Anwar Terjerat..Beberapa ADUN/MP PKR Pula Sedia Untuk Melompat

Parti Keadilan Rakyat sekarang berada dalam krisis keyakinan yang paling runcing sejak kemenangan gemilangnya dalam pilihanraya 8 Mac lalu.Ikut ceritanya angin sudah bertiup bahawa krisis ini membawa kemungkinan keadaan yang terbalik kot.

Kalau sebelum ini heboh cerita pasal adanya Ahli Parlimen Barisan Nasional yang nak lompat ke pembangkang kini jangan terkejut kalau terdengar ada Ahli Parlimen PKR yang menghitung hari nak paling tadah.

Ini adalah berikutan aduan liwat kepada polis yang dibuat terhadap pemimpin tertinggi mereka Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga penafian yang dibuat oleh penyiasat bersendirian P.Balasubramaniam terhadap akuan bersumpahnya yang mengandungi berbagai tuduhan dahsyat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak.

Penafian itu pada pagi Jumaat telah menggemparkan seluruh negara dan sekaligus menjadi tamparan yang memalukan Anwar kerana beliau memberikan sidang akhbar berhubung dengan perkara itu atas keyakinannya kepada P.Balasubramanian.

Pemerhati pemberhati politik menganggap pihak tertentu telah mengambil kesempatan dalam keadaan Anwar berada dalam kecemasan dan kegelisahan untuk meyakinkannya terhadap suatu bukti yang akan membuka jalan mudah kepadanya bagi menjadi Perdana Menteri menjelang 16 September ini.

Keadaan cemas dan marah Anwar terlihat diwajahnya di kaca telivisyen ketika beliau memberikan sidang akhbar yang membuat berbagai tuduhan terhadap Najib. “dia jelas tidak tenteram dan tidak tenang seperti biasa” kata beberapa orang yang mengikuti sidang akhbar itu dan juga yang menghadhiri perhimpunan besar di Shah Alam Selasa malam di mana beliau membuat penafian terlibat dengan liwat bagi kali kedua.

Suatu sumber membertiahu Agendadaily bahawa Anwar telah termasuk dalam perangkap yang menyebabkan orang ramai mulai yakin kepada laporan mengenai liwat yang dibuat oleh seorang pemuda yang pernah menjadi pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Orangramai yang pada mulanya tidak yakin dengan lapuran itu sekarang mulai sangsi teruatama sekali mengapa Anwar lari ke Kedutaan Turki dan juga penafian kedutaan Turki bahawa mereka menjemputnya ke kedutaaan itu.

Orangramai juga tidak percaya kepada dakwaannya ada percubaan untuk membunuhnya dan juga dakwaaan seorang pemimpin PAS kononnya beliau mendapat maklumat dari inteligen sebuah negara jiran mengenai pekara itu.

Tidaklah mudah bagi sesebuah negara jiran untuk memberikan susuatu maklumt kepada pihak- pihak yang tidak mempunyai pertalian rasmi dan bukan kerajaan dan di Malaysia hal ini tidak mungkin akan berlaku.

Anwar berhasrat untuk menjadikan isu ini bagi mendorong rakyat untuk mengadakan perarakan reformasi besaran besaran bagi menjatuhkan kerajaan seperti yang dilakukan oleh pemuda-pemuda Indonesia terhadap Presiden Suharto.Anwar telah gagal melakukan ini 10 tahun dahulu tetapi beliau yakin akan dapat melakukan ini terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan menggunakan isu minyak dan kenaikan harga barang.

Bagaimana pun laporan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya telah mengecewakannya kerana menimbulkan semula banyak keraguan terhadapnya termasuk di kalangan keluarganya.Isterinya sendiri Datin Seri Wan Azizah kelihatan sedih dan tidak senang di dalam sidang akhbar selepas menemui Perdana Menteri Abdullah Badawi petang Selasa lalu.

Sumber-sumber memberitahu Agendadaily perasaan ragu telah menjalar dikalangan pimpinan PAS termasuk golongan muda dalam parti itu berikutan laporan dakwaan liwat kali kedua ini.

Mereka dikatakan mendasarkan ini kepada aksi Anwar dikaca TV dan juga tindakan tindakannya yang gopah gapah dengan lari ke kedutaan Turki,mengadakan perhimpunan meminta sokongan di Stadium Melawati, Shah Alam serta membuat tuduhan liar kepada beberapa pihak dengan tiba-tiba.

Perasaan ragu mereka jadi tambah membara bila Balasubramanian membuat penafian terhadap akuan berumpahnya.

Juga tidak menghairan jika tidak ramai lagi kalangan pemimpin PAS dan ahli parti itu tidak hadir di perjumpaan-perjumpaan yang bakal diadakan oleh PKR.

