Hisham pelik AS hanya minat pasal Anwar

KUALA LUMPUR 1 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melahirkan rasa pelik dengan sikap Amerika Syarikat (AS) yang hanya campur tangan dalam kes-kes mahkamah di Malaysia apabila ia melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, sikap AS yang hanya menjurus kepada pihak tertentu jelas mempunyai tujuan tersembunyi.

“Kenapa AS hanya bersikap campur tangan dalam kes-kes yang melibatkan Anwar? Kenapa mereka tidak cuba campur tangan dalam hal-hal lain dan kes orang lain?

“Bagi saya, sikap AS ini memang agak pelik dan menjadi tanda tanya… nampaknya mereka memilih kes dan isu tertentu,’’ katanya di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas kenyataan pentadbiran AS semalam yang menyatakan ia menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar yang bermotifkan politik.

“Sudah pasti (kita) akan menentang sebarang penguatkuasaan undang-undang atau prosedur kehakiman atau apa juga yang tidak mengikut undang-undang.

“Perkara utama bagi kami adalah kedaulatan undang-undang mengatasi politik,’’ kata jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey.

Pentadbiran AS memberikan reaksi itu selepas seorang pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, menuduh Anwar, 60, meliwatnya beberapa kali, satu tuduhan yang dinafikan oleh Anwar.

Ini merupakan kali kedua bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa terlibat dalam jenayah seks luar tabii selepas tuduhan sama 10 tahun lalu yang turut mendapat simpati AS.

Menurut Hishammuddin, Washington tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan perundangan negara lain termasuk dalam kes dakwaan liwat melibatkan Anwar.

AS, katanya, tidak boleh mempertikaikan kewibawaan perundangan Malaysia serta siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara ini dalam kes tersebut.

“Pemuda UMNO menentang sekeras-kerasnya campur tangan AS ini,’’ tegas Menteri Pelajaran itu.

Beliau memberitahu, Pemuda UMNO mahu siasatan dakwaan liwat melibatkan Anwar dijalankan dengan ketelusan dan keterbukaan tanpa pembabitan pihak lain.

“Pemuda juga mahu pemeriksaan kesihatan ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar dijalankan dengan telus dan terbuka.

“Kalau boleh hasil laporan penuh pemeriksaan tersebut perlu didedahkan kepada umum,’’ katanya.

Beliau kecewa dengan tuduhan pihak pembangkang yang membuat andaian dakwaan liwat itu adalah konspirasi kerajaan.

Hishammuddin menasihatkan semua pihak memberi peluang kepada polis bagi mengetahui kebenaran kes itu.

nota: Penulis percaya kebiaDAPan Amerika cuba ingin campur tangan dengan hal ehwal domestik Malaysia lebih mengundang kebencian rakyat terhadap negara ‘polis dunia’ itu. Lihatlah seperti Iraq dan Afghanistan, kerja tangan Amerikan yang membinasakan kuasa Islam di sana. Tentu ramai rakyat Malaysia yang sayangkan negara tidak senang, marah dan pelik dengan sikap DSAI yang mengadu dumba dengan Amerika Syarikat.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Hisham pelik AS hanya minat pasal Anwar

  1. Kuntakinte

    Salam, dah memang US macam bulan jatuh ke riba, mana tidak hari ini DSAI mengadu kan bapak angkatnya, hari itu jugak lah bapak angkatnya bagi respond, terus buat statement pertahankan anak angkatnya, haiii.. dah macam tak ada kerja US ni ha..macam ada ditugaskan seorang pegawai yang tunggu je signal dari anak angkat ngadu je.. terus pertahan.

    Era baru politik Malaysia, cabaran baru bagi kerajaan Malaysia dan dimensi baru bagi rakyat Malaysia, campurtangan US sebelum ini dilihat berlaku di bumi2 lain yang tidak tunduk kepada US kini beralih kepada Malaysia, SELAMAT KAN BUMI MALAYSIA!!! kita sebagai rakyat tiba masa dan ketika nya membuktikan kejatian Melayu Malaysia.

    Idiologi Politik harus diketepikan, idiologi kemalaysiaan harus diutamakan, semua bangsa harus bersatu hati dengan dikepalai oleh bangsa melayu pertahan kan bumi yang tercinta ini. sekali kita merdeka tidak semestinya kita terus merdeka, semua nya ditangan kita menetukannya.

    wassalam.

  2. arah

    Memalukan

    Hisham kena masuk sekolah menengah atau tanya kekawan ape makna Gobalisasi !!!!

    x layak jadi menteri

  3. Dynasty Ming

    harap jadi menteri je ….tapi bangang….

    aku rase hishamuddin skolah tak habis kot….

    sepatutnya ada badan perubatan bebas (bukan doktor malaysia) menjalankan pemeriksaan kat mamat mangkuk tu……kalau kerjaan nak lantik doktor2 dia ….lantak pi la…..yang penting ada panel dari luar bukan dari malaysia yang dilantik untuk menjalankan pemeriksaan itu sekali…baru tau …..

  4. ikankecil

    akum…
    hai bro kuntakinte……
    btul2 ape yg sdr katekan 2…
    dah nme pown anak angkat mesti la sygnye lbih…..takot sbb dah sah berslah…..gile bon+++…..

  5. lily

    Shaitan memang suka pengaruh orang Islam untuk sama-sama terjun dalam neraka jahannam, sebab itu orang2 Islam (Melayu) sahaja yang mempercayai tuduhan itu, sedangkan orang2 kafir langsung tidak mempercayainya. Sedarlah wahai orang2 Islam janganlah kamu percaya atau bersubahat dengan tuduhan zina tanpa adanya empat saksi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s