TPM yang selalu laungkan ungkapan ini tapi tak anjak lagi!
    p/s:Abg Tuah create satu sajak untuk kaum Nabi Lut ini hah!.

  64. Kuntakinte

    Salam, abangtuah, tak pa webblog ini pun memang demokrasi, semua bebas boleh bagi pandangan, teman setuju jugak ngan abangtuah si hampeh ni agak berotak sikit dan agak rasional juga kepala hotak dia.

    Sdr. hampeh, kita ni di pentas webblog bukan pentas ceramah yang kerap puak2 PAS dan PKR gunakan tak kira tempat, di Perak selagi ada kemudahan kerajaan stadium la, masjid la, SAR la, padang la, surau la, semua di gunakan untuk berceramah mengutuk kerajaan Persekutuan, semua tak betul, segalanya tak betul, walhal mereka sekarang pemerintah, sepatutnya menyeru rakyat tak kira idiologi politik untuk sama2 bangun kan perak ini tidak masih hentam UMNO, BN dan Kerajaan Persekutuan, nada sama macam pembangkang sedangkan kita dah jadi pemerintah. itu lah dia politik sempit puak2 tu. ha…. bagi orang kecil macam kuntakinte, abangtuah dan lain2 termasuk lah sdr hampeh di sini lah sikit sebanyak sumbangan untuk diberi untuk berhujah dan mematahkan isu2 yang tak masuk dik akal puak2 tu. sekurang2nya ada juga yang akan berfikir mengunakan otak dan hati yg positif, setuju tk setuju hak masing2.

    Tilam ke, bantal ke proses undang2 dah diputuskan, sedara nampak tilam je yang lain sedara tak nampak ke… yang kena orang bukan sedara, kalau tilam sedara sendiri kena bawa camna.

    Okey lah tu, betul kata abangtuah setidaknya sedara rasional dan menyeri webblog ni. jumpa lagi.

    wassalam.

  65. hampeh

    Salam…
    mamak…setau aku la yg tak berapa dlm ilmu ekonomi ni….tak penah plak aku dgr istilah kroni ekonomi…isk tak tau plak aku kut ader. tapi kapitalis dtg dari barat…aku tak pernah dgr pulak tokei2 company dari US ker europe ker yg kaya raya tu adik beradik….saudara mara atau member2 presiden atau PM negara2 tu. tak pulak aku tau bill gates tu kut ader bau2 bacang dgn bill clinton plak.
    Aku tak kisah nak buat bisness anak beranak ker aper…tapi susah rakyat kena jaga itu yg penting….jgn dok projek2 sana sini. buat mcm TDM tu dulu tak kacau rakyat…..tapi di tu jahat sgt plak tu yg kurang nyer tu kat dia.

    kuntakinte….kalau tilam aku yg kena usung dulu dah lama aku tubuh parti politik aku sendiri….lawan tetap lawan. kalau takut pada risiko jgn bicara soal pejuangan……hahahaha

  66. shu

    UMNO

    Saya masih tak faham kenapa Ezam meninggalkan UMNO. Kalau dia tinggalkan UMNO atas dasar prinsip ISLAMnya kenapa dia tidak menyertai PAS?
    Adakah UMNO memperjuangkan prinsip ISLAM?
    Kita sudah jelas tentang pemimpin besar UMNO,PakLah, tidak memperjuangkan ISLAM. Adakah ISLAM tidak melarang umatnya memeluk pinggang wanita bukan mahrannya? Betulkah apa yang tertera di dalam gambar yang tersebar? Itu bukan gaya / cara ISLAM meraikan tetamu bukan ISLAM.
    Dan Isteri beliau sendiri juga tidak menutup aurat dengan betul, macamana beliau hendak melaksanakan ISLAM?
    Malah Hukum HUDUD sendiri pun di saman UMNO.
    UMNO KARUT!!!