Bagaimanapun yang masih menyokong kuat Anwar ialah pemimpin DAP,Lim Kit Siang.Didalam blognya hari Jumaat beliau telah meminta kerajaan supaya menubuhkan Suruhajaya Penyiasat Diraja untuk membuktikan tuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri oleh P.Balasubramaniam walaupun Balasubramanian telah menapikan seluruh tuduhannya itu.

Didalam blognya beliau juga mencatitkan nama Najib sebagai Najis.

Pemerhati politik beranggapan bahawa Lim Kit Siang berbuat demikian kerana satu satunya harapan orang Cina bagi memperjuangkan Malaysian Malaysia ialah Anwar.

Oleh kerana bimbangkan kredibiliti Anwar akan semakin teruk,Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar hari Jumaat membuat laporan polis supaya penyiasatan diteruskan bagi akuan bersumpah yang dibuat oleh Raja Petra dan Balasubramanian.

Wakil Reuter di Malaysia juga telah melaporkan kepada dunia bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia tidak percaya bahawa Anwar sekali lagi melakukan liwat.Laporan agensi berita asing yang mengambil angle itu memang tidak menghairankan.

Bekas Perdana Menteri Malaysia Dr.Mahathir Mohammad dalam blognya http://www.chedet.com juga telah mulai mengulas tentang tuduhan liwat kali kedua terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau yang membuat ulasan itu atas permintaan ramai telah menyatakan tidak percaya bahawa cerita itu sengaja diadakan oleh Anwar sendiri sebaliknya beliau mengemukakan hujah hakim dalam perbicaraan Anwar dahulu bahawa kejadian liwat oleh Anwar ada berlaku tetapi tidak dapat disahkan oleh pendakwa.

Sementara itu Pengarah Perisikan Pertahanan Leftenan Jeneral Datuk Salleh Ismail telah menafikan dakwaaan Raja Petra Kamaruddin dalam akuan bersumpahnya bahawa unitnya telah memberikan lapuran kes Altantuya Shaaribu kepada Perdana Menteri.

Menantu Abdullah,Khairy Jamaluddin juga telah menafikan ada menerima laporan itu.

Namun Dr.Mahathir dalam blognya telah mempertikaikan pandangan Khairy sebagai ‘ tak masuk akal’ kononnya Anwar sengaja menyuruh Saiful buat laporan dia diliwat dalam usahanya untuk meraih simpati orangramai.

nota: Menurut beberapa sumber politik, dimaklumkan beberapa ahli politik PKR terutama di negeri PKR akan menukar ‘baju’ mereka  tidak lama lagi. Namun tiada nama yang spesifik disebut. Doakanlah ianya terjadi dan moga bangsa Melayu di Perak kembali terbela.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Anwar Terjerat..Beberapa ADUN/MP PKR Pula Sedia Untuk Melompat

  1. Dalam dunia ni, ada pihak yang tak berpolitik, tetapi tetap menyokonh setiap kemajuan bangsa, kaum, adat, ugama, sehungga lah kepada sesiapa pun anak anak kecil yang berjalan di depan mata mereka..mereka tolak politik dan mereka tolak desas desus angin syurga..Maka Allah yang di kongsi bersama oleh setiap anggota komuniti itu tadi, memelihara satu perkara iaitu – kudus.jernih. Maka, satu hari nanti, mereka akan bersuara, mereka akan ter jelma, dengan ke ikhlasan di air muka mereka, maka, syaitan akan tunduk dan sujud di depan mereka, maka terserlah di benak pikiran si setan itu, satu KESADARAN, bahawa mereka telah terlambat..terlambat untuk menilai, mana yang baik, mana yang buruk..Sesungguh nya, mereka ini lah pelazim pemerintah yang asli..

    hmm..Ku Razaleigh apa kurang nya..KU LI ? 1980- 1987 apa cerita di Singapore ?..berhenti lah Ku Li..saya cabar..dengar sikit nasihat orang tua TM.

    Apa tujuan kita di sini ialah, banyak lagi cucu cucu mak enon mak joyah mak timah boleh jadi calon..da lah..yang tua tua ni..dan yang muda muda macam Khairy, Tian Chua tu..jelak lah..setahun jagung, belum kena hek lagi dengan Baby Boomer Malaysia yang bangun kan Malaysia waktu zaman Mahathir tu..turap jalan raya guna tangan bukan ada mesin pun..banyak lagi parti akan muncul..Letih lah mainan budak budak ni..London busuk lah !!

  2. anti BA

    anwar gay????
    ntah..
    tp nape dia lari kat kedutaan Turki?
    pelik btul..kata berani kerana benar??
    bosan la..byk sgt putar belit si anwar nie..

  3. Pingback: Permatang Pauh | Rakyat TOLAK UMNO PAS PKR | AKIM Terjerat « International Politics, Economics, Intelligence | Campaign Resources

  4. Pingback: Origin | Same Repeat Proud | Bangga*nya Ketua asal daerah sama | Ulang Ke*Bodohan sama « International Politics, Economics, Intelligence | Campaign Resources

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s