Petisyen Kuala Kangsar Di tolak

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen pilihanraya yang mencabar kemenangan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Hakim Datuk Zakaria Sam memutuskan bahawa kegagalan Rafidah untuk menandatangani dua daripada tiga set kertas pencalonannya sewaktu pilihanraya umum 8 Mac lalu, tidak menjejaskan keputusan pilihanraya tersebut.

Menurutnya lagi, pengundian bagi kerusi tersebut berjalan secara bebas, adil dan tanpa sebarang amalan rasuah.

Katanya, kesilapan Rafidah itu bukan satu halangan kepada pilihanraya tersebut.

Bagaimanapun, Zakaria menolak permohonan Rafidah supaya dibayar kos, kerana menurutnya kesilapan bekas menteri berkenaan, telah menyebabkan petisyen tersebut difail dan didengar di mahkamah.

Petisyen itu difailkan oleh pengundi Ahmad Jamaluddin Abd Majid yang menamakan Rafidah, pengawai pengurus pilihanraya Mohd Ghazali Jalal dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai responden.

Dalam pilihanraya tersebut, Rafidah ditentang oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr Khairuddin Abd Malik.

Rafidah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan memperolehi 10,735 undi. Khairuddin mendapat 9,277 undi. – malaysiakini

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s