MAHKAMAH SYARIAH PENENTU NASIB ANWAR?

sumber mstar

Kenapa Dato Seri Anwar Ibrahim merujuk kes dakwaan liwatnya ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan? Beliau pernah berkata dia berani bersumpah tapi dengan bersyarat? Buktikan tuduhan dahulu, katanya.

Adakah ini ‘madah berhelah’ terbaru dari Anwar atau kejujuran yang dituntut oleh penyokong-penyokongnya?

Mungkinkah Anwar akur dengan nasihat Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria yang mencadangkan kes fitnah meliwat ini dibawa ke Mahkamah Syariah.

Persoalan beranikah Anwar mahupun Saiful bermubahalah (sumpah laknat), bersumpah guna nama Allah ataupun berani menjunjung Al-Quran masih menjadi tanda tanya?

Yang penting, cabar mencabar untuk bersumpah adalah satu perkara baru dalam senario politik Malaysia.

Akidah dan pemahaman umat Islam juga turut dicabar untuk kembali kepada apa yang pernah dibuat oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW apabila berhadapan dengan dakwaan Saiful Bukhari Azlan menuduh Anwar meliwatnya.

Di zaman Rasulullah, Nabi Muhammad SAW tidak sewenang-wenangnya menggunakan kaedah yang kita kenal dengan nama mubahalah melainkan seperti dilakarkan dalam tinta sejarah bilamana Rasulullah dicabar puak Najran untuk menegakkan kenabiannya.

Pelik sekali, Malaysia yang tidak beramal dengan syariah Islam tiba-tiba mengusulkan kes liwat ini dirujuk pada Mahkamah Syariah? Dan mereka-mereka yang tidak pernah mengamal apa yang dituntut oleh Al-Quran tiba-tiba mengusulkan merujuk pada Al-Quran sepenuhnya.

Mubahalah adalah jalan terbaik untuk mengadili sesuatu perkara yang melibatkan tuduhan zina, rogol atau liwat. Dan ketika kita berada dalam keadaan sangsi, ragu, buntu dan tidak percaya dengan sistem kehakiman negara kita.

Siapakah di antara Anwar dan Saiful yang berani mengungkapkan bermubahalah sumpah laknat: “Ya Allah! Jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku” manakala satu pihak lagi perlu menyebut ” Ya Allah! Jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku.”

Bak kata Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, “Sumpah laknat adalah jalan terakhir!”.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “MAHKAMAH SYARIAH PENENTU NASIB ANWAR?

  1. Salam,
    There’s no smoke without fire.Berilah masa untuk polis kita siasat perkara ini.Mufti-mufti biak sabak sikit.Pasai anwar cepat keluar fatwa.Yang ramai dituduh kes liwat apa cerita pulak!.Biar undang-undang Negara ambil peranan.Yang takut sangat ini pasai apa?.Dulu pun sama tentang kes mat sabu berkhalawat!.cepat keluarkan fatwa..kini kes anwar pulak!.Berebut kes ini pasai apa?.Anwar seorang rakyat biasa macam orang lain sedang menghadapi tuduhan; dia bukan Menteri atau pun presiden parti politik!.Bukan MP pun lagi!.Mungkin 1978 Anwar ini bantu PAS memenangi kerusi Permatang Pauh kot?.

    1982 – 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
    1983 – 1985 Menteri Belia dan Sukan.
    1985 – 1986 Menteri Pertanian.
    1986 – 1990 Menteri Pendidikan.
    1990 – 1998 Menteri Kewangan.
    1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri.

    selama 15 tahun dalam UMNO dan kerajaan.Apakah dia ini cuma boleh buat sesuatu untuk rakyat cuma kalau jadi PM?.Yang selama ini apa yang dia buat untuk Melayu Pulau Pinang?.Berapa jutawan Melayu Pulau Pinang yang telah diwujudkan?.Mai tengok jalan Permatang Pauh..sudahlah!.Jangan kira Mamak!.Sudah lah wahai rakyat lupakanlah dia ini!.cukuplah huru-hara yang sentiasa dibuatnya.selagi dia ini ada selagi itu UMNO dan Melayu akan berpecah belah.Perosak bangsa!.selama limabelas tahun tak boleh buat nak menukarkan Ketua menteri dari kalangan Melayu pun tak pernah!sekarang baru nak bantu Melayu?.’Kera dihutan disusukan Anak di rumah telah lama kelaparan’.Tan Sri Menteri kewangan 2 apa khabar?.Bertuah orang penang selalu saja jadi Menteri kewangan dan Perdana menteri!.Tapi habuk pun tarak!!!!Jangan lupa kampung pulak Tan Sri!.Wassalam.

  2. Kuntakinte

    Salam, mamak!!! teman ingat la ini mesti si Cassey US nasihat suruh bawa kes pi JAWI lawan dalam mahkamah syariah, dulu Al Gore penasihat dia. US percaya hanya di mahkamah syariah je anwar boleh terbela, sebab gay ni kat Malaysia jarang2, kadang2, sikit2 kata Haji bakhil, tak ada pengalaman, boleh le Al Gore….ng lebih.

    p/s, mana si saiful tu nak cari saksi ye… kesian saiful dan keluarga, nak dapat pembelaan pun susahhhhh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s