Daily Archives: July 3, 2008

Kes Liwat: Mufti Perlis minta Anwar, Saiful bersumpah

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini kali kedua berhadapan dengan isu dakwaan meliwat dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya ‘mubahalah’ (bersumpah).

“Daripada bertengkar tidak tentu arah, saya syorkan mubahalah agar dapat menyelesaikan kekalutan isu liwat ini. Disebabkan isu yang semakin kalut ini, rakyat menjadi celaru,” kata beliau dalam Kuliah Hadith lewat malam semalam di Masjid Alwi, Kangar Perlis.

(Rakaman ucapan Mufti Perlis boleh diakses di laman web beliau http://www.drmaza.com).

Asri menjelaskan: “Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang berbohong. Dia kata dia, ada kata orang ni. Ada kata konspirasi, niat jahat sampai rakyat berkelahi dan bertumbuk. Macam-macam cerita kita dengar.

Di sebalik isu berkenaan, Asri berkata, beliau kecewa kerana politik tanah air kini menjurus ke arah tindakan mengaibkan satu sama lain.

“Dalam Islam, pada asalnya tidak boleh buka aib orang, cerita peribadi orang tidak boleh dedah pada orang lain. Tapi dalam politik Malaysia sekarang, main lawan dedah aib. Dua kali lima, lima kali dua. Semua dok pakat bongkar hal orang,” katanya lagi.

Tambah Asri, beliau tidak berhasrat membela sesiapa dalam isu liwat tersebut.

“Saya tak nak bela sesiapa. Yang untungnya, surat khabar laku. Asalnya memang perkara peribadi macam ini tidak boleh dedah,” katanya.

“Ada orang kata kena kemukakan empat orang saksi. Saya tidak setuju sebab budak (Saiful) ini mendakwa diri dia sendiri (seorang diri), bukan orang lain.

“Pihak yang mendakwa (Saiful) hendaklah mendatangkan bai’nah (bukti). Sila bersumpah pada orang yang dituduh yang dia tidak melakukannya.

“Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini… ‘Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya’ dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi… saya tidak melakukannya,” katanya.

Selepas bersumpah, kata Asri, kedua-dua pihak dan semua orang kena senyap dan tidak perlu memberikan sebarang ulasan lanjut.

“Ini benda peribadi tapi sudah jadi urusan rakyat. Serahkan pada Allah kerana ini urusan Allah,” kata Asri.

Kata Asri, politik pada asalnya ialah satu tanggungjawab khilafah yakni memakmurkan dunia dan khalifah yang dilantik mesti menegakkan agama dan menguruskan dunia.

“Tapi sekarang politik sudah jadi lawan tuduh dan lawan dedah. Gelanggang yang kotor. Tokoh Turki Badiuzzaman Said Nursi pernah berkata ‘Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik’,” ujar beliau.

Katanya, tokoh agama Rasyid Ridha pula pernah berkata, “Aku berlindung dengan Allah daripada politik dan apa sahaja terbitan politik”.

Beliau turut merujuk pertama kali mubahalah dilakukan dalam satu peristiwa pada zaman Nabi apabila puak Kristian di Najran mempertikaikan kebenaran Nabi.

“Nabi telah membawa Hussin, Hassan dan Fatimah dan mencabar puak Kristian di Najran untuk bermubahalah iaitu laknat-melaknati atas nama Tuhan tapi puak Kristian Najran tidak berani…,” katanya.

Seperti yang terkandung dalam Ayat 59-61, Surah Ali-Imran di mana antara lain, Allah berfirman,”Kebenaran itu dari Tuhanmu. Jangan kamu termasuk dalam golongan mereka yang ragu. Setelah datang kepada engkau keterangan dan ilmu. Katakanlah pada mereka semua…”

Katanya lagi, ulamak Al Abbas pernah melakukan mubahalah, begitu juga Ibnu Hajar Al-Asqalani (penyusun kitab Bulughul Maram) pernah mencabar pendapat kesesatan ahli sufi Ibnu Arabi dengan mubahalah apabila pertengkaran mereka melarat sampai ke pengetahuan Sultan.

