Kes Liwat: Anwar Bawa Isu ke JAWI

Dakwaan liwat pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya hari ini bertukar menjadi isu qazaf – kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu.

Penasihat PKR mengadukan isu laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan bulan lepas kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini.

“Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini,” katanya selepas aduan.

anwar ibrahim and saiful bukhari azlan”Dan saya dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang peruntukan qazaf. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera.”

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, “mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan.”

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Anwar diiringi oleh isterinya dan juga presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua peguam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Mereka tiba di pejabat JAWI di Jalan Damansara pada jam 10.15 pagi.

Tiada penyokong beliau kelihatan di situ, kecuali kira-kira 50 wartawan dan jurugambar.

Anwar kelihatan keluar dari pejabat JAWI selepas 45 minit membuat aduan.

sumber malaysiakini

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Kes Liwat: Anwar Bawa Isu ke JAWI

  1. Yeop KK

    cukup pelik, tiba-tiba nuar buat aduan kat jawi. aku rasa dia nak alihkan perhatian pada umum bahawa dia saekor islam yg baik yg patut dicontohi. bicara dimahkamah sivil mungkin banyak bahan bukti dapat diadakan, jadi untuk itu dia harap dapat lepas dimahkamah sariah sebab bukan senang nak dapat 4 orang saksi{lelaki}. pada masa ini keadaan rumah kita berbeza dari zaman jahiliah dahulu. zaman jahiliah dulu mana ada rumah diperbuat dari batu dan simen, kalau ada pun diperbuat dari tanah liat, itupun kalau duduk ditanah arab. kalau kita disini nenek moyang kita buat rumah dari batang pokok kayu berdindingkan daun nipah. kalau ada skandal usahkan 4 orang bolih tengok, 100 orang pun bolih tengok dicelah-celah dinding. sekarang ni macam mana nak tengok. orang macam nuar ni kalau nak buat projek takkan nak buat dalam semak, maklumla orang banyak duit tentu buat projek didalam kondo atau hotel-hotel mewah. kalau tak percaya tanya mat sabu pasal dia dah terlepas dulu. susah-susah buat sembahyan hajat, ajak tok alim buat kat masjid, kalau tak muat buat kat stadium

  2. Kuntakinte

    Salam, sdr yeop kk, lepas ni jabatan mana pulak dia nak kait kan, Imigresen ke, Kastam ke, Bomba ke, RELA ke, BPR ke atau ATM ke …hai…hai… anwar satu lagi slot siri drama bersiri arahan ahmad nisfu yang di pamerkan untuk di pertonton kan oleh kita.

    Sdr. yeop, si Anwar dan cassey dah kaji mana2 kelemahan yang boleh di gunakan dia akan guna, salah satu mahkamah syariah, perlu 4 saksi, pengsan lah si saiful tu mana nak cari 4 saksi lelaki yang cukup syarat moralnya untuk dijadikan saksi, yang ada Mat katil, Mat bantal, Mat selimut, Mat tilam ada lah.

    Ahirnya undang2 di negara kita ini senang2 dipermainkan dan diperolok – olok kan oleh mereka2 yang mempunyai misi dan visi tertentu untuk menjatuhkan kerajaan. membela diri sendiri pun mengunakan tipu helah bagaimana nak membela rakyat.

  3. Salam,
    Memang tepat yeop dan kuntakinte mamak setuju 100% .Kononnya dia ini tak pakai ulamak local tapi pakai produk luar negara.kerana mutunya lebih jauh baik;cuma ulamak pas je terheggeh-heggeh dengan dia ini seperti ‘melukut bawah gantang’.Sekurang-kurang nanti dapat pulak TPM subsidi ,manalah tau?.sudah tentu cina tak boleh jadi TPM!.Mana boleh Agong bagi!.Sama jugalah dapat MB perak subsidi dari DAP?!.Kalau subsidi UMNO haram subsidi kafir arbi ini halal dunia akhirat..ok!.Sayang putih mata kat Penang je kerana punyalah gila support DAP tapi habuk pun taraak!!!.Tak lah ya!!!.Tawkey banyak baik punya orang,Tahun Baru cina nanti dapat hang pau…cukuplah!!!!.

    Disini mamak bukan cakap fasal hukum hakam cuma mamak nak bentangkan perkara yang logik dalam fikiran Mamak yang lama pendam.Jadi pada pembaca dan moderator kalau perkara ini salah dari sisi agama tolong deletekan atikel ini.

    Rogol atau pun liwat tidaklah akan berlaku dikhalayak ramai yang senang perolehi saksi 4 orang.Sekiranya ada pun saksi yang dikatakan itu mereka perlu mencegah perkara ini berlaku daripada mengintai benda itu keluar masuk.Pada fikiran mamak Islam adalah agama sepanjang zaman dan sumur tapi kadangkala ulamak-ulamak Islam tidak mahu mengkaji lebih mendalam dalam arus peredaran zaman.Mamak juga fikir dari segi tafsiran perkataan ‘ulamak’ adalah bukan yang tujukan hanya pada orang arif tentang hadis atau pun al-quran tapi siapa saja yang betul-betul arif tentang satu-satu bidang profelismanya.Seperti ahli falak,doktor,jurutera dan dibidang akademik lain.Tapi pendapat mereka ini sering tak laku kerana mereka bukan lilit kain tebal kat kepala.

    Sekiranya orang melapurkan kena rogol itu tidak mempunyai saksi maka dari hukum hudud dia dituduh berzina.Tetapi orang yang lakukan itu bebas begitu saja.Dari satu kajian di Negara Pakistan yang menjalankan hukum hudud terhadap kes rogol(sebenarnya dalam hukum rogol ini dalam undang-undang syariah dikategorikan sebagai Zina),4 dari 3 mangsa rogol dikenakan hukuman penjara.Pada 1hb.Dec 2006 kerajaan Pakistan telah memansuhkan hukum hudud berkenaan rogol ini kepada hukum panel kod seperti di Malaysia.Walau pun kebanyakan parti politik Islam feudal membantah!.Cara terkini ia itu menggunakan Forensik dan juga saksi keadaan lebih terbaik.Bukankah ahli forensik itu pun dikira sebagai ulamak jika kita memikirkan!.

    Dia ini memang pintar orangnya dia pii kat penang minta nasihat bai utara itu!.Kerana kalau mengikut hukum syariah (hudud) saiful kena tuduh berzinalah!.Yang akan masuk saiful dia ini lepas begitu je!.

    Walapun di negara ini telah lama mengamalkan sistem panel kod kenapa baru-baru ini semua sibuk nak praktikan hukum hudud pulak!.Lihat sajalah permainan nya!.Adakah anda masih tak faham apakah tujuannya!.Kita tunggu apa kata peguam negara,menteri yang berkenaan undang-undang.Terkunci mulut dibuatnaya.

    Yang katakan ulamak sekarang dah menonjol pulak,Apa pendapat mereka tentang bela babi untuk eksport?.Apa pendapat mereka orang Islam joint kafir harbi semata-mata untuk jatuhkan orang Islam?.

    p/s: Cuma mamak takut ulamak kita keluarkan fatwa mengharamkan Nasi Kandar yang ketagihkan orang!.Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s