Anwar dedah bukti baru kes Altantuya, Najib nafi temui wanita Mongolia

PETALING JAYA: Pada sidang akhbar hari ini – yang ketiga selepas dakwaan meliwat yang terbaru didedahkan Sabtu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, polis telah menggugurkan maklumat penting tentang hubungan antara Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang pernah diberikan oleh bekas penyiasat peribadi Abdul Razak Baginda, P. Balasubramaniam dua tahun lalu.

Bagaimanapun Najib yang ditemui di bangunan Parlimen lewat petang ini sekali lagi menafikan beliau mengenai Altantuya, sebaliknya menegaska tidak pernah menemui wanita Mongolia itu.

Najib juga berkata, akaun bersumpah yang dikeluarkan bertujuan mengalih tumpuan daripada dakwaan kes meliwat dihadapi Anwar sekarang.
Balasubramaniam merupakan salah seorang saksi kes pembunuhan Altantuya yang kini telah masuk peringkat penghujahan pendakwaan.

Ia merupakan akuan bersumpah kedua melibatkan nama Timbalan Perdana Menteri dan keluarganya dikeluarkan.

Dua minggu lalu, penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengeluarkan akuan bersumpah yang mengaitkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya.

Najib telah pun menyifatkan ia sebagai satu penipuan yang bertujuan mencemarkan imej politik beliau.

Ketika mengumumkan kandungan akuan bersumpah Balasubramaniam di sini pagi ini, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, Balasubramaniam pernah memberikan maklumat berkenaan kepada polis, tetapi ia tidak dibawa ke mahkamah semasa perbicaraan.

“Hari ini kita menyaksikan satu lagi episod petang yang konsisten mengenai penyalahgunaan kuasa dan manipulasi sistem kehakiman jenayah,” kata beliau pada sidang akhbar di sini sambil menambah, “perkara ini adalah kaedah yang sama iaitu memanipulasi maklumat dan tidak direkodkan seperti yang berlaku dalam kes saya tahun 1998.”

Balasubramaniam dan peguamnya, Americk Singh Sindhu juga hadir pada sidang media itu.

Anwar mengadakan sidang akhbar pertama selepas berhadapan dengan isu dakwaan meliwat pada Isnin lalu sejurus ketika keluar dari berlindung di rumah Duta Turki di Kuala Lumpur.

Sidang akhbar susulan diadakan kelmarin selepas membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Sabtu lalu pembantu khas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu di sebuah apartmen mewah di Damansara Heights di sini pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya.

Khidmat Balasubramaniam telah digunakan oleh Razak Baginda untuk menangani dakwaan gangguan berterusan daripada Altantuya.

Kata Anwar, “hari ini beliau mengeluarkan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai 2008 kepada umum dengan memperincikan cerita yang beliau mengetengahkan dan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang diperkatakan oleh beberapa personaliti dalam saga ini termasuk Abdul Razak Baginda dan Altantuya.”

Antara lain akuan bersumpah itu menyebut bahawa Altantuya telah diperkenalkan kepada Razak Baginda, yang ketika itu Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Strategik Malaysia (MRSC), oleh Najib pada pameran berlian di Singapura dan ketiga-tiga mereka pernah ditemui semasa makan malam di Paris.

Selain itu, Altantuya juga telah dijanjikan komisyen AS$500,000 atas khidmat sokongannya dalam urusan pembelian kapal selam di Paris.

Kata Anwar lagi, kenyataan Balasubramaniam juga mendedahkan tahap hubungan antara Altantuya dan Najib yang beliau pernah menafikan sebelum ini.

“Bukti Balasubramaniam ini mendedahkan apa yang kami perkatakan sekian lama; tiada penyiasatan teratur berhubung kes Altantuya,” katanya lagi.

Kata Anwar, dakwaan-dakwaan itu memerlukan penubuhan sebuah surahanjaya diraja untuk menjalankan siasatan.

Setakat ini kes pembunuhan Altantuya telah berlangsung selama 124 hari.

Mulai 23 Julai ini, mahkamah akan mendengar lima hujahan dalam perbicaraan setelah Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah menutup prosiding pada peringkat kes pendakwaan yang masuk hari ke-124 pada 23 Jun lalu.

Dalam akuan bersumpah setebal 16 muka surat itu, Balasubramaniam meminta pihak berkuasa membuka semula siasatan kes pembunuhan Altantuya.

Kata Balasubramaniam, terdapat kemungkinan yang kuat ada tiga lagi individu memainkan peranan penting selain tiga tertuduh yang sedang menghadapi kes tersebut. – mstar

nota: tahniah kepada DSAI yang pada hemat penulis berjaya mengalih tumpuan ramai dari kes liwat beliau ke kes pembunuhan mendiang altantunya. Perancangan yang rapi jelas telah dilakukan di ‘camp’ DSAI. Bermula dengan pengakuan bersumpah Raja Petra dua minggu lepas, DSAI sudah menghidu bahawa “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke bumi juga” -merujuk kepada kes liwat saiful azlan. Perang terhadap Dato Sri Najib kini jelas sudah dirancang lebih awal dan kini di tahap ‘all-out’ dan secara ‘do-or-die’. Penulis amat hairan kenapa selepas kes liwat ini dihebohkan mulalah berbagai ‘peluru’ ditembak kepada Dato Sri Najib. Penulis bukanlah penyokong fanatik Dato Sri Najib, tetapi penulis amat meluat dengan tindakan DSAI yang cuba mengalih tumpuan ramai dan seterusnya menggunakan individu seperti Raja Petra dan Balasubramaniam menjadi ‘askar bawahan’ beliau dengan mengunakan pengakuan bersumpah di dalam membunuh kareer politik Dato Sri Najib. Perkataan ‘membunuh kareer politik’ ini juga adalah perkataan yang mula-mula disebut oleh DSAI sebaik sahaja laporan polis dibuat terhadap kes liwat. Pokoknya kenapa sekarang semua peluru ditembak keluar?? kenapa selepas dato Sri Najib dinamakan sebagai successor Pak Lah semua tuduhan/pengakuan dibuat?

Pada penulis dalam soal kes liwat dan kes mendiang altantunya, siasatan dan prosiding mahkamah masih dijalankan. Penulis menyeru semua pembaca tak kira dari UMNO, PAS, PKR atau yang berdiri di atas pagar agar membuka minda dengan mendengar bagi kedua-dua belah pihak. Doalah kepada Allah SWT supaya keadilan akan terbukti demi menyelamatkan Malaysia khususnya orang Melayu Islam yang kini yang bercakaran sesama sendiri. Pada penulis kepentingan majoriti harus dijaga terlebih dahulu sebelum kepentingan peribadi.

38 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

38 responses to “Anwar dedah bukti baru kes Altantuya, Najib nafi temui wanita Mongolia

  1. semuanya takut anwar jd pm cz sume penyelewengan akan terbongkar ,mahathir pun takut kt anwar.umno dr dulu fitnah anwar tp sumenye x betul even mahathir dh declare anwar x besalah dan difitnah.

  2. Kuntakinte

    Salam, sedara ni cakap apa ni…. sapa takut si anwar ni, tak ada sapa yang takut!!!! sorry la sedara, tanggapan sedara silap, kalau setakat anwar nak kait kan selagi ada musuh dia yang boleh gugatkan tembelang dia bukan saja orang politik malah profesyional macam Ketua Polis negara, Peguam negara dia akan attack hanya kerana satu nawaitu nak jadi balas dendam nak jadi PM, kes dulu telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah pun terbukti dia besalah pun sedara kata fitnah nak cakap apa lagi dengan sedara, otak dan hati dah tertutup, baik sedara hidup sendiri je dengan dunia sedara jangan nak menulis2 tanpa menerima pandangan orang lain dan membeza yang baik dan buruk.
    belum apa2 lagi sedara dah kata kes sodomi dan lain2 isu yang mukhtahir ni fitnah.

    Ucapan TDM jelas dipindah rakaman nya, senang sangat sedara di permainkan dan diperbohdohkan, kes anwar kata Najib bertemu dgn Altantunya, gambar pun super impose, hai… sedara, bahaya kedudukan sedara, teman takut ditimpa2 dosa kering.

    Sedar lah sedara anwar bukan malaikat, anwar bukan mahsum, dia manusia biasa yang mempunyai nafsu serakah macam kita juga sebagai manusia yang lemah, kita sebagai seorang Islam kita tak kira apa parti pun hanya takut kan tuhan Allah S.W.T, tak siapa pun takut kan anwar, betul kan sedara punya akidah tu.. tak baik pada diri sedara, teman kenal anwar lama dulu, teman selidik kes dulu teman dah jumpa salah seorang dan keluarga dia yang dah kena sodom dek anwar tu ha… teman dulu salah seorang yang menentang UMNO mengenai isu anwar dituduh Sodom, tapi di takdir tuhan teman dapat bukti, teman cepat2 tarik diri tak mahu dikata bersubahat mempertahan kan masalah perilaku individu yang gila kan b#@%^%.

    Teman ajak sedara jangan lah kita bersubahat, balik le ke pangkal jalan, kita tak percaya siapa yang betul dan tak betul kerana terlalu awal tetapi kita serah kan kepada kewibawaan polis untuk menyiasat, kes ada sebab ada report polis, itu hak saiful selaku warganegara, yang kena tuduh ada hak untuk pertahankan dgn lantik le semua WR PKR yang jadi lawyer pertahan kan anwar di mahkamah, demokrasi…, semua ada hak, kita sebagai rakyat yang tak ada hak mencampuri urusan individu lain tunggu dan lihat keputusan setidaknya tak berdosa kering.

    hanya kita terima saja apa keputusan yang dijatuhkan nanti oleh mahkamah. tapi cara sedara sure kalau keputusan tak berpihak mesti sedara kata fitnah punya… dah telah (bahasa perak)…

    Wassalam.

  3. Salam kuntakinte.
    Jenis manusia perosak macam mana pun yang ikut pun rosak juga!.Kita kena panggil DCI FBI Amerika kot baru depa nak percaya!.Bagi Mat salleh gay itu tak apa…boleh kahwin dengan rasmi!.Orang Melayu kurang faham tentang Gay ini kerana Gay Melayu selalu berpakaian wanita dan di panggil pondan!tapi anuar ini berpakaian lelaki mana boleh jadi gay!.Kerajaan kena sponsor Pak lebai-lebai ini buat lawatan ke Gay club kat UK!.Baru tebeliak mata tengok pak janggut dengan Pak janggut mat salleh yang penuh dengan tatoo macam gangstar beromen depan orang ramai!.Orang melayu semakin hari semakin tidak tahu menilaikan mana salah mana betul!.dalam dilema dan semakin mundur!.
    p/s:Biarkanlah mereka..Susu kasi…roti kasi…sakit!!!.yang sedih yang Saiful nak keadilan diabaikan.Cuma pentingkan keadilan yang dibuat!!!Siapa yang nak bela saiful yang dalam trauma ini…dia kena jumpa dato.siva hak asasi manusia kot?.

  4. Kuntakinte

    Salam, mamak!!! apa khabar wah…sibuk kut la ni kurang tulis nampak, bisness nasi kandarrr bagus kut.

    mamak betul kata mamak kalau diorang pergi UK teman ingat guling gelantang dia orang tengok laki & laki beromen, species diaorang ni kalau denmark lagi pening mamak laki kahwin laki, teman pernah diceritakan oleh kawan yang pergi kesana, dia cerita diperkenalkan oleh kawan nya kepada dua kenalan baru sepasang lelaki, terkejut dog kawan teman dua lelaki masing2 kenalkan seorang suami seorang laki lagi isteri, dua2 gagah perkasa badan nya, ha…. hak tu kalau orang kita tengok lagi ramai yang mati terkejut mamak.

    Mamak, apa pasal diaorang nak pening ha..seorang punya pasal satu negara nak hebuh, semua jabatan kerajaan kelam kabut kena kait dik seorang ni, kalau semua orang pelaku seks dalam tabii ke luar tabii ikut cara si mamat ni ha… lingkup Malaysia.

    p/s mamak apa macam pantun kuntakinte itu hari best ka..

  5. Salam,
    Allah kadangkala beri anugerah pada hambanya yang dipileh dengan segala istimewa dari orang lain.Anwar ini adalah salah satu contoh yang dianugerahi istimewa ini dengan aura dan percakapan yang mempesonakan pendengar yang dengar pidatonya!.tapi dia ini gunakan aura ini untuk maksiat dan mempecah-belahkan umat Islam di negara ini.Kadangkala tanda-tanda kemurkaan Allah padanya tidak diambil ikhtibar untuk kembali kepada yang benar.Terpesona dengan kehidupannya.Hidupnya yang penuh dengan kealapaan disebabkan kesesatanya tidak diambil ikhtibar oleh penyokong-penyokongnya!.
    Hidupnya tidak akan tenteram dan aman kerana dia merosakan hidupnya dengan ketamakan kuasa seperti Firaun!.Gila kuasa tidak ada penyudahan seperti Hitler,Musoloni dan lain-lain pemimpin yang tersungkur di muka bumi ini.Mamak hanya takut dengan dia kerana masih lagi tak insaf dan balasan tuhannya entah apa yang akan berlaku pada dirinya di masa hadapan!.Wassalam.

    p/s:Pantun X-Rated…Pantun terung pernah dengar tak?.

  6. hampeh

    salam…makmak…kuntakinte.
    korang cakap konfiden macam ader bukti jer. kalau korang ader bukti naper tak jadi saksi masa kes anwar 98 dulu. entah korang ni la tukang angkat tilam tu kut tak pun korang la salah seorang hakim gula2 hack tu (semua nya tak relevan.) kes anwar tu pun dah batal pd 2004 tu sbb tak ckp bukti…mana pegi tilam bantal tu semua naper tak diangkat sekali lagi. dan yg baru ni pun bagi la jugak bukti nya….naper nak suruh polis siasat teruk2…senangkan lah skit keje polis tu.

    Pasal kes najib ni pun ngan altantuya ni pun anwar ni naper keluarkan tuduhan jer….kalau best kluarkan bukti nyer skali…bagi nganga skit org2 macam hampa ni. tapi ikut sumber2 yg dipercayai…sajer jer anwar tak kluar kan bukti terus sbb takut pihak lawan hapuskan bukti. tak pun nak mengelakkan jadi mcm kes 98 berapa kali tarikh pertuduhan dipinda sbb nak bagi tally ngan cerita.org ader kuasa mcm boleh buat…
    bagi aku….entah tunggu jer la.

  7. Salam saudara hampeh!

    Mamak memang sentiasa mengalu-alukan pendapat hampeh.Tak perlu kita bermatian untuk mempertahankan pendapat masing-masing kerana ikutkan hampeh pun bukanlah kenal rapat sangat dengan dia…mamak pun sama juga bukan ikut berserta dalam adengan ranjangnya!.Cuma kita berdua keluarkan tiori-tiori …yang sokong dia kata fitnah dan tak sokong kata memang dia ini buat!.Jadi kedua-dua kita mungkin salah dan mungkin benar!.Tapi mamak meluat sangat dengan perkara ini!.Kenapa tak ada tuduhan lain yang boleh sabitkannya cuma benda gay ini hah!!.Itulah dibuat geram.Kalau apa yang dikata hampeh ia sandiwara kerajaan yang sengaja dibuatnya ….mamak harap rakyat Malaysia taakan ampunkan orang-orang yang terlibat.Tapi sayangnya pihak peguambela si anuar ini tidak bertindak untuk membersihkan namanya dari undang-undang.Kalau betul macam hampeh kata itu kenapa apabila tuduhan liwat digugurkan kenapa dia tak pernah bertindak saman malu atau lain-lain perkara yang boleh bersihkan namanya.Cuma dia dengan sertamerta meninggalkan negara!.Adakah dapat hampeh menatijahkan apakah sebabnya?.