“Ketika itu, Ibnu Hajar dan Ibnu Arabi bermubahalah di mana dia berkata kalau Ibnu Hajar berada di atas petunjuk Allah, Allah akan laknat aku dan begitu juga jika dia berada di atas kesesatan Allah.”

Kata Asri, mubahalah itu dilakukan pada bulan Ramadan. Bila tiba bulan Zulkaedah, bapa saudara Ibnu Arabi buta mata dan mati.

nota: Pengakuan bersumpah DSAI sudah dinanti oleh ramai pihak sejak dari tahun 1998. Dua ‘askar’ beliau sudah bersumpah tetapi hanya di depan manusia yang layak menurun tandatangan mereka di atas ke atas pengakuan tersebut. Dengan bayaran serendah RM4 utk mendapat tandatangan pihak berkenaan, ramai orang juga mampu membuat pengakuan bersumpah. Tetapi bagi kes DSAI, ‘mubahalah’ adalah cara paling terbaik. DSAI sahutlah seruan Dr Asri sekiranya DSAI di pihak benar dan sayangkan Islam, Melayu dan Malaysia.

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar dedah bukti baru kes Altantuya, Najib nafi temui wanita Mongolia

PETALING JAYA: Pada sidang akhbar hari ini – yang ketiga selepas dakwaan meliwat yang terbaru didedahkan Sabtu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, polis telah menggugurkan maklumat penting tentang hubungan antara Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang pernah diberikan oleh bekas penyiasat peribadi Abdul Razak Baginda, P. Balasubramaniam dua tahun lalu.

Bagaimanapun Najib yang ditemui di bangunan Parlimen lewat petang ini sekali lagi menafikan beliau mengenai Altantuya, sebaliknya menegaska tidak pernah menemui wanita Mongolia itu.

Najib juga berkata, akaun bersumpah yang dikeluarkan bertujuan mengalih tumpuan daripada dakwaan kes meliwat dihadapi Anwar sekarang.
Balasubramaniam merupakan salah seorang saksi kes pembunuhan Altantuya yang kini telah masuk peringkat penghujahan pendakwaan.

Ia merupakan akuan bersumpah kedua melibatkan nama Timbalan Perdana Menteri dan keluarganya dikeluarkan.

Dua minggu lalu, penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengeluarkan akuan bersumpah yang mengaitkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya.

Najib telah pun menyifatkan ia sebagai satu penipuan yang bertujuan mencemarkan imej politik beliau.

Ketika mengumumkan kandungan akuan bersumpah Balasubramaniam di sini pagi ini, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, Balasubramaniam pernah memberikan maklumat berkenaan kepada polis, tetapi ia tidak dibawa ke mahkamah semasa perbicaraan.

“Hari ini kita menyaksikan satu lagi episod petang yang konsisten mengenai penyalahgunaan kuasa dan manipulasi sistem kehakiman jenayah,” kata beliau pada sidang akhbar di sini sambil menambah, “perkara ini adalah kaedah yang sama iaitu memanipulasi maklumat dan tidak direkodkan seperti yang berlaku dalam kes saya tahun 1998.”

Balasubramaniam dan peguamnya, Americk Singh Sindhu juga hadir pada sidang media itu.

Anwar mengadakan sidang akhbar pertama selepas berhadapan dengan isu dakwaan meliwat pada Isnin lalu sejurus ketika keluar dari berlindung di rumah Duta Turki di Kuala Lumpur.

Sidang akhbar susulan diadakan kelmarin selepas membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Sabtu lalu pembantu khas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu di sebuah apartmen mewah di Damansara Heights di sini pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya.

Khidmat Balasubramaniam telah digunakan oleh Razak Baginda untuk menangani dakwaan gangguan berterusan daripada Altantuya.

Kata Anwar, “hari ini beliau mengeluarkan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai 2008 kepada umum dengan memperincikan cerita yang beliau mengetengahkan dan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang diperkatakan oleh beberapa personaliti dalam saga ini termasuk Abdul Razak Baginda dan Altantuya.”

Antara lain akuan bersumpah itu menyebut bahawa Altantuya telah diperkenalkan kepada Razak Baginda, yang ketika itu Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Strategik Malaysia (MRSC), oleh Najib pada pameran berlian di Singapura dan ketiga-tiga mereka pernah ditemui semasa makan malam di Paris.

