Ezam Tidak Terkejut

sumber mstar

SHAH ALAM: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau tidak terkejut dengan dakwaan liwat kali kedua yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau mempunyai sebab untuk berkata demikian dan akan menjelaskan perkara itu pada masa yang sesuai.

“Bagaimanapun saya tetap berpendirian saya tidak mahu mengaibkan orang, sehinggalah maruah saya dicabar dan saya harus membela maruah saya, saya akan katakan perkara sebenar,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor di sini hari ini.

Ditanya sejauh mana beliau mengenali akhlak Anwar, beliau berkata: “Ia akan buka aib orang jadi saya tak nak ulas. Saudara boleh tafsir sendiri.”

Mohamad Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar, berkata tuduhan liwat terhadap Anwar bersifat peribadi dan bukan berunsur politik seperti yang didakwa oleh Anwar.

Mengenai dakwaan Anwar bahawa kerajaan terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan karier politik beliau dengan mengaitkannya sekali lagi dalam kes liwat dan ancaman bunuh yang didakwa diterimanya, Mohamad Ezam berkata dakwaan itu sama sekali tidak masuk akal.

“Tidak masuk akal pun orang nak buat konspirasi dalam hal yang sama membabitkan orang sama dua kali, tak logik pun. Anwar seharusnya tunggu, kenapa nak tergesa-gesa dakwa ada ancaman bunuh. Tunggu sahajalah siasatan polis dan selepas itu pertahankan diri sekiranya ada asas,” katanya. BERNAMA

18 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

18 responses to “Ezam Tidak Terkejut

  1. SIMPATI

    EZAM TAHU SEGALANYA. CUBA HANTAR EZAM
    PERGI CEK BUNTUT DIA KAT HOSPITAL.

    DULU KITA BERPERANG DENGAN LAKNAT INI
    YG MENAFIKAN PERBUATAN ANUAR (MUNGKIN DIA TENGAH SEDAP MASA ITU).

    SEKARANG APA MACAM……LAKNAT YG SERUPA

  2. PUTARALAM

    EH TAK KAN NAK TERKEJUT PULAK…..?
    TEMAN SEALIRAN

  3. AdnanMB

    Saya pun tak terkejut bila Ezam kata dia tak terkejut. Macamana nak terkejut, jika yang bercakap itu adalah munafik.

    Pada saya, samada Anwar buat atau tidak perbuatan keji itu, itu perkara dosa dan moral. Tetapi bagi manusia yang cakapnya boleh menimbulkan berbagai tafsiran, sifat manusia sedemikian memang amat terkeji. Maksud tersiratnya, tentulah mahukan orang ramai berperangsangka buruk pada Anwar. Apa pun, muka Ezam sekarang memang cukup terserlah kemunafikannya.

    Saya sampai sekarang masih ahli UMNO. Tetapi bukan kerja saya cakap sesuatu yang boleh timbulkan fitnah. Saya pun tidak suka buat tuduhan pada sesiapa terutama perkataan munafik. Tetapi bila sesaorang itu membuka dirinya untuk dipersoalkan kebolehpercayaan maka saya rasa, orang lain boleh juga membuat tuduhan liar terhadap dirinya.

    Saya hanya lihat adanya unsur mala fide bila Ezam membuat kenyataan tersebut. Mungkin Ezam rasa cukup puas dapat melepaskan ‘dendamnya’ pada Anwar tetapi pada saya ianya lebih meyerlahkan siapa Ezam sebenarnya. Ezam adalah manusia yang tidak ada apa-apa kecualikan ‘mala fide’ terhadap Anwar. Barangkali ‘degree’ kebenciannya terhadap Anwar melebihi dari sesiapa sahaja di Malaysia termasuklah Mahathir dan Rosmah.

  4. zigot

    Izam sebenarnya perkena bontot ,dengan anuar so sekarang dia jelous sebab dah lama tak dapat, lagi pun dio cuba nak membontot khairi pulak.

  5. PUTARALAM

    PORK LAH ANAK HARAM BARU LAH PADAN MUKA DIA. DULU TAK PERCAYA ANUAR KAKI
    TUTUH JUBUR, BEBASKAN ANUAR.

    SEKARANG BAWA MASUK EZAM KAKI HISAP
    KOTE, JILAT LUBANG JUBUR, TUTUH JUBUR,
    PONDAN JALANG.

  6. Ditanya sejauh mana beliau mengenali akhlak Anwar, beliau berkata: “Ia akan buka aib orang jadi saya tak nak ulas. Saudara boleh tafsir sendiri.”

    Baru-baru ini heboh satu internet ada satu hamba Allah tu. Dulu dia orang kuat PKR – sokong Anwar macam nak rak. Tapi tup-tup dah masuk UMNO, konon pasal kena offer RM5 juta.

    Siapa ya? Saudara tafsirlah sendiri. Saya tak suka nak buka aib orang.

  7. kamikaze

    ya ALLAH…kau tunjukkan lah kebenaran agar kami dpt lihat dgn sejelas2nya……………

  8. Kuntakinte

    Salam, sdr. AdnanMb,ulasan sedara bernas juga, tapi sedara mengata ezam membuat kenyataan menimbulkan prasangka buruk, bermakna sedara sendiri dah menghukum ezam.

    Sedara mempertikaikan ezam dan lain2 sedang kan tulisan sedara seperti berat sebelah malah mempertahan kelakuan dosa dan moral DSAI, tidak kah itu berat sebelah.

    Masalahnya sebab ezam masuk UMNO bantai geng dia, walhal apa pelik nya asal ezam pun UMNO dulu, masalahnya bila sokong pemimpin kita kata mengampu bila bantai pemimpin kita kata macam, munafik lah dan sebagainya politik kita kait hukum Islam, yang berbuntut kita tak kait hukum Islam, cakap menuduh orang dengan berbagai tuduhan bagaimana pulak.

    Sdr. zigot tu ha, cakap pun dah sama bunyi kentut.

    Sdr. Putaralam, menulis langsung tak mengambarkan seorang Islam, tak bermaruah, sekurang2 nya sebagai seorang melayu Islam jaga lah sikit tutur kata dan budi bahasa, kalau nak marah seseorang tidak lah sampai terang2an mencarut, kuntakinte pun guna bahasa boleh tahan juga tapi biar ada sempadan. bangsa lain dan sahabat2 lain dari berbagai umur membaca webblog ini, tidak kah kita rasa malu dengan tulisan yang tak bermoral sedang kan kita kononnya nak memperjuangkan moral.

    Nasihat kuntakinte biar ada tapisan sikit setiap moderator yang hendak menulis di webblog kerana bahasa menunjukkan bangsa.

    Wassalam.

  9. budak kuala kenas

    tanya semua bebudak umno, mesti semua pun pasti tak terkejut.. sebab orang umno je yang dah biasa dengan perkataan liwat ni..

    wahai puak umno.. tunggu je lah saat kejatuhan.. parti delapan

  10. PUTARALAM

    KUNTAKINTE !!!

    NAMA PUN MACAM HAMBA ABDI AFRIKA YG DI BAWA KE US, BUKAN ISLAM.

    BRO. TAK PAYAH LAH NAK CERITA PASAL ISLAM , NAK TUNJUK ISLAM, TAK PAYAH.

    ORANG ORANG LAKNAT MACAM PORK LAH DAN EZAM TAK LAYAK DILAYAN MACAM ORANG ISLAM.

    SIAPA ANDA NAK “JUDGE” ISLAM KE TAK ISLAM.

    SAYA BEREMOSI KERANA SAYA TERLIBAT MENENTANG LAKNAT PONDAN SIAL NI DULU.
    SEKARANG SENANG2 PUKIMAK PORK LAH TERIMA MASUK UMNO. PUKIMAK PUNYA PORK LAH
    ANAK HARAM

  11. sekolah atap

    dasyatnya bahasa orang sekarang ya…. orang tu kata hang bukan islam… orang ni kata depa bukan islam…. saya tak pernah dengar pulak, orang bukan Islam berbalah sesama mereka….. `macha u bukan Hindu sejati’ ATAU ` lu bukan Buddha sejati’…. entahlah. saya sekolah atap je..

  12. bumihari

    Wahai Sdra Kuntakinte

    Ini apa punya bahasa? Panggil orang porklah? pukimak? anak haram?.

    Taubat lahhhh….

    Kalau kamu tu islam…

  13. bumihari

    sori… email saya di tujukan kepada putaralam bukan kuntakinte

  14. sekolah atap

    Orang ni kata dia lebih ISLAM.. Orang tu kata dialah yang lebih ISLAM. Orang ni kata dialah pejuang ISLAM, yang ini tidak berjuang untuk ISLAM, yang ini berjuang untuk ISLAM. Padahal yang mengata tu semuanya orang ISLAM. PAS kata UMNO tak ISLAM. UMNO kata PAS tak ISLAM. Tapi sepanjang usia saya… tak pernah pulak MCA kata DAP “engkau bukan BUDDHA” dan DAP kata kat MCA “engkau bukan pejuang BUDDHA sejati”.. MIC pun saya tak pernah pulak dia kata kat HINDRAF engkau bukan pejuang HINDU sejati…
    yang pernah saya dengar…
    DAP kata kat MCA… “kalau undi MCA bermakna undi UMNO”
    yang peliknya orang melayu ISLAM ni yang duk kata sesama sendiri…. orang lain tengok je…. gelak pun mungkin ya… suruh gaduh lagi kuat pun mungkin `ya’ jugak.. tak taulah depa semua tu orang cerdik2… saya sekolah atap je…. tak berani nak komen lebih2.. nanti salah pulak… sema2 lah kita tengok….

  15. Kuntakinte

    Salam, Sdr Putaralam, kalau ye pu marah jangan lah sampai guna bahasa yang tak elok dan tak bermoral, kita bebas melontarkan pandangan dan komen tapi biarlah dengan mengunakan mulut yang secara spontan melafazkan Bismillah….sebelum memulakan tindakan atau penulisan.

    Kalau takat sedara mengaku Islam mengunakan bahasa tak bermoral, sedara merosakkan imej Islam. kalau dikatakan kuntakinte bukan Islam, bermakna lebih baik lagi moral orang bukan Islam dari yang Islam seperti sedara, malu kuntakinte sebagai orang Melayu islam lihat peragai sedara. adakah kah nasihat dan komen kuntakinte diatas tak baik dan tak bermoral? banding dengan komen sedara, mencarut je…..

    kuntakinte seorang Islam, mengambil nama kuntakinte tidak semesti nya tidak Islam, nama tersebut bermoral berbading nama sedara gunakan mengambar sedara tukang putaralam sesuai bahasa yang sedara gunakan dengan nama ngam kata orang cina.

    Nama kuntakinte gunakan sentiasa akan memberi keinsafan dan sentiasa memberi pengertian, ingatan dan teladan kepada diri kuntakinte akan bahayanya sistem penjajah dan menjadi hamba kepada penjajah yang menjadi pendatang terutama dalam konsep negara kita.tambahan kuntakinte sendiri telah lihat dengan mata kepala bagaiamana masyarakat peribumi masih hidup di perhambakan di Afrika Selatan.

    Komen sedara di ruangan yang lain pada 5.7.08 kuntakinte sokong dan setuju, bahasa yang amat bermorak digunakan. teruskan perjuangan bahasa yang bermoral!!!!

    wassalam.

  16. AbangTuah

    Salam..brokuntakinte..
    Kawan sokong sifat dan etika bro.

    Bagi saudara putaralam kawan bukan tak setuju dengan awak..tapi kawan rasa boleh cari perkataan yang lain yang kurang kesatnya tapi kejituannya madsudnya lebih kurang sama.

    Kawan setuju dengan kuntakinte…kita Melayu dan Islam..bukan itu budaya kita. Cuba kita tengok contoh apa yang terjadi di Konsert Bantahan Sejuta Rakyat…walau pun mereka kumpulan pembangkang…tapi sekiranya melebih-lebih dari adat resam melayu..kena balun juga.

    Syabas PKR..kalau lebih-lebih tu balun aje…walau pun kau orang pembangkang tapi kena jaga juga adat kesopanan keturunan kita…

  17. atasinchi

    adekala, hendak malayan org seperti sdr putaralam memerlukan kite memahami diri mereka…cube bawa diri kite seperti keadaan beliau…mungkin itu bukanlah diri beliau yg sebenar, setiap seseorang pasti ade 2 karekter yg tanpa kite sedari boleh berubah-rubah mengikut situasi…yg pasti setiap perilaku itu pastinye ade pendorongnye…cume beza kite seorang islam ialah keimanan dan ketaqwaan…2 aspek itu mampu membentuk akhlak yg baik dan memenjara akhlak yg tidak baik…syabas sdr kuntakinte kerana mampu menangani situasi dgn baik…berpesan-pesan la sesama kite, kerana sesungguhnya kite ini org yg rugi…
    wallahualam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s