  67. ashi

    salam for Brader Tuah, Mamak Penang, kuntakinte n others,

    saya baca both blogs. anti DSAI n anti Govt. so, byk jugak la dpt info. i’m just 25th years old. so, byk xtau pasal politik tapi masa pru yg lepas, saya pangkah BN. tp apakan daya, pkr yg menang tempat n negeri saya. saya pangkah BN sbb saya masih samar2 lagi dgn perjuangan PKR (sampai la arinih)

    saya ada beberapa soklan yg needs ur clarifications:

    1) betol ke KJ n DSAAB nk amik PETRONAS? they wanna sack TSHassan Merican? pastu diorang nk kaut duit petronas?
    2) betol ke SCOMI tu company kroni?
    3) nape masa naikkn $minyak, govt x pertahankn petronas?kn masa tuh sume rakyat mara petronas (dgr cite staff petronas kena tolak n baling batu dgn org kg)
    4) nape KJ sibuk2 suruh petronas bentangkn financial report to parliment?kn diorang dh bg berlambak2 duit kt govt. how they use the money?

    mintak korang jawab ek..sbb anaknda mmg xphm. i’m not petronas staff but a lot of my friend kije sana n they seem sokong anwar since anwar pertahankn them..

    idup melayu..

  68. Welcome ashi,
    ashi boleh baca atikel-atikel abang tuah dan kuntakinte tentang perkara-perkara yang disabitkan.Kalau ada masa nanti mamak sendiri pasti balas komen ashi.Teruskan pertanyaan seperti ini nescaya kawan-kawan mamak suka cara awak utarakan soalan yang sebenarnya ashi memang beri komen!.Goodluck and keep in touch in this blog.

  69. AbangTuah

    Salam Ashi…dan semua

    Memang benar, pihak pembangkang telah sekian lama menyalahgunakan teknologi yang diujudkan bagi munafaat mengembangkan ilmu pengetahuan untuk tujuan melemparkan, menyebarkan tomahan dan fitnah yang tak berasas lagi tak berbukti.

    Teringat kawan, agaknya sebab itulah Negara Cuba agak keberatan membenarkan rakyatnya terdedah kepada teknologi maklumat dan siber bagi mengekalkan tahap keamanan Negara mereka. Untuk pengetahuan saudara jangankan kemudahan computer dan internet malah pengunaan talipon bimbit pun masih ditegah, agaknya mungkin dikhuatiri fitnah dan tomahan terhadap kerajaan sungguh effisien disebarkan melalui sms.

    Untuk pengetahuan Ashi…fitnah dan tomahan adalah satu taktik dan strategi yang paling berkesan digunakan oleh jentera propaganda parti politik pembangkang bagi memburukkan kerajaan bertujuan melemahkan dengan menjatuhkan kredibiliti dan integriti pentadbiran kerajaan.

    Tujuan utama pihak pembangkang agar kewibawaan dan kebolehan kerajaan dipandang rendah oleh rakyat dan seterusnya senang pula bagi mereka untuk menjalankan jarum mempengaruhi fikiran rakyat agar memberikan sokongan kepada mereka.

    Sikap yang ditunjukan oleh pihak pembangkang di Malaysia adalah sikap yang amat negative, berpolitik hanya untuk mendapat sokongan melalui cara mempertikai serta mencari segala kesilapan yang dilakukan jauh sekali ada usaha bagi membina perpaduan dan berusaha bagi kemajuan rakyat dan negara.

    Sikap yang ditunjukan ini berbeza dengan sikap pihak pembangkang disesetengah negara, dimana selepas pilihan raya pihak pembangkang akan bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi kebaikan rakyat dan negara. Sekiranya perlu mereka akan mengutarakan protes2 dan cadangan2 yang membina.

    Adalah amat mudah sekali bagi mengada-adakan cerita tentang kelemahan kerajaan, dari isu kejatuhan moral masyarakat, ketidakadilan dan kekejaman penguatkuasa, ketidakjujuran penguasa, kelemahan perlaksana dasar sehinggalah kepada peringkat pengubal dasar dan pemimpin.

    Tuduh aje ikut sedap, ikut rasa, ikut otak yang karat dan tentang bukti pula tak penting asalkan tujuan tercapai, imej kerajaan dapat dijatuhkan, dicemar dan yang paling hebat ada pula yang berani berkata ikut kata hati, ikut rasa hati….maklumlah ramai lebai-lebai di Weblog ni hebat-hebat belaka…telah mencapai martabat ARIF dan KASHAF….tapi herannya mata hati dan Sirrnya pula masih tak nampak dan tak terasa kepanasan api neraka.