Selain itu, Altantuya juga telah dijanjikan komisyen AS$500,000 atas khidmat sokongannya dalam urusan pembelian kapal selam di Paris.

Kata Anwar lagi, kenyataan Balasubramaniam juga mendedahkan tahap hubungan antara Altantuya dan Najib yang beliau pernah menafikan sebelum ini.

“Bukti Balasubramaniam ini mendedahkan apa yang kami perkatakan sekian lama; tiada penyiasatan teratur berhubung kes Altantuya,” katanya lagi.

Kata Anwar, dakwaan-dakwaan itu memerlukan penubuhan sebuah surahanjaya diraja untuk menjalankan siasatan.

Setakat ini kes pembunuhan Altantuya telah berlangsung selama 124 hari.

Mulai 23 Julai ini, mahkamah akan mendengar lima hujahan dalam perbicaraan setelah Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah menutup prosiding pada peringkat kes pendakwaan yang masuk hari ke-124 pada 23 Jun lalu.

Dalam akuan bersumpah setebal 16 muka surat itu, Balasubramaniam meminta pihak berkuasa membuka semula siasatan kes pembunuhan Altantuya.

Kata Balasubramaniam, terdapat kemungkinan yang kuat ada tiga lagi individu memainkan peranan penting selain tiga tertuduh yang sedang menghadapi kes tersebut. – mstar

nota: tahniah kepada DSAI yang pada hemat penulis berjaya mengalih tumpuan ramai dari kes liwat beliau ke kes pembunuhan mendiang altantunya. Perancangan yang rapi jelas telah dilakukan di ‘camp’ DSAI. Bermula dengan pengakuan bersumpah Raja Petra dua minggu lepas, DSAI sudah menghidu bahawa “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke bumi juga” -merujuk kepada kes liwat saiful azlan. Perang terhadap Dato Sri Najib kini jelas sudah dirancang lebih awal dan kini di tahap ‘all-out’ dan secara ‘do-or-die’. Penulis amat hairan kenapa selepas kes liwat ini dihebohkan mulalah berbagai ‘peluru’ ditembak kepada Dato Sri Najib. Penulis bukanlah penyokong fanatik Dato Sri Najib, tetapi penulis amat meluat dengan tindakan DSAI yang cuba mengalih tumpuan ramai dan seterusnya menggunakan individu seperti Raja Petra dan Balasubramaniam menjadi ‘askar bawahan’ beliau dengan mengunakan pengakuan bersumpah di dalam membunuh kareer politik Dato Sri Najib. Perkataan ‘membunuh kareer politik’ ini juga adalah perkataan yang mula-mula disebut oleh DSAI sebaik sahaja laporan polis dibuat terhadap kes liwat. Pokoknya kenapa sekarang semua peluru ditembak keluar?? kenapa selepas dato Sri Najib dinamakan sebagai successor Pak Lah semua tuduhan/pengakuan dibuat?

Pada penulis dalam soal kes liwat dan kes mendiang altantunya, siasatan dan prosiding mahkamah masih dijalankan. Penulis menyeru semua pembaca tak kira dari UMNO, PAS, PKR atau yang berdiri di atas pagar agar membuka minda dengan mendengar bagi kedua-dua belah pihak. Doalah kepada Allah SWT supaya keadilan akan terbukti demi menyelamatkan Malaysia khususnya orang Melayu Islam yang kini yang bercakaran sesama sendiri. Pada penulis kepentingan majoriti harus dijaga terlebih dahulu sebelum kepentingan peribadi.

38 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ismail, Saifuddin nafi sertai PKR

KUALA LUMPUR: “Saya bukan gila hendak melompat ke parti yang tidak tentu hala,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri mengenai dakwaan bahawa beliau adalah antara empat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal, Ismail menegaskan, tidak ada sebarang sebab untuk beliau bertindak demikian.

“Saya kini menteri dalam Kabinet. Saya bukan terencat akal nak masuk parti yang entah apa-apa,” katanya ketika menafikan dakwaan dalam satu blog bahawa beliau akan berpaling tadah.

Selain Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saifudin Abdullah turut didakwa seorang lagi wakil rakyat BN yang akan melompat parti.

