Apa Istimewa Anwar Ibrahim?

dari utusan

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pengamatan penulis tidak lebih daripada seorang politikus yang matlamatnya ialah kuasa. Sebab itu dalam kes terbaru berhubung dakwaan liwat ke atasnya, penulis amat bersetuju dengan pandangan Ezam Mohd. Noor bahawa isu ini ialah isu peribadi, kenapa harus melibatkan dimensi politik.

Paling rasional pandangan beliau ialah, jika kerajaan mahu berkonspirasi, amatlah dangkal jika mahu menggunakan isu atau modal yang sama.

Isunya, Anwar dengan kekuatan oratornya, bahasa badannya dan pengaruh yang telah disemai khusus kepada pengikut dan penyokong taksub terutama dalam PKR dan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) yang lain mahu mengajak penyertaan ‘massa’ untuk menyebelahi dirinya dalam apa jua perkara, termasuk tuduhan yang terbaru.

Persoalannya apa istimewanya Anwar? Apakah beliau begitu tebal imunitinya. Apakah jawatan bekas Timbalan Perdana Menteri dan jaringan hubungan beliau yang luas dengan pimpinan dan masyarakat antarabangsa membolehkan beliau bebas mengkritik, mengada-adakan segala tuduhan beraneka terhadap kredibiliti institusi Polis Diraja Malaysia, kehakiman dan perundangan negara?

Kenapa dalam isu tuduhan yang dihadapinya harus melibatkan kalangan rakyat terbanyak yang tidak berdosa. Rakyat umum punya banyak tugas dan tanggungjawab lain yang lebih utama berbanding saban hari menumpukan kepada kes atau isu Anwar.

Sebagai rakyat bawahan, ramai yang amat tertarik untuk mengetahui siapa yang mahu membunuhnya seperti yang diura-urakan dan agensi risikan negara mana yang memberitahu beliau, bahawa dirinya menjadi sasaran pembunuhan?

Hakikat dan isu kononnya tuduhan dan laporan polis yang dibuat adalah satu konspirasi terlalu subjektif. Jika semua orang berkonspirasi, menunjukkan kerja pimpinan kerajaan sepanjang masa hanyalah memikirkan tentang bagaimana mahu menjatuhkan Anwar, sedangkan kebanyakan pemimpin hebat di dunia sekalipun jatuh akibat kelemahan, kealpaan dan kesilapan diri sendiri.

Kemungkinan besar, rakyat umum sudah jemu dengan aksi politik, kemelut pelbagai yang bakal menyusahkan mereka. Rakyat umum tidak perlu lagi diajak untuk terlibat dalam demonstrasi, menghabiskan masa di kedai kopi sekadar untuk membela agenda peribadi individu tertentu.

Negara ini punyai mahkamah, meskipun Anwar menggelarkan mahkamah negara sebagai kangaroo court. Negara mempunyai sistem perundangan yang cukup lengkap, pasukan polis yang sejak 200 tahun berperanan memastikan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

Dalam keadaan krisis kenaikan harga barang, ancaman kemelesetan ekonomi sedunia, tekanan harga bahan bakar, Anwar dinasihatkan tidak usahlah ke sana-kemari, berceramah sepanjang masa sekadar akhirnya mengulang-ulang perkataan yang sama; “Saya dianiaya,” “Saya difitnah” dan “Kesemua ini konspirasi untuk jatuhkan saya.”

Jika orang lain boleh merelakan diri mereka diadili oleh mahkamah dan sistem perundangan yang sama, dan disiasat oleh PDRM yang sama kenapa tidak beliau? Bukankah dari peringkat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Luar memberi jaminan ketulusan dan keadilan dalam perbicaraan beliau nanti, satu jaminan yang rakyat lain tidak pun pernah perolehi.

Jika kerajaan mahu berkonspirasi, pakatan rakyat tidak mungkin menang di lima buah negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu. Jika mahu diadakan darurat demi mengekalkan legasi kuasa BN, kerajaan sudah tentu melakukan sesuatu sebaik sahaja keputusan pilihan raya itu diketahui?

Jika adanya cubaan membunuh Anwar, tidaklah beliau bebas menjelajah ke seluruh negara untuk berkempen, berceramah selain bebas keluar masuk dari satu negara ke negara yang lain.

Hakikatnya majoriti rakyat sudah tidak minat akan kisah Anwar, agenda baru sekarang ialah bagaimana mahu ditingkatkan pendapatan isi rumah, perolehan pendapatan keluarga, kesejahteraan pendidikan anak, keharmonian hidup berbilang kaum dan usaha meredakan tekanan kos kehidupan yang meningkat.

Justeru, agenda baru rakyat Malaysia ialah membina kehidupan lebih dinamik, sejahtera dan makmur bukan lagi menjadi peserta demonstrasi, disimbah dengan pancutan air asid atau mendengar ucapan berapi-rapi semata-mata untuk memenangkan agenda peribadi golongan tertentu.

Barangkali, inilah harga yang harus dibayar oleh setiap ahli politik tatkala mereka itu mengisytiharkan diri untuk terjun dan bergiat aktif di bidang yang penuh dengan cabaran dan ujian.

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 responses to “Apa Istimewa Anwar Ibrahim?

  1. hampeh

    istimewa sbb dia saja yg berani lawan pihak yg terlebih sombong dan bongkak.

  2. mok

    36 saksi akan dirakamkan percakapan mereka. Macam-macam orang termasuk doktor dengan kepakaran masing-masing.
    Apa kata… this time, kalau ada kes dan masuk ke mahkamah, kita dengar betul-betul. Kalau dulu bawa 9 lawyer… kali ini tambah lagi, Allahyarham Christopher Fernando boleh ganti dengan Karpal S. (atas kerusi pun ok apa..).
    Ada sorang lawyer yang jadi MP naik basikal tu.. rasa-rasa tak payah kut. Bukan apa, masa dia pegi ke kampung-kampung dulu, bawa cerita ikan masin dan arsenik, cerita dia melawat DSAI yang sakit kuat.. masa tu, real-real punya cerita macam dah tak ada harapan. Siap gayakan macamana dialah hero.. usap rambut DSAI, dan dengan gaya aktor harapan, dengan nada terketar-ketar.. tunjuk gaya rambut DSAI gugur tercabut dalam telapak tangannya. Fuhh.. berhamboranlah air mata sedih para audien yang mendengar ceramahnya.
    Mungkin sekarang DSAI dah pulih kut, selepas menerima rawatan.
    Sekarang 50-50. DSAI @ Bukhary yang menipu ?

  3. Yeop KK

    orang kalau tak bersalah tak takut dibicarakan. sebab dia rasa bersalah lah dia tak mahu diadili. dia akan buat apa saja asalkan dirinya terlepas, itu pasal belum apa-apa lagi dia dah canang kepada orangramai bahawa PDRM, Mahkamah dan lain-lain institusi yg terlibat tidak bolih dipercayai. kalau dah semua orang tak bolih dipercayai, aku rasa baik dia angkut tok nenek, mak bapak, adik beradik, saudaramara dan berukberuk yg menyokong dia cari satu pulau untuk didiami. hidup menyusahkan orang buat apa

  4. hampeh

    hoi yeop….org2 mcm kau ni tak abis2 suruh org pindah….aku rasa makin hancuss la negara ni kalau semua yg tinggal hanya org2 yess boss jer….time tu korang rasa la…..mgkin minyak naik sampai rm5-10 sliter. Tak pun korang rasa mmg korang la pejuang melayu tu….apa kata usulkan dalam parlimen agar non bumi pulang semula ke negeri asal depa….ader berani. tinggalkan org bumi putra jer kat sini. baru lah betul punya nak jaga org melayu….hapuskan saingan. Semua ni politik perkauman jer….anda semua kena sedar hakikat yg malaysia ni berbilang kaum….dan sekurang2nya biar ader perasaan dan cita2 utk bersaing…ok.
    Tak pun aper salah nyer kalau korang yg pindah pi pulau lain…berundur bukan ertinya kalah…..aper kata miker.

  5. AbangTuah

    hampeh…darah dah naik keee..?
    Senang aje tu…makan ubat darah tinggi….keh..keh..keh..
    Hei bro..relaxla jangan lah marah sangat…berpada-pada sudahlah.

  6. Kuntakinte

    Salam, Sdr. Mok, si raja sodom tu apa nak risau, berapa ramai Ahli Parlimen da WR PKR yang lawyer, apa lagi semua sekali biar jadi lawyer dia free lagi…..

    mok, puak2 diaorang kata kerajaan wujudkan konspirasi, wal hal diaorang yang awal2 lagi dah jatuhkan hukuman kerajaan buat konspirasi, pening aku dengan orang bercakap putar belit, kalau dah pemutar memang itu lah kerja dia jadi pemutar depan dan belakang.

    Kita serah je pada kecekapan dan kewibawaan PDRM untuk selesaikan kes ini, ini bukan kes terpencil, ini kes yang banyak juga berlaku muktahir ini dan kita percaya PDRM dapat selesaikan. kita tunggu dan lihat.

  7. hampeh

    tuah…aku rilek jer….sebab aper yg aku tulis takde kepentingan ngan aku….cuma aku nak bagi tau kebanyakan rakyat sekarang ni byk yg jatuh miskin dan rakyat punya hak utk hidup senang dibumi sendiri.

  8. Wirawaja

    Salam..

    Yang semua ribut-ribut ni kenapa? Masalahnya kan kecil aje.. Saiful Bukhari Azlan tuduh Anwar Ibrahim meliwatnya. Kes macam ni kan banyak berlaku pada orang lain juga. Biarlah kedua-duanya terima apa saja keputusan mengikut sistem perundangan yang ada di negara kita.

    Saiful nampak relax, Anwar yang menggelabah kan? Kalau dah menggelabah tu, nampak macam tak ada apa pun istimewanya dia.

  9. AbangTuah

    Salam Wirawaja..
    Kawan sokong pendapat awak. Tempohari Anuar keluar TV…memang nampak jelas wajah seolah macam tak tenang dan gelisah, manakala wajah Kak Wan…nampak seakan…berlakun ceria.
    Itu yang kawan nampak…mingkin telahan kawan silap.

    BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.

  10. Wirawaja

    Masalahnya ialah pemikiran mereka semua dah terkunci dek lakunan dan tuturkata Anwar. Kalau beginilah butahati kita, bagaimana nak mencari pemimpin yang sebenar-benarnya memperjuangkan perkara yang hak dan memusnahkan kebatilan?.

    Belum tentu orang yang bersarban tu alim atau yang bijak berpidato itu segala-galanya seperti yang diucapkan.

    Ingatlah.. manusia yang dijadikan oleh Allah swt itu tidak semestinya maksum. Mereka mempunyai nafsu masing-masing.

  11. Kuntakinte

    Salam, abangtuah dan wirawaja, korang duk setuju & percaya anwar kena liwat ni apasal, dia kena fitnah lah….saiful tu jadi kambing hitam bertanduk 5 oleh kerajaan nak fitnah anwar, korang tak reti2 ke, tak habis2 buat fitnah pada anwar, cerita lama mana syok kita tengok, tapi…. cerita P. Ramlee ok lagi, betul jugak ye… syok juga teman tengok cerita lama P.Ramlee tu. kira ok la kita anggap filem anwar macam P. Ramlee jugak le…

    Kuntakinte setuju biar undang2 tentukan mana salah dan benar, untuk bersumpah teman bukan nak kritik orang bijak pandai ugama bagi pandangan, tapi pada otak kecik kuntakinte ni la fikir, kalau saiful angkat sumpah wallahi, wabillahi, watalahi mengaku di liwat, manakala si seorang lagi pun sumpah ayat sama dia tak liwat, apa tindakan boleh buat ye…? harap2 tak le sampai macam tu, saja je kuntakinte reka story je bagi filem tu lagi gempak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s