    Yang hairannya, mereka juga lupa bahawa yang menjadi pelaksana, penguasa dan penguatkuasa adalah terdiri dari pihak rakyat sendiri dan rakyat tersebut pula terdiri dari kalangan berbagai ideologi dan fahaman. Jadi adalah tidak begitu adil untuk menyalahkan semua kepincangan yang dilakukan oleh rakyat seratus peratus keatas bahu kerajaan. Sepatutnya kepincangan yang berlaku sebahagiannya perlu juga dipertanggungjawabkan kepada rakyat Malaysia yang masih bertahap mentaliti kelas ketiga.

    Jadi kita sebagai rakyat Malaysia yang berpendidikan perlulah sedar dan boleh berfikir dengan baik dan perlu juga bertanya pada diri apakah segala tuduhan dan tomahan yang dilemparkan itu benar, mempunyai asas yang kukuh dan berbukti. Sekiranya cuma sekadar didengar-dengar, diceduk-ceduk tanpa mengetahui cerita dan alasan sebenar rasanya adalah lebih baik kita berdiam diri bagi menhindari diri jatuh taraf nafsu paling rendah iaitu Nafsu Haiwani.(tidak ditujukan kepada ashi, secara amnya sahaja)

    Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab rakyat dapat membuat pertimbangan yang baik jangan sampai melakukan kesilapan sehingga pemimpin dan kerajaan yang baik serta telah terbukti baik tumbang semata-mata disebabkan kehebatan, kejaguhan jentera propaganda pembangkang dan kebodohan diri kita sendiri.

    Wasalam….

    P/s: Saja suka berpesan, keamanan dan kemajuan yang telah dibina oleh keringat pemimpin dahulu dan kini janganlah pula dimusnahkan dengan begitu mudah sekali….apabila musnah amat sukar pula hendak dibina semula…

  70. lin

    politik malaysia dah jd cam negara india..drama
    bikin fitnah sama itu anwar ibrahim
    cerita 10 tahun lepas..dibuat episod baru

  71. ashi

    brader Tuah,

    i’m really appreciate ur comments but soklan saya tidak di jawab la..

    arituh geng2 PKR datang melaka. mcm biasa, isu yang dikatakan sudah byk kali didgr but once again, they seem to get more support from melaka people where most of them are petronas staff..

  72. assalamuaikum semua!

    LIN nak tau kenapa politik malaysia dah macam kat india ..memang tepat.. sebabnya anuar ibrahim..ler penyebabnya

    umum pun tahu termasuk LIN .. belum apa-apa lagi masa pilihanraya, isu minyak, altantuya dan macam-macam lagi….

    ANUAR terus ke INDIA…mengadu…tah naper lak tak tau, ituler sekarang kelam kabutnya sebab dia …dah macam kat INDIA

    ANUAR terus ke AMERIKA mengadu … dah pulak satu hal pergi amerika buat aper.., tak sama yop sana liwat satu trend, kalau kat sana semualer sokong… biasaler, tapi kat malaysia mana sama kita ada adat,

    yang tengah pikior lak..nanti bila pulak nak ke IRAQ atau IRAN pasal harga minyak dah naik..kan susah sangat..nama jer negara Arab tapi amerika kan kamcing ngan dia, silap-silap boleh kowteam sponser minyak, boleh jemput amerika dtg malaysia.. pastu jadiler kita macam iraq..negara musnah dema-dema kaya, kita dengan penyokong migung dia sekali dapat ler merasa peritnya…ada akal ker komer ingat aman, sorryler komer ingat dia kenal komer ker,.. komer ker, bapak komer ker, adik beradik komer ker jangan harap kecuali kalau join the back lane… mungkin selamat kot.. hmmm patut beriya benor mempertahankannya

    sekupang dua dari awal lagi… tak sanggup.. tak sanggup bior kebulor demi nak join club Nabi Tak NGaku Ummat ..jangan … jangan cari mara.. teman pun tahu hukumnya yop!

  73. AbangTuah

    Salam Ashi..

    Bukankah YB Datuk Shahril Abd Samad ada membuat kenyataan berhubung kedudukan Petronas dan tak cukup dengan itu Pihak Kerajaan dan RTM juga telah menjemput Pengerusi Petronas Tan Sri Hashim Marikan sendiri untuk membuat kenyataan secara lebih terperinci dimana beliau juga telah memaklumkan kedudukan petronas dan kedengaran juga secara langsungnya beliau mempertahankan staf2 Petronas…

    Bukan itu sahaja dikaca TV kerap kali ditayangkan penjelasan mengenai kedudukan Petronas secara tertulis dan terperinci bagi memberikan kefahaman kepada rakyat Malaysia.

    Pihak Kerajaan juga beberapa kali telah memaklumkan minyak adalah masalah global dan bukan sebab salah kerajaan maupun Petronas. Kerajaan juga telah beberapa kali membuat kenyataan bahawa Petronas telah memberikan bonus, dividen dan membayar cukai kepada kerajaan mengikut kadar yang sepatutnya kepada kerajaan.

    Kawan rasa mungkin semasa sesi-sesi penerangan tersebut bebudak Petronas tu ada kat OFF-SHORE agaknya…tu sebab tak dapat siaran langsung…dan lagi pun bebudak petronas tu semua dah tua-tua biarlah mereka fikir sendiri..

    KJ syorkan agar Finacial Report Petronas dibentangkan di Palimen bertujuan bagi menyangkal tomahan pihak pembangkang bahawa PM ada secret-deal atau hidden-agenda dengan pihak Petronas…tau je lah pihak pembangkang ni dah kering modal…yang tak ada diada-adakan….menyusahkan Petronas, rakyat dan negara betul.

    Jadi, dengan terbentangnya segala fakta dan maklumat di Parlimen tu dapatlah ditutup mulut celupar para pembangkang. Ok lah setakat tu aje yang kawan boleh fikir…dan kawan pun manusia biasa je takle KASHAF sampai mata menembusi langit ketujuh macam lebai-lebai tu jadi tak banyak sangat yang kawan tahu.

    Wassalam..

    p/s: Tak lama lagi HYDROFUEL pun pembangkang nak jadikan isu politik, tak percaya tunggu.

  74. Kuntakinte

    Salam, lin sebab dia memang teror jadi hero bidang lakunan hak tu je, macam le kau tak tengok banyak cerita seperti harry potter 1,2,3… apa lah kau ni ambil contoh filem india. koman betul kau ni…

    kalau nak komen pun bawa lah cerita dari US baru le syok, semua cerita ada lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan, sebab US je yang pandai buat filem cik adik oi…..

    Kau sabar nanti ada lagi cerita baru lagi nak mai….pelakun hero nya orang yang sama. hang tak mau ambik ka outograf dia.he…he..

  75. ashi

    Brader Tuah,

    Really appreciate ur comments. I kind of understand rite now. if u n ur gang (mamak penang, etc) really close to the govt., can u please ask them to really look on masyarakat’s problem? have u raise the concerns from all other bloggers to them? They really need to know what rakyat think about them rite now. dun simply said that ‘kami masih kuat..kami masih dpt byk sokongan’ even though pru12 arituh dh nk kalah truk.

    i really love UMNO. so please dun let me down..

  76. Anti U M N O

    Selagi UMNO memerintah Malaysia, jangan haraplah mereka memerintah dengan adil. Menindas dan memutarbelitkan fakta adalah darah daging UMNO. Insaflah, semua dunia dah tahu, hanya anda jer buat2 tak tahu.

  77. insan

    salam..

    dengan keadaan minyak yang naik ni,tekanan hidup yang mankin tinggi..saye pon setuju kalau abag tuah sarankan kepada pemimpin umno supaya turunkan harga minyak..mana ada manusia yang dlm dunia ni yang suka barang naik..lagi2 laa yang berpendapatan sederhana dan yang miskin..tolong laa sama2 pikirkan..

    kita sebagi pengeluar minyak takkan tak leh nak buat aper2..
    apa yang saya tahu minyak keluarran malaysia ni ade la mnyak yang terbaik..dan dijual dipasaran dengan harga yang tinggi…kemudian negara membeli minyak yang harganya lebih murah..jadi pandangan saya..dari sudut ini kerajaan dah memperoleh keuntungan.

    yang kedua..ketika mata wang amareka jatuh dan nilai mata wang kita naik banyak memberi keuntungan kepada kita..

    sebagai contoh..dahulu 1 dolar amareka bersamaan dengan RM3.80..

    satu barrel minyak bersamaan dengan 100 dolar amareka..

