Calon Ahli MPAJ Dipersoal.. ada rekod jenayah?

dari bharian

SHAH ALAM: Dua orang yang bakal dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebagai ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada Sabtu ini dikatakan mempunyai rekod jenayah, manakala seorang lagi berasal dari luar kawasan itu.

Pelantikan ketiga-tiga individu itu dikatakan disokong Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin.

Pendedahan itu dibuat seorang penduduk Ampang Jaya dalam surat yang dialamatkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan salinannya diedarkan kepada pemimpin PKR serta media, semalam.

Abdul Khalid yang ditanya mengenai perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini bagaimanapun berkata, pelantikan ahli majlis itu akan tetap diteruskan dan aduan berkenaan akan diselesaikan kemudian.

“Proses penyemakan akan dibuat dalam tempoh enam bulan selepas mereka menjadi Ahli Majlis di MPAJ. Aduan ini tidak akan menghalang kerajaan negeri daripada meneruskan pelantikan Ahli Majlis di MPAJ.

“Kami akan melantik mereka terlebih dulu sebelum menjalankan proses terbabit dan jika kami mempunyai alasan serta bukti kukuh yang mereka ada rekod jenayah, kami akan membatalkan pelantikan mereka,” katanya.

Dalam surat yang menamakan penulisnya sebagai ‘Penduduk Ampang Yang Hampa’ itu, pengadu mendakwa dua daripada lelaki yang bakal dilantik itu mempunyai rekod jenayah dan pernah terbabit dalam pertubuhan kongsi gelap.

Sumber polis yang dihubungi mengesahkan seorang daripada individu itu mempunyai rekod jenayah termasuk terbabit dalam kes samun berdasarkan semakan kad pengenalannya, manakala rekod seorang lagi tidak dapat disemak kerana nombor kad pengenalannya tidak diperolehi.

Penulis surat itu mendakwa individu pertama juga pernah dibuang daerah pada 2003, sementara seorang lagi yang juga ahli perniagaan turut memiliki rekod jenayah tetapi dilantik sebagai Ahli Majlis berdasarkan kedudukannya dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Dia juga adalah kenalan rapat kepada seorang ketua bahagian parti yang menyertai Pakatan Rakyat. Individu ketiga pula berasal dari Puchong dan aktivis sebuah NGO yang tidak dikenali penduduk Ampang,” katanya.

Penulis surat itu mendesak Menteri Besar mengkaji semula pelantikan mereka kerana yakin penduduk Ampang akan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat jika ketiga-tiga individu terbabit dilantik.

Abdul Khalid ketika menjawab soalan pemberita berkata, 288 ahli majlis pihak berkuasa tempatan yang dilantik kerajaan negeri akan menerima watikah pelantikan daripadanya pada satu majlis khas di sini pada 5 Julai ini.

Jumaat lalu, Penyelaras NGO India Kuala Selangor, A Gunanathan, turut menghantar memorandum bantahan kepada Abdul Khalid kerana melantik lima individu yang didakwa tidak layak sebagai Ahli Majlis Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Gunanathan mendakwa, daripada lima Ahli Majlis MDKS itu, seorang tidak mempunyai kelulusan mencukupi untuk menjawat Ahli Majlis manakala empat lagi didakwa bukan penduduk tempatan tetapi dilantik bagi memenuhi kapasiti parti politik.

Advertisements

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Calon Ahli MPAJ Dipersoal.. ada rekod jenayah?

  1. Kuntakinte

    Salam, semua diaorang buat boleh belaka, betul belaka, bagus lah macam tu baru ada kepelbagaian dalam pentadbiran bolehlah efisyen sesebuah organisasi tersebut, ada sibodoh, ada si jahat, ada sibaik, ada malaun, ada si lanun, itu lah pemabahruan namanya menepati manifesto DAP/PKR/PAS.

    Kenal oleh rakyat bukan isu, lepas lantik nanti calon2 pergi lah jelajah dari pintu ke pintu, turun ke padang lah katakan, setiap rumah didalam MPAJ atau mana saja PBT kenalkan diri maka rakyat pun kenal, bukan macam WR ke ahli Majlis zaman BN tak turun ke padang, kalau kenal pun tak guna sebab tak turun ke padang… itu sebab kerajaan sekarang buat strategi baru lantik orang tak di kenali supaya boleh turun padang untuk kepuasan rakyat. tahniah kerajaan selangor, yang lain boleh ikut jejak Selangor. sure rakyat akan senang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s