Dakwaan itu dibuat melalui satu artikel oleh penulis yang menggunakan nama Greeboc dalam satu blog hari ini.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen, Ismail berkata, beliau tidak berkawan rapat dengan mana-mana pemimpin PKR termasuk penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Ismail, beliau tidak faham mengapa namanya dikaitkan dengan isu itu sedangkan beliau seorang pemimpin yang berprofail tinggi.

“Saya bukannya seorang yang berkontroversi. Saya juga bukannya bercadang hendak bertanding apa-apa jawatan penting parti.

“Jadi saya tidak faham mengapa nama saya dikaitkan,” katanya sambil menambah, beliau mungkin mengambil tindakan terhadap penulis artikel itu sekiranya beliau dapat mengenal pasti identitinya.

Ismail, yang juga Ketua Umno Bahagian Bera berkata, artikel dalam blog itu sengaja ditulis untuk mengelirukan penyokong BN selain mengalih perhatian rakyat kepada tuduhan liwat yang dihadapi Anwar sekarang.

“Lepas pilihan raya lepas, PKR terutamanya Anwar tak habis-habis dengan pengumuman ada orang (BN) keluar, lompat parti tapi sampai sekarang ia tak berlaku,” katanya.

Saifudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh juga menafikan dakwaan itu sambil berkata, kesetiaan beliau kepada Umno dan BN tidak berbelah bagi.

Katanya, sebagai ahli Umno sepanjang hayat, tidak pernah terlintas di hati beliau untuk menyertai parti lain.

“Saya yakin rakyat terutamanya pengundi-pengundi saya di Temerloh tidak akan percaya kepada spekulasi itu kerana mereka kenal yang saya seorang ahli Umno yang setia sejak dari dahulu lagi.

“Saya dipilih menjadi ahli Parlimen Temerloh atas tiket Umno dan BN kerana itu saya tidak akan menghampakan harapan dan kepercayaan oleh pengundipengundi saya.

“Saya dipilih menjadi Timbalan Menteri pun atas tiket Umno dan BN, dan saya tidak akan menghampakan kepercayaan yang Perdana Menteri telah berikan kepada saya,” katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan dalam artikel itu bahawa beliau telah mengadakan pertemuan sulit dengan Anwar ketika berada di luar negara baru-baru ini.

“Lebih 10 tahun saya tidak bertemu Anwar. Saya juga telah lama tidak  keluar negara,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis artikel itu kerana menghormati hak sesiapa sahaja untuk menyatakan pandangan masing-masing.

Apa yang dimuatkan di dalam artikel itu, katanya, hanyalah spekulasi politik dan ia tidak mengandungi ungkapan yang memburuk-burukkan beliau secara peribadi.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pas, UMNO perlu bersatu bantah campur tangan AS

KUALA LUMPUR 2 Julai – Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) merayu Pas dan UMNO bersatu untuk menghalang campur tangan Amerika Syarikat (AS) dalam urusan dalaman negara.

Ketua Umumnya, Osman Abu Bakar berkata, kedua-dua parti orang Melayu itu perlu segera berbuat demikian demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan agama Islam di negara ini.

Beliau berkata, kegagalan kedua-dua parti itu untuk bersatu dalam keadaan sekarang akan membolehkan maka AS menjajah negara ini dengan pendekatan berbeza.

”Bila ini terjadi, kedaulatan kita sebagai warganegara Malaysia dan Islam sebagai agama rasmi pasti terjejas seperti yang kita saksikan di Iraq dan Afghanistan sekarang.

”Jika bukan Pas dan UMNO siapa lagi, campur tangan AS harus dihalang demi survival politik, ekonomi dan agama orang Melayu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Osman mengulas kenyataan jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey yang menentang sebarang siasatan atau pendakwaan bermotifkan politik ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Negara kuasa besar itu mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, menuduh Anwar, 60, meliwatnya beberapa kali, satu tuduhan yang dinafikan oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

Justeru kata Osman, Pas juga perlu meninggalkan PKR kerana parti itu secara jelas tidak memperjuangkan komponen-komponen utama dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedaulatan Islam dan ketuanan Melayu.

