Monthly Archives: July 2008

Anwar Bertanding di Permatang Pauh – Terkini

penulis menerima sms dari seorang teman. Presiden PKR yang juga MP Permatang Pauh akan mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat PKR untuk bertanding bagi kerusi tersebut.  Datin Seri Wan Azizah telah pun menghantar surat pelepasan kerusi parlimen tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat awal hari ini.

sebelum ini, banyak spekulasi yang anwar akan bertanding di BTR atau Kulim. Tetapi kini sudah terjawab di mana DSAI lebih selesa untuk bertading di kerusi ‘selamat’ bagi beliau iaitu di Permatang Pauh. Adakah kerusi Permatang Pauh masih lagi selamat bagi beliau untuk bertanding pada PRaya kecil nanti. Persoalan bakal terjawab nanti.

Advertisement

63 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pengkhianatan terbuka oleh PAS-UMNO

AP Selangor menyifatkan penggabungan PAS dengan Umno, jika menjadi kenyataan, sebagai “pengkhianatan terbuka terhadap para pengundi bukan Muslim”.

Setiausahanya Lau Weng San juga berkata tidak wajar pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abd Razak menghalang DAP “campur tangan” dalam rundingan rakan kongsinya itu dalam Pakatan Rakyat dengan Umno.

“Biarpun DAP tidak berhak untuk campur tangan dalam urusan dalaman parti rakan (PAS), tetapi DAP mempunyai hak untuk bersuara jikalau sesuatu perkara yang berlaku di dalam parti itu akan memberi impak terhadap sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat,” katanya.

“Tindakan beberapa orang pemimpin kanan PAS ini bukan sahaja telah menimbulkan kerisauan dan kemarahan ahli-ahli akar umbi serta penyokong-penyokong bukan Muslimnya, malahan mereka pula mempermainkan perkataan-perkataan seperti ‘muzakarah’ dan ‘muqabalah’.”

Lau berkata perbincangan sulit antara beberapa pemimpin kanan PAS dan Umno bukan sahaja tidak dimaklumkan kepada rakan-rakan yang lain di dalam Pakatan Rakyat, malahan kebanyakan ahli akar umbi PAS, termasuk ahli-ahli parlimen dan wakil-wakil rakyat PAS yang turut tidak dimaklumkan terhadap pertemuan ini.

Beliau, yang juga wakil rakyat Kampung Tunku, berkata tindakan PAS itu “membelakangi konsep PAS untuk semua” yang selama ini dilaung-laungkan oleh PAS dan “satu pengkhianatan terbuka kepada pengundi-pengundi bukan Muslim dan pengundi-pengundi Muslim yang tidak menyokong dasar-dasar perkauman Umno.” sumber malaysiakini

nota:

1. bukankah tindakan biaDAP mempersoalkan ketuanan Melayu tidak dikira sebagai satu pengkhianatan oleh biaDAP terhadap seluruh pejuang2 kemerdekaan Melayu yang bersikap tolak ansur dengan bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan kepada kaum pendatang seperti india dan cina semasa kemerdekaan dahulu?

2. Bukankah tindakan DAP menghina Sultan Perak tidak dianggap sebagai satu tindakan khianat terhadap pengundi Melayu yang mengundi mereka pada PRU yang lepas?

3. Tidakkah slogan ‘Malaysian Malaysia’ merupakan satu pengkhianatan terbuka kepada seluruh melayu yang mana ia menuntut hak sama rata bagi semua kaum di Malaysia khususnya di semenanjung. Adakah tindakan melanggar kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina ini tidak dianggap sebagai satu pengkhianatan?

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Laporan Pusrawi – Konspirasi Anwar??

penulis ingin berkongsi satu maklumat yang berguna mengenai siapa sebenarnya Dr Mohamad Osman dan apa hubungan beliau dengan DSAI. Dengan melihat beberapa program yang disenaraikan di laman ini, Dr Mohamad Osman sebenarnya sudah beberapa berjumpa dengan DSAI. Adakah pendedahan laporan Saiful Bukhari ini satu permainan politik DSAI untuk membersihkan nama beliau. Adakah selama ini apa yang beliau katakan sebagai konspirasi politik sebenarnya diasaskan oleh beliau sendiri?

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Lulus usul Pak Lah dan Najib Berundur

dari mstar
UMNO cawangan Guar Tinggi di dalam bahagian Padang Besar meluluskan usul supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan masing-masing.

Ketua UMNO cawangan itu, Yaacob Man berkata, hari ini usul itu yang dibawanya diluluskan sebulat suara oleh 85 anggota yang menghadiri persidangan UMNO cawangan itu di Dewan Orang Ramai Guar Tinggi, Ahad lalu.

Abdullah dan Najib perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan UMNO dan BN di beberapa negeri pada pilihan raya umum 8 Mac lepas dan pengunduran mereka adalah bagi membolehkan usaha memantapkan parti dilaksanakan, katanya kepada pemberita di sini.

Yaakob yang juga anggota jawatankuasa UMNO Padang Besar berkata, jika Abdullah dan Najib terus menerajui UMNO, mereka mungkin mendapat tentangan pada perhimpunan agung parti akhir tahun ini.

37 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Saiful akan bersumpah guna Al Quran

dari bharian
Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat akuan bersumpah menggunakan Al-Quran dalam masa terdekat, kata peguamnya.

Zamri Idrus berkata sehingga kini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) belum menghubungi anak guamnya itu berhubung akuan bersumpah.

“Saiful akan bersumpah dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya. Buat masa ini biar polis menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.
“Beliau tetap dengan pendiriannya untuk membuat akuan bersumpah dan beliau melakukannya dengan sukarela, bukan atas paksaan,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada Mohd Saiful, 23, diugut oleh pihak tertentu memandangkan keengganannya bersemuka dengan pihak media, Zamri berkata anak guamnya berbuat demikian kerana sebab keselamatan tetapi beliau akan menemui wartawan apabila tiba masanya.

“Saiful bukan takut jumpa media tetapi bimbang akan keselamatannya. Buat pengetahuan pihak media, Saiful masih berada di negara ini dan berada di bawah perlindungan polis,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Mohd Saiful pernah pergi ke Hospital Pusrawi untuk membuat pemeriksaan doktor berhubung kes liwatnya, Zamri berkata: “Tiada komen mengenai laporan perubatan itu dan biar polis jalankan siasatan mereka. Semua perkara berkaitan kes liwat ini sudah diberitahu kepada pihak polis dan Saiful bersedia memberi kerjasama kepada polis bila-bila masa.

Zamri berkata anak guamnya mempunyai “kes yang kuat” untuk membuktikan dirinya diliwat oleh Anwar.

Pada sidang akhbar itu, peguam itu membacakan kenyataan media tiga perenggan yang ditulis sendiri oleh Mohd Saiful yang menyatakan antara lainnya bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa sebab untuk memfitnah dan menganiayai Anwar.

Beliau juga berharap polis akan mempercepatkan siasatan dan meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu. –

nota: sejauh mana kebenaran kes liwat ini, penulis berserah kepada Allah SWT. Satu pihak berani bersumpah dan bermubahalah manakala satu pihak lagi mengadu qazaf dan tidak berani bersumpah. Hanya kepada Allah SWT sahaja kebenaran akan terbukti.

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Laporan Kesihatan Saiful Hampir Sama Dengan Yang Asal – Pusrawi

dari mstar

Hospital Pusrawi hari ini menjelaskan laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan,23 yang diedarkan melalui internet hampir sama dengan laporan asal.

Pengarah Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob dalam sidang medianya berkata: “Laporan tersebut nampak genuine tetapi yang asli ada pada saya”.

Dalam kenyataan akhbar lima perenggan yang dikeluarkan hospital itu memberitahu, doktor hospital tersebut, Dr Muhamad Osman Abdul Hamid telah melakukan pemeriksaan ke atas pesakit Mohd Saiful berkaitan liwat.

Kenyataan tersebut menjelaskan yang Dr Muhamad Osman bukan seorang doktor pakar dan hanya seorang pegawai perubatan yang bertugas di bahagian klinik kemalangan dan kecemasan hospital.

Kenyataan itu turut menyebut, doktor tersebut telah menasihatkan Mohd Saiful supaya menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan dan tiada pemeriksaan lanjut dilakukan berkaitan aduan liwat.

Hospital tersebut turut memberitahu, pihak mereka tidak mengeluarkan sebarang maklumat rasmi kepada mana-mana pihak berhubung laporan perbuatan terhadap pesakit bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemuda PAS buat laporan polis

sumber klpos

Dua cawangan Pemuda PAS Kelantan, hari ini masing-masing membuat laporan polis mendakwa kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang mengajak PAS bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan sebagai berunsur rasuah politik.

Ketua Pemuda PAS cawangan Kubang Kerian, Mohamad Nuri @ Nuri Mat Yaacob dan Ketua Pemuda PAS cawangan Kota Baharu, Mohd Baharuddin Mohd Noor, masing-masing membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini pada kira-kira 2.30 petang.

Mereka diiringi kirakira 15 anggota Pemuda PAS dari kedua-dua cawangan itu.

Tajol Rosli dalam kenyataannya semalam mengajak Pas bergabung membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dengan wakil PAS akan terus memegang jawatan Menteri Besar dan keanggotaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohamad Nuri berkata, mereka membuat laporan itu bagi meminta polis menyiasat tawaran Tajol Rosli itu yang didakwanya berunsur rasuah.

“Ini satu budaya rasuah politik yang perlu dikekang kerana ia boleh menggugat kedudukan mana-mana pihak dan kami berpendirian untuk membuat laporan polis untuk mendapatkan siasatan lanjut berkenaan tawaran itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS pusat Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan  Tajol Rosli itu sebagai tidak bijak dan tidak menghormati PAS.

“Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu yang seolah-olah tidak faham dan tidak menghormati PAS sekarang bersama dengan Pakatan Rakyat.

“PAS menghormati beliau (Tajol Rosli) dengan Barisan Nasional (BN)… kenapa mesti beliau buat begitu (menawarkan jawatan) untuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mengulas berkenaan laporan polis yang dibuat oleh dua cawangan Pemuda PAS itu, Salahuddin berkata Pemuda PAS Perak juga akan mengambil langkah yang sama.

“Mereka juga akan buat laporan polis, mungkin petang ini atau esok,” katanya.

nota: inilah dikatakan ‘bias’ politik!!! apabila DSAI membuat tawaran ‘gula-gula’ kepada wakil BN dari Sabah dan Sarawak untuk melompat, tidak ada pula cadangan untuk buat laporan polis oleh pihak PAS. golongan2 seperti inilah yang sebenarnya tidak ingin melihat kerjasama politik UMNO-PAS kerana takut kehilangan kuasa mereka! golongan seperti inilah sebenarnya yang tidak suka melihat Melayu Islam bersatu. aduhai kolotnya pemikiran saudara sebangsa dan seagama dengan penulis!

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Siapa Dr. Mohamed Osman?

sumber mstar

Daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, kini individu yang menjadi perhatian ialah pegawai perubatan Hospital Pusrawi – Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid – doktor pertama menerima kunjungan bekas pembantu khas itu pada 28 Jun lalu.

Sumber-sumber memberitahu mStar Online, Dr. Mohamed Osman mula bertugas di hospital berkenaan sejak setahun lalu.

Beliau merupakan pegawai perubatan yang berasal dari Myanmar dan pernah berkhidmat di beberapa buah hopsital kerajaan sebelum menjadi pegawai perubatan di Pusrawi.

Tambah sumber itu, Dr. Mohamed Osman telah mengambil cuti sejak seminggu yang lalu dan tidak diketahui di mana beliau berada sekarang.

Dr. Mohamed Osman menjadi perhatian kerana dikatakan telah mendapati tiada kesan Mohd. Saiful telah diliwat.

Semalam, portal berita Malaysia Today mendakwa polis telah menahan seorang  doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, portal berkenaan juga mendedahkan salinan laporan pemeriksaan doktor di sebuah pusat rawatan swasta di Kuala Lumpur, menjelaskan tiada kesan meliwat terhadap bekas pembantu kepada Anwar, Mohd Saiful.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan polis menahan seorang doktor yang didakwa oleh portal berkenaan.

Ismail berkata polis telah pun merakamkan kenyataan Dr. Mohamed Osman berhubung laporan tersebut sebelum ia nya tersebar di internet semalam.

Beliau berkata, doktor lelaki tersebut antara 18 saksi yang sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan sebelum ini.

nota: hati penulis amat tertarik dengan kes liwat DSAI-Saiful. ini kerana kes ini melibatkan pelbagai negara dan benua. bermula dengan melarikan diri ke kedutaan turki, seterusnya negara kita diberi amaran oleh US dan dikini doktor yang kononnya membuat pemeriksaan awal terhadap saiful datang dari Myanmar. Ini belum lagi dimasukkan dengan individu2 yang memberi sokongan kepada DSAI dalam kes liwat ini seperti bekas PM Canada dan bekas Pengerusi IMF. Kes liwat ini boleh dikategori sebagai satu kes salah laku bersifat global!!! tahniah kepada DSAI dan Saiful kerana ‘mengharum’kan nama negara kita di mata dunia.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Al Fatihah – Dato’ Setia Hj Mufti Sudah Meninggal Dunia

penulis baru menerima berita bahawa bekas Ketua Umno Bahagian Ampang YBhg Dato’ Setia Hj Mufti Hj Shuib baru sahaja meninggalkan dunia. Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

UMNO perlu dengar suara akar umbi

sedikit liputan akhbar sinar harian mengenai persidangan cawangan Jalan Enggang tempohari

TAMAN KERAMAT – UMNO cawangan Jalan Enggang, Pusat Bandar Taman Keramat meminta pucuk kepemimpinan parti mengambil perhatian dan mendengar suara akar umbi.

Ini berdasarkan desakan ahli di peringkat bawahan mahu pemimpin atasan melakukan perubahan secara telus terutama melibatkan pencalonan dalam perebutan jawatan kali ini.

Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan itu, Ismail Ibrahim berkata, tindakan pucuk kepemimpinan parti membuat keputusan tanpa mendapat persetujuan ahli merupakan perkara yang sukar diterima.

Beliau memberi contoh, peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suatu keputusan yang dibuat tanpa merujuk kepada ahli.

“Tindakan ini tidak wajar. Ia seolah-olah menafikan hak ahli. Oleh itu, hak untuk menentukan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden parti hendaklah ditentukan oleh ahli.

“Ahli kini sebulat suara tidak menyetujui cadangan peralihan kuasa itu kerana tidak mengambil kira pandangan dan suara daripada ahli bawahan,” katanya pada Persidangan Tahunan Ke-14 UMNO Cawangan Jalan Enggang di sini.

Dalam persidangan itu, UMNO cawangan berkenaan mengusulkan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden UMNO bagi penggal 2008/2011 pada peringkat bahagian.

Ismail berkata, pencalonan kali ini mesti bermula dari bawah dan sekiranya parti memutuskan di peringkat atasan, keadaan itu sudah menyalahi etika parti.

“Apa yang berlaku dalam UMNO sekarang amat mendukacitakan. Parti memerlukan nafas baru dan berani melakukan perubahan demi kebaikan parti dan bangsa. Pemimpin yang ada sekarang sudah tidak menunjukkan kepimpinan diharapkan dan perubahan ini yang ahli tuntut,” katanya.

Sementara itu, dalam persidangan itu berlaku pertukaran jawatan bagi kerusi Pengerusi Tetap UMNO cawangan Jalan Enggang yang disandang Mohamad Mohd Nor, manakala jawatan Ketua cawangan, Rosman Kassim masih kekal, dan timbalannya, Kamaruddin Bakar.

Mengenai UMNO yang semakin kehilangan sokongan daripada orang Melayu, Ismail berkata, parti itu masih utuh dan relevan.

“Punca parti ini lemah dan kurang mendapat kepercayaan ialah disebabkan kepimpinan yang ada sekarang, bukan batang tubuh parti.

“Apabila terdapat sikap pemimpin yang membelakangkan ahli dalam keputusan yang ada, timbul ketidakrelevanan parti itu kepada orang Melayu yang semakin bijak dan muak dengan apa yang berlaku sekarang,” katanya.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda