Kes Liwat: Mufti Perlis minta Anwar, Saiful bersumpah

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini kali kedua berhadapan dengan isu dakwaan meliwat dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya ‘mubahalah’ (bersumpah).

“Daripada bertengkar tidak tentu arah, saya syorkan mubahalah agar dapat menyelesaikan kekalutan isu liwat ini. Disebabkan isu yang semakin kalut ini, rakyat menjadi celaru,” kata beliau dalam Kuliah Hadith lewat malam semalam di Masjid Alwi, Kangar Perlis.

(Rakaman ucapan Mufti Perlis boleh diakses di laman web beliau http://www.drmaza.com).

Asri menjelaskan: “Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang berbohong. Dia kata dia, ada kata orang ni. Ada kata konspirasi, niat jahat sampai rakyat berkelahi dan bertumbuk. Macam-macam cerita kita dengar.

Di sebalik isu berkenaan, Asri berkata, beliau kecewa kerana politik tanah air kini menjurus ke arah tindakan mengaibkan satu sama lain.

“Dalam Islam, pada asalnya tidak boleh buka aib orang, cerita peribadi orang tidak boleh dedah pada orang lain. Tapi dalam politik Malaysia sekarang, main lawan dedah aib. Dua kali lima, lima kali dua. Semua dok pakat bongkar hal orang,” katanya lagi.

Tambah Asri, beliau tidak berhasrat membela sesiapa dalam isu liwat tersebut.

“Saya tak nak bela sesiapa. Yang untungnya, surat khabar laku. Asalnya memang perkara peribadi macam ini tidak boleh dedah,” katanya.

“Ada orang kata kena kemukakan empat orang saksi. Saya tidak setuju sebab budak (Saiful) ini mendakwa diri dia sendiri (seorang diri), bukan orang lain.

“Pihak yang mendakwa (Saiful) hendaklah mendatangkan bai’nah (bukti). Sila bersumpah pada orang yang dituduh yang dia tidak melakukannya.

“Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini… ‘Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya’ dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi… saya tidak melakukannya,” katanya.

Selepas bersumpah, kata Asri, kedua-dua pihak dan semua orang kena senyap dan tidak perlu memberikan sebarang ulasan lanjut.

“Ini benda peribadi tapi sudah jadi urusan rakyat. Serahkan pada Allah kerana ini urusan Allah,” kata Asri.

Kata Asri, politik pada asalnya ialah satu tanggungjawab khilafah yakni memakmurkan dunia dan khalifah yang dilantik mesti menegakkan agama dan menguruskan dunia.

“Tapi sekarang politik sudah jadi lawan tuduh dan lawan dedah. Gelanggang yang kotor. Tokoh Turki Badiuzzaman Said Nursi pernah berkata ‘Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik’,” ujar beliau.

Katanya, tokoh agama Rasyid Ridha pula pernah berkata, “Aku berlindung dengan Allah daripada politik dan apa sahaja terbitan politik”.

Beliau turut merujuk pertama kali mubahalah dilakukan dalam satu peristiwa pada zaman Nabi apabila puak Kristian di Najran mempertikaikan kebenaran Nabi.

“Nabi telah membawa Hussin, Hassan dan Fatimah dan mencabar puak Kristian di Najran untuk bermubahalah iaitu laknat-melaknati atas nama Tuhan tapi puak Kristian Najran tidak berani…,” katanya.

Seperti yang terkandung dalam Ayat 59-61, Surah Ali-Imran di mana antara lain, Allah berfirman,”Kebenaran itu dari Tuhanmu. Jangan kamu termasuk dalam golongan mereka yang ragu. Setelah datang kepada engkau keterangan dan ilmu. Katakanlah pada mereka semua…”

Katanya lagi, ulamak Al Abbas pernah melakukan mubahalah, begitu juga Ibnu Hajar Al-Asqalani (penyusun kitab Bulughul Maram) pernah mencabar pendapat kesesatan ahli sufi Ibnu Arabi dengan mubahalah apabila pertengkaran mereka melarat sampai ke pengetahuan Sultan.

“Ketika itu, Ibnu Hajar dan Ibnu Arabi bermubahalah di mana dia berkata kalau Ibnu Hajar berada di atas petunjuk Allah, Allah akan laknat aku dan begitu juga jika dia berada di atas kesesatan Allah.”

Kata Asri, mubahalah itu dilakukan pada bulan Ramadan. Bila tiba bulan Zulkaedah, bapa saudara Ibnu Arabi buta mata dan mati.

nota: Pengakuan bersumpah DSAI sudah dinanti oleh ramai pihak sejak dari tahun 1998. Dua ‘askar’ beliau sudah bersumpah tetapi hanya di depan manusia yang layak menurun tandatangan mereka di atas ke atas pengakuan tersebut. Dengan bayaran serendah RM4 utk mendapat tandatangan pihak berkenaan, ramai orang juga mampu membuat pengakuan bersumpah. Tetapi bagi kes DSAI, ‘mubahalah’ adalah cara paling terbaik. DSAI sahutlah seruan Dr Asri sekiranya DSAI di pihak benar dan sayangkan Islam, Melayu dan Malaysia.

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Kes Liwat: Mufti Perlis minta Anwar, Saiful bersumpah

  1. zulkifli ab. ghani

    orang biasanya kalau dah kena perkosa, rogol atau liwat biasanya akaun trauma dan murung. Tapi si Saiful ni boleh relax dan senyum lebar bila diambil gambarnya. Fikir-fikir lah sendiri…

  2. ajilan

    Kawe nak komen sikit pasal apa ada ore tak faham baso kalu keno liwat mestilah sedih dan saiful ni kabarnyo sampai nak bunuh diri…nak tak sedih apanya nak berak pun payah..yang hairan nyo lepas sorang ,sorang keno liwat sejak tahun 1999 hingga la ni agaknya ramai mano doh jadi mangsa..padan-padan la.Kalu beraso tak bersaloh gak buat perhimpunan di Stadium Melwati tu bawak la quran dan nafikan tuduhan liwat dengan mengangkat dan junjung quran dengan cara supo Mufti Perlis cadang tu… .Ambo pun bimbang juga takut ada tokguru hok tak larang kemungkaran macamni kalu kena bala semua kena..takut Allah ata Tsunami nak cuci kerja maksiat keji ni semua kena…….

  3. Kay

    Saya sokong 100% saranan Mufti Perlis. Bersumpahlah kalau berani, tanpa syarat. Lepas tu kita tengok sapa pulak yang kena laknat Allah dulu Anwar ke Saiful atau kedua-duanya. Insyaallah, masa tu baru rakyat Malaysia tahu siapa betul siapa salah.

    Tak payah lagi nak bertekak, caci mencaci dan tuduh menuduh antara satu sama lain, buat tambah dosa jer. Selamat Malaysia, Insyaallah.

  4. Siap sedialah kamu Anwar Ibrahim..! Esok akan keluar kenyataan akhbar secara rasmi dari kami, keluarga Saiful mencabar engkau bersumpah dengan sumpah mubahalah.
    Semoga Allah melindungi keluarga engkau dan pengikut2 setia engkau daripada terseret sama dalam kekejian yang kau lakukan pada anak saudara aku.!
    Allahu Akbarrr!!!!!

  5. misteri boy

    klu nak afdal lagi letak al-quran depan mereka semasa bersumpah……pasal al-quran akan menjadi saksi yg kukuh di dunia dan akhirat nanti…..

  6. tolong guna al-quran semasa upacara angkat sumpah dan letakkan al-quran di depan mereka yg bersumpah…..sesungguhnya hanya allah sahaja yg tahu sape yg berslah dan betul dan al-quran adalah kitab yg akan digunakan di dunia dan akhirat sampai bila2…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s