    RM 3.80 x $100=RM 380

    kalau dulu kerajaan terpakasa mengeluarkan RM380 untuk satu tong minyak..bagai mana pula sekarang?

    Nilai mata wang RM berbanding Dolar=RM3.20

    RM 3.20 x $100= RM320

    sekarang dengan keutuhan nilai ringgit kerajan cuma perlu mengeluarkan RM320 sahaja untuk setong. Penjimatan sehingga RM 60..

    kemana perginya semua itu..

    anggaran diaatas cuma sebagai contoh dah mungkin kurang tepat..tetapi saya yakin sekurang2nya ia memberi gambaran kepada kita semua…

  78. politik gila

    assalammualaikum saudaraku semua,
    terima kasih pada dtk sri anwar kerana memberi laluan kepada bangsa yahudi dan tahniah kerana tercapai jua niat anda utk menjadi pemimpin ikut selera,saya percaya anda bukan seorang pemimpin yang hendak membantu rakyat dan bangsa malaysia,sekiranya hendak turunkan harga minyak jgn bercakap saja,buat perjanjian dgn rakyat secara bertulis dan ditandtangan oleh semua pemimpin pakatan rakyat dan berapa lama harga minyak tersebut akan kekal seperti yang dijanjikan,jgn heret rakyat dgn isu bontot sekarang kalau tak buat biar berani jgn dok heret sekali si iblis bush masuk malaysia.Kami adalah rakyat yang membisu selama dan jgn cuba cabar kami.
    Utk parti pas terima kasih kerana kamu tak berkerjasama dgn UMNO kerana mereka hang kata tak islamik dan rasuah.DAP(karpal singh,lim kit siang )tu islamik dan bersih,Tanya dgn karpal berapa banyak penyangak yang dia dok bela sampai ada yang bebas kerana kelicikannya bermain dgn undang2 dan dia pernah kata langkah mayat dia dulu kalau nak tubuh kerajaan islam kau orang ni bengap ke bodoh atau pak kaduk,Tak salah saya kata kamu ni pakai agama utk capai cita2 politik kamu,bila berceramah siap dgn kopiah dan mula dgn bismillah ayat suci al-quran lepas tu mencarut dok hina orang lain,lepas tu kata sanggup kerjasama dgn syaitan,Islam jenis apa korang ni (ikut selera ke )kau org tak tahu kah sekarang agama lain pandang serong agama kita
    *KAMI BUKAN MEWAKILI MANA2 PARTI POLITIK
    KAMI ADALAH MELAYU BISU KESABARAN KAMI ADA BATASNYA SEKIRANYA TANAHAIR INI DI JAJAH LAGI KAMI AKAN BERDIRI DAN NYAWA KAMI ADALAH TARUHANNYA DAN UNTUK SEMUA ORANG ISLAM MARILAH KITA BERSATU TAK KIRA ANDA PAS ATAU PUN UMNO.
    WASSALLAM

  79. alan

    Bergaduh la korang melayu…yg untung DAP,Gerakan n MCA…Bagus melayu!!! keep it up!

  80. ryo

    x faham kenapa penyokong pmbngkng benci sangat dngan UMNO @ BN. x sedar ke diarang yang apa yang diarang nikmati skrng ni hasil sumbangan kerajaan BN. Kata kerajaan x betul sana.. silap sini… kalau Pakatan Rkyat menang hidup korang boleh kaya raya ke? bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati skrang. jangan menyesal satu hari nanti apabila maruah bangsa tergadai kat musuh-musuh islam.

  81. Fadi

    Salam to All Muslim & Muslimat.

    Sekiranya, DSAI di fitnah, maka saya adalah antara orang-orang di belakang DSAI berdoa agar Saiful dan kuncu-kuncunya yang terlibat akan ditimpa keperitan sakit atau penyakit yang amat sangat.

    Ya Allah, sekiranya ini adalah fitnah yang amat keji, engkau berilah balasan yang setimpal kepada mereka, kaum yang zalim. Kerana fitnah itu sama seperti membunuh. Dan Engkau tunjuklah kepada mereka bahawa Engkau Maha Pelindung, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

    Saiful dan kuncu-kuncunya akan dilaknati Allah dan hidup dengan penuh keperitan di dunia dan diakhirat.

    Amin.

  82. Cerita liwat yang meluat orang nak dengar. Siapa yang untung siapa yang rugi. Cerita SXX yang tak patut didedahkan secara umum. Mengajar anak-anak erti lucah melampau. Masyarakat akan jadi porno nanti. Sodom memang bahaya fitnah juga satu dosa.

  83. Major Hazard

    Salam .alahai. skrip lama ,cuma heroinnye muda sikit kali ni. Ada berani bawak syariah court?Takda…buang kes punye..Adik-adik.. dalam perang jangan guna taktik yang sama walaupun dalam perang yang berbeza. Di Padang Matsirat bolehla menegakkan benang yang basah..di Padang Mashyar?Berapa lama nak hidup atas bumi ni dengan duit berjuta tu? 60 tahun? 80 tahun? Larat ke nak pikul fitnah tu kat padang mashyar nanti?Kalau larat …carry on!!!!!!

    • Apa susah sangat nak menafikannya. Angkat je sumpah (anwar) junjung Al-Quran, katakan saja yg dirinya (anwar) tidak pernah meliwat. Habis cerita. Takdalah nak panjang2 sampai berbelit-belit berjela-jela. Pusing kesini, kelok kesana, tembak orang tu, pekena orang ni. Janganlah bersendiwara terus.

  84. Cintakan kedamaian

    Wahai seluruh umat Islam bersyukurlah dengan setiap kurniaanya.Jangan kerana mempertahankan seorang hamba Allah yang sentiasa berubah rubah topeng wajahnya maka kita memperjudikan Tanah air yang tercinta.Jangan la menang sorak kampung tergadai. Kerana kita lah yang akan mencorakan masa depan anak cucu kita. Adalah tidak adil membiarkan anak cucu kita merana dikemudian hari kerana kebodohan kita. Marilah bersatu tak kira apa pun warna kulit kita, apa pun agama kita tetapi kita adalah anak Malaysia. Kalau dulu datuk nenek kita boleh bersatu padu bergadai nyawa demi memerdekakan dan mempertahankan tanah air kita apa lah salahnya kita semua muhasabah diri, gunakan akal fikiran yang waras berfikirlah setiap tindakan kita. Setelah sekian lama kita hidup aman, bergembira bersama keluarga janganlah kita menghancurkannya hanya kerana terlalu menurut perasaan amarah kita. Fikirkanlah segala ketenangan dan kedamaian yang telah kita nikmati. Apalah dosa anak anak kita, kerana mereka juga berhak menikmati kehidupan seperti apa yang telah kita nikmati selama ini. Jangan kerna termakan hasutan anasir anasir liar maka kita memusnahkan kedamaian yg kita nikmati selama ini. Semoga Allah membuka pintu hati Tok guru Nik Aziz menerima salam perpaduan dari Datuk Najib demi Umat Islam kerana saya sudah letih melihat ahli keluarga & sanak saudara bercakaran kerana terlalu fanatik terhadap beliau. Buktikan anda adalah umat Islam yang sebenar bukan hanya cakap cakap kosong kerana Islam cintakan kedamaian. Untuk pengikut DSAI usahlah terlalu mengikut perasaan kerana saya yang dilahirkan didalam keluarga PAS semenjak kecil kes liwat ini telah saya dengar dari abang ipar saya seorang guru semenjak saya masik bersekolah lagi awal tahun 90an. Walau apapun siapalah kita untuk menghakimi seseorang yang penting sebagai rakyat teruskan usaha kita meningkatkan ekonomi keluarga dan didiklah anak isteri kita supaya menjadi Hamba Allah yang beriman. Biarkan orang politik selesaikan masaalah mereka. Jangan biarkan kita menjadi kuda tunggangan mereka. Semoga Allah melindungi tanah air ku dari segala bencana dan kejahatan.

  85. PENGLIMA ISLAM

    KES LIWAT DSI & SAIFUL MESTI DISELESAIKAH SECARA ISLAM:
    SEBAB NEGARA KITA NEGARA ISLAM(TERMAKTUB DAKAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN) DAN YANG TERLIBAT DUA ORANG ISLAM: KITA ADA MAHKAMAH SYARIAH; PATUT DISELESAIKAN DIMAHKAMAH SYARIAH YASNG LEBIH TEPAT” HANYA CARA ISLAM SAHAJA BOLEH DAN DAPAT SELESAIKAN KES BERKENAAN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s