Daily Archives: June 30, 2008

Anwar sudah keluar dari kedutaan Turki

sumber mstar
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim difahamkan telah meninggalkan Kedutaan Turki, lewat petang tadi setelah mendapat jaminan atas keselamatannya.

Terdahulu, Anwar berkata, dia hanya akan meninggalkan kedutaan tersebut sekitar jam 5.30 atau 6 petang hari ini.

“Saya masih menunggu. Wan Azizah akan berjumpa PM. Setelah selesai, saya akan keluar dari kedutaan pada jam 5.30 atau 6 petang,” ujar Anwar ketika dihubungi Reuters sebelum itu.

Menurut Anwar, dakwaan kes liwat tersebut berkemungkinan merupakan satu taktik untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap isu-isu berkaitan kenaikan harga petrol dan makanan serta skandal-skandal lain berkaitan kerajaan.

“Ini merupakan satu helah untuk alih perhatian rakyat. Tetapi rakyat tidak boleh dibeli dan ditipu oleh media.”

Anwar bakal mengadakan satu sidang media di pejabat PKR di Petaling Jaya, pada jam 9 malam ini berhubung kes tersebut.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda