Pas, UMNO perlu bersatu bantah campur tangan AS

KUALA LUMPUR 2 Julai – Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) merayu Pas dan UMNO bersatu untuk menghalang campur tangan Amerika Syarikat (AS) dalam urusan dalaman negara.

Ketua Umumnya, Osman Abu Bakar berkata, kedua-dua parti orang Melayu itu perlu segera berbuat demikian demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan agama Islam di negara ini.

Beliau berkata, kegagalan kedua-dua parti itu untuk bersatu dalam keadaan sekarang akan membolehkan maka AS menjajah negara ini dengan pendekatan berbeza.

”Bila ini terjadi, kedaulatan kita sebagai warganegara Malaysia dan Islam sebagai agama rasmi pasti terjejas seperti yang kita saksikan di Iraq dan Afghanistan sekarang.

”Jika bukan Pas dan UMNO siapa lagi, campur tangan AS harus dihalang demi survival politik, ekonomi dan agama orang Melayu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Osman mengulas kenyataan jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey yang menentang sebarang siasatan atau pendakwaan bermotifkan politik ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Negara kuasa besar itu mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, menuduh Anwar, 60, meliwatnya beberapa kali, satu tuduhan yang dinafikan oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

Justeru kata Osman, Pas juga perlu meninggalkan PKR kerana parti itu secara jelas tidak memperjuangkan komponen-komponen utama dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedaulatan Islam dan ketuanan Melayu.

Beliau berkata, PKR sehingga kini tidak membantah campur tangan AS dalam urusan negara kerana ia penting dalam sebarang isu membabitkan Anwar.

Beliau menambah, negara juga perlu bebas daripada sebarang bentuk tekanan AS selaras dengan imejnya sebagai bekas Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Dalam pada itu, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Casey itu.

Presiden Penaja IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, kenyataan yang menekan kepimpinan negara itu adalah satu bentuk konspirasi yang tidak boleh dimaafkan.

”Kenyataan Casey itu juga menggugat keamanan masyarakat majmuk dan kedaulatan negara ini,” ujarnya. – utusan

nota: amat meluat dengan beberapa pendapat di laman malaysiakini yang mengutuk Menteri Dalam Negeri kerana berang dengan tindakan Amerika Syarikat cuba mencampur tangan di dalam urusan domestik Malaysia. Sila rujuk di sini. Penulis bukanlah ini bersifat ‘racist’ tetapi komen awal diterbitkan datangnya dari bukan Melayu yang rata-rata kurang senang dengan kontrak sosial mutakhir ini. Sebagai masyarakat dan rakyat Malaysia, sepatutnya tidak kira sama ada Melayu, India, Cina atau bangsa lain mengutuk keras tindakan Amerika Syarikat yang cuba mencampuri urusan negara. Sehingga kini tidak ada kenyataan rasmi dari pihak DAP dan PKR mengenai campur tangan Amerika ini. Mungkin saat inilah dinantikan oleh mereka. Urusan Amerika yang ingin mencampuri urusan dalam Malaysia ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia sudah bermula sejak dari penubuhan Petronas satu ketika dahulu.  Amerika pada ketika itu mengirim surat kepada Allahyarham Tun Razak meminta beliau supaya memecat Tengku Razaleigh kerana idea beliau untuk menubuhkan Petronas dilihat sebagai satu ancaman. Tidak ketinggalan pada zaman reformasi satu ketika dahulu, di dalam satu persidangan di Kuala Lumpur, mantan Naib Presiden US Al Gore memuji tindakan berani kumpulan reformasi di Malaysia. Tetapi sayang sekali, ramai rakyat Malaysia melihat tindakan Amerika ini sebagai satu tindakan yang betul dan positif untuk menekan kerajaaan Barisan Nasional. Padah pasti menanti sekiranya Amerika berjaya mencampuri urusan negara kita sekiranya DSAI berjaya menjadi PM. Jangan kita biarkan Malaysia menjadi seperti IRAQ.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Pas, UMNO perlu bersatu bantah campur tangan AS

  1. Kuntakinte

    Salam, nak ke PAS…mana ada ummmp… nak bersatu dengan UMNO, UMNO kafir tak kan PAS percaya UMNO nak bantah US negara kafir macam UMNO juga.

    Walaubagaimana pun teruskan lah usaha untuk menentang US dan tali barutnya dari merosakkan negara.

  2. AbangTuah

    Salam brokuntakinte…
    Isshh…isshh…jangan kata macam tu kat PIS eh..silap PAS, nanti masuk neraka kita bro. Bro nak tahu itu lah satu-satunya Parti pilihan tuhan dan pengikutnya terjamin tanpa hisab terus masuk syorga. Mereka ni sama mulia dengan Yahudi Zionist, yang juga kaum pilihan…kaum lain tak cukup mulia macam mereka.

    Mereka ni pula diberikan kelebihan tau…kalau tak daya menentang kerajaan yang zalim…letak niat kebencian dalam hati pun dah boleh menjamin syorga. Bro untungnya kita kerana masih ada lagi Hulalamak muktabar PAS dinegara ni…kalau tidak tak lengkaplah islam kita semua. Maklum Hulalamak flip-flop mana nak cari..cukup bernas fatwa flip-flop mereka, tak usah khuatir bro, kalau didapati fatwa tak menguntungkan boleh tukar fatwa lain serta merta…nas dan hadis semua untuk mereka. Itulah sebabnya semasa kawan nak pangkah undi kawan lafaz bismillah maka tangan kawan macam ditarik malaikat untuk pangkah dacing…sebab bulan terlalu mulia untuk di pangkah-pangkah.

    Lagi satu bro, teks ceramah dan khutbah mereka tu turun dari langit, wahyulah katakan…ada mujizatnya..boleh membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya tergelak atau setidak-tidaknya geli hati. Kalau bawa orang gila mendengar pun sure boleh semboh sertamerta…sehingga sangkut penyakit tergelak-gelak. Begitulah hebatnya bro…

    Semalam kawan lalu tepi mesjid, masa tu ada ceramah oleh lebai Parti pilihan tu…ada disebutnya dengan lantang “Kita tak perlu berterima kasih pada kerajaan….kita hanya berterima kasih pada…..”. Seronok betul kawan mendengarnya…apalagi kawan pun jerit kuat-kuat bagi sokongan “Hoi temberangla, mesjid ni pun Kerajaan yang buat”…terkedu terkebil lebai tu bro..lepas tu kawan pun belahlah tak mahu dapat hadiah dari tentera2 langit tu.

    Begitulah bro, betapa mulianya Parti PAS tu bro…jadi kembali bersatu dengan UMNO akan mencemar kemulian mereka disisi Tuhan fasal UMNO pakai songkok..budaya melayu tak standard, martabat mereka keturunan Malaikat2.

  3. pemudaislam

    salam…
    bersatu mmg patut, tambah2 lg dlm menentang as…tp aku kurang stuju la, dlm akhbar tulis “menentang sebarang siasatan atau pendakwaan bermotifkan politik “..yg korang marah sgt nape??ataupun mmg dah set awal2 lg ke bnda ni. kalau btl dia bt dan polis berjaya buktikan yg DSAI buat nak takut ape…jatuhkan la hukuman, yg MT2 gabra sgt tu mgkn sbb tindakan yg akan mereka amik tu adlh politik smata2….sbb takut kan DSAI!!!
    dan untu bersatu antara PAS dan UMNO, tak payahla asyk2 Melayu! je, cuba la ckp untuk menegakkan kembali Islam yg telah di tindas, supaya ISLAM YANG MEMERINTAH DAN BUKANNYA ISLAM YANG DIPERINTAH!!

  4. Salam semua?
    Bukan hanya PAS dan UMNO sahaja yang perlu bersatu,… PKR, DAP dan lain lain parti juga harus bersatu menjadi serumpun untuk memerangi anasir luar.

    Tapi sebelum itu, bersihkan anasir dalaman, selesaikan kes-kes yang memalukan ini atau negara kita juga adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang mungkar.

    Oleh itu amalkan sikap bersih, cekap dan amanah. Jangan dok cakap saja. Rata-rata rakyat Malaysia mengatakan bahawa pemimpin dan pengikut-pengikut UMNO umpama lalang, kaki bodek dan kaki ampu, lebih-lebih lagi demi untuk kepentingan politik masing-masing. Namun realiti yang rakyat mahukan ialah kesinambungan pemimpin-pemimpin parti pemerintah untuk menerajui negara dan TIDAK meninggalkan impak negetif terhadap rakyat.

    Rakyat Malaysia tidak perlukan pemimpin yang tidak berkaliber, matang dan berkebolehan seperti PAK LAH, yang mana ternyata ketandusan darin segala aspek. Namun, kekalutan ini masih dapat diatasi dengan adanya khidmat nasihat daripada pakar-pakar ekonomi, juru runding ekonomi, tokoh-tokoh politik yang sebelum ini ternyata berjaya membawa negara kita ke arah pembangunan yang sama-sekali jauh daripada sekarang.

    Negara kita semakin terabai dan mesyarakat melayu khasnya terlah berpecah belah dan bersengketa sesama sendiri.

    Satu persoalan yang nyata, adalah negara kita akan dapat di pulihkan menjadi kembali seperti dahulu seandainya setelah bergabung dengan PAS, PKR dan lain lain parti di bawah pimpinan PAK LAH?

    Ini bukan komen, hasutan atau meraih simpati, ini hanya satu usul yang perlu di fikirkan oleh rakyat dan pemimpin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s