    Tentang rogol dan liwat ini susah nak buktikan mengikut undang-undang yang sedia ada.Di Pakistan yang mengamalkan undang-undang hudud lagi menghadapi kesukaran!.Nak cari bukti empat mata untuk jadi saksi amat payah dan kes-kes rogol dan liwat!.Cuma caranya di undang-undang yang sedia ada cuma mempertahankan hak mangsa yang dirogol dan liwat.Orang yang kena tuduh itu perlu buktikan pada masa kejadian dia tak bersamanya atau pun tidak lakukan.Dan peguambela tertuduh cuma perlu buktikan resonable doubt tentang kesnya.Yang mana hakim cuma membuat keputusan mengikut pembentangan kes dengan resonable doubt ini.

    Tapi saudara hampeh kenapalah ramai-ramai orang politik di Malaysia ini hanya dia saja dituduh liwat?.Cuba fikirkan kenapa bukan orang lain!.Tak akanlah Pak Lah seorang anak dan kelurga dari ulamak yang termasyur tergamak buat gitu pada orang kampungnya sendiri!.Tapi saudara janganlah tuduh sembarangan semua orang lain semata-mata untuk membela dia ini?.Adakah saudara kata yang saudara saja betul yang lain semua salah?.Mamak tak pernah taksub dengan pemimpin parti politik tapi selalu menjunjung tinggi orang yang dilantik oleh majoriti rakyat untuk memimpin negara walau pun kadangkala ideologinya berlainan dari Mamak.Inilah dasar demokratik yang akan mengharmonikan dan menyatupadukan bangsa!dan makmurkan Negara!.Sekiranya suatu hari si anuar ini dilantik pemimpin negara kalau umur panjang nanti mamak menjunjung tinggi.peralihan kuasa pemerintahan secara pilihan-raya dan secara aman akan gahkan lagi Negara dan bangsa Melayu khasnya.Fahaman politik cuma sementara tapi memahami kehendak politik bangsa Melayu lebih utama!.Wassalam.

  8. komando 12

    salam kuntakunte,
    memang nama saja dah `kunta` orgnyer xtau plak `kunte`nyer..aku dok training keras n hari-hari tgh panas tapi otak aku dan tekak aku ni loya dgn ulasan ko ni,,mcm org yg xdak agama soal kes liwat ANWAR nie..,aku bkn penyokong dia tp rasa bodoh hampa dok pecaya bulat-bulat,buat kajian kes-kes terdahulu tue dan cube pikir elok-elok..kami geng KOMANDO 12 ni xkan pecaya lagi berdasarkan bukti-bukti yg mengarut dulu dah cukup dah..MENGARUT..!!Sedara ni mmg kurang didikan agama nie,cubela tafakur dan nilai betul-betul berdasarkan hukum hakam agama..aku heran dgn kepala otak hampa sume nie..Moga Allah beri rahmat kat kite sume moga kebenaran terbukti keak…Insyaallah

  9. AbangTuah

    Bro kuntakinte….
    Dont worry sesetengah Komodo tu kureng sikit terutama Komodo 12. Yang setahu kawan Komando 69, Paskal, Gerakhas yang kita panggil elite, the best bunch of soldier….yang ni mana punya Komodo 12… entah…macam *iawak tu kot…

  10. AbangTuah

    Salam hampeh….

    Hampeh..hampeh…kau sikit bijak tapi banyak naïvela…Mamak Haji dengan kuntakinte tu betullah…depa saja nak lontar pendapat mereka dan juga mahu kau berfikir…untuk kau ambil contoh begitulah tingkah laku Tok Gurau, Tok Lebai melontarkan tomahan dan mempersendakan Kerajaan. Pada kawan pendapat sahabat tu betul sebab Mat Kencing tu dulu dah pun disabitkan kesalahan..yang membuatkan musang berbulu ayam tu terlepas kerana dia appeal…faham apa itu appeal…rayuan diulang bicara. Kau janganlah memalukan aku…dulu aku dah cakap engkau ni memang naïve…tahu apa itu naïve…buat penyeri sangkut kat dinding weblog ni aje..jangan perasan sangatla. Semasa kes ulang bicara…ketiga2 hakim berpendapat bahawa Mat Musang@Kencing tu memang ada bukti meyakinkan dia sabit kesalahan dan mereka juga bersependapat dia melakukannya. Tetapi kawan rasa Mat Musang@Kencing tu dah taubat ketika itu…maka tuhan selamatkan dia…tiba-tiba…entah macammana 2 dari hakim membuat keputusan mungkin setelah memikirkan dia telah menjalani sebahagian hukuman maka bersependapat juga bahawa dalam kes Mat Musang@Kencing bukti yang lebih kukuh melampaui segala keraguan perlu di kedepankan sebagai bukti.

    Jadi Hakim Paul yang engkau panggil Gula-gula Hack tu dan tilam serta bantal tu masih tak relevan ke ? Engkau tak yakin pada sistem penghakiman Malaysia dan hakim mahkamah tahun 1999 tu…macammana pula penghakiman mahkamah rayuan 2004 tu…kau yakin tak?…Kak Minah kau tu pun yakin juga….

    Aku nak tanya kau lagi, dari 1999 hingga ke Mahkamah rayuan kesemua 8 hakim yakin dia melakukan, 2 pula yakin tapi mengatakan lebih bukti yang melampai segala keraguan diperlukan…cantik kan….maka selamatlah Mat Musang@Kencing tu….

    Kesian aku kau tuduh Mamak Haji tu Hakim Paul dan brokuntakinte tukang angkat tilam…tapi aku fikir bukan begitu…aku rasa entah-entah ada orang yang seronok sangat menjadi tilam….kau….he..he..

    Untuk kes terbaru ni apa nak susah sangat tunggu ajelah keputusan laporan DNA dari doktor….tapi dah dasar Mat Musang@Kencing ni memang pandai taktik mengencing…maka dia pun bawa kes ni ke Mahkakah Syariah agar pendawaan mahkamah Sivil kononnya dapat di Waivekan….kirim salamla…Aku heran macammana masih ada orang yang percaya pada Mat tu. Aku nak kau jawab sekiranya adek engkau dibawa ke satu bilek dan diliwat tanpa dilihat dengan jelas oleh 4 orang saksi yang tidak dapat diragui keislamannya dan akhlaknya, apa yang kau akan buat…? Pada pandangan aku hanya mahkamah sivil sahaja pilihan yang tinggal. Aku tak kata Saiful tu benar…tapi semua rakyat ada hak untuk menuntut keadilan sekira terinaya….tapi tentu ada yang berkata penyiasatan polis dan keadilan mahkamah yang akan melaksanakan tugas tidak adil, tidak telus…mahkamah rayuan tu macammana…? Nii…hampeh segala keputusan sekiranya dah diputuskan oleh mahkamah betul tak betul ke kita kena akur…faham.

    Fasal kes DPM dan mendiang Altantuya tu…engkau yakin ke Mat tu ada bukti…cakap dia tu macam farts aje…aku nak tanya mana dia 4MP yang nak istihar lompat tu…Sama macam kesanggupan bersumpah dia sejak dari tahun 1998 lagi ashik tangguh aje…nii…hampeh aku kalau jadi dia, untuk mendapat lebih ramai penyokong dan kepercayaan rakyat agar dapat jadi PM aku akan buat sidang akhbar panggil wartawan dan Ulamak buat Sumpah Laknat secara live telacast….baru aku consider cakap dia betul. Aku rasa bukti kes kukuh yang kau sebut tu adalah Mamat RKP dan Si Balakk dan kaum semartabatnya…yang seronok sangat hidu Farts si Mat Musang@Kencing tu…ha…ha…ha…

    Saudara hampeh…sekiranya bulan August sehingga Sept ni masih lagi 30 MP BN yang melompat maka janganlah masih hayal lagi dok hidu Farts tu…lompat cepat ke UMNO…dan sekiranya dah lompat join geng kami.

    Mamak Haji dan Brokuntakinte…ramai penagih dadah sekarang putus stok cari najis lembu dan manusia, hidu baunya yang kick…so kawan nasihatkan tak lama lagi ramai juga yang akan follow belakang kita tunggu kita fart….kerana ramai yang dah gian bau fart…fasal masa tu Fart anuar susah nak susah nak hidu…al maklum dah…kena J**L

    So Hampeh teruskanlah hujahan awak yang berseri-seri tu dan tambahkan lagi bunga putar-putarnya…seronok dapat seorang yang mencabar minda kami sekelian.

  11. Salam Abang tuah,
    Memang class ulasan itu!.Mamak pening juga dengan musang@kencing….tapi faham eloboration abg tuah..apa yang dimaksudkan.Yang biawak Indonesia itu biarkan saje agaknya mereka ini dapat response dari blog anti-umno kot?.Mungkin master depa cuma tukar id saja!.Buang masa saje!.Mamak baca juga komen musang@kencing itu kat blog tak mahu junjung al-quran sebab Islamnya lebih tinggi dari orang melayu kerana dia pakai Imam Import.Ulamak melayu tak boleh pakai kot?.Musang yang kenal musang lain.Musang ini dulu kawan taukeh ekor, bawak dia sana kemari untuk apa?.Tapi depa yang kawan rapat dengan Musang ini semua senyap!.Termasuk ezam dan datuk nalla kenapa ya !!! taakan depa ini tak tahu kot?.Atau pun”this is my turn”?.Yang si Bala pun terus cabut lari…!!!.

    p/s:Abg.Tuah makin lama makin famous blog ini ye!!!.Nanti sifu-sifu mereka yang handal akan kunjungi blog ini.Alhamdullilah….begitu hebat!.ramai dulu yang pembaca saja mula keluarkan keluhan dan rintihan hati yang lama terpendam!.Macam hampeh itu bukan anti umno tapi dia memang sayangkan umno,cuma keluarkan ketidak puas hatian yang selama dia pendamkan dalam dirinya!mungkin aggresif cara lontaran kata-kata tapi berhemah!.Kita terima dan balas dengan baik ok!.Maka tak kenal tak cinta UMNO ini!Wassalam.

  12. kepada semua penulis, pengarang pengaudit
    berita ingatlah bahawa kita ini tidak akan kekal didunia ini, akhirnya kita mati juga. janganllah membuat fitnah kepada sesiapa juga, dan jangan juga menyokong sesiapa juga yang kita ketahui kebenaranya, mengaibkan sesama manusia ini hukumnya terlalu berat hanya Allah sahaja yang maha mengtahui. ketahuilah bahawa setiap kejahatan dan kebaikan itu ada pembalasannya disisi Allah. Ingatlah wahai orang-orang yang beriman, wahai saudara-saudara ku sekelian insaflah. Tidak sesiapa yang boleh membantu kita walaupun sahabat, bos-bos kita yang menjanjikan sesuatu kepada kita. Hanya Allah sahaja tempat kita mengadu Amin amin amin…………………

  13. sapa makan cili dia rasa pedas

  14. Hidup Anwar, Debat yang meyakinkan dengan fakta-fakta yang bernas……tanpa menyerang pihak lawan, semoga Allah merahmati beliau dan “Ya, Allah kau tunjukanlah dan permudahkanlah perjuangan Anwar…dan bukakanlah pintu kebenaran dia hati rakyat Malaysia….

  15. Kuntakinte

    Salam, sedara koamando12 ke komondo12, teman tak kesah le apa nama mike, tapi faham teman sebagai komando tentu hebat mental fan fizikal, sedara ni teman rasa tentu fizikal ok kot tapi mental tak cukup hebatnya masih jumud.

    kalau kena DSAI sedara kata orang fitnah, macammana pulak dengan nasib si saiful dan yang lain2 pernah kena sodomi tu, secara tak lansung sedara fitnah mereka2 yang kena sodomi, adil ke fikir kepala hotak sedara tu.

    Kalau sedara baca tulisan teman dan sahabat2 moderator lain seperti abangtuah, mamak, mok ke kita tidak menuduh melulu, membuta tuli, akhirnya komen teman sebelum ini teman minta kita serah kepada kewibawaan Polis dan mahkamah untuk menetukan siapa bersalah atau tidak, timbul isu ini kerana ada dikalangan puak2 sepecies dengan sedara awal2 lagi terus menuduh ini adalah konspirasi kerajaan dan UMNO untuk menjatuhkan DSAI, sebagai yang merasa perlu dibetulkan itu lah peranan kuntakinte dan sahabat2 yang positif fikirannya memberi komen balas untuk membetulkannya, tak perlu nak jatuh kan DSAI kerana memang lama dia dah jatuh sedara oi…

    Sedara kenal DASAI ini setakat mana, teman dah nyata berkali2, teman kenal dia dan dia kenal teman, teman dah berjumpa dengan SEISI keluarga salah seorang mangsa sodomi dulu dan teman dah tahu cerita sebenarnya sebab itu teman patah balik dan tidak menyokong DSAI, sedara setakat tahu dari jauh DSAI bawa2 lah jangan melulu nak pertahankan, tak adil sikap sedara, berat sebelah, mangsa yang kena sodomi pun punya maruah dan keluarga, mereka juga ada hak dalam undang2 untuk mempertahan kan hak mereka, mereka juga manusia yang perlu diberi hak untuk di bela, tapi species macam sedara terus mempertahan satu pihak yang seorang itu, sebalik nya menuduh seakan mereka yang jadi mangsa pemfitnah. ini karut punya kepala hotak, adakah itu tuntutan Islam yang sedara duk menyuruh orang bertafakur dan nilai hukum hakam agama, sedara yang patut buat, teman dah lama buat dah, mental tak hebat walau pun komondo12, teman pun banyak kawan dikalangan komando 69 dari bos komando sampai ke jawatan bawahan teman berkawan, semua tak sama otak dengan sedara.

    Kita serah kepada kewibawaan Polis dan Mahkamah (ulangan tulisan kali ke 100), kebenaran akan muncul jua, kita guna otak dan fikiran yang positif untuk menunggu dan melihat apa yang berlaku, beri kebebasan kepada kedua2 pihak yang menuduh dan tertuduh untuk mempertahankan hak2 masing, kita rakyat tak ada sangkut paut dalam kes ini, ini bukan perkara baru, kita tak ada hak untuk campur, menuduh kerajaan berkonspirasi, menuduh si saiful, tak perlu tu semua, kita sebagai rakyat yang ada hak hanya menunggu proses undang2 berjalan tanpa gangguan dan penuh kebebasan.
    kuntakinte tidak terus menuduh, itu sedara kena tahu dan rajin2 lah baca komen teman sebelum2 ini, baru le layak sedara nak songdol2 tulisan orang lain.

    wassalam.

  16. penyapoo

    knape eaa org dituduh meliwat dulunye boley disepak terajang dipaksa tok mengaku tapi org yg dituduh membunuh tak pulak dilakukan sedemikian????

  17. AbangTuah

    Salam penyapoo…
    Saikologi la tu…kasi provoke..kasi provoke..kasi provoke…kena bedal..kena bedal…kena bedal…lebam…cari lawyer…kalau tidak mana nak dapat bukti nak jatuhkan 2 KPN dan seterusnya gunakan sebagai senjata untuk memburukkan kerajaan.

    Hurmm…aku rasa lain macam aje…bau kau ni macam aku kenal je…ahh, tak mungkin…

  18. penyapoo

    jangan berani hidu bang tuah karang ko pula dituduh

  19. jenab

    tak yahlah nak gaduh2 pasal anwar, najib dan saiful, jaga diri sendiri baik dari segi mulut, perbuatan dan telinga kita yer, baru selamat dunia dan akhirat, benda2 nie semua kita tak tau yang mana harus dipercaya dan yang mana tak harus dipercayai…. kita serahkan ajelah pada Allah Yang Maha Esa.

  20. Kuntakinte

    Salam, teman setuju komen si jenabbbbbbb!!! jenab sebab ramai sangat jenis suka jaga tepi kain orang, sok…. sek..sok…sek ngata2 orang ni orang itu, memang kerja orang melayu terutama melayu PAS dan PKR, habis orang keliling kena, tambah2 jenis keturunan nujum pak belalang lagi ramai he…he..

  21. astora jabatt

    as’kum kuntakinte..
    mana hang tau si komando 12 tu kenal anwar dari jauh jer..hang ada bukti ke..sapa nak mengaku klu buat salah..huhuu..
    klu ikut hukum hudud kan senang..mesti xde org yg berani2 nak buat tuduhan tanpa bukti..hehe

  22. ikankecil

    akum…..
    adoi astoradatanglagi ni……..komodo12 2 ade ke ckp die knl DSAI???xdekan???bc la btul2…..orang yg selfish dan otak kurang je x nk mengaku kesilapan die….ckp mmg senang sedare laksanakan hukum hudud….contohnye klu ank sedare didapati bersalah mencuri gula2 dan ditangkap tangannya mesti dipotong….sanggupkah saudara???skang ni kita ada sistem perundangan yg hebat….serahkan pada mereka untuk menjtuhkan hukuman…klu orang 2 x besalah die akan lepas….susa2 sgt kamo le g jd hakim 2….nk tgk mcm ne…..ALLAH itu maha adil….skang ni sume byar cash tau….xde down payment ke ape ke….atas dunia da bg cash blum agi di alam 1 lg…
    masyaallah xdpt digambarkan…..nabi x mengaku umat oooo……kita serah pada kewibawaan polis dan mahkamah(pinjam ayat kuntakinte..heheh jgn mara eyh..)

    buat jenab…..
    hehehehe….teman tringat owg kg teman namenye jenab jge….die mmg menjge mulut dan telingenye…hahaha…..

    ikankecil berenang bebas….

  23. kuntakinte

    Salam, Astora, adik ikan kecil dah cukup menyanggah komen sedara… tak perlu teman he…he…

  24. astora jabatt

    ikan kecil,

    bukan kau ke yg ckp si komodo12 tu kenal anwar dari jauh jer.mmg dia x ckp dia betul2 kenal si anwar tu.x ckp x semestinya x kenal..baca la betul2..

    “orang yg selfish dan otak kurang je x nk mengaku kesilapan die….ckp mmg senang sedare laksanakan hukum hudud….contohnye klu ank sedare didapati bersalah mencuri gula2 dan ditangkap tangannya mesti dipotong….sanggupkah saudara???skang ni kita ada sistem perundangan yg hebat….serahkan pada mereka untuk menjtuhkan hukuman…klu orang 2 x besalah die akan lepas….…” – ikan kecil

    klu yg ni aku mmg terpaksa ckp yg otak kau mmg kecik..kau pernah dengar matapelajaran jenayat x? ringkasan dari kitab mutaal badrin yg diajar kat sekolah2 agama kerajaan johor..kat dlm tu ada cerita pasal undang2 hudud..lainkali baca/belajar dulu.jgn ckp ikut sedap mulut jer..by the way,ko x pernah dgr kisah umar al khattab ke?

    rupanya,yg paling lawak sekali ialah kau ni.tinggi betul ilmu agama kau yer…hehehe

  25. AbangTuah

    astora jabatt…

    Apa kau ni dah nak bawa kitab masuk pula…ujian aku pun tak lepas dah nak jadi lebai lak…carilah…ujian tu…dulu..aku bagi hint..HUKUM..

    Kalau kau dapat jumpa aku tabalkan kau Lebai Weblog ni. Apa macam deal…

  26. kuntakinte

    Salam, astora jabatt, itu si ikan kecil mengambarkan kesuasuaian dalam melaksanakan hukum hudud yang Kerajaan Kelantan pun menolak salahnya pada kerajaan Persekutuan walaupun dia perintah tapi tak mampu juga negeri dia nak laksanakan, nak tutup salah tolak pd kerajaan persekutuan, bijak lagi fikiran ikan kecil yang lebih memikirkan suasana rakyat yang majmuk. bijak le tu….mencontoh kan perkara yg kecil supaya senang otak macam kau tangkap dan faham.

    Jinayat sebahagian ranting2 nya dah dilaksanakan seperti qisas hanya satu ranting yang belum dilaksanakan iaitu hudud, ini bergantung kepada kesesuaian masyarakat yang terdapat di dalam negara tersebut, kalau nak buat hudud tapi boleh memudaratkan manusia lain boleh untuk kita kemudiankan, terutama seperti ulasan abagtuah sistem berparlimen antara AP melayu dan lain2 yang ada tidak akan mendapat sokongan. teman tak kata hudud tak penting tapi mengikut kesesuaiannya.

    kau tak sebut dan hargai pun bagaimana kejayaan perlaksanaan yang begitu dahsyat sekali dilakukan oleh kerajaan dalam soal hukum ibadatnya, munakahatnya, muamalatnya, dan sebahagian jinayat, kenapa itu tidak sedara ketengahkan dan memuji kejayaan perlaksanaan nya, kenapa yang satu dan hanya rantingnya saja sedara perbesar2 kan, sedara suruh dulu kerajaan kelantan laksanakan baru Kerajaan Persekutuan boleh ikut contoh dan model kejayaan perlaksanaan di kelantan, ini tidak semua di longgok kesalahan kepada kerajaan persekutuan, dasar jenis tak bersyukur ini lah dia speciesnya, sebab tu lah si Mat abu terlepas hukuman berkhalwat dengan bini orang, ha…itu ke contoh baik hudud kau tu.

    Perlaksanaan 3 aspek utama seperti Aqidah, syariah dan akhlaq telah dilaksanakan oleh kerajaan perskutuan, kau cari lah sendiri apa yang aku katakan 2 aspek utama tu, aku jelaskan perkara ini pun buang masa je pada sedara ni bukan nak masuk pun dalam kepala hotak, letih aku je… tak perlu le aku nak panjang kan sangat penjelasan nya sapa yang rajin layan species astora ni tolong lah sambung, getik aku. dia nak tunjuk dia sorang yang tahu agama piiiirah…

    hoi….bro astora, isu hudud yang kau perbesar2 kan tu dah basiiiii, pemimpin ulamak semak kau pun dah tak cakap pasal hudud lah ngok… orang kampung pun dah lupa……sekarang Islam kebajikan….sebut lembut2….. faham ke.

    • Cik Lily

      Jika kita mengaku sebagai seorang yg beragama islam, jgn sesekali ckp yg hukum hudud tak sesuai kerana jika kita mengaku sebagai seorang islam , percaya rukun iman & rukun islam, pls stop talking nonsence.
      Sebelum kita dilaknati Allah SUhanahuwataala.

      • Bakal PM

        yang konon2nya perjuangkan hudud pun sampai skarang masih x kuat kuasakan undang-undang hudud…
        tp tiap2 ceramah sibuk complain kerajaan tolak hudud… aku sampai skarang x kesampaian nak tgk bila hukum hudud nak dikuatkuasakan…. yang aku nampak makin lama makin hodoh perangai puak2 hamPAs ni… jgn jg munafik yer….

  27. penyapoo

    penyapoo pon dulu pegi sekolah ugama… betul, betul ada subject jenayat mmmmm

    lama da ku tinggalkan zaman persekolahan

  28. astora jabatt

    buah,

    “Apa kau ni dah nak bawa kitab masuk pula…ujian aku pun tak lepas dah nak jadi lebai lak…carilah…ujian tu…dulu..aku bagi hint..HUKUM..” – buah

    apa kau cerita ni? bila masa pulak aku menduduki ujian.kena carik pulak tu..

    kuntakinte,

    “Jinayat sebahagian ranting2 nya dah dilaksanakan seperti qisas hanya satu ranting yang belum dilaksanakan iaitu hudud, ini bergantung kepada kesesuaian masyarakat yang terdapat di dalam negara tersebut, kalau nak buat hudud tapi boleh memudaratkan manusia lain boleh untuk kita kemudiankan, terutama seperti ulasan abagtuah sistem berparlimen antara AP melayu dan lain2 yang ada tidak akan mendapat sokongan. teman tak kata hudud tak penting tapi mengikut kesesuaiannya.” – kuntakinte

    memudaratkan sapa? jawab..
    balik2 kau nak bandingkan dengan pas yg x jalankan hukum hudud.dengan arab saudi atau pemerintahan khalifah kau xnak bandingkan..

    wei,curi gula2 20 sen x mana kena potong tangan la bongok..aku suh belajar tadi xnak..

  29. astora jabatt

    wlaupun isu hudud dah basi,pemerintah islam malaysia x pernah pun jalankan atas org islam sendiri..

  30. nak pa kata kitak duak ya?! Anwar sik bersalah. Aku rasa Anwar ditakuti okeh semua menteri di Semenanjung. Sik dapat lawan Taib Mahmud ‘The Most Powerful and yet very low profile Minister in Malaysia’ Sapa berani kacau. kacaulah…mun nak kenak.

  31. SALAM SEMUA SAHABAT.

    saya nak ucapkan tahniah kepada DSI kerana menang di permatang pauh.

    yang paling sedih sekali BN walau dah habiskan wang rakyat masih gagal, bayangkan berapa juta wang telah dihabiskan untuk belanja perjalanan, hotel, makan dan lain2. hampir semua ketua ketua BN turun padang.

    mereka kata mereka kerja keras tapi saya rasa mereka joli keras.

    JOLI KERAS habiskan wang.

    si mat yang kena sontot tu pun gagal menarik undi, patutnya UMNO chalonkan mat tu jadi pencabar DSI baru kita tahu rakwat malaysia masih celik ke atu dah BUTA.

    apa pendapat kawan2 semua

    MUSTAFA BIN SAREH, ahli UMNO

  32. Cik Lily

    Kalau org lain sesat, cuba betulkan ttpi make sure betulkan diri sendiri dulu, akidahnye,perlakuannye,pakaiannye, pokoknya bukan kelapa tapi, pokoknya, diri sendire mesti dijln betul sebelum cuba mengajar manusia lain ke jln yg lurus.

    Wassalam

  33. “Anwar dedah bukti baru kes Altantuya, Najib nafi temui wanita Mongolia | Pemuda UMNO Jalan Enggang”
    in reality got myself simply hooked on ur blog!
    I personallywill probably wind up being returning even more frequently.
    Thanks -Lovie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s