Daily Archives: July 1, 2008

Ezam Tidak Terkejut

sumber mstar

SHAH ALAM: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau tidak terkejut dengan dakwaan liwat kali kedua yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau mempunyai sebab untuk berkata demikian dan akan menjelaskan perkara itu pada masa yang sesuai.

“Bagaimanapun saya tetap berpendirian saya tidak mahu mengaibkan orang, sehinggalah maruah saya dicabar dan saya harus membela maruah saya, saya akan katakan perkara sebenar,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor di sini hari ini.

Ditanya sejauh mana beliau mengenali akhlak Anwar, beliau berkata: “Ia akan buka aib orang jadi saya tak nak ulas. Saudara boleh tafsir sendiri.”

Mohamad Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar, berkata tuduhan liwat terhadap Anwar bersifat peribadi dan bukan berunsur politik seperti yang didakwa oleh Anwar.

Mengenai dakwaan Anwar bahawa kerajaan terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan karier politik beliau dengan mengaitkannya sekali lagi dalam kes liwat dan ancaman bunuh yang didakwa diterimanya, Mohamad Ezam berkata dakwaan itu sama sekali tidak masuk akal.

“Tidak masuk akal pun orang nak buat konspirasi dalam hal yang sama membabitkan orang sama dua kali, tak logik pun. Anwar seharusnya tunggu, kenapa nak tergesa-gesa dakwa ada ancaman bunuh. Tunggu sahajalah siasatan polis dan selepas itu pertahankan diri sekiranya ada asas,” katanya. BERNAMA

18 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

USA Beri Amaran Dalam Kes Liwat Anwar

sumber malaysiakini

The United States said today it would oppose any politically motivated investigation or prosecution of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim facing fresh sex misconduct charges.

dari utusan

AS tidak mahu Anwar disiasat
01/07/2008 3:33pm

WASHINGTON 1 Julai – Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan ia menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermotifkan politik.

“Sudah pasti (kita) akan menentang sebarang kuat kuasa undang-undang atau prosedur kehakiman atau apa juga yang tidak mengikuti undang-undang.

“Perkara utama bagi kami adalah kedaulatan undang-undang mengatasi politik,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey. – AFP

nota: penulis amat kecewa dengan tindakan DSAI yang lari menyembunyi di kedutaan Turki pada ahad lepas selepas laporan polis dibuat terhadap beliau. Pendapat beliau yang mengatakan pekhidmatan pihak polis diragui amat dikesali. Kini, DSAI sudah mula mengadu dan meminta perlindungan tidak langsung dari ‘polis dunia’ iaitu Amerika Syarikat. Penulis percaya ada penyokong DSAI bersorak gembira dengan kenyataan kerajaan Amerika yang cuba mencampur urusan negara Malaysia. Amat bodoh sekiranya mereka menyokong tindakan pemimpin mereka yang cuba mendapat perlindungan dari kuasa asing. Apakah pasukan keselamatan negara akan ditukar secara total akibat hilangnya keyakinan DSAI apabila beliau ditakdirkan menjadi Perdana Menteri??

Penulis menyeru supaya DSAI kembali semula ke ‘basic’ dengan mengambil Al Quran sebagai petunjuk. Kini sudah tiba DSAI membuat pengakuan bersumpah atas Al Quran sekiranya tuduhan meliwat ini merupakan satu tuduhan yang liar. Ramai rakyat Malaysia pasti menunggu saat ini. Sejak kes liwat pertama 10 tahun lepas, tiada juga pengakuan bersumpah dibuat. Mengapa DSAI tidak mahu membuat pengakuan bersumpah di atas Al Quran Al Karim kitab ulung Umat Islam sekiranya betul2 tidak bersalah?

Walauapapun ideologi perjuangan kita tidak kira dari UMNO, PAS, DAP, PKR dan sebagainya, kita seharusnya menolak segala tindakan individu yang cuba ‘menjemput’ kuasa asing mencampuri urusan negara kita. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda