USA Beri Amaran Dalam Kes Liwat Anwar

sumber malaysiakini

The United States said today it would oppose any politically motivated investigation or prosecution of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim facing fresh sex misconduct charges.

dari utusan

AS tidak mahu Anwar disiasat
01/07/2008 3:33pm

WASHINGTON 1 Julai – Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan ia menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermotifkan politik.

“Sudah pasti (kita) akan menentang sebarang kuat kuasa undang-undang atau prosedur kehakiman atau apa juga yang tidak mengikuti undang-undang.

“Perkara utama bagi kami adalah kedaulatan undang-undang mengatasi politik,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey. – AFP

nota: penulis amat kecewa dengan tindakan DSAI yang lari menyembunyi di kedutaan Turki pada ahad lepas selepas laporan polis dibuat terhadap beliau. Pendapat beliau yang mengatakan pekhidmatan pihak polis diragui amat dikesali. Kini, DSAI sudah mula mengadu dan meminta perlindungan tidak langsung dari ‘polis dunia’ iaitu Amerika Syarikat. Penulis percaya ada penyokong DSAI bersorak gembira dengan kenyataan kerajaan Amerika yang cuba mencampur urusan negara Malaysia. Amat bodoh sekiranya mereka menyokong tindakan pemimpin mereka yang cuba mendapat perlindungan dari kuasa asing. Apakah pasukan keselamatan negara akan ditukar secara total akibat hilangnya keyakinan DSAI apabila beliau ditakdirkan menjadi Perdana Menteri??

Penulis menyeru supaya DSAI kembali semula ke ‘basic’ dengan mengambil Al Quran sebagai petunjuk. Kini sudah tiba DSAI membuat pengakuan bersumpah atas Al Quran sekiranya tuduhan meliwat ini merupakan satu tuduhan yang liar. Ramai rakyat Malaysia pasti menunggu saat ini. Sejak kes liwat pertama 10 tahun lepas, tiada juga pengakuan bersumpah dibuat. Mengapa DSAI tidak mahu membuat pengakuan bersumpah di atas Al Quran Al Karim kitab ulung Umat Islam sekiranya betul2 tidak bersalah?

Walauapapun ideologi perjuangan kita tidak kira dari UMNO, PAS, DAP, PKR dan sebagainya, kita seharusnya menolak segala tindakan individu yang cuba ‘menjemput’ kuasa asing mencampuri urusan negara kita. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

13 responses to “USA Beri Amaran Dalam Kes Liwat Anwar

  1. memang bangang ra PKR ni x habis2 nak buat susah, putar sane putar sini, x de pun kebaikan untuk rakyat dibuat.

    cerita ckit apa PKR buat selain membuat kucar kacir orang melayu.

  2. amran amin

    KENAPA anwar memilih amerika daripada raja2 melayu terutama yang dipertuan agung? Adakah benar raja2 tidak mempunyai kuasa veto untuk menyelamatkan orang2 melayu tetapi yang punya veto adalah amerika?

  3. Kuntakinte

    Salam, sdr bola rotan dan amran amin, putik2 untuk US campur tangan telah mula berbunga, hutan dan semak belukar DSAI dan PKR telah rintiskan dan ditebas untuk memberi laluan mudah kepada US mencampuri urusan Malaysia, memang ini yang di cita2kan oleh DSAI dan US bagaikan pucuk di cita ulam mendatang.

    kuntakinte yakin kerajaan mempunyai kewibawaan untuk menangani isu ini, latarbelakang DSAI sememang kerajaan telah ketahui, kita berusaha lah sambil berdoa agar PDRM dapat menyelesaikan dengan bijak, kuntakinte yakin US akan tersesat tak ketemui bumi Malaysia untuk membantu anak angkatnya itu.

  4. AbangTuah

    Salam…

    A-War lebih suka berkawan dengan DAJJAL dan YAK JUD-MA JUD.

    Setelah kawan kaji, dan melalui pandangan peribadi mendapati Amerika menepati gambaran Dajjal…

    1.) MAHLUK RAKSAKSA YANG BESAR SERTA BERKUASA-
    Madsudnya, Amerika sebuah negara yang amat maju dan berkuasa…mempunyai puluhan ribu senjata, peluru berpandu, kapal perang, mempunyai beribu-ribu ribu jet perjuang tercangih dan mempunyai simpanan ribuan nuklear Warhead. Kuasa Veto juga di tangan mereka jadi segala keputusan dunia adalah mengikut telunjuk mereka.

    2.) MUNCUL DI AKHIR ZAMAN-
    Madsudnya sekaranglah akhir zaman, bila lagi…

    3.) BERMATA SATU, BUTA SEBELAH-
    Madsudnya beragama Samawi tapi dalam kesesatan.

    4.) MEMBAWA SYORGA DITANGAN KANAN DAN NERAKA DITANGAN KIRI-
    Madsudnya mampu memberi kesenangan pada orang atau negara yang pro kepada mereka, contohnya banyak..cuba teka…ha..betul tu…itulah jawapannya. Mampu juga memberi kesengsaraan kepada yang menentang mereka…Libya,Somalia, Afgan, Irak, Iran dan akan datang siapa tahu mungkin Malaysia…

    5.) KELUAR DARI KAWASAN TIMUR TENGAH-
    Madsudnya, majoriti kongressman yang membuat keputusan keatas Amerika dan yang menguasai ekonomi Amerika adalah berketurunan Yahudi berasal dari timur tengah.

    Jadi pada A-War hanya bapanya sahaja yang mampu membantu dia sekarang. Wahai semua orang Islam kenalilah siapa itu Dajjal….cukuplah…jangan di biarkan anak Dajjal membawa masuk bapanya ke Malaysia.

  5. hamba Allah

    maaf menyampuk…

    umat islam dilarang / haram bersumpah selain dari nama Allah.. Bersumpah menggunakan “Wallahu” ataupun “Wallaha” adalah salah, yang betulnya ialah “Wallahi” sahaja. Tiada gunanya menyuruh org bersumpah menggunakan al quran kerana ia meniru orang kristian iaitu bersumpah menggunakan bible.

    Tuntutlah ilmu agama dahulu sebelum mengajar orang lain tenetang agama.

  6. PUTARALAM

    ANUAR BUKAN EGEN YAHUDI US……??????

  7. kamikaze

    bagusla anwar buat mcm 2..apa slhnya srh amerika cmpr tgn??? kan anwar 1 spesis dgn Al Gore & natanyahu/rabin…….!!!!

  8. hampeh

    Salam…
    Sebenarnya US dah lama masuk dan melebarkan pengaruh nya disini dan sememangnyer dah lama terserap dalam masyarakat malaysia….dari cara hidup sampai ke makanan….cth kedai makanan segera tu. US tu bukan semua nyer tak elok….ader yg elok…cthnyer pelaburan. US adalah pelabur no.1 dimalaysia. Kalau US tu semua tak bagus naper di benarkan pelabur US melabur disini…dan naper stgh2 korang atau saudara mara korang syok sgt dapat kerja di company US. Kalau aper2 yg baik dari US aper salahnyer diterima. Kalau pemimpin US nak tolong kawan dia kat sini biarkan lah kalau dia tau kawan dia tu tak leh dapat pembelaan sebenarnya kat sini.

    ps. Saya berkerja di syarikat german.

  9. KALAU AS DAH MASUK CAMPUR DALAM URUSAN NEGARA MALAYISA..HABISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

  10. AbangTuah

    Salam…

    Tiada salahnya Negara Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan USA atau mana-mana negara barat kerana ianya akan memperbanyakkan rakan dagang serta menjana ekonomi negara selain dapat memperolehi manafaat dari segi kecangihan teknologi mereka.

    Tetapi yang amat di runsingkan ialah sikap jahat dasar luar USA yang gemar mencampuri urusan pentabiran sesebuah negara dan akhirnya kerap membawa kepada kekacauan dan kemusnahan.

    Selain dari itu ialah cita-cita mereka sekian lama ingin memperluaskan pengaruh serta memperbanyakkan penempatan ketenteraan dan pengintipan keseluruh dunia melalui kecekapan dan kelicikan pihak CIA mereka dengan niat ingin menguasai, menundukkan atau mempengaruhi kuasa pemerintahan sesebuah negara.

    Maka, diharapkan kita kena faham dimana letak sifat KEDAJALAN mereka demi mencapai cita-cita busuk yang mungkin juga didalangi oleh fahaman Zionist.

    Wasallam….

  11. mok

    Betul vs Salah
    Baik vs Jahat
    Misi Dagang vs Misi Perang
    makanan vs Senjata
    Pelaburan vs Campur tangan
    PDRM vs CIA
    Dibicarakan vs Veto
    MISC vs Armada Marin
    Nuri vs Apache
    Iman vs Dajjal
    Kopi vs Wiski
    Nikah vs Zina
    Jima’ vs Liwat
    UMNO vs PKR
    MERDEKA ! vs DIJAJAH !

  12. ataspagar

    KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) – Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

    Dato’ Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

    Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

    “Kaedahnya dalam kes ini, ialah ‘orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti’ dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, “itu cadangan dari orang yang terlebih pandai.”

    Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

    Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

    “Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’,” tegasnya.

    Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li’an.

    “Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak,” tegasnya ketika dihubungi.

    Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.

    “Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan,” tegas beliau._

  13. Salam,
    Polis Malaysia bukanlah sebuah pasukan polis yang lemah dan bijak.Pokok pisang taakan berbuah dua kali…kesilapan fakta teknikal tak akan salah kali ini.Kamu tunggulah fakta kes ini yang konkrit akan dikeluarkan oleh pihak polis di Makamah nanti.Siap dengan klip video CC camera kondo nanti!.Boleh atas pagar muatturun dalam hp nanti.
    Perkara Mufti kata macam ini macam itu cuma pendapat peribadi seorang ulamak bukan dikira fatwa…lebih kurang fatwa Merokok..kalau dah haram yang jual pun haram juga…yang tanam tembakau kat Kelantan pun haram juga.Tok Guru tak kisah pun tentang tanam tembakau di kelantan…

    p/s:mungkin rokok ini haram untuk bawah 16 Tahun saje….Atas pagar…jangan jadi “Harap pagar,pagar makan padi” sudah…takat duduk atas pagar tak salah!.Orang yang berpendirian.Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s