Beliau berkata, PKR sehingga kini tidak membantah campur tangan AS dalam urusan negara kerana ia penting dalam sebarang isu membabitkan Anwar.

Beliau menambah, negara juga perlu bebas daripada sebarang bentuk tekanan AS selaras dengan imejnya sebagai bekas Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Dalam pada itu, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Casey itu.

Presiden Penaja IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, kenyataan yang menekan kepimpinan negara itu adalah satu bentuk konspirasi yang tidak boleh dimaafkan.

”Kenyataan Casey itu juga menggugat keamanan masyarakat majmuk dan kedaulatan negara ini,” ujarnya. – utusan

nota: amat meluat dengan beberapa pendapat di laman malaysiakini yang mengutuk Menteri Dalam Negeri kerana berang dengan tindakan Amerika Syarikat cuba mencampur tangan di dalam urusan domestik Malaysia. Sila rujuk di sini. Penulis bukanlah ini bersifat ‘racist’ tetapi komen awal diterbitkan datangnya dari bukan Melayu yang rata-rata kurang senang dengan kontrak sosial mutakhir ini. Sebagai masyarakat dan rakyat Malaysia, sepatutnya tidak kira sama ada Melayu, India, Cina atau bangsa lain mengutuk keras tindakan Amerika Syarikat yang cuba mencampuri urusan negara. Sehingga kini tidak ada kenyataan rasmi dari pihak DAP dan PKR mengenai campur tangan Amerika ini. Mungkin saat inilah dinantikan oleh mereka. Urusan Amerika yang ingin mencampuri urusan dalam Malaysia ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia sudah bermula sejak dari penubuhan Petronas satu ketika dahulu.  Amerika pada ketika itu mengirim surat kepada Allahyarham Tun Razak meminta beliau supaya memecat Tengku Razaleigh kerana idea beliau untuk menubuhkan Petronas dilihat sebagai satu ancaman. Tidak ketinggalan pada zaman reformasi satu ketika dahulu, di dalam satu persidangan di Kuala Lumpur, mantan Naib Presiden US Al Gore memuji tindakan berani kumpulan reformasi di Malaysia. Tetapi sayang sekali, ramai rakyat Malaysia melihat tindakan Amerika ini sebagai satu tindakan yang betul dan positif untuk menekan kerajaaan Barisan Nasional. Padah pasti menanti sekiranya Amerika berjaya mencampuri urusan negara kita sekiranya DSAI berjaya menjadi PM. Jangan kita biarkan Malaysia menjadi seperti IRAQ.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Saiful beri keterangan malam tadi

Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan polis mendakwa dia di liwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibarahim malam ini dibawa ke balai polis Brickfield untuk diambil keterangan.

Mohd. Saiful yang tinggi lampai tiba di IPD Brickfields pada pukul 8.10 malam. Dia memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih, berseluar gelap dan menjinjing sebuah beg kecil berwarna hitam.

Dia diiringi masuk ke IPD itu oleh seorang anggota polis berpakaian preman. Mohd. Saiful, 23, tersenyum memandang sekumpulan pemberita dan jurugambar yang berada di pekarangan balai dan sempat melambai-lambaikan tangannya.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Gambar skrin laman web malaysia-today digodam

sumber security.org

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Akses ke laman ini

salam semua

sila maklum bahawa para pembaca boleh juga melayari laman web ini melalui

http://www.pemuda-enggang.org

atau

https://pemudaenggang.wordpress.com

terima kasih atas sokongan anda!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Calon Ahli MPAJ Dipersoal.. ada rekod jenayah?

dari bharian

SHAH ALAM: Dua orang yang bakal dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebagai ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada Sabtu ini dikatakan mempunyai rekod jenayah, manakala seorang lagi berasal dari luar kawasan itu.

Pelantikan ketiga-tiga individu itu dikatakan disokong Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin.

Pendedahan itu dibuat seorang penduduk Ampang Jaya dalam surat yang dialamatkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan salinannya diedarkan kepada pemimpin PKR serta media, semalam.

Abdul Khalid yang ditanya mengenai perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini bagaimanapun berkata, pelantikan ahli majlis itu akan tetap diteruskan dan aduan berkenaan akan diselesaikan kemudian.

“Proses penyemakan akan dibuat dalam tempoh enam bulan selepas mereka menjadi Ahli Majlis di MPAJ. Aduan ini tidak akan menghalang kerajaan negeri daripada meneruskan pelantikan Ahli Majlis di MPAJ.

“Kami akan melantik mereka terlebih dulu sebelum menjalankan proses terbabit dan jika kami mempunyai alasan serta bukti kukuh yang mereka ada rekod jenayah, kami akan membatalkan pelantikan mereka,” katanya.

Dalam surat yang menamakan penulisnya sebagai ‘Penduduk Ampang Yang Hampa’ itu, pengadu mendakwa dua daripada lelaki yang bakal dilantik itu mempunyai rekod jenayah dan pernah terbabit dalam pertubuhan kongsi gelap.

Sumber polis yang dihubungi mengesahkan seorang daripada individu itu mempunyai rekod jenayah termasuk terbabit dalam kes samun berdasarkan semakan kad pengenalannya, manakala rekod seorang lagi tidak dapat disemak kerana nombor kad pengenalannya tidak diperolehi.

Penulis surat itu mendakwa individu pertama juga pernah dibuang daerah pada 2003, sementara seorang lagi yang juga ahli perniagaan turut memiliki rekod jenayah tetapi dilantik sebagai Ahli Majlis berdasarkan kedudukannya dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Dia juga adalah kenalan rapat kepada seorang ketua bahagian parti yang menyertai Pakatan Rakyat. Individu ketiga pula berasal dari Puchong dan aktivis sebuah NGO yang tidak dikenali penduduk Ampang,” katanya.

Penulis surat itu mendesak Menteri Besar mengkaji semula pelantikan mereka kerana yakin penduduk Ampang akan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat jika ketiga-tiga individu terbabit dilantik.

Abdul Khalid ketika menjawab soalan pemberita berkata, 288 ahli majlis pihak berkuasa tempatan yang dilantik kerajaan negeri akan menerima watikah pelantikan daripadanya pada satu majlis khas di sini pada 5 Julai ini.

Jumaat lalu, Penyelaras NGO India Kuala Selangor, A Gunanathan, turut menghantar memorandum bantahan kepada Abdul Khalid kerana melantik lima individu yang didakwa tidak layak sebagai Ahli Majlis Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Gunanathan mendakwa, daripada lima Ahli Majlis MDKS itu, seorang tidak mempunyai kelulusan mencukupi untuk menjawat Ahli Majlis manakala empat lagi didakwa bukan penduduk tempatan tetapi dilantik bagi memenuhi kapasiti parti politik.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Laporan Polis Anwar Ibrahim Terhadap Musa Hassan dan Gani Patail

Saya, Anwar bin Ibrahim, (No K/P: 470810-07-5095), sesungguhnya di sini membuat laporan polis berikut berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi baru-baru ini.

1.         Laporan ini adalah berkaitan dengan siasatan terhadap serangan fizikal yang dilakukan ke atas saya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (“Rahim Noor”) pada 20hb September 1998. Saya percaya Tan Sri Rahim Noor, selepas didakwa, telah mengaku bersalah atas tuduhan serangan fizikal tersebut. Saya telah membuat laporan polis berkenaan serangan fizikal tersebut pada 27.9.98.

2.         Berkaitan dengan penyiasatan terhadap serangan fizikal tersebut, saya percaya bahawa Pegawai Penyiasat, ACP Mat Zain bin Ibrahim (sekarang Datuk Mat Zain) telah melakukan satu penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh dan menyediakan satu kertas siasatan (“IP”) yang telah kemudiannya pada Oktober 1998, menyerahkannya kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah (“Tan Sri Mokhtar”) serta pasukannya yang antaranya termasuklah Peguam Negara sekarang Tan Sri Gani Patail untuk tindakan lanjut.

3.         Kertas siasatan tersebut telah menyimpulkan bahawa Tan Sri Rahim Noor adalah pelaku serangan fizikal tersebut ke atas saya. Kertas tersebut telah membuat kesimpulan setelah siasatan menyeluruh dilakukan, dengan mengambilkira laporan perubatan daripada pakar forensik daripada Hospital Kuala Lumpur seperti Dr. Ab. Halim Haji Mansar dan Dr. Zahari bin Noor dan kenyataan dari sekurang-kurangnya 60 orang saksi.  Laporan perubatan tersebut menyimpulkan bahawa kesan kecederaan yang dilakukan ke atas saya adalah konsisten dengan satu serangan fizikal.

4.         Walaupun kandungan kertas siasatan dan lapuran perubatan yang tersedia, Tan Sri Mokhtar dengan bantuan Peguam Negara hari ini dan, Tan Sri Gani Patail telah mendapatkan khidmat seorang pegawai perubatan bernama Dr. Abdul Rahman bin Yusof (Dr. Abdul Rahman).

5.         Dr. Abdul Rahman dalam satu laporan tidak bertarikh menyediakan laporan kedua yang menyentuh “lakonan semula tempat kejadian” pada 14 Disember 1998. Saya percaya bahawa “lakonan semula tempat kejadian” tersebut tidak pernah berlaku.

6.         Adalah satu fakta yang tidak disangkalkan bahawa laporan perubatan Dr Abdul Rahman berhubung serangan yang dilakukan terhadap saya disediakan tanpa langsung melakukan pemeriksaan fizikal ke atas saya terlebih dahulu.

7.         Walaupun sudah ada kertas siasatan dan laporan kesihatan yang lengkap, Tan Sri Mokhtar dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 5 Januari 1999, menerima pandangan yang diberikan oleh Dr. Abdul Rahman mengenai apa yang dikatakan sebagai “perkara-perkara tidak konsisten” dalam laporan perubatan doktor-doktor lain yang telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas saya.

8.         Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar juga menyatakan siasatan yang telah dijalankan tidak dapat mengenalpasti individu atau mereka yang menyebabkan kecederaan ke atas saya. Ini sesungguhnya bercanggah dengan laporan siasatan yang selesai dilakukan menjelang Oktober 1998 yang menyimpulkan bahawa Rahim Noor menyerang saya. Tan Sri Mokhtar dan pasukannya dengan itu telah secara sengaja mengelirukan masyarakat. Apabila siasatan polis menjadi tidak lengkap, orang ramai menjadi resah dan menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja. Tan Sri Mokhtar juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada beliau hanya pada 19.11.98. Saya percaya Tan Sri Gani Patail ada makluman penuh tentang kenyataan palsu yang terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut.

9.         Saya juga percaya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadap saya. Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani selanjutnya menyembunyikan  fakta mengenai serangan terhadap saya dari pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah.

10.       Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan lapuran kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti “the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow” [“bentuk dan ciri kecederaan adalah tidak konsisten dengan pukulan secara langsung”], “accidental nature of the injuries could not be ruled out” [“kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak”] dan “self-inflicted nature of the injury should be considered” [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan”]. Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah.

11.       Semua fakta-fakta ini menunjukkan Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Gani Patail dan SAC II Datuk Mat Zain bin Ibrahim (individu, yang menurut Dr. Abdul Rahman dalam lapurannya, telah mengiringi beliau ke sel di Bukit Aman di mana saya ditahan dan terlibat dalam apa yang didakwa ‘lakonan semula tempat kejadian’) telah berpakat dengan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini. Ini telah dilakukan agar lapuran polis saya bertarikh 27.9.98 mengenai serangan tersebut akan dikira sebagai lapuran polis palsu dan saya boleh didakwa, atau sekurang-kurangnya merosakkan kredibiliti saya bagi memberi kesan buruk terhadap pembelaan saya dalam kes-kes jenayah yang mana saya telah didakwa melakukan ‘korupsi’ dan liwat bagi membolehkan saya didapati bersalah.

12.       Saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Gani Patail adalah pegawai pendakwa kanan yang membantu Tan Sri Mokhtar dalam membuat pendakwaan ke atas saya. Tan Sri Musa Hassan adalah Pegawai Penyiasat dalam pendakwaan terhadap saya. Saya juga percaya, satu tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini telah diambil apabila satu bilik operasi khusus telah disediakan di Bukit Aman untuk menguruskan pendakwaan saya dan di mana mereka akan berjumpa secara kerap.

13.       Ini bukanlah kali pertama dakwaan mengenai pemalsuan bukti dibuat berkaitan Tan Sri Gani Patail. Saya dimaklumkan bahawa dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Zainur bin Zakaria v Public Prosecutor [2001] 3 MLJ, Steve Shim, Hakim Besar, dalam penghakiman beliau menyatakan bahawa “… was he not justified, on a prima facie basis, in complaining that Tan Sri Gani Patail’s conduct at the meeting on 2.10.1998 was an attempt to get Nalla to fabricate evidence in order to perfect charges against him for other alleged sexual offences?”

Perkataan “he” dan “him” dalam ayat di atas merujuk kepada diri saya.

14.       Berkenaan perkara di atas, saya merujuk kepada dokumen berkenaan bagi membantu siasatan polis:

a. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar yang dibuat pada 5.1.99.

b. Nota prosiding dalam lapuran Suruhanjaya DiRaja berkaitan keterangan Dr Abdul Rahman

c. Laporan Kesihatan kedua yang dibuat oleh Dr. Abdul Rahman yang terkandung dalam lapuran Suruhanjaya.

15.       Saya memohon diadakan satu siasatan baru terhadap pemalsuan bukti yang mana saya telah dinasihati sebagai satu kesalahan di bawah seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 7 tahun. Saya memohon agar setiap individu yang terlibat dalam menyediakan laporan kedua oleh Dr Abdul Rahman ini iaitu Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Rahman dan Datuk Mat Zain bin Ibrahim disiasat secara terperinci agar kebenaran diperolehi dan sebarang salah laku dihukum.

ANWAR BIN IBRAHIM

1 Julai 2008

sumber m2day

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

60% tidak percaya kes liwat Anwar

sumber mstar

KUALA LUMPUR: Hampir 60 peratus golongan muda masyarakat Melayu negara ini beranggapan bahawa dakwaan liwat terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan menghalang kerjaya politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Kajian ringkas kendalian pusat penyelidikan pendapat umum tempatan, Merdeka Center menunjukkan hampir dua pertiga responden yang ditemui awal minggu ini, berusia dalam lingkungan 20-an, berpendapat dakwaan kedua dalam tempoh satu dekad itu bermotifkan politik.

Hanya 11 peratus responden yang tidak bersetuju bahawa isu terbaru yang menyelubungi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berunsur ‘pembunuhan kerjaya politik’, kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian kepada mStar Online petang tadi.

Kata beliau, kajian itu melibatkan 225 responden Melayu yang ditemui Isnin dan Selasa lalu iaitu dalam tempoh dua hingga tiga selepas isu tersebut didedahkan oleh media massa.

“Ini kajian ringkas dan data diperoleh ketika isu ini masih baru lagi. Kajian ini akan dikembangkan dan ada kemungkinan pendapat dan pandangan responden boleh berubah berdasarkan perkembangan semasa,” tambah beliau.

Kata beliau, kajian ini hanya mengemukakan dua soalan.

Berhubung soalan sejauh mana mereka percaya laporan mengenai isu berkenaan, seramai 49 peratus responden mengatakan tidak percaya sama sekali manakala enam peratus mengatakan bahawa mereka percaya dengan dakwaan itu. Seramai 34 peratus responden mengatakan tidak tahu manakala 11 peratus enggan menjawab soalan berkenaan.

Tahap peratusan ralat kajian adalah kira-kira 6.5 peratus.

Sabtu lalu pembantu khas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu di sebuah apartmen mewah di Damansara Heights di sini pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya.

nota: majoriti dari 60% ini adalah golongan muda yang lahir selepas nama DSAI sudah berada di puncak. Rata-rata juga tidak mengkaji sejarah perjalanan politik DSAI. Kemunculan produk2 DSAI seperti IKD dan AIC membuka mata golongan2 ini bahawa DSAI merupakan seorang pemimpin yang ‘clean’. Apa-apapun kebenaran pasti muncul. Marilah kita berdoa agar negara kita ini aman dan damai dan terlindung dari pemimpin yang ditaja oleh pihak kafir yang sentiasa ingin melihat Malaysia hancur seperti negara Islam yang lain